The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainnabihah07, 2022-03-18 00:15:25

combinepdf (1)

combinepdf (1)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan kurnia-Nya yang
membolekan saya untuk menyiapkan dan menyempurnakan kerja kursus Kesantunan
Berbahasa ini dengan lengkap dan sempurna dalam tempoh yang telah di tetapkan.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Abdullah Bin Awang
Hamat dan Puan Salma Binti Abdul Manaf yang telah memberikan sokongan moral dan
kewangan kepada saya untuk mengumpul maklumat dan menyediakan bahan sepanjang
tempoh menyiapkan kerja kursus ini.

Dalam usaha menyiapkan serta menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan
setinggi-tiggi penghargaan kepada Dr. Kunaseelan Subramaniam selaku pensyarah subjek
Kesantunan Berbahasa saya. Beliau telah meluangkan masa dalam memberi tunjuk ajar dan
membimbing saya dengan memberi nasihat dan galakkan kepada saya untuk
menyempurnakan kerja kursus Kesantunan Berbahasa ini.

Penghargaan juga di ucapkan kepada semua rakan-rakan saya yang bertungkus lumus
bersama-sama saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan
saya yang lain di atas kesudian membantu dan memberi nasihat kepada saya.

Akhir kata. Dengan hati yang ikhlas, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung untuk menjayakan kerja kursus Kesantunan Berbahasa saya pada kali ini.

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin
dan kurnia-Nya yang membolekan saya untuk menyiapkan dan
menyempurnakan kerja kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu ini dengan lengkap dan sempurna dalam tempoh yang
telah di tetapkan.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang tercinta, iaitu
Encik Abdullah Bin Awang Hamat dan Puan Salma Binti Abdul
Manaf yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan
kepada saya untuk mengumpul maklumat dan menyediakan
bahan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini.

Dalam usaha menyiapkan serta menjayakan kerja kursus ini, saya
ingin mengucapkan setinggi-tiggi penghargaan kepada Dr. Nazri

Bin Zainuddin selaku pensyarah subjek Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu saya. Beliau telah meluangkan masa dalam
memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dengan memberi
nasihat dan galakkan kepada saya untuk menyempurnakan kerja

kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ini.
Penghargaan juga di ucapkan kepada semua rakan-rakan saya
yang bertungkus lumus bersama-sama saya dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan saya yang
lain di atas kesudian membantu dan memberi nasihat kepada

saya.
Akhir kata. Dengan hati yang ikhlas, saya ingin mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
terlibat yang telah membantu saya secara langsung atau tidak
langsung untuk menjayakan kerja kursus Kesusasteraan dan

Kebudayaan Melayu saya pada kali ini.

xt
1

TAKRIF, JENIS,
BENTUK DAN CIRI

- CIRI
KESUSASTERAAN

MELAYU

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah
"Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin
dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut
sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan
dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. Ali Ahmad
(1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan
dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera
berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra,
yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera

atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan
persuratan. Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi

maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah
daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada

dua bahagian iaitu su dan sastera. Su dikatakan membawa
maksud indah, baik, lebih berfaedah. Sastera pula membawa
maksud huruf atau buku. Ke-susastera-an membawa maksud
kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada
karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-
unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-
bagai perkataan. Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka,
seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba

mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau
karangan. Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi
makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali
Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi
sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat
masih diperlukan. Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang
luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui
tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar
Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan
dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan
bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan
penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu.
Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari

proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan
penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil

kesusasteraan.

2

JENIS-JENIS KESUSASTERAAN

MELAYU

Sekiranya, hasil kesuasteraan dikategorikan secara
semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh
dibahagikan kepada dua kategori yang besar, yakni:

Naratif
Bukan Naratif
Kesusasteraan Naratif merupakan hasil sastera yang
mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia
adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa,
yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat
berlaku. Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam
bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga
dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang
dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti
Zubaidah.Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang
biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam
masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan
naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan
sebagainya.
Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil
kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera
ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang
berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini
lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.




3

BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN

Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk
bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan
kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa
yang digunakan, yakni:
Prosa
Puisi
Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis
dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan
tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam
kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan.
Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih

mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi
kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama,

esei dan sebagainya.
Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis
dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak
terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan
terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk
baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa
yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa
rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah:
Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera

dan sebagainya



4

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

KEINDAHAN

Melalui gaya dan lenggok bahasa yang
digunakan dalam karya sastera.
Hasil karya dikatakanindah jika memenuhi 4
syarat iaitu :
1. keutuhan
2. keselarasan
3. keseimbangan
4.fokus kepada sesuatu unsur.

MENCERMINKAN
PENGALAMAN

Pengalaman di sini merujuk kepada tindak
balas yang utuh dari jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti.
Dalam karya sastera,pengalaman
diungkapkan melalui bahasa.

5

PENGALAMAN SENI

Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat
memahami dan merasai fikiran dan perasaan
pengkarya.
Pengkarya juga mendapat kepuasan sekiranya
dia tahu hasil karyanya dapat diterima dengan
baik oleh pembaca.
Nilai karya sastera terletak pada perkara yang
disampaikan, cara danbentuk penyampaian.
Hasil karya sastera dapatmemberikan
pengalaman dan nilai-nilai seni kepada
pembacanya

KARYA SENI


Terdapat tiga pekara yangmermbezakan karya sastera

dengan karya bukan sastera iaitu :
1.sifat fiksyen
2.nilai-nilai estetik
3.gaya bahasa yang khusus.

Fiksyen bermaksud karya sasteraitu dihasilkan melalui
imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau
tindak balasnya terhadap alam realiti.
Nilai-nilai estetik membolehkan pengkarya
mengungkapkan isi hati dengan jelas dan mendalam.

6

FUNGSI
KESUSASTERAAN
MELAYU DALAM
ASPEK HIBURAN,

PENDIDIKAN,
DAKWAH DAN

KRITIKAN
SOSIAL

7

HIBURAN

Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang
membawa keseronokkan yang indah.
hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan,
irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk
membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan
sebagainya.
kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti
cerita penglipur lara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang
diminati dan digilai masyarakat pada suatu ketika.
pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular
kerana keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan.
Hal ini dilihat dalam sebuah pantun yang beikut :

Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak.
Rentak dan rima bersukat membentuk irama dalam pantun.
Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri
yang menghasilkan keindahan dalam pembaca.
Selain itu, pantun disampaikan pula pelbagai variasi yang
semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan
lirik dikir barat di kelantan, lirik lagu dan pelbagai bentuk lagi.
Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang
poplat menunujukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak
dalam pantun

8

PENDIDIKAN/PENGAJARAN

Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran,
nasihat atau pesanan kepada masyarakat.
Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan
yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat,
mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat
menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya.
Contohnya karya arnab dan kura-kura :

Kisah Arnab dan Kura-Kura ini
misalnya sangat terkenal bukan
semata-mata kerana ceritanya

yang menghiburkan tetapi
keupayaannya dalam

memasyarakatkan nilai, unsur
moral dan pengajaran yang
berguna kepada masyarakat.
Tanpa kita sedari, kita

dibesarkan dalam asuhan moral
yang telah dibawa dalam bentuk

penceritaan tersebut. Tanpa
sedar, kita diserapkan dengan

kepentingan nilai hormat-
menghormati antara satu sama

lain dan mengingati bahawa
buruknya apabila ada sikap yang

sombong dan suka
merendahkan orang lain.

9

DAKWAH

Dakwah sebagai proses penyampaian pesanan suci Tuhan kepada
manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan
yang difahami sebagai objek dakwah (Mad'u). Medium atau saranan
dakwah tentulah melalui bahasa. bahasa sebagai saranan komunikasi
dakwah ternyata efektif atau keberkesanannya.
Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Ruang
dialektika yang terdapat dalam dunia kesusasteraan, menjadikannya
mampu menemukan warna baru dalam rangka menyampaikan pesan
suci Tuhan yang disebut dengan dakwah. Pertemuan antara agama
dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban
islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya
meletakkan agama sebagai sistem mengatur hubungan manusia
dengan Tuhannya dan sosial mengatur hubungan antara manusia
dengan lingkungan sekitar masih tetap berjalan sampai sekarang.

DEFINISI DAKWAH

Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefiniskan
dakwah iaitu mendorong manusia untuk membuat kebajikan
dan mencegah mereka dari membuat kemungkaran, agar
mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
A. Hasymi mendefiniskan dakwah dengan mengajak orang
lain untuk menyakini dan mengamakan kaedah dan syariat
islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru
dakwah itu sendiri.
Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat
menyembunyikan pesan-pesan yang hendak
dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya, melalui
aneka bentuk dan ragam astetika, metafora, simbol-simbol,
subjek dan objek yang ada dalam kehidupan.
Ia juga dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai
medium yang lebih neutral untuk menjelajahi medan
maknadibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas.
Oleh sebab itu, bahasa dakwah dalam kesusasteraan dapat
menghiburkan dan menyatu metamorfosa roh manusia

dalam jangkaun trensend1e0nsi, spiritualitsa dan religiusitas.

KRITIKAN SOSIAL

Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan
menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi
dan sudut pandang yang berbeza-beza.
Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang
berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia.
Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia
sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan
Dharmawijaya.
Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu
yang luar biasa tetapi perkara yang biasa tetapi diolah dalam
bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.
Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan
masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan
pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan.
Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan
kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam
kalangan mereka.
Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada
untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan
mesej.
Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai
peranan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas
sebagaimana diamanahkan

11

MANIFESTASI AKAL
BUDI DALAM

SEBUAH PANTUN,
SYAIR, SELOKA DAN

GURINDAM

12

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti

Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati



Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung
tanah

Budi baik dikenang juga



Tenang tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke

tanjung
Hati terkenang mulut

menyebut
budi baik rasa nak junjung.

13

TEMA
Pantun budi bertemakan menghargai,membuat
kebaikan dan mengingati budi seseorang



BENTUK PANTUN
jenis puisi ialah pantun
pantun ini ialah pantun budi
pantun budi ialah puisi terikat
puisi ini terdiri daripada 3 rangkap
bilangan baris dalam setiap rangkap adalah
sama iaitu 4 baris serangkap
2 baris pertama merupakan pembayanf
manakala 2 baris berikut adalah maksud
bilangan kata dalam baris hampir sama ,iaitu
antara 4-5 patah kata dalam satu baris
bilangan sukukata dalam setiap baris terdiri
daripada 9-10 sukukata
rima akhir pantun ini ialah a,b,a,b

14

UNSUR ESTETIKA



pemilihan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun budi
termasuklah;



a)anafora ,contohnya:
hutang emas boleh dibayar
hutang budi di bawa mati



b)epifora,contohnya:
gunung daik bercabang tiga
budu-i baik dikenang juga [PENGULANGAN PADA AKHIR BARIS]



c)personafikasi,contohnya:

hutang budi diwa mati
d)hiperbola,contohnya;
budi baik rasa nak junjung [Menyatakan secara berlebih lebihan ]



e)inversi,contohnya:
hancur badan rasa nak junjung sepatutnya badan hancur dikandung tanah



Antara unsur bunyi yang digunakn dalam pantun budi termasuklah ;



a)asonansi
i)pengulangan bunyi vokal a
cth rangkap 1:



pisang emas dibawa belayar

masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar

hutang budi dibawa mati
Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 18 kali



b)aliterasi
i)pengulangan bunyi konsonan n
contoh rangkap 2:



pulau pandan jauh ke tengah

gunung daik bercabang tiga

hanbcuurdbi baadiakndd1ikik5eannadnugnjgugtaanah

NILAI



Nilai menghargai-contonhnya menghargai dan
mengenang jasa seseorang yang dilakukan
Nilai kesederhanaan -contohnya bersikap
kesederhanaan terhadp seseorang dengan

melakukan kebaikan yang berkaitan dengan hal
- hal keduniaan dan akhirat

Nilai kejujuran-contohnya sifat jujur amat
penting dalam setiap perbuatan agar tidak
dimurkai oleh masyarakat.selain itu,kebaikan
dan budi yang dilakukan akan dikenang sampai

bila - bila.
FUNGSI PANTUN



Untuk menyampaikan pesanan
alat untuk mengajar dan didikan
untuk menceritakan pandangan

masyarakatkepada masa itu
untuk menggambarkan fikiran pada masa itu

sebagai alat komunikasi

16

SYAIR POHON BULUH



Menara tinggi banyak bertingkat

Disana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat



Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara

Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara



Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya

Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya



Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam

Air tak kritis seperti kola
Ikat tingkatnya tak nampak alam

1
7

MAKSUD SYAIR



Tema syair tersebut ialah perpaduan atau
keutuhan hidup bersatu




Rangkap 1 : Pihak berkuasa menjalankan
tugas dengan adil dan saksama tanpa
mengira pangkat dan darjat.


Rangkap 2 : Kehidupan mereka yang
bersaudara dan orang kaya yang sedia

menghulurkan bantuan kepada orang lain.



Rangkap 3 : Golongan tua dan muda
bergandingan dan bersama-sama daam
memperkukuh perpaduan masyarakat.



Rangkap 4 : Setiap anggota masyarakat

bertanggungjawab menjaga imej dan
keamanan daripada gangguan pihak luar

18

Seloka Pandai Pak Pandir



Anak dipijak dagang dijinjing

Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang

Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,

Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang

Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga

Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi

Awak juga berkecundangan.

19

Maksud Seloka Pak Pandir



Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian
sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua
harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak
memiliki apa-apa lagi. Dirinyapun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata

mendengar berita yang belum pasti.
Sebenarnya, Pak Pandir ditipu dalam baik tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung
nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat pokok
rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah. Sesuatu yang diheboh-hebohkan

belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.



Tema dan Persoalan
Tema seloka ini ialah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan
sesuatu yang akan merugikan diri sendiri. Persoalan-persoalan lain seloka ini ialah: kebodohan
merugikan diri sendiri, sikap tamak membawa rugi, sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari
kebolehan diri sendiri, watak dungu masyarakat Melayu, jangan percaya kepada khabar angin yang

belum tentu benarnya, dan utamakanlah anggota keluarga sendiri sebelum memberi layanan
istemewa kepada orang lain.



Nilai dan Pengajaran
i. Janganlah kita melakukan perkara yang sia-sia.
ii. Kita tidak harus mengutamakan orang dagang sehinggakan keluarga sendiri diketepikan.
iii. Amalkan sikap waras dalam kehidupan.
iv. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
v. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang yang tidak kita kenali.

20

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibandingkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.

Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.

Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa yang mengenal akhirat,

tahulah ia dunia mudarat.

21

MAKSUD

Akal budi gurindam ini pengarang menjelaskan
kepada pembaca bahawa apabila hidup tidak
mengenal agama yakni Tuhan, maka hidupnya akan
sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal ini menyebabkan
seseorang sentiasa berada dalam kesesatan.
Manakala, mengenal yang empat berkaitan dengan
ajaran tasawuf iaitu syari'at, ma'rifat.tarikat dan
hakikat. Apabila seseorang telah mengenal yang
empat ini maka kehidupan akan semakin terang

tanpa ada sedikit rasa was-was.



Selain itu, apabila mengenal Allah SWT, seseorang
itu perlu melaksanakan perintah Allah SWT dan
menjauhi larangan-Nya kerana Allah SWT
menciptakan dunia sebagai tempat mengumpul

pahala supaya dapat ke syurga-Nya. Namun ramai
yang terpedaya dengan nikmat dunia. Hakikat,

sebagai hamba kita perlu mengenal tujuan hidup.
Hidup di dunia ini hanyalah sesaat sedangkan
tempat kembali yang kekal ialah alam akhirat.

22

RUJUKAN

Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan Kebijaksanaan
Akal Budi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.



Abu Hassan Sham (ed), 1993. Puisi-Puisi Raja Ali Haji.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Ani Hj. Omar, (2011). Perkembangan Sastera Kanak-kanak
di Malaysia. Tanjung Malim: UPSI.



Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Glosari Istilah
Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.



Hamka. (2007). Peribadi. Kuala Lumpur: Pustaka Dini.



Harun Mat Piah; (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Awang Sariyan. (2007) Santun Berbahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka



Aripin Said. (2011). Nyanyi an Rakyat. Pahang: Gumum
Gemilang
23

Za'ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Walter Nash. (1990). Language In People Fiction. UK,
England: Routledge.



Shafie Abu Bakar. (1994). Takmilah: Teori, Falsafah dan
Prinsip. Dewan Sastera, 24 (8); 38-44






24


Click to View FlipBook Version