LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 100 KURSUS BIM 3
101 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) KURSUS KEPEKAAN GENDER TAHAP 2 Kursus Kepekaan Gender Tahap 2 diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 22 hingga 24 Jun 2021, secara dalam talian. Kursus ini yang bertujuan untuk i) memperkenalkan konsep gender dan kepentingan dalam pembangunan insan dan negara, ii) membincangkan isu-isu penting dalam masyarakat berkaitan dengan gender, iii) membincangkan cara-cara memperkasa wanita dan lelaki dalam konteks kepekaan gender dalam bidang tugas tertentu, dan iv) membina Pelan Tindakan Kepekaan Gender. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan, Dr. Wan Munirah Wan Jaafar daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus ini melibatkan seramai 32 orang peserta terdiri daripada kakitangan awam, Badan Bukan Kerajaan (NGO), sukarelawan dan orang awam. Kursus dilaksanakan melalui kaedah penyampaian ceramah, perbincangan serta perkongsian pendapat bersama peserta secara interaktif.
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 102 BENGKEL ‘TRAINING FOR TRAINERS’ (TOT) KESUKARELAWANAN ISM-UUM Bengkel ‘Training for Trainers’ (TOT) Kesularelawanan ISM-UUM merupakan bengkel yang dijalankan bagi menekankan aspek teori dan aspek praktikal bagi memastikan keperluan asas diberi untuk memberi persediaan ilmu sebagai seorang jurulatih kepada sukarelawan ia juga menekankan kepada keperluan pengetahuan sebagai pemimpin sukarelawan dan bagaimana untuk mengurus agensi sukarelawan disamping memberi pengetahuan kepada pengurusan aktiviti dalam bidang kesukarelawanan serta praktis di lapangan dibuat bagi memastikan peserta dapat mempraktik apa yang telah dipelajari dan berpeluang untuk berkongsi serta membuat refleksi bagi memastikan keberkesanan latihan yang telah diberikan. Pada tahun 2021, ISM telah berjaya menganjurkan Bengkel ‘Training for Trainers’ Jurulatih Kesukarelawanan sebanyak dua (2) siri pada 24 hingga 30 Oktober 2021 dan 8 hingga 14 November 2021 dengan penyertaan seramai 116 orang peserta dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM). Peserta yang berjaya mengikuti kursus lengkap akan menerima Sijil Eksekutif Kesukarelawanan UUM-ISM BENGKEL ‘TRAINING FOR TRAINERS’ (TOT) KESULARELAWANAN ISM-UUM Siri 1/2021 24 hingga 30 Oktober 2021 (Ahad – Sabtu)
103 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 2. BENGKEL ‘TRAINING FOR TRAINERS’ (TOT) KESULARELAWANAN ISM-UUM Siri 1/2021 8-14 November 2021 (Ahad – Sabtu)
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 104 3. MAJLIS PELANCARAN BENGKEL ‘TRAINING FOR TRAINERS’ (TOT) KESUKARELAWANAN ISM-UUM 11 November 2021 (Khamis)
105 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) Bengkel Asas Sukarelawan bertujuan memberi pengetahuan umum kepada peserta mengenal kerja sukarela, falsafah, prinsip dan etika sebagai sukarelawan. la menggunakan modul pada peringkat asas yang memfokus kepada pembentukan falsafah, ilmu asas, kemahiran asas dan sikap yang patut ada dalam setiap diri para sukarelawan. Dalam erti kata lain, modul ini membentuk para sukarelawan untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri. Pada tahun 2021, ISM telah mengadakan sebanyak lima (5) siri Bengkel Asas Sukarelawan yang melibatkan seramai 395 orang peserta dan dilaksanakan secara bersemuka yang melibatkan peserta dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Kangar, Perlis manakala empat (4) siri lagi dibuat secara dalam talian yang melibatkan sukarelawan serta orang awam yang berminat. 1. Bengkel VolunteerISM @PAWE: Kursus Kemahiran Asas Kesukarelawanan Siri 1/2021 6-8 April 2021 (Selasa – Khamis) BENGKEL ASAS SUKARELAWAN
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 106 2. Bengkel VolunteerISM@ISM: Kursus Kemahiran Asas Kesukarelawanan Siri 2/2021 13-16 Julai 2021 (Selasa – Jumaat) 3. Bengkel VolunteerISM@ISM: Kursus Kemahiran Asas Kesukarelawanan Siri 3/2021 27-30 Julai 2021 (Selasa – Jumaat)
107 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 4. Bengkel VolunteerISM@ISM: Kursus Kemahiran Asas Kesukarelawanan Siri 4/2021 17-20 Ogos 2021 (Selasa – Jumaat) 5. Bengkel VolunteerISM@ISM: Kursus Kemahiran Asas Kesukarelawanan Siri 5/2021 6-9 September 2021 (Isnin – Khamis)
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 108 WEBINAR KESELAMATAN KANAK KANAK (ALWAYS BEWARE AND BE AWARE - ABBA) Webinar Keselamatan Kanak-Kanak 2020 “Always Beware and Be Aware (ABBA)” sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 dengan pengisian forum bertajuk “Ketagihan Seksual dan Pornografi Dalam Kalangan Kanak-Kanak dan Remaja: Punca, Kaedah Rawatan Dan Pemulihan”, telah diadakan pada 21 Oktober 2021 (Khamis) jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari secara dalam talian melalui penstriman langsung menggunakan media sosial Facebook Institut Sosial Malaysia. Fokus webinar pada tahun ini adalah berkaitan isu ketagihan seksual dan pornografi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Ianya juga membincangkan punca berlakunya isu tersebut dan kaedah rawatan dan pemulihan kepada mereka yang terlibat. Webinar ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Hanapi bin Mohammad Hanipah, Timbalan Pengarah Institut Sosial Malaysia. Objektif webinar adalah seperti berikut: Memperkasa pendidik/ ibu bapa/ penjaga/ pelajar sekolah/ kanak-kanak dan remaja mengenai isu ketagihan seksual dan pornografi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja masa kini; Memupuk kesedaran pendidik/ ibu bapa/ penjaga/ pelajar sekolah/ kanak-kanak dan remaja terhadap punca-punca berlakunya isu ketagihan seksual dan pornografi di kalangan kanak-kanak; Memberi pengetahuan kepada pendidik/ ibu bapa/ penjaga/ pelajar sekolah/ kanak-kanak dan tentang bagaimana cara untuk merawat dan memulih ketagihan terhadap seksual dan pornografi terutama dari segi kognitif, afektif dan psikomotor; iv. Melahirkan kanak-kanak dan remaja yang bebas daripada terpalit dengan isu-isu kesalahan seksual dan pornografi. Panel jemputan forum di dalam webinar ini adalah 1) Dr Azlin Hilma binti Hillaluddin, Pensyarah Kanan daripada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Kerja Sosial dan Dasar, Universiti Utara Malaysia (UUM), 2) Cik Normahdiah binti Jamian, Pegawai Psikologi daripada Taman Seri Puteri Cheras, Selangor dan 3) Encik Khaeril Anuar bin Darus, yang merupakan Pengurus Bitara Success Management yang juga jurulatih utama, pengamal dan perawat menggunakan kaedah Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) dan Creative Trauma Cleansing (CTC). Forum ini dimulakan dengan pembentangan dan perkongsian ilmu dan pengalaman ahli panel mengenai punca-punca ketagihan seksual dan pornografi dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya penerangan mengenai kaedah rawatan dan pemulihan yang bersesuaian sebagai panduan kepada penonton, yang terdiri daripada ibubapa, guru, pelajar, pekerja sosial, NGO dan masyarakat awam. Sesi soal jawab bersama penonton dibuat sebelum sesi webinar berakhir. Webinar ini telah mendapat sebanyak 1,532 jumlah tontonan dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Institut Sosial Malaysia. i. ii. iii.
109 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KLUSTER REPOSITORI DAN DOKUMENTASI
PENGENALAN Kluster Repositori dan Dokumentasi (KRD) diwujudkan pada tahun 2020. Kluster ini berfungsi untuk merancang, menyelaras dan menerbitkan penerbitan akademik dan separa akademik dalam pelbagai kategori penerbitan seperti jurnal, buku, majalah, laporan dan penerbitan-penerbitan lain. Antara penerbitan berkala ISM adalah International Journal of Social Policy and Society (IJSPS), Buku Pengurusan Kes, Buku Tik Bantu, Majalah Paradigma, Laporan Tahunan, Buku Tiada Yang Mustahil-Kisah Kejayaan OKU Edisi 1. KRD juga bertanggungjawab sebagai pusat repositori data bagi ISM untuk rekod bahan penerbitan ISM, seperti hasil kajian serta penyelidikan dalam data terbuka. Fungsi Kluster SENARAI BENGKEL/ KURSUS/ PROGRAM Menerbitkan buku akademik dan separa akademik. Merancang, menyelaras dan mengendali bengkel yang berkaitan penerbitan dan penulisan. Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan. Mengumpul maklumat asas data kursus / bengkel / program / penerbitan ISM (repositori). ï ï ï ï 111 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 1 BIL TARIKH TEMPAT NAMA BENGKEL/ KURSUS/ PROGRAM KUMPULAN PESERTA KUMPULAN SASAR LELAKI PEREMPUAN JUMLAH PESERTA B40 IBU TUNGGAL LAINLAIN KAKITANGAN KERAJAAN Bengkel Kajian Kes Buku Tiada yang Mustahil : Kisah Kejayaan OKU Edisi 2 / Siri 1 (bersemuka) 9 - 10 Mac 2021 ISM 6 9 15 14 1 - - 2 Bengkel Kajian Kes Buku Tiada yang Mustahil : Kisah Kejayaan OKU Edisi 2 / Siri 2 (online) 19 - 20 Ogos 2021 Aplikasi Zoom 10 20 30 30 - - - 3 Bengkel Kajian Kes Buku Tiada yang Mustahil : Kisah Kejayaan OKU Edisi 2 / Siri 3 (online) 1 - 2 September 2021 Aplikasi Zoom 10 20 30 30 - - -
4 Bengkel Kajian Kes Buku Tiada yang Mustahil : Kisah Kejayaan OKU Edisi 2 / Siri 4 (online) 23 - 24 September 2021 Aplikasi Zoom 10 20 30 30 - - - 5 Bengkel Penulisan Buku Pengurusan Kes (online) 28 - 30 September 2021 Aplikasi Zoom 12 13 25 25 - - - 6 Bengkel Penulisan Buku Titik Bantu (online) 5 - 6 Oktober 2021 Aplikasi Zoom 11 9 20 20 - - - 7 Bengkel Pemurnian Buku Tiada yang Mustahil : Kisah Kejayaan OKU Edisi 2 (bersemuka) 8 - 11 November 2021 ISM 10 20 30 30 - - - 8 Bengkel Penyelarasan Penerbitan Buku Melakar 100 Hari Bersama YB Rina KPWKM 7 Desember 2021 ISM 7 8 15 15 - - - 9 Bengkel Penyelarasan Pemilihan dan Susun Atur Gambar bagi Penerbitan Buku Melakar 100 Hari Bersama YB Rina KPWKM 22 Desember 2021 ISM 7 8 15 15 - - - 83 127 210 209 JUMLAH 1 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 112
SENARAI PENERBITAN ISM 2021 MAJALAH PARADIGMA SOSIAL 2021 Majalah Paradigma Sosial merupakan penerbitan separa akademik yang diterbitkan oleh pihak ISM secara tahunan. Antara topik yang diketengahkan adalah berkaitan polisi dan pembangunan sosial seperti kesukarelawanan, pembangunan modal insan, institusi kekeluargaan, isu berkaitan kanak - kanak, orang kurang upaya, warga emas serta golongan rentan, ibu tunggal, kesaksamaan gender, peranan pekerja sosial, inovasi sosial, perkhidmatan kebajikan serta kebajikan sosial, kecederaan sukan permotoran dan isu pandemik bagi tahun 2021. INTERNATIONAL JOURNAL OF SOCIAL POLICY AND SOCIETY (IJSPS) VOLUME 16/2020 International Journal of Social Policy and Society (IJSPS) adalah jurnal antarabangsa berwasit yang diterbitkan oleh ISM. IJSPS mengetengahkan topik multidisiplin dalam sains sosial yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. IJSPS Vol. 16/2020 menghimpunkan sebanyak 11 artikel sumbangan daripada pelbagai universiti. 113 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
INTERNATIONAL JOURNAL OF SOCIAL POLICY AND SOCIETY (IJSPS) VOLUME 17/2021 International Journal of Social Policy and Society (IJSPS) adalah jurnal antarabangsa berwasit yang diterbitkan oleh ISM. IJSPS mengetengahkan topik multidisiplin dalam sains sosial yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. IJSPS Vol. 17/2021 menghimpunkan sebanyak 9 artikel sumbangan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta. INTERNATIONAL JOURNAL OF SOCIAL POLICY AND SOCIETY (IJSPS) SPECIAL EDITION 2021 International Journal of Social Policy and Society (IJSPS) Special Edition 2021 memfokuskan isu-isu sosial berkaitan COVID-19. IJSPS Special Edition ini merupakan hasil kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebanyak 11 artikel jurnal dimuatkan dalam edisi khas pada tahun ini. Kesemua artikel yang dimuatkan dalam edisi khas ini merupakan sumbangan penyelidik dan pasca siswazah daripada UIAM. (Kerjasama bersama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)) LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 114
KOMPILASI KAJIAN TINJAUAN SOSIAL ISM DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19 Buku ini menghimpunkan kajian tinjauan sosial ISM dalam tempoh pandemik COVID-19. Kajian ini merupakan kajian dalaman yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai ISM. Sebanyak lima laporan kajian dimuatkan dalam buku kompilasi ini berkisar isu-isu pasangan jarak jauh dan penjagaan anak, Talian Kasih, frontliners dan isu-isu ekonomi orang kurang upaya. LAPORAN TAHUNAN ISM 2020 Merupakan medium pelaporan aktiviti dan program yang berlangsung di ISM sepanjang tahun 2020. Memaparkan laporan aktiviti setiap Kluster Akademik dalam aspek Latihan dan Bengkel serta siri Dialog Sosial serta Social Talk dan juga webinar. Laporan Kewangan serta Aktiviti setiap Unit dan Kelab Kebajikan ISM (KEBKES). Laporan ini diterbitkan secara berkala setahun sekali. 115 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
PENGENALAN PENCAPAIAN MAJLIS PELANCARAN BUKU TIADA YANG MUSTAHIL : KISAH KEJAYAAN OKU EDISI 1 YANG DIRASMIKAN OLEH YB DATUK SERI RINA HARUN PADA 27 APRIL 2021 DI DEWAN PERDANA NUR, KPWKM LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 116
BENGKEL KAJIAN KES BUKU TIADA YANG MUSTAHIL : KISAH KEJAYAAN OKU EDISI 2/ SIRI 1 (BERSEMUKA) PADA 9-10 MAC 2021 DI BILIK KULIAH 1, ISM BENGKEL PEMURNIAN BUKU TIADA YANG MUSTAHIL : KISAH KEJAYAAN OKU EDISI 2 PADA 8-11 NOVEMBER 2021 DI BILIK KULIAH 1, ISM 117 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
BENGKEL PENYELARASAN PENERBITAN BUKU MELAKAR 100 HARI BERSAMA YB RINA, KPWKM PADA 7 DISEMBER 2021 DI BILIK KULIAH 2, ISM LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 118
BENGKEL PENYELARASAN PEMILIHAN DAN SUSUN ATUR GAMBAR BAGI PENERBITAN BUKU MELAKAR 100 HARI BERSAMA YB RINA KPWKM PADA 22 DISEMBER 2021 DI BILIK KULIAH 1, ISM 119 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
KLUSTER PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
PENGENALAN Nama Penuh Kluster: Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (KPP) Fungsi dan Tugas Kluster: Kluster Penyelidikan dan Pembangunan berfungsi melaksanakan penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan sosial secara umum dengan kumpulan sasar KPWKM secara khususnya yang bertujuan membantu pembuatan dasar dan polisi semasa negara. Tugas-tugas kluster ini adalah: a. Merancang, menyelaras dan mengendalikan penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan sosial; b. Merancang, merancang dan mengawal peruntukan kewangan tahunan yang diperuntukkan untuk menjalankan penyelidikan; c. Melaksanakan tinjauan bagi mengenal pasti isu dan masalah sosial yang relevan untuk dibuat kajian; dan d. Memberikan bantuan khidmat nasihat kepada bahagian/ kluster/ unit lain dalam aspek melibatkan penyelidikan. Perkhidmatan ditawarkan: Kluster Penyelidikan dan Pembangunan bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan penyelarasan dan pemantauan pembangunan kajian-kajian berkaitan isu-isu sosial melibatkan kumpulan sasar di samping bekerjasama dalam membantu pelaksanaan latihan, bengkel atau program berkaitan penyelidikan dan pembangunan. 121 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) Senarai Kajian Tahun 2021 Kluster Penyelidikan dan Pembangunan ISM telah menerima peruntukan belanja pembangunan di bawah Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) pada tahun 2021 untuk menyempurnakan kajian-kajian berikut: Kajian Diagnostik Bagi Membentuk Model Penjagaan Warga Emas Jangka Panjang Yang Bersepadu dan Mampan di Malaysia dijalankan bertujuan membangunkan maklumat asas bagi merangka dasar, perundangan, program dan sistem Long-Term Care (LTC) di Malaysia yang berasaskan bukti (evidence-based) termasuk dasar, program/ projek. sistem perlindungan, sistem tadbir urus, stakeholder mapping. Selain itu, analisis mengikut demografi dan geografi turut dijalankan serta KAJIAN ISM Kajian Diagnostik Bagi Membentuk Model Penjagaan Warga Emas Jangka Panjang Yang Bersepadu dan Mampan di Malaysia; dan Kajian Perlaksanakan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia a) b)
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 122 stakeholder mapping. Selain itu, analisis mengikut demografi dan geografi turut dijalankan serta permintaan/ keperluan terhadap LTC dikenal pasti untuk warga emas semasa dan seterusnya melaksanakan unjuran keperluan menjelang tahun 2030 mengikut jenis (hospital, institusi, komuniti dan rumah). Hasil daripada dapatan tersebut, satu Model Penjagaan Warga Emas Jangka Masa Panjang Yang Bersepadu dan Mampan serta Pelan Pelaksanaan LTC dibangunkan. Kajian Pelaksanakan Projek Rintis Diversion Bagi Kanak-Kanak Yang Mempunyai Konflik Dengan Undang-Undang Di Malaysia pula dijalankan bertujuan menilai penerimaan pegawai di lapangan, kanak-kanak, ketua-ketua komuniti, keluarga,komuniti setempat, pengelola perkhidmatan keadilan dan pembekal perkhidmatan yang terlibat dengan program Diversion. Kajian ini juga turut menilai kapasiti dan keupayaan sumber bagi melaksanakan Diversion yang berkesan selain mengkaji pelaksanaan tiga (3) kaedah Diversion (amaran, amaran keras dan program intervensi). Keperluan pindaan atau penggubalan perundangan baru turut dikaji untuk dijadikan punca kuasa pelaksanaan program Diversion. Lokasi kajian ini dijalankan tertumpu kepada tiga (3) daerah iaitu Sepang, Seremban dan Port Dickson. ISM juga turut menjalankan kajian berskala kecil menggunakan peruntukan belanja mengurus seperti berikut: Kajian Penilaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan program bantuan dari aspek kefahaman penerima tentang matlamat program, reaksi, pandangan serta ekspektasi penerima terhadap program bantuan yang diberikan oleh JKM. Kajian ini telah dilaksanakan di seluruh Malaysia bersekali dengan pengagihan bakul makanan kepada penerima bantuan JKM. Kajian Mengenai Tahap Kesejahteraan Ekonomi Serta Kaedah Alternatif Bagi Kelangsungan Hidup OKU (Penerima Bantuan JKM) Semasa Tempoh PKP Di Lembah Klang dilaksanakan bertujuan untuk menganalisa dan mengenal pasti keperluan terhadap kaedah alternatif untuk OKU di Lembah Klang terutamanya dalam tempoh PKP selain menganalisa kemudahan dan perkhidmatan sedia ada. Kajian Penilaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan Kajian Mengenai Tahap Kesejahteraan Ekonomi Serta Kaedah Alternatif Bagi Kelangsungan Hidup OKU (Penerima Bantuan JKM) Semasa Tempoh PKP Di Lembah Klang a) b)
123 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) KAJIAN ISM
LAPORAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN (KEBKES)
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN (KEBKES) INSTITUT SOSIAL MALAYSIA BAGI TAHUN 2020 BIL. NAMA JAWATAN 1. Encik Syamil bin Zayid Pengerusi 2. Encik Muhammed Nadzri bin Murashid Timbalan Pengerusi 3. Puan Idarani binti Mohd Rabu Setiausaha 4. Puan Maliza binti Maarof Penolong Setiausaha 5. Puan Suzila binti Hussin Bendahari 6. Puan Rohaya binti Mohd Ramli Penolong Bendahari 7. Puan Asnaini binti Muhamad Ketua Biro Kebajikan 8. Puan Halijah binti Kamis Ketua Biro Ekonomi 9. Encik Mohammed Rozaidee bin Tusiran Ketua Biro Sukan 10. Encik Ahmad Haqimi bin Hashim Ketua Biro Agama 11. Puan Norasidawati binti Mohd Sidek Ketua Biro Kebudayaan 12. Puan Yuslinda binti Mohamed Yusof Juruaudit 13. Puan Norhidayah binti Mansor Juruaudit 125 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
SUMBANGAN DAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN KEPADA AHLI BIL. SUMBANGAN KEWANGAN CATATAN JUMLAH 1. Sumbangan Perkahwinan Ahli - RM100 2. Sumbangan Hari Lahir Ahli Sumbangan dalam bentuk hadiah RM20 3. Sumbangan Kematian Ahli Suami / Isteri / Anak / Ibu / Bapa / Mertua / Ahli akan menerima RM50 RM100 4. Sumbangan Kelahiran (Ahli) - RM50 5. Sumbangan Ahli Yang Sakit Suami / Isteri / Anak / Ibu / Bapa / Mertua RM50 (Biasa) RM100 (Warded) 6. Sumbangan Persaraan Ahli - RM100 7. Sumbangan Pertukaran Ahli Ke Kementerian / Agensi lain - RM50 8. Sumbangan Anak-Anak Cemerlang (Ahli) UPSR (3A ke atas) PMR (4A ke atas) SPM (5A ke atas) RM10 setiap 1A 9. Sumbangan Bencana (Ahli) Berlakunya bencana atau perkara yang tidak diduga RM50 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 126
AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2020 / 2021 Bacaan Yasin dan Tazkirah Ringkas Bacaan Yassin diadakan pada setiap hari Jumaat di Surau ISM dan Tazkirah Ringkas disampaikan oleh penceramah jemputan, pegawai dan kakitangan lelaki di ISM mengikut penggiliran yang telah ditetapkan. Agihan Juadah Berbuka Puasa Program Agihan Juadah Berbuka Puasa telah diadakan pada 7 Mei 2021 di Auditorium ISM melalui kerjasama Unit Pengurusan Sumber Manusia sempena bulan Ramadan 1442H. Juadah telah diagihkan kepada semua warga ISM. Pertandingan Penulisan Kreatif : Pengalaman Menempuh Covid-19 Anjuran Pusat Sumber dengan Kerjasama KEBKES dan Kluster Repositori dan Dokumentasi Pertandingan Video Kreatif Merdeka sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun 2021 telah diadakan pada 28 April hingga 28 Julai 2021 anjuran Pusat Sumber dengan kerjasama KEBKES dan Kluster Repositori dan Dokumentasi. Pertandingan ini terbuka kepada anak-anak pegawai dan kakitangan warga KPWKM dan Agensi yang masih bersekolah bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan penulisan berbentuk ilmiah berkaitan isu semasa. Pertandingan Video Kreatif Merdeka ”Malaysia Prihatin” Anjuran Pusat Sumber dengan Kerjasama KEBKES Pertandingan Video Kreatif Merdeka sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun 2021 telah diadakan pada 11 hingga 31 Ogos 2021 anjuran Pusat Sumber dengan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat ISM 2021 Sambutan Hari Sukan Negara telah disambut pada 9 Oktober 2021 serentak di seluruh Malaysia. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation) serta menggalakkan rakyat Malaysia sentiasa bersukan dan menjadikannya sebagai budaya hidup. Sesi Perbincangan antara KEBKES dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 November 2021 (Isnin) Sesi Penyerahan Baju T-Shirt Korporat ISM Institut Sosial Malaysia dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial ISM (KEBKES) menyerahkan baju t-shirt korporat ISM kepada warga ISM pada 23 November 2021 bertempat di Pusat Sumber ISM. Sesi penyampaian baju tersebut disempurnakan oleh Encik Mohd Hanapi bin Mohammad Hanipah, Timbalan Pengarah ISM. Program Cuti Sekolah@Pusat Sumber ISM Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KEBKES) ISM telah menganjurkan Program Cuti Sekolah @ Pusat Sumber ISM yang akan diadakan pada 16 Disember 2021 sempena musim cuti persekolahan tahun 2021. Program ini bertujuan untuk menggalakkan anak-anak warga ISM menyertai aktiviti berkonsepkan pendidikan di samping mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak. 127 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 128 1. Bacaan Yassin, Tahlil, Tazkirah Ringkas dan Perkongsian Ilmu GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil secara dalam talian (sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tazkirah Ringkas oleh Ybrs. Dr. Fazni binti Mat Arifin (Pengarah ISM) Bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Sabir bin Abd Ghani, Penceramah Bebas dan Sesi Perkongsian Ilmu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di Surau ISM
2. Program Agihan Juadah Berbuka Puasa 129 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) Agihan juadah berbuka puasa kepada warga ISM
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 130 3. Pertandingan Penulisan Kreatif: Pengalaman Menempuh Covid-19 Gambar 1: Pemenang bagi Pertandingan Penulisan Kreatif Covid-19 Kategori 13 hingga 17 Tahun Gambar 2: Pemenang bagi Pertandingan Penulisan Kreatif Covid-19 Kategori 7 hingga 12 Tahun
131 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 4. Pertandingan Video Kreatif Merdeka ”Malaysia Prihatin” Peserta bagi Pertandingan Video Kreatif Merdeka Penyerahan Hadiah dan Sijil kepada Johan dan Naib Johan bagi Pertandingan Video Kreatif Merdeka Penyerahan Hadiah dan Sijil kepada Johan (Pn. Asnaini binti Muhamad) bagi Pertandingan Video Kreatif Merdeka Penyerahan Hadiah dan Sijil kepada Naib Johan (En.Muhammed Nadzri bin Murashid) bagi Pertandingan Video Kreatif Merdeka
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 132 Aktiviti zumba warga wanita ISM di Parkir Kenderaan ISM Pertandingan Karom di Lobi ISM Pertandingan Ping Pong di Lobi ISM Peserta pertandingan futsal, karom dan ping pong ISM Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak kategori 6-12 tahun sempena Hari Sukan Negara 2021 Pemenang Pertandingan Mewarna kategori 6-12 tahun sempena Hari Sukan Negara 2021 5. Sambutan Hari Sukan Negara 2021
6. Sesi Perbincangan antara KEBKES dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 November 2021 (Isnin) 133 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 134 7. Sesi Penyerahan Baju T-Shirt Korporat ISM Penyerahan baju kepada Warga ISM Penyerahan baju oleh Tuan Timbalan Pengarah ISM kepada Pengerusi (pro-tem) KEBKES, Encik Mohd Fazil bin Wel
8. Program Cuti Sekolah@Pusat Sumber ISM 135 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
PERISTIWA ISM SEPANJANG TAHUN Rangkuman 2021 ISM Executive Talk Siri 1- 2021. Seni Memimpin, Menjulang Mandat Dengan Hikmah Pada 26 Januari 2021 Di KPWKM LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 136
ISM Social Talk Siri 1-2021.Are We Resilient, Menjadi Wanita Berdaya Tahan Di Era Pandemik Pada 11 Februari 2021 Di ISM 137 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
Majlis Pelancaran Program MySign, Kursus Bahasa Isyarat Malaysia Pada 23 Februari 2021 (Secara Dalam Talian) LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 138
Perhimpunan Bulanan Bil 1-2021 ISM Pada 1 April 2021 139 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
Bengkel Kajian Kes Buku OKU Edisi 2 (siri1) Pada 9-10 Mac 2021 Di ISM LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 140
141 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) Bengkel Pemurnian Buku Tiada Yang Mustahil_ Kisah Kejayaan OKU Edisi 2 Pada 8-11 November 2021
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Pelancaran Kempen Jom Derma Buku Pada 22 April 2021 Di Auditorium ISM LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 142
143 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) Majlis Penyerahan Bas ISM Kepada Asrama Akhlak Bukit Baru, Melaka Pada 18 November 2021 Di ISM
Program Transformasi Diri Dan Organisasi ISM Pada 13 November 2021 Di Sunway Lagoon LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 144
Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah ISM Pada 15 November 2021 Di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3 145 LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
Simposium Kebangsaan Kerja Sosial 2021.(Memperkukuhkan Solidariti Sosial Dan Keterhubungan Global Pada 27-29 Mei 2021 Secara Dalam Talian LAPORAN TAHUNAN 2021INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 146