INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1 TAHUN 1
TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR : AMMAR BAIHAQI BIN AZHARRUL
ANGKA GILIRAN : 2022092310027
NO KAD PENGENALAN : 041030-11-0261
KUMPULAN/UNIT : BM 2
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN
TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022
NO. TEL : 010 3308977
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 17 September 2022
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan 2 e-portfolio bagi kod subjek
BMMB1074 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin, selaku Pensyarah Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya, Dr. Mohd Fadzil di atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
AMMAR BAIHAQI BIN AZHARRUL
Siswa Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.
i
ISI KANDUNGAN
TUGASAN 1
Bil. Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi 1
2.1 Sebelum Merdeka 1
2.1.1 Sistem Ejaan Van Opheysun 1
2.1.2 Sistem Ejaan Wilkinson 2
2.1.3 Sistem Ejaan Za’ba 2
2.1.4 Sistem Ejaan Fajar Asia 2
2.1.5 Sistem Ejaan Kongres 3
2.2 Selepas Merdeka 3
2.2.1 Sistem Ejaan Malindo 3
2.2.2 Sistem Ejaan Bahasa Malaysia 3
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam 4
Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi pada Masa Kini 5
5.0 Penutup 7
Rujukan
ii
1.0 Pengenalan
Sejak dahulu lagi, Bahasa Melayu telah dikenali sebagai bahasa yang fleksibel
kerana mudah menerima pengaruh luar dan diserap kedalam sistem bahasa Melayu.
Antara yang banyak terkesan adalah perkataan yang digunakan. Kebanyakan
daripada kata-kata dalam bahasa Melayu adalah dipinjam dari luar sama ada
pinjaman terus atau pinjaman terjemahan. Perkara ini secara tidak lansung
menjadikan bahasa Melayu mudah diterima oleh pelbagai rumpun diserata dunia.
Namun pengaruh yang diterima bukan sahaja dari segi kata, malahan tulisannya
juga dipengaruh oleh bahasa asing. Hal ini dapat dilihat dari pelbagai batu bersurat
yang mempunyai tulisan yang berbeza antara mereka. Bahasa Melayu pada
mulanya ditulis dengan tulisan Pallava yang dibawa oleh pedagang India. Kemudian,
Datanglah bangsa arab membawa pengaruhnya. Tulisan yang dibawa adalah
Tulisan Arab. Namun terdepat sedikit perubahan yang dilakukan dalam tulisan
tersebut bagi disesuaikan dengan bahasa Melayu. Maka, wujudlah Tulisan Jawi.
Perkara ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang unik untuk digunakan.
Hal ini menyebabkan ramai pedagang yang datang ke kepulauan Melayu
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan. Namun, selepas
kedatangan penjajah, bahasa Melayu mula beransur-ansur menggunakan tulisan
Rumi. Justeru, bagaimanakah perkembangan tulisan Rumi tersebut?
2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi
Tulisan Rumi telah banyak mengalami perubahan dibawah pelbagai sistem.
Perkembangannya dapat dilihat dalam dua situasi iaitu;
Perkembangan Sebelum Merdeka
Tulisan Rumi Selepas Merdeka
2.1 Sebelum Merdeka
2.1.1 Sistem Ejaan Van Ophuysen
Kedatangan penjajah barat telah memberikan banyak perubahan kepada
masyarakat termasuklah sistem tulisan Bahasa Melayu. Mereka berusaha
mengkaji dengan mendalam terhadap bahasa Melayu dan cuba untuk
1
merakamkan bahasa Melayu dengan aksara latin. Perkara ini terus
berkembang sehinggalah wujudnya satu leksikografi. Pencetakan dan
penerbitan leksikografi menjadikan ejaan Rumi lebih praktis berbanding
mana-mana ejaan yang lain.Oleh itu, Van Ophuysen, iaitu seorang pentadbir
Belanda telah memperkenalkan sistem ejaan rumi yang pertama di alam
Melayu. Ejaan ini mula disebarkan di seluruk pelusuk Tanah Melayu untuk
dijadikan sebagai ejaan rasmi.
2.1.2 Sistem Ejaan Wilkinson
Pada tahun 1902, telah berlaku perancangan untuk mewujudkan sistem
ejaan baru di Tanah Melayu. Perkara ini terjadi setelah kesedaran pihak
atasan betapa pentingnya keseragaman ejaan si seluruh Tanah Melayu.
Dengan persetujuan kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu, sebuah
jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh RJ. Wilkinson. Maka sejak dari itu,
semua sekolah di Tanah Melayu menggunakan sistem ejaan Wilkinson.
Kamus-kamus yang dihasilkan oleh Wilkinson menggunakan sistem ejaan
Wilkinson sehingga akhir 1940-an.
2.1.3 Sistem Ejaan Za’ba
Beberapa tahun setelah itu, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan
bagi memantapkan bidang Pendidikan di negara kita. Maktab ini memainkan
peranan penting dalam perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu. Di
bawah kendalian Za’ba, Maktab Perguruan Sultan Idris telah
memperkenalkan sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan Za’ba. Ejaan ini telah
digunakan dengan meluas dalam masyarakat Melayu. Kebanyakan
sistemnya masih mengekalkan sistem ejaan Wikilson. Namun, terdapat
kaedah penggunaan aneka ragam lambang huruf dalam sistem ini yang
menjadikan ketidakseragaman pengejaan kata dalam penggunaan tulisan
Rumi.
2.1.4 Sistem Ejaan Fajar Asia
Pada tahun 1943 semasa pendudukan Jepun, sistem Ejaan Fajar Asia
digunakan dalam majalah yang diterbitkan di Singapura oleh Zainal Abidin bin
Ahmad yang bertajuk “Fajar Asia”. Sistem ejaan ini adalah percubaan
pertama untuk menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Sistem ini juga agak berlainan dari sistem ejaan Za’ba yang digunakan di
Tanah Melayu dan sistem ejaan Rumi yang digunakan di Indonesia. Sistem
2
ini juga dijadikan sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50 (Asas
50 ). Namun ejaan ini tidak banyak digunakan di Tanah Melayu. Hal ini
menyebabkan sistem ejaan ini kurang diambil perhatian oleh pihak
pentadbiran.
2.1.5 Sistem Ejaan Rumi Kongres
Pada tahun 1952, suatu kongres diadakan di Singapura bagi membaik pulih
sistem ejaan rumi di Tanah Melayu yang dinamakan Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu. Beberapa pembaharuan telah dilakukan kepada sistem
Ejaan Za’ba bagi memudahkan penggunaan dalam aktiviti di negara Tanah
Melayu. Akhirnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada
tahun 1956 telah mempersetujui sistem ejaan Rumi baharu yang dikenali
sebagai Sistem Ejaan Kongres.
2.2 Selepas Merdeka
2.2.1 Sistem Ejaan Malindo
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, muncul satu
idea untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi antara Tanah Melayu dengan
Indonesia. Hasilnya, dua tahun setelah itu, sebuah perjanjian persahabatan
antara Perseketuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia telah
termaktub. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyeragamkan
sistem ejaan rumi antara kedua-dua negara. Maka dengan itu, terhasillah
sistem Ejaan Malindo. Namun, apabila terjadinya konfrantasi antara
Indonesia dengan Tanah Melayu, perkara ini menyebabkan usaha
penyeragaman sistem ejaan ini terbantut.
2.2.2 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia
Pada tahun 1966, perlaksanaan sistem Ejaan Malindo ini diteruskan. Istilah-
istilah bahasa Indonesia dan bahasa Melayu diselaraskan. Walaupun begitu,
sistem ini masih perlu diperbaiki sebelum dilaksanakan di kedua-dua buah
negara itu. Maka dengan itu, suatu rundingan diadakan untuk melaksanakan
sistem ejaan baru. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menerbitkan
sebuah risalah bertajuk “Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia” untuk
kegunaan ramai. Kemudian, Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia dibentuk bagi
membincangkan segala masalah mengenai sistem ejaan baru. Akhirnya,
3
majlis tersebut berhasil menerbitkan sebuah pedoman umum yang lebih
lengkap iaitu “Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia” pada tahun 1974.
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam Menyeragamkan
Sistem Ejaan Rumi
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956 sebelum merdeka
oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3. Pada tahun 1959, DBP
ditukarkan daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun dan diletakkan
dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat mereka adalah bagi
memartabatkan bahasa kebangsaan Malaysia iaitu bahasa Melayu. Jadi, mereka
memainkan banyak peranan dalam memastikan bahasa Melayu kekal diiktiraf oleh
dunia dan disanjung oleh masyarakat. Selaras dengan itu juga, DBP telah
memberikan pelbagai usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi di Malaysia.
Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan
tulisan Rumi adalah dengan menggalakkan perkembangan bakat kesusasteraan
terutama dalam bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh DBP bagi
mencapai objektif usaha ini dan antaranya ialah pertandingan menulis yang diadakan
di peringkat sekolah. Perkara ini bakal melahirkan penulis muda yang kreatif dan
inovatif. Di samping dapat menyeragamkan sistem ejaan rumi, perkara ini juga bakal
mengukuhkan ilmu kesusasteraan negara sehingga masa akan datang. Selain itu
juga, DBP juga memberikan anugerah kepada para sasterawan negara bagi
menggalakkan lagi penerokaan sastera dalam negara kita. Maka dengan itu, tidak
dapat dinafikan lagi bahawasanya, DBP begitu penting kepada negara dalam
mengekalkan warisan satera dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu.
Selain itu, DBP memainkan peranan dengan membakukan ejaan dan
sebutan bahasa Melayu dalam ejaan rumi serta membentuk pelbagai istilah yang
sesuai dalam bahasa Melayu untuk digunakan oleh masyarakat. Dengan itu, DBP
telah menubuhkan Jawatankuasa Istilah dengan kerjasama institut pengajian tinggi
bagi mengumpul, membentuk dan mengembang istilah dan ejaan bahasa Melayu
dalam bidang Sains dan Matematik. Dengan itu, pembelajaran sekolah lebih mudah
dijalankan kerana tiada istilah inggeris yang diterapkan dalam pelajaran Sains dan
Matematik sekali gus memantapkan lagi pendidikan negara. Hal ini menunjukkan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan penting dalam memajukan
negara dan memartabatkan bahasa Melayu serta menyeragamkan ejaan rumi
4
Di samping itu, DBP memainkan peranan dalam menyeragamkan ejaan rumi
bahasa Melayu dengan memperbanyakkan aktiviti mencetak dan menerbitkan buku-
buku, risalah-risalah, kamus-kamus dan lain-lain persuratan ilmiah dalam bahasa
Melayu. Perkara ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat
terutamanya rakyat Malaysia dalam penggunaan sistem ejaan yang seragam. Hal ini
menjadikan DBP sebagai organisasi terbesar di Malaysia dalam menerbitkan bahan
bacaan dalam bahasa Melayu dan ejaan rumi bahasa Melayu. Tidak berhenti disitu,
DBP banyak menerbitkan bahan bacaan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi
memastikan mereka mendapatkan Pendidikan yang mantap. Hal ini membuatkan
pelajar-pelajar di Malaysia lebih sering menggunakan ejaan rumi bahasa Melayu
dengan betul dan tepat. Dengan itu, ejaan rumi bahasa Melayu akan kekal
digunakan sehingga ke generasi akan datang.
Kesimpulannya, Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi aset penting kepada
negara dalam memastikan bahasa Melayu terus disanjung oleh masyarakat dan
ejaan rumi bahasa Melayu terus digunakan sehingga masa akan datang. Sistem
ejaan Rumi juga bakal digunakan secara seragam dan meluas dalam pelbagai
bidang di Malaysia termasuklah pentadbiran. Maka dengan itu, rakyat Malaysia
seharusnya membantu dan menyokong DBP dalam memantapkan ejaan rumi di
Malaysia agar Malaysia dapat dipandang tinggi oleh negara-negara asing.
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Kini
Dalam era globalisasi ini, dunia telah mengalami banyak perkembangan sehingga
dapat mewujudkan pelbagai teknologi canggih untuk kegunaan manusia sejagat.
Perkara ini tidak terkecuali juga di Malaysia. Negara kita tidak terlepas dalam
mengejar kemajuan bagi memastikan kedudukan negara sejajar dengan negara
maju yang lain. Pelbagai kemajuan telah dikecapi negara termasuklah penggunaan
capaian internet 5G dalam negara. Namun, dalam kesibukan mengejar kemajuan ,
kita terlupa ada beberapa perkara yang terkesan dengan kemajuan ini. Antaranya
termasuklah sistem ejaan rumi bahasa Melayu. Pelbagai perubahan telah dialaminya
untuk mengharungi alam maya kini.
Antara cabaran yang dihadapi oleh sistem ejaan Rumi pada masa kini adalah
masyarakat Melayu kini lebih sering menggunakan bahasa pasar dalam
perhubungan komunikasi mereka. Perkara ini menyebabkan banyak ejaan yang
salah digunakan dalam perbualan mereka seharian. Bukan itu sahaja, Notis-notis
dan risalah awam juga kebanyakan tidak menggunakan ejaan bahasa Melayu yang
sepatutnya dan banyak kesalahan tatabahasa yang digunakan. Hal ini memberi
kesan kepada anak muda jika mereka sering menggunakan perkataan-perkataan
5
yang salah. Dalam hal ini, DBP memainkan tanggungjawab yang penting dalam
mencari solusi kepada masalah ini di samping menerbitkan bahan bacaan dan
disebarkan secara meluas di seluruh negara agar dapat memperbetulkan kebiasaan
ini. Rakyat Malaysia juga perlu memberi perhatian kepada masalah ini dan cuba
untuk membantu DBP dalam menghalang perkara ini terus terjadi.
Selain itu, seiring dengan perkembangan teknologi, masyarakat Malaysia
banyak menggunakan aplikasi komunikasi dalam peranti pintar seperti Whatsapp,
Telegram dan Facebook. Perkara ini memang sangat memudahkan kerja seharian
manusia. Namun, ejaan rumi yang digunakan kebanayakan adalah salah. Kita dapat
lihat rakyat Malaysia banyak menggunakan singkatan dalam berhubung. Sebagai
contoh, singkatan ejaan yang digunakan adalah mcm (macam), dgn (dengan) dan
lain-lain. Penggunaan ini menimbulkan perubahan yang meresahkan dalam sistem
ejaan rumi bahasa Melayu selain daripada menjebak kearah penggunaan
tatabahasa yang salah. Dengan itu, sebagai rakyat Malaysia sewajarnya
mengehentikan perbuatan ini agar sistem ejaan rumi tidak terus tercemar seterusnya
dapat digunakan dengan sempurna oleh generasi akan datang.
Di samping itu, negara kita mempunyai pelbagai keunikan seperti perbezaan
loghat bagi setiap negeri. Namun, keunikan ini memberi kesan kepada sistem ejaan
rumi bahasa Melayu. Pelbagai ejaan berlainan bagi satu perkataan yang sama
maksud menjadikan ejaan rumi yang betul diabaikan. Hal ini sangat memberi
tekanan kepada penyeragaman sistem ejaan rumi. Walaupun begitu, ia bukan
perkara negatif dan tidak menjadi perkara yang salah namun perkara ini harus
dielakkan digunakan dalam bahasa rasmi dan bahasa pengantar seperti
penggunaan bahasa Melayu semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Jika
perkara itu berlaku, sesi pembelajaran tidak akan sempurna kerana terdapat perkara
yang lain jika disebut mengikut loghat. Hal ini akan menjejaskan prestasi murid
dalam peperiksaan. Oleh itu, penggunaan bahasa loghat harus diminimakan agar
tidak menjadi salah faham dalam penyampaian sesuatu perkara.
Kesimpulannya, sistem ejaan rumi Bahasa Melayu menerima pelbagai
cabaran dalam proses untuk menyeragamkannya diseluruh negara. Perkara ini akan
menjadikan bahasa Melayu dipandang tinggi oleh bangsa lain dan bakal menaikkan
bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Seterusnya, ia akan diwarisi oleh
generasi muda untuk terus berkembang di seluruh pelusuk dunia. Manusia di
negara lain bakal mula mempunyai minat untuk mempelajari dengan lebih mendalam.
Pertambahan pengguna bahasa Melayu bakal menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa yang agung di persada dunia. Oleh itu, marilah bersama menggunakan
6
bahasa Melayu yang betul dan menggunakan ejaan rumi yeng tepat agar bahasa
Melayu terus diwarisi zaman-berzaman.
5.0 Penutup
Sistem ejaan di Malaysia mengalami banyak perkembangan dari segi tulisan,
penggunaan suku kata dan aksara. Hal ini menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa yang unik kerana pernah mempunyai pelbagai jenis tulisan untuk menulis
bahasa ini. Sarjana barat juga mengiktiraf keunikan bahasa Melayu dari segi sejarah
serta perkembangannya. Perkara ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa yang bertaraf antarabangsa. Hal ini sepatutnya menjadi
kebanggaan kepada rakyat Malaysia sebagai pengguna rasmi bahasa Melayu. Di
samping mempunyai pelbagai jenis laras bahasa seperti bahasa Istana dan bahasa
Perundangan, kepelbagaian loghat juga menjadi suatu keunikan yang besar dalam
bahasa Melayu.
Namun begitu, bangsa kita seperti kurang mengambil berat tentang
perkembangan bahasa Melayu. Hanya badan bertanggungjawab seperti Bewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja yang mengambil pelbagai inisiati untuk
memastikan bahasa Melayu terus disanjung. Hal ini sewajarnya tidak terjadi kerana
sebagai bangsa Melayu, kita sepatutnya berbangga dengan perkembangan yang
dialami oleh bahasa Melayu kini. Justeru, saya menyeru semua warga Malaysia
untuk terus memartabatkan bahasa Melayu dengan menyertai program-program
yang dianjurkan oleh pihak berkuasa.
7
Rujukan
CABARAN EJAAN SISTEM RUMI PADA MASA KINI. (n.d.). anyflip. Retrieved September
17, 2022, from https://anyflip.com/dtfgb/jexb/I
(DOC) Sejarah Ejaan Jawi dan Rumi | Nur Baiti Nazri. (n.d.). Academia.edu. Retrieved
September 17, 2022, from
https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. (2018, April
30). Muhammad Al Afzan. Retrieved September 17, 2022, from
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-
pustaka.html
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (n.d.). Cikgu Saberi. Retrieved September 17,
2022, from http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-
melayu.html
8
9