TARIKH 3 MEI 2024 (JUMAAT) MASA 8.00 PAGI TEMPAT LAMAN BESTARI, SKSBU ANJURAN UNIT HAL EHWAL MURID BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH UNIT SPBT UNIT COMBI WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL DIRASMIKAN OLEH DATIN NORMAZIYAH BINTI SETAPA YDP PIBG SKSBU Majlis SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG UTARA SESI 2024/2025
PENGENALAN Pengurusan sesebuah sekolah itu dapat berjalan dengan sistematik dan teratur jika mendapat sokongan dan bantuan daripada barisan pemimpin yang dilantik dalam kalangan murid-murid sekolah itu sendiri. Contohnya:- Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan. Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS. Pengawas SPBT yang dilantik pula akan membantu guru SPBT melicinkan lagi operasi SPBT sekolah. Selan itu, mereka turut membantu melaksanakan kerja-kerja pengagihan dan pemulangan buku serta menjalankan aktiviti kebersihan bilik SPBT. Pengawas PRS pula merupakan satu unit untuk membantu murid-murid di kala kesusahan dan menunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekelas dan sekolah. Mereka juga akan membantu guru PRS serta guru lain. Skuad Combi merupakan individu yang bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Mereka mesti memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat, kemas dan ceria. Selain itu, mereka turut diamanahkan untuk membantu para guru untuk memastikan kebersihan sekolah terjaga. Pada akhir program ini, kita akan dapat: Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, SPBT, Pengawas PRS dan Skuad Combi supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab. Meningkatkan murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik. Meningkatkan kesedaran kepada semua murid akan kepentingan menjaga disiplin dan keselamatan komuniti, sekolah dan persekitarannya. OBJEKTIF 2
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t, Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kita bersama-sama pada hari ini sempena Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Pembimbing Rakan Sebaya dan Skuad Combi bagi tahun 2024. Guru-guru dan murid-murid SK Seri Bintang Utara sekalian, Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pengawas di atas perlantikan mereka pada hari ini. Saya yakin mereka yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisien dan menjadi modal insan negara yang produktif. Sesungguhnya barisan pengawas yang dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan ini. Saya berharap mereka berasa syukur kepada Allah s.w.t dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini, mereka patut diraikan. Apakah peranan pengawas? Pengawas adalah pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Persekitaran yang dimaksudkan adalah menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi utama sebuah sekolah, iaitu melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati. Saya berharap barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Pembimbing Rakan Sebaya dan Skuad Combi yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, saya berharap mereka tidak mengabaikan akademik mereka sendiri di dalam bilik darjah. Pengawas sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid yang lain. Keperibadian seorang pengawas harus memiliki sifatsifat terpuji seorang khalifah kecil – bersifat mulia, berketerampilan yang kemas dan bijak mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab sekolah. Saya juga mahukan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Pembimbing Rakan Sebaya dan Skuad Combi sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin kecil. Jadilah seorang pengawas yang disegani. Bagi murid-murid lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa memberi kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Saya ingin menasihati murid-murid agar mematuhi dan menghayati peraturan sekolah supaya guruguru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Murid-murid perlu menghormati pengawas. Jauhi sikap-sikap negatif seperti perbuatan merosakkan fasiliti sekolah, perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guruguru dan kawan-kawan sekolah. Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SK Seri Bintang Utara sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum dan menjadi sekolah contoh di zon Bangsar/Pudu ini. Saya juga berdoa agar murid-murid sekalian mendapat kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan. UCAPAN GURU BESAR 3
ATURCARA MAJLIS 8.00 pagi : Berkumpul di Laman Bestari Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa 8.15 pagi : Ucapan Perasmi 8.30 pagi : Penyampaian Watikah Perlantikan Dimulai dengan COMBI PRS SPBT Pusat Sumber Pengawas Sekolah 9.00 pagi : Bacaan Ikrar Dimulai dengan COMBI PRS SPBT Pusat Sumber Pengawas Sekolah 9.30 pagi : Penyampaian cenderamata Majlis bersurai 4
Pengerusi Puan Hajah Atnawati binti Abu Hanipah (Guru Besar) Naib Pengerusi Puan Noriyati binti Pit (PK Pentadbiran) Encik Mohamad Nizam bin Samsudin (PK HEM) Encik Jan Raafi bin Jan Mohamad (PK Kokurikulum) Penyelaras Puan Natashahelda binti Mohd Yusof Puan Nadiah binti Has Bullah Encik Ahmad Hambali bin Khalid Encik Azamuddin bin Ahmad Puan Siti Mariam binti Daud JAWATANKUASA INDUK Bacaan Doa En. Muhammad Hanafi bin Mohamad Zaidi Buku Program Pn. Aqilah Farhana binti Roslan Pn. Nur Alisa binti Che Zaidi Ucapan Perasmi Pn. Noraini binti Mustafa Sijil Pn. Noorasiah binti Abd Rahman Pn. Ainul Huda binti Abdul Halim Pn. Sitti Nurbaya binti Samsudin Pn. Aimi Adhwa binti Abdul Kadir En. Muhammad Hafiz bin Muhamad Taufik Dokumentasi Pn. Hu Pak Lim Pn. Nur Aimah binti Kassim En. Muhammad Hanafi bin Mohamad Zaidi Jurugambar En. Muhammad Izzuddin bin Anuar AJK PELAKSANA PA Sistem/Muzik En. Ahmad Hambali bin Khalid En. Muhammad Faiq bin Abdul Ghani Usher Cik Umie Rosmizan binti Zakaria Persiapan Tempat En. Mohd Syahir bin Abd Wahab En. Abdullah Hakim bin Abdul Rahman Cenderamata Pn. Nurul Alkariah binti Mat Lela Banner En. Muhammad Hafiz bin Muhamad Taufik En. Muhammad Faiq bin Abdul Ghani Disiplin Murid Pn. Norsyuhada binti Ab Rahman En. Wan Mohd Kamarul bin Wan Daud Semua guru 5
SENARAI NAMA SKUAD COMBI SENARAI NAMA PENGAWAS PRS SENARAI NAMA PENGAWAS SPBT 123 123 123 123 123 6
123 SENARAI NAMA PENGAWAS PSS 7
SENARAI NAMA PENGAWAS SEKOLAH 8