The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GB SKTM, 2022-06-11 23:13:05

MANUAL PEMBELAJARAN TERBEZA V1.0

MANUAL PEMBELAJARAN TERBEZA V1.0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah

Manual
PEMBELAJARAN TERBEZA

PEGAWAI-PEGAWAI SISC+

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

2019

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Manual
PEMBELAJARAN TERBEZA

PEGAWAI-PEGAWAI SISC+

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

2019

ii

Kandungan MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN
1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP PEMBELAJARAN TERBEZA 1
3.0 AKTIVITI-AKTIVITI PEMBELAJARAN TERBEZA 2
4.0 HUBUNG KAIT PEMBELAJARAN TERBEZA 10
5.0 CADANGAN PENULISAN RPH 23
6.0 CADANGAN SENARAI SEMAK 34
7.0 PENGHARGAAN 38
8.0 BIBLIOGRAFI 40
41

iii



MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Pengenalan

Kemenjadian murid merupakan keberhasilan utama yang merujuk kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam usaha memastikan pembelajaran berorientasikan pertumbuhan
dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kemenjadian murid itu satu realiti, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan penekanan kepada salah satu aspek iaitu
perubahan pedagogi.

Dalam aspek perubahan pedagogi, guru perlulah menekankan kepada PdP berpusatkan
murid. Perubahan ini akan dapat direalisasikan jika guru dan sekolah melaksanakan
pembelajaran yang bermakna dan berkonsepkan didik hibur, mewujudkan suasana
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) serta mengendalikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan
betul.

Pembelajaran Terbeza merupakan suatu pendekatan menyeluruh dan fleksibel.
Pendekatan ini melibatkan perancangan, persediaan dan penyampaian pengajaran untuk
disesuaikan dengan keupayaan murid yang pelbagai di dalam bilik darjah. Pembelajaran
Terbeza terdiri dari empat elemen iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran.
Pembelajaran terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta
kemampuan pembelajaran sekali gus murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi.

Dalam mengukur standard kualiti pendidik di Malaysia juga, Jemaah Nazir Sekolah
melalui instrumen SKPMg2 telah memasukkan keperluan elemen Pembelajaran Terbeza dalam
tindakan untuk mencapai standard (TUMS) dan rubrik penskoran. Hal ini bertepatan dengan
hasrat KPM untuk memberikan pendidikan yang adil dan berkualiti kepada murid-murid
sekolah di negara ini.

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) juga hendaklah diteruskan dan diperkasakan
agar menjadi budaya utama pembangunan profesionalisme warga pendidik di semua peringkat.
Melalui PLC, guru-guru boleh berkongsi pengalaman dan kepakaran di sekolah masing-masing,
dapat mengenal pasti permasalahan sebenar bilik darjah dan menyediakan kaedah
penyelesaian mengikut keperluan yang sebenarnya. PLC boleh dilakukan secara berterusan
mengikut keperluan dan kesesuaian masa sekolah.

1

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Konsep

PEMBELAJARAN TERBEZA

Pembezaan bermaksud merancang pengajaran untuk memenuhi keperluan individu. Sama ada
guru membezakan dari aspek kandungan pelajaran, proses, produk atau persekitaran
pembelajaran. Disamping itu, guru menggunakan kaedah pentaksiran berterusan serta
merancang kerja kumpulan fleksibel untuk menjadikan ia satu pendekatan pengajaran yang
berjaya”.

Tomlinson.C.A (2000)

“ Menurut Vygotsky, murid memerlukan cabaran yang bersesuaian untuk belajar, tetapi jika
cabaran yang diberikan terlalu jauh daripada pemahaman semasa maka mereka tidak akan
dapat membuat perkaitan dengan apa yang sedang dipelajari.”

Vygotsky (1978)

Daripada kedua-dua pendapat ini, dapatlah disimpulkan bahawa Pembelajaran Terbeza
bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi mereka.

Selanjutnya, Tomlinson dan Strickland (2005), guru biasanya membezakan arahan
dengan menyesuaikan satu atau lebih perkara berikut seperti kandungan (apa yang
murid pelajari), proses (bagaimana murid belajar) atau produk (bagaimana murid
menunjukkan penguasaan pengetahuan atau kemahiran mereka).

Tidak ada satu model khusus untuk melaksanakan pembelajaran terbeza kerana
pembelajaran ini bergantung pada pengetahuan sedia ada, minat dan kebolehan
murid. Oleh itu, guru perlu memilih dan menyesuaikan kandungan untuk memenuhi
minat, kebolehan, dan gaya pembelajaran murid. Hal ini bertujuan untuk memberi
perakuan terhadap kepelbagaian murid dan untuk menggalakkan mereka mencapai
potensi yang optimum dalam sesuatu mata pelajaran.

2

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Murid berbeza dari segi

Keperluan Kemahiran bahasa Latar belakang budaya

Tahap tumpuan Latar belakang pendidikan Minat

Prinsip Asas Pembelajaran Terbeza

1. Tugasan perlu mengambil kira kesaksamaan dari aspek pertimbangan minat dan
relevan kepada murid

2. Peluang yang mencabar mampu meningkatkan kebolehan murid, memenuhi
keperluan minat dan gaya pembelajaran yang pelbagai

3. Proses pembelajaran terbeza dan pentaksiran tidak boleh diasingkan
4. Fleksibiliti dalam pembentukan kumpulan
5. Tugasan yang diberikan kepada murid mestilah bermakna, signifikan dan

menarik untuk membangunkan kapasiti murid

3

Elemen-elemen dalam Pembelajaran Terbeza MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN
KANDUNGAN PROSES

ELEMEN
PEMBELAJARAN

TERBEZA

PERSEKITARAN PRODUK

Pembelajaran yang dibezakan melalui Kandungan

Kandungan yang diberikan berbeza mengikut tahap murid.
Murid yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam sesuatu
tajuk, diberi tugasan pada aras pemikiran yang rendah (mengingat dan
memahami)
Murid yang sudah menguasai pula perlu menganalisis isi kandungan
Murid yang mempunyai tahap penguasaan tinggi perlu menyelesaikan
tugasan berbentuk analisis atau reka cipta

4

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Pembelajaran yang dibezakan melalui Proses

Proses ialah bagaimana isi kandungan dipelajari.
Guru sepatutnya memberi peluang kepada murid untuk memproses
kandungan atau idea dan kemahiran yang telah diperkenalkan kepada
mereka. Setiap murid mempunyai cara belajar yang berbeza.
Suatu pembezaan yang berjaya, melibatkan penyampaian mengikut
setiap gaya pembelajaran murid seperti secara visual, auditori dan
kinestetik dan melalui lisan.
Bukan semua murid memerlukan bimbingan dan sokongan yang sama
daripada guru. Murid juga boleh memilih untuk bekerja secara individu,
berpasangan atau dalam kumpulan.

Pembelajaran yang dibezakan melalui Produk

Produk ialah apa yang murid hasilkan di akhir PdP untuk menunjukkan
penguasaan tajuk. Ia boleh berupa ujian, projek, laporan atau aktiviti
lain.
Guru boleh memberikan tugasan kepada murid untuk menyiapkan
aktiviti yang menunjukkan penguasaan konsep pembelajaran dengan cara
yang disukai atau dipilih oleh murid mengikut gaya pembelajaran
mereka.

5

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Contoh Pembelajaran yang dibezakan melalui produk

Pembelajaran yang dibezakan melalui Persekitaran Pembelajaran

▪ Suasana bilik darjah dan bagaimana ia berfungsi. Guru boleh
merancang perjalanan aktiviti agar ia berjalan dengan lancar dan
dapat mencapai objektif dan kriteria kejayaan.

6

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Contoh Pembelajaran yang dibezakan melalui persekitaran
pembelajaran

KUMPULAN 5 Papan putih Meja Guru
(Rumusan) Murid / Guru KUMPULAN 1
(Pendahuluan)
KUMPULAN 4 KUMPULAN 3
(Isi ke 3) (Isi ke 2) KUMPULAN 2
( Isi 1)

Contoh persekitaran pembelajaran 1

KUMPULAN 5 Papan putih Meja Guru
(aktiviti penulisan) KUMPULAN 1
Murid / Guru (Soalan sahaja)
KUMPULAN 4
(Soalan,gambar KUMPULAN 3 (Soalan KUMPULAN 2
perbendaharaan kata) dan perbendaharaan (Soalan dan gambar)

kata)

Contoh persekitaran pembelajaran 2

7

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN
8

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN
9

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Aktiviti-aktiviti
PEMBELAJARAN TERBEZA

TARSIA Think-Tac-Toe
CHOICE BOARD / Papan Menu

CUBING
Tiered
Learning

RAFT
Role-Audience-
Format-Topic

10

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

AKTIVITI 1 : TIERED LEARNING

Apa itu ‘Tiered Learning ‘

Aktiviti/tugasan yang berbeza kepada murid bergantung pada:

kesediaan
murid

profil minat
pembelajaran murid

Bagaimana Melaksanakan ‘Tiered Learning’

Contoh:
Objektif Pembelajaran: Murid menyenaraikan kesan pemanasan global

Murid menulis teks dan membuat pengucapan awam untuk menyebarkan kesan
pemanasan global kepada masyarakat

Murid menjelaskan kesan pemanasan global terhadap kehidupan manusia

Murid menyenaraikan kesan pemanasan global

11

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

AKTIVITI 2 : THINK TAC TOE

(Sumber: www.thoughtco.com)

Apa itu ‘Think Tac Toe’?

Aktiviti ini dapat Murid diberikan pilihan
mencabar murid berfikir untuk tugasan atau
latihan
daripada sudut yang
berbeza.

Murid fokus terhadap idea utama
dan menggunakan kemahiran
menguasai topik tersebut.

Aktiviti yang dapat
memberi pilihan kepada

murid untuk
menunjukkan bagaimana
mereka telah belajar.

12

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Bagaimana melaksanakan ‘Think Tac Toe’? 3.

1. 2.

Murid diberikan grid 3x3, Murid memilih untuk Guru juga dapat membuat
menyelesaikan 3 kotak secara pentaksiran terhadap tugasan
setiap kotak diisi dengan satu yang telah diselesaikan oleh
aktiviti, latihan, atau soalan menegak mengufuk atau
melintang murid

13

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN
14

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

AKTIVITI 3: MAIN PERANAN ( R.A.F.T )

(Sumber: www.wku.edu)

Apa itu Main Peranan ( R.A.F.T ) ?

Strategi yang boleh digunakan untuk membantu murid
memahami proses penulisan dengan lebih berkesan

Ianya menggalakkan keterlibatan murid serta strategi aras
tinggi yang menggalakkan penulisan merentas kurikulum

RAFT

Role of the student Audience Format Topic

wartawan, pemerhati, Siapa yang akan surat, laporan, Siapa atau apakah
saksi, objek disasarkan: guru, murid nyanyian, gambar subjek penulisan
lain, ibu bapa, lain-lain
tersebut
objek

15

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Bagaimana melaksanakan Main Peranan (R.A.F.T) ?

Guru perlu menyediakan tugasan RAFT kepada murid dengan menyatakan
peranan, sasaran pembaca, format penulisan dan topik

Tugasan RAFT juga perlu disertakan ‘writing prompts’ atau pemula
untuk mendorong murid menulis respons
Apabila murid selesai menulis respons mereka, perbincangan atau
pembentangan untuk perkongsian bahan boleh dilaksanakan.

(Sumber: www.readingrockets.org)

Sinopsis R.A.F.T
16

AKTIVITI 4 : CUBING MANUAL
Apa itu ‘Cubing’? TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Aktiviti yang mengajar Sebuah kiub mempunyai 6
murid untuk memahami bahagian dan 6 aktiviti/soalan
yang berbeza seperti konsep buah
sesuatu konsep yang
dipelajari daripada dadu
perspektif yang berbeza.

Aktiviti ‘cubing’ sesuai dijalankan
untuk kerja berkumpulan atau
secara individu dan ianya mudah
dijadikan aktiviti pembelajaran

terbeza

17

Bagaimana melaksanakan ‘Cubing’? MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN
Sumber: oneextradegreeteaching.com
Tugasan/aktiviti/soalan yang diletakkan
pada kiub/dadu adalah berdasarkan
aras, minat, topik atau kesediaan

murid yang berbeza.

Murid melempar kiub/dadu dan cuba menjawab atau menyelesaikan Guru juga boleh menggunakan
aktiviti yang mereka dapat. Ini akan menjadi tahap permulaan atau pendekatan Blooms-Anderson dalam
kesediaan murid itu dan guru boleh memberikan murid tadi
kiub/dadu dengan aktiviti/soalan yang lebih mencabar atau lebih menyediakan soalan/tugasan
mudah mengikut keperluan murid.

Kritik

Gambarkan Bayangkan Cipta Tarikan

Bandingkan Contoh Cubing Bahasa Melayu

18

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

AKTIVITI 5: TARSIA

(Sumber: qcikgubm.blogspot.com)

Apa itu ‘Tarsia’ ?

Permainan ‘jigsaw puzzle’ yang dijana dengan menggunakan perisian
yang sedia untuk digunakan

Sesuai digunakan sebagai pemantapan atau pengayaan dalam PdP
bagi pelbagai mata pelajaran.

Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
berkolaboratif serta menyokong minat dan keupayaan murid yang
pelbagai.

19

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Bagaimana melaksanakan ‘Tarsia’ ?

Aplikasi perlu dimuat turun dan dipasang terlebih dahulu dalam komputer.
Guru memilih bentuk dan menyediakan soalan dan jawapan dalam aplikasi yang telah dipasang dalam
komputer.
Guru mencetak dan menggunting bentuk - bentuk daripada aplikasi.
Murid menjalankan aktiviti menyusun bentuk – bentuk tersebut.
Penyusunan bentuk ini tertakluk kepada maklumat secara bertentangan melibatkan soalan dan
jawapan yang betul.
Penyusunan secara tepat akan menghasilkan satu bentuk yang telah dijana melalui aplikasi.
Pembelajaran terbeza dijalankan berdasarkan bentuk yang dijanakan melalui aplikasi di mana murid
yang berada di tahap kecerdasan rendah diberi bentuk yang lebih mudah.

Contoh Penggunaan Tarsia

20

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

AKTIVITI 6: PAPAN MENU / ‘CHOICE BOARD’

(Sumber: https://theartofeducation.edu)

Apa itu Papan Menu (‘Choice Board’)?

1 23 8
45 67

Aktiviti yang memberi ruang kepada murid untuk memilih cara mereka mahu menunjukkan
apa yang telah difahami atau pelajari.

Pilihan-pilihan diletakkan di dalam sebuah grid yang mempunyai 9 petak. Guru boleh
menambah atau mengurangkan jumlah petak tetapi 9 merupakan jumlah petak yang biasa

digunakan.

21

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Bagaimana melaksanakan Papan Menu / ‘Choice Board’ ?

Penyediaan Papan Menu adalah berdasarkan sesuatu konsep atau hasil pembelajaran dan
aktiviti yang telah distrukturkan untuk menggalakkan pembelajaran, membuat pengayaan
atau menambah penguasaan (mastery).
Murid diminta memilih satu atau lebih tugasan/aktiviti mengikut keupayaan dan minat serta
kecenderungan mereka.

✓ menulis esei.
✓ mereka / mencipta lanjutan cerita kartun.
✓ membuat poster dalam bentuk iklan.
✓ menulis puisi.
✓ menghasilkan satu drama pendek.
✓ cipta/gubah lagu yang diilhamkan daripada soalan/tugasan

Contoh Penggunaan Choice Board

22

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Hubung kait
PEMBELAJARAN TERBEZA

PEMBELAJARAN TERBEZA APLIKASI PEMBELAJARAN
DALAM SKPMg2 STANDARD 4 TERBEZA DALAM

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

PEMBELAJARAN
TERBEZA

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH PLC SEBAGAI PLATFORM
PENYELESAIAN MASALAH
23 PEMBELAJARAN TERBEZA

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

PEMBELAJARAN TERBEZA DALAM SKPMg2 STANDARD 4

Standard Kualiti Tahap Tindakan Tahap Kualiti

4.1.1 Guru mengawal proses i. Mengelolakan isi pelajaran / skop i. Mengikut pelbagai aras
pembelajaran secara
profesional dan terancang pembelajaran yang dirancang keupayaan murid
Mengikut peruntukan masa
4.2.1 Guru mengawal proses ii. Mengelolakan masa PdPc selaras dengan ii. yang ditetapkan
pembelajaran secara Mengikut ketetapan
profesional dan terancang aktiviti yang dirancang

iii. Memberi peluang kepada penyertaan aktif iii.

murid kurikulum/arahan yang
berkuat kuasa

i. Mengelolakan isi pelajaran / skop i. Dengan menepati objektif

pembelajaran yang dirancang pelajaran
ii. Mengelolakan masa PdPc selaras dengan ii. Mengikut pelbagai aras

aktiviti yang dirancang keupayaan murid /
iii. Memberi peluang kepada penyertaan pembelajaran terbeza

aktif murid iii. Secara berterusan dalam PdPc

4.2.2 Guru mengawal suasana i. Mengawasi komunikasi murid dalam i. Secara berhemah / mengikut

pembelajaran secara PdPc kesesuaian

profesional dan terancang ii. Mengawasi perlakuan murid dalam PdPc ii. Secara menyeluruh meliputi
semua murid
iii. Menyusun atur kedudukan murid
iii. Secara berterusan dalam PdPc
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran yang / mengikut keperluan aktiviti
menyeronokkan pembelajaran

24

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Standard Kualiti Tahap Tindakan Tahap Kualiti

4.3.1 Guru membimbing murid i. Memberi tunjuk ajar / tunjuk cara / i. Mengikut keperluan / pelbagai
secara profesional dan
terancang panduan menguasai isi pelajaran / aras keupayaan murid

konsep / fakta berkaitan pelajaran ii. Dengan betul dan tepat

ii. Memberi tunjuk ajar / tunjuk cara / iii. Secara berhemah

panduan menguasai kemahiran dalam iv. Secara bersungguh-sungguh

aktiviti pembelajaran

iii. Memandu murid membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dalam aktiviti

pembelajaran

iv. Memandu murid menggunakan /
memanfaatkan sumber pendidikan

berkaitan pelajaran

v. Menggabung / merentas / mengaitkan isi
pelajaran dengan tajuk / unit / tema /

nilai / kemahiran / mata pelajaran lain
dalam aktiviti pembelajaran

4.4.1 Guru mendorong minda i. Merangsang murid berkomunikasi i. Berdasarkan objektif pelajaran

murid dalam melaksanakan ii. Merangsang murid berkolaboratif dalam ii. Mengikut pelbagai aras
aktiviti pembelajaran keupayaan murid
aktiviti pembelajaran
secara profesional dan Mengemukakan soalan yang menjurus ke iii. Secara berterusan / tekal
terancang iii.

arah pemikiran kritis dan kreatif

iv. Mengajukan soalan / mewujudkan situasi

yang menjurus ke arah membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah

v. Mewujudkan peluang untuk murid

memimpin

4.4.2 Guru mendorong emosi i. Memberi pujian / galakan terhadap i. Secara berhemah
ii. Secara menyeluruh meliputi
murid dalam melaksanakan perlakuan positif
semua murid
aktiviti pembelajaran ii. Memberi penghargaan terhadap hasil
iii. Berterusan / tekal
secara profesional dan kerja / idea yang bernas

terancang iii. Memberi keyakinan dalam

mengemukakan soalan / memberi

respons

iv. Prihatin terhadap keperluan murid

25

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Standard Kualiti Tahap Tindakan Tahap Kualiti

4.5.1 i. Menggunakan pelbagai kaedah i. Berdasarkan objektif pelajaran

pentaksiran dalam PdPc ii. Mengikut ketetapan / arahan

ii. Menjalankan aktiviti pemulihan / pelaksanaan pentaksiran yang

Guru melaksanakan pengayaan dalam PdPc berkuatkuasa

penilaian secara sistematik iii. Memberi latihan / tugasan berkaitan iii. Secara menyeluruh dari segi

dan terancang pelajaran kecukupan dan kecakupan

iv. Membuat refleksi PdPc dan meliputi semua murid

v. Menyemak / menilai hasil kerja / gerak iv. Secara berterusan / konsisten

kerja / latihan / tugasan / segera

4.6.1 i. Memberi respons berkaitan isi i. Dengan penglibatan 90 hingga

pelajaran 100% bagi tindakan (i, ii,iii)

ii. Berkomunikasi dalam melaksanakan dan penglibatan melebihi 50%

aktiviti pembelajaran bagi murid bagi tindakan (iv,

iii. Melaksanakan aktiviti pembelajaran v, vi, vii)

secara kolaboratif ii. Selaras dengan objektif

Murid melibatkan diri iv. Memberi respons yang menjurus ke arah pelajaran

dalam proses pembelajaran pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi iii. Dengan yakin

secara berkesan pelajaran iv. Secara berhemah / saling

v. Mengemukakan soalan berkaitan isi menghormati / bersungguh –
pelajaran sungguh
(70 – 89%, 25 – 49%)
vi. Mengaitkan isi pelajaran dengan

kehidupan murid / isu lokal /global (40 – 69%, 10 – 24%)
vii. Membuat keputusan / menyelesaikan (1 – 39%, < 10%)

masalah berkaitan aktiviti pembelajaran

26

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

APLIKASI PEMBELAJARAN TERBEZA DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

KANDUNGAN • Kandungan pelajaran yang memenuhi standard pembelajaran yang
PROSES ditetapkan
PRODUK
• Sekurang-kurangnya dua kriteria kejayaan

• Murid boleh menjalankan aktiviti yang sama tetapi proses
pembelajaran yang berbeza iaitu mengikut aras keupayaan, minat,
kesediaan dan kognitif.

• Strategi: Pembelajaran berpusatkan murid dan berasaskan bahan

• Pendekatan: Induktif dan Deduktif

• Kaedah: Koperatif, Kolaboratif, Permainan, Inkuiri Penemuan dan
Pembelajaran Berasaskan Masalah

• Teknik: Jigsaw; Think Pair Share; Round Table; Hot Seat; Gallery
Walk dan sebagainya

• Murid yang berlainan tahap mempamerkan produk/hasil
pembelajaran yang berlainan sama ada menghasilkan Peta Minda
(I Think), jadual, graf dan lain-Iain.

27

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Bahasa Melayu

Membina tiga ayat tunggal dan dua ayat majmuk dengan betul berdasarkan bahan rangsangan

1. Take off touch down
Murid berdiri jika maklumat ditanya itu benar, dan duduk jika
salah.

2. Placemat Consensus
Murid membina ayat tunggal mengikut giliran dalam tikar
kesepakatan yang disediakan. Murid membuat rumusan dengan
menulis ayat majmuk dan membentangkan hasil dapatan.

3. Round table
Murid bergilir-gilir memberikan respons dengan mencatat idea
berkaitan bahan rangsangan pada papan putih mini.

4. Gallery Walk
Murid melawat dan mencatat maklumat / memberikan maklum
balas pada hasil kerja rakan-rakan yang dipamerkan.

28

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Matematik

Memahami pendaraban melibatkan masa

1. Jigsaw puzzle
Murid mencantumkan gambar menunjukkan aktiviti seharian
mereka sehingga lengkap. Wakil kumpulan menerangkan hasil
aktiviti

2. Numbered Heads Together + Grass Skirts
Murid mencari hasil darab nombor 1 digit yang melibatkan hari
dan jam, minggu dan hari serta tahun dan bulan penukaran
unit.

3. Find someone who
Murid mencari pasangan yang mempunyai jawapan betul kepada
soalan melibatkan hari,minggu dan bulan.

4. Show me
Murid menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan unit masa
dan nombor 1 digit.

29

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan
murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
BPK, KPM 2018

Melaksanakan PdP dan Pentaksiran.

1. ✓ Aktiviti berpusatkan murid
2. ✓ Aktviti PAK21 dilaksanakan
3. ✓ Penerapan elemen KBAT
4. ✓ Pendekatan modular, interaktif dan didik hibur dalam aktiviti PdP

Guru melaksanakan PBD dengan menggunakan 3 kaedah:

1. Pentaksiran Secara Lisan

• mudah dan cepat bagi mengesan perkembangan dan penguasaan murid secara
spontan atau terancang melalui soal jawab.

• berlaku semasa interaksi murid dengan murid, murid dengan guru dan murid
dengan bahan pembelajaran melalui aktiviti yang dirancang (soal jawab,
perbincangan, bacaan kuat, bercerita, temu bual, nyanyian, dan lain-lain)

2. Pentaksiran Secara Bertulis

• melibatkan aktiviti menyemak, memeriksa tugasan murid (karangan, kerja kursus,
laporan, projek, latihan/ujian bertulis, tafsiran tentang grafik/statistik, jadual, graf
dan lain-lain)

3. Pentaksiran Secara Pemerhatian

• sesuai untuk mentaksir proses dan hasil kerja murid.
• guru boleh menilai sikap, amalan dan penguasaan kemahiran tertentu (kemahiran

manipulatif, bersosial, reka cipta, literasi komputer dan lain-lain).

30

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Merekod & Menganalisis Penguasaan Murid

1. Mencatat maklumat tentang perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan penguasaan murid.

2. Maklumat yang direkod (rekod mengajar, buku catatan, senarai
semak dan template pelaporan) dianalisis dan ditaksir.

3. Guru membuat pertimbangan profesional bagi menentukan TP
murid dan tindakan susulan/penambahbaikan jika perlu.

Tindakan ini dilakukan bagi memastikan murid menguasai pelajaran mengikut
potensi murid melalui:

1. Kepelbagaian teknik PdP
2. Bahan PdP yang menarik dan berkesan
3. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan murid
4. Pemerhatian dan bimbingan
5. Beri peluang kepada murid untuk meningkatkan pencapaian

31

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

PLC SEBAGAI PLATFORM PENYELESAIAN MASALAH PEMBELAJARAN TERBEZA

Pembudayaan PLC merupakan satu amalan para pendidik yang bekerja secara kolaboratif serta
berterusan, khususnya di peringkat sekolah dalam menangani isu Pembelajaran Terbeza dengan
berkongsi amalan terbaik bagi memastikan pembelajaran dan pencapaian murid meningkat.

▪ Menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran, serta merancang
dan membina instrumen PBD berdasarkan Standard Prestasi

▪ Memastikan terdapat perkembangan dalam pembelajaran murid
▪ Mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna dengan

menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
▪ Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid bagi melaksanakan tindakan susulan.
▪ Merancang untuk meningkatkan tahap penguasaan murid melalui perkembangan dan

kemajuan murid dalam pembelajaran serta kaedah PdPc yang sesuai.

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Learning Walks

Langkah Aktiviti

Rancang Perbincangan Pre Walk untuk tentukan objektif, fokus dan kelas.

• Melawat kelas

Laksana • Kumpul dapatan
• Post-walk discussion

• Refleksi, analisis & perbandingan

Refleksi • Rumusan dihasilkan

• Objektif tercapai

Tindakan Penambahbaikan dan aplikasi dalam PdPc

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Lesson Study

Langkah Aktiviti

Rancang Menentukan matlamat dan rancangan RPH

Pelaksanaan pengajaran yang dirancang

Laksana Membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat berfokus menggunakan

borang pemerhatian

Refleksi Sesi refleksi pengajaran

Tindakan Penambahbaikan RPH dan pengajaran semula

32

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Teacher Sharing Session

Langkah Aktiviti

Rancang Menetapkan objektif sesi perkongsian yang hendak dijalankan
Mengenal pasti isu/masalah

Laksana Pelaksanaan sesi perkongsian berdasarkan isu/masalah

Refleksi Memastikan objektif telah dicapai

Tindakan Membuat penambahbaikan

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Peer Coaching

Langkah Aktiviti

Rancang Pra konferensi, bentuk ahli kumpulan serta tentukan fokus dan objektif

Laksana Melaksanakan PdPc dan merekodkan maklumat/pemerhatian

Refleksi Pasca konferensi, membuat analisis dan rumusan dapatan

Tindakan Membuat penambahbaikan dan perkongsian serta melaksanakan dalam PdPc.

33

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Cadangan
PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)

NOTA PENULISAN RPH PEMBELAJARAN TERBEZA

Template 1
MATA PELAJARAN : _________________________________
TAJUK : _________________________________

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat
(Objektif TIDAK boleh dibezakan)
KRITERIA KEJAYAAN:
Murid akan berjaya jika mereka dapat
(Apakah yang cikgu hendak bezakan di sini? Berikan justifikasi pembelajaran terbeza ini
dibuat)
STARTER: (Permulaan / Set Induksi)
(Bagaimanakah aktiviti permulaan dapat dibezakan? Apakah aktiviti ysng sesuai untuk
pembelajaran terbeza di awal pelajaran?)
MAIN ACTIVITIES: (Aktiviti Utama)
(Apa yang ingin dibezakan dalam peringkat perkembangan pelajaran? Bagaimana?)
PLENARY: (Penutup)
(Perlukah ada pembelajaran terbeza pada tahap ini? Jika perlu, bagaimanakah ia
dilaksanakan?)

34

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

RPH TS25
CONTOH RPH DENGAN ASPEK PEMBELAJARAN TERBEZA

Mata Pelajaran : Tajuk : KOMSAS Kelas : 4 Ihsan Tarikh : 06.02.2018
Bahasa Melayu Kaduk, Ayam dan Bil. Murid : 16 orang Hari : Selasa
Raja Masa : 12.00 - 1.00

tengah hari

Nilai Murni Hubungan Rentasan Kurikulum
Kegigihan dan ketabahan
Perniagaan dan keusahawanan

Aspirasi Murid

☒ Pengetahuan ☒ Kemahiran Berfikir ☒ Kemahiran Memimpin
☐ Kemahiran Dwibahasa ☒ Etika & Kerohanian ☐ Identiti Nasional

Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

☐ Tingkatkan Soalan Aras Tinggi ☐ Aktiviti KBAT Dalam Buku Teks
☐ Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah ☐ Pembelajaran Berasaskan Projek
☒ Teknik Menyoal ☒ Alat Berfikir – Peta Pemikiran

Peta Pemikiran Aktiviti Pentaksiran

☒ Peta Bulatan ☐ Peta Buih Berganda ☒ Lembaran Kerja ☐ Laporan Amali
☐ Peta Dakap ☒ Peta Pelbagai Alir ☐ Hasil Kerja ☐ Projek
☒ Peta Buih ☐ Peta Pokok ☒ Tugasan ☒ Lisan
☐ Peta Alir ☐ Peta Titi ☒ Pemerhatian ☐ Drama
☐ Kuiz

35

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Pembelajaran Koperatif

☐ Round Table ☐ Jigsaw ☒ Gallery Walk
☐ Think-Pair-Share ☒ Pembentangan ☐ Role Play
☐ Hot Seat ☐ One Stay Three Stray ☐ Lain-lain (........................................)

Objektif Pembelajaran Kriteria Kejayaan

Pada akhir PdP, murid dapat : Murid-murid boleh :

i. menyatakan binaan plot cerpen. i. menyediakan peta alir plot cerpen Kaduk, Ayam
ii. menyatakan teknik plot yang digunakan dalam dan Raja.

cerpen Kaduk, Ayam dan Raja. ii. menjelaskan teknik-teknik plot yang terdapat
dalam cerpen Kaduk, Ayam dan Raja.

Rangka Pengajaran Pembelajaran Terbeza

Aktiviti Pemula / Set Induksi : Kandungan
Kumpulan Permata
Tokoh-tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia / Murid-murid menyatakan tokoh usahawan yang berjaya
antarabangsa. di peringkat antarabangsa (Bill Gate, Mark Zuckerberg
dan Jack Ma)
Bagaimana mereka memulakan perniagaan?
Kumpulan Baiduri
Murid-murid menyatakan tokoh usahawan yang berjaya
di Malaysia (Dato, Vida, Dato Alif Syukri, Linda Onn,
Tan Sri Syed Bukhari, Rizman Ruzaini dan Pn. Rozita
Ibrahim)

Bagaimana mereka memulakan perniagaan?
• Berani mencuba idea yang baru
• Kegigihan dalam melaksanakan strategi perniagaan
• Yakin dengan kemampuan diri sendiri

36

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Aktiviti Utama: Proses
Murid mendengar penjelasan maksud plot dan Dua Kumpulan Permata – Murid-murid diminta
kandungan plot yang terdapat dalam cerpen Ayam, menyediakan peta bulatan untuk menjelaskan teknik-
Kaduk dan Raja. teknik plot yang terdapat dalam cerpen Kaduk, Ayam
dan Raja.
Aktiviti kumpulan – 2 kumpulan menyediakan peta Dua Kumpulan Baiduri –Murid-murid diminta
alir tentang binaan plot. menyediakan peta alir yang berkaitan dengan plot
Aktiviti kumpulan – 2 kumpulan menyediakan peta cerpen Kaduk, Ayam dan Raja
bulatan untuk menjelaskan teknik-teknik plot dalam
cerpen Kaduk, Ayam dan Raja. Produk
Kumpulan Permata berjaya menyediakan peta bulatan
Perkongsian idea dengan menggunakan teknik one stay untuk menjelaskan teknik-teknik plot yang terdapat
three stray. dalam cerpen Kaduk, Ayam dan Raja.
Kumpulan Baiduri berjaya menyediakan peta alir yang
Penilaian guru berdasarkan hasil kerja kumpulan dan berkaitan dengan plot cerpen Kaduk, Ayam dan Raja.
perkongsian idea

Aktiviti Penutup: Proses
Penutup afektif Murid Baiduri menyatakan nilai-nilai yang terdapat
dalam cerpen Kaduk, Ayam dan Raja.
Jelaskan nilai yang anda peroleh berdasarkan
pembelajaran pada hari ini. Murid Permata menjelaskan nilai yang diperoleh
berdasarkan cerpen Kaduk, Ayam dan Raja.

Tindakan Susulan Untuk Murid

Pemulihan (Remedial) Pengukuhan (Reinforcement) Pengayaan (Enrichment)
- Semua murid diminta untuk menyediakan : Menjawab soalan KBAT :
i. sinopsis cerpen Kaduk, Ayam dan Raja. i. Jelaskan usaha yang wajar dilakukan

ii. nota binaan plot sebelum memulakan perniagaan.
iii. nota teknik plot ii. Wajarkah anda membuat pinjaman

bank untuk memulakan perniagaan?

Refleksi

Catatan : Contoh RPH yang disediakan ini berdasarkan KBSM Bahasa Melayu Tingkatan 4

37

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Cadangan
SENARAI SEMAK

CADANGAN SENARAI SEMAK – PEMBELAJARAN TERBEZA: KANDUNGAN

Bil Senarai semak Ada Tiada

1 Penulisan RPH yang mengandungi elemen pembelajaran
terbeza.

2 Isi kandungan dirungkai (unpack) mengikut kepelbagaian
aras keupayaan murid

3 Bahan yang digunakan dalam PdPc mengikut kepelbagaian
aras keupayaan murid

4 Menggunakan bahan ABM/BBM/BBB/TMK yang menepati
kecerdasan pelbagai

Membuat penerangan semula kepada kumpulan murid yang
5 berkeperluan/ membuat pengayaan kepada kumpulan murid

yang cemerlang ( pengajaran seterusnya )

CADANGAN SENARAI SEMAK – PEMBELAJARAN TERBEZA : PROSES

Bil Senarai semak Ada Tiada

1 Penulisan RPH yang mengandungi elemen pembelajaran
terbeza.

2 Menggunakan aktiviti ‘tiered’ tetapi masih mengekalkan
objektif yang sama bagi semua murid

3 Membuat aktiviti manipulatif atau 'hands on' kepada murid
yang memerlukan

4 Memperuntukkan kadar masa yang berbeza mengikut
keupayaan murid menyiapkan sesuatu tugasan.

38

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

CADANGAN SENARAI SEMAK – PEMBELAJARAN TERBEZA : PRODUK

Bil Senarai semak Ada Tiada
Tiada
1 Penulisan RPH yang mengandungi elemen pembelajaran
terbeza.

2 Memberikan kebebasan kepada murid untuk bekerja sendiri
atau berpasangan/berkumpulan dalam menyiapkan tugasan

3 Memberikan ruang kepada murid untuk menggunakan
kecenderungan/kreativiti dalam menyiapkan tugasan

4 Menyediakan rubrik untuk mentaksir tugasan atau latihan
murid

CADANGAN SENARAI SEMAK – PEMBELAJARAN TERBEZA : PERSEKITARAN

Bil Senarai semak Ada

1 Penulisan RPH yang mengandungi elemen pembelajaran
terbeza.

2 Menyediakan ruang yang kondusif untuk murid
berkolaboratif atau bekerja sendiri

3 Mengambil kira susun atur kedudukan murid

4 Menyediakan bahan yang meliputi kepelbagaian budaya
dan cara hidup

5 Meraikan kecerdasan pelbagai (ada murid visual, verbal,
kinestetik, dll.)

39

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Penghargaan

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara
Jemaah Nazir Negeri Pulau Pinang
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
PPD Timur Laut
PPD Barat Daya
PPD Seberang Perai Utara
PPD Seberang Perai Tengah
PPD Seberang Perai Selatan
SMK Taman Widuri

40

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN

Bibliografi

Tomlinson, C. A. (2000). Differentiation of instruction in the elementary grades.
ERIC Digest. Available: www.ericdigests.org/2001-2/elementary.html
Tomlinson, C. A., & Strickland, C. A. (2005). Differentiation in practice: A
resource guide for differentiating curriculum, grades 9–12. Alexandria, VA:
ASCD.
Vygotsky, L. S., (1978). Mind in society: The development of higher
psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018) Panduan Pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah, Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Profesionalisme Guru (2019), KIT PLC Komuniti Pembelajaran
Profesional, Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2017), KIT PAK21, Putrajaya,
Kementerian Pendidikan Malaysia

41

MANUAL
TPEEMRBBELEAJAZRAAN
42


Click to View FlipBook Version
Previous Book
E-book สื่อสร้างสรรค์ธุรกิจ
Next Book
Merah Biru Hijau Kuning Digambar Tangan Terang Abstrak Intro YouTube