The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berkongsi info berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah sempena minggu PPDa SKKKLIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAWIZAH_SITI, 2021-09-20 23:56:37

INFORMASI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Berkongsi info berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah sempena minggu PPDa SKKKLIA

Keywords: PPDa

SLIDESMANIA.COM UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SK KOMPLEKS KLIA

INFORMASI
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

MINGGU PPDa 20 HINGGA 24 SEPTEMBER 2021

#UBK SKKKLIA

SLIDESMANIA.COM APA ITU DADAH?

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang
mendatangkan kemudaratan kepada
kesihatan seseorang pengguna dari segi
jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi)
serta tingkahlaku apabila digunakan sama
ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu.

Secara ringkasnya DADAH ialah bahan kimia yang
memberi kemudaratan kepada : Pemikiran, Emosi,
Fizikal dan Tingkahlaku. Digunakan ke atas manusia
untuk menyiasat, merawat dan mencegah penyakit.

#UBK SKKKLIA

JENIS-JENIS DADAH

1 OPIAT – HEROIN, MORFIN, CANDU, KODEIN

2 KANABIS – GANJA, HASHISH

SLIDESMANIA.COM 3 DEPRESEN – SEDATIF HIPNOTIK, BARBITURAT DAN BUKAN
BARBITURAT, TRANQUILIZER

4 STIMULAN – JENIS AMFETAMIN, KOKAIN

5 HALUSINOGEN – JENIS UBAT HALUSINOGEN (LSD, DMT,
PCP, MESKALIN DAN PSILOSIBIN)

#UBK SKKKLIA

SLIDESMANIA.COM UBAT-UBATAN DAN BAHAN YANG DISALAHGUNA

1 STEROID
2 GAM, PETROL DAN INHALAN
3 DAUN KETUM
4 ROKOK DAN ALKOHOL

UBAT-UBATAN SEPERTI UBAT TIDUR, UBAT PENENANG

5 DAN UBAT TAHAN SAKIT

#UBK SKKKLIA

PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN DADAH

BIL. UBAT DADAH

Ubat memberi manfaat seperti menyembuhkan Dadah bersifat memudaratkan kesihatan.
1. penyakit.

Ubat tidak memberikan kesan sampingan yang Dadah akan memberi kesan berbahaya yang
berkekalan sebagai satu tabiat yang berkekalan
2. tidak diingini atau kesan sampingan yang (withdrawal) walaupun pengambilan atau
minima seperti pening kepala, panas badan
dan mengantuk. Kesan ini akan hilang apabila penggunaannya dihentikan.

SLIDESMANIA.COM pengambilan ubat tersebut dihentikan.

Ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi Semua jenis dadah memberi kesan mendalam

otak dan minda seseorang yang terhadap otak dan minda seseorang. Oleh itu,

menggunakannya. dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan
3. penggunaannya tertakluk kepada kepada Akta

Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Pindaan 1982.

#UBK SKKKLIA

SLIDESMANIA.COM CIRI-CIRI PENAGIHAN DADAH

Dadah mewujudkan satu keprihatinan dengan keinginan, keperluan
dan nilai-nilai tersendiri yang berbeza sama sekali berbanding
dengan keadaan sebelum menagih. Kehidupan mereka (sosial,
psikologikal dan fizikal) bergantung kepada dadah sepenuhnya.
Tumpuan utama dalam hidup ialah kepada dadah dan wang serta
mendapatkan bekalan. Apabila seseorang terjebak dengan dadah,
amat sukar sekali untuk keluar dari jaringan dadah ini.

Ciri-ciri lain penagihan dadah termasuklah seperti berikut :

Toleran / kebergantungan terhadap dadah meningkat.
Gejala tarikan.
Merasa terdesak (gian) untuk mengambil dadah, lebih-lebih lagi
apabila cuba berhenti daripada mengambilnya.
Tidak dapat mengawal kekerapan penggunaan dadah.
Cenderung untuk menagih semula selepas berhenti.

#UBK SKKKLIA

KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH
Kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja,
1 disiplin dan hasil kerja.

2 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

3 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

SLIDESMANIA.COM 4 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

5 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.

6 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan
berair atau mata yang redup dan kuyu.

7 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna
akibat menghisap ganja.

#UBK SKKKLIA

KESAN-KESAN PENGGUNAAN DADAH

8 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

9 Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang
yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja atau keluarga.

10 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab dengan
tujuan untuk mengambil dadah.

SLIDESMANIA.COM 11 Mendapat pelbagai penyakit serius seperti kancing gigi, jangkitan
otak (meningitis), kurap, kudis, hepatitis B,C atau D dan AIDS.

12 Otot-otot badan mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya.

13 Kerosakan organ dalaman seperti hati, paru-paru, jantung dan buah
pinggang sehingga menyebabkan kematian.

#UBK SKKKLIA

SLIDESMANIA.COM UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA

Undang-undang dadah di Malaysia merupakan antara undang-undang
yang paling keras di dunia. Lima undang-undang utama yang berkaitan
dengan dadah ialah :

1. Akta Dadah Berbahaya 1952
2. Akta Racun 1952
3. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1988
4. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985
5. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988

Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 merupakan undang-undang utama
berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia.

#UBK SKKKLIA

UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA

Akta Dadah Berbahaya pindaan 1983 memperuntukan hukum mati
mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang beratnya
adalah seperti berikut :

SLIDESMANIA.COM 1. Heroin - 15 gram atau lebih
2. Morfin - 15 gram atau lebih
3. Candu - 1000 gram atau lebih
4. Ganja - 200 gram atau lebih
5. Kokain - 40 gram atau lebih

Penalti berat yang dikenakan adalah menggambarkan kesungguhan
Kerajaan Malaysia untuk membanteras masalah dadah. Undang-undang
ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi peningkatan masalah
pengedaran dan penagihan dadah di negara kita.

#UBK SKKKLIA

TIPS MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH

1 Berusaha untuk memahami dan mengetahui bahaya serta akibat penggunaan dadah.

2 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada
terjebak dengan penagihan dadah.

3 Mewujudkan komunikasi yang sihat sesama rakan dan masyarakat.

4 Bersikap asertif iaitu tegas diri dan berani menyatakan tidak pada permintaan atau
tawaran yang boleh membahayakan diri.
SLIDESMANIA.COM
5 Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan.

6 Sentiasa bersikap positif terhadap masalah dan menyedari bahawa dadah bukanlah
jalan penyelesaiannya.

7 Elakkan tekanan yang menyebabkan anda memilih jalan mudah untuk mencuba dadah.

8 Merujuk kepada kaunselor atau individu yang dapat membantu anda untuk
menyelesaikan masalah dengan cara yang tepat.

#UBK SKKKLIA

SLIDESMANIA.COM KETAGIHAN DADAH MEROSAKKAN OTAK DAN SISTEM
SARAF, MENYEBARKAN HIV/AIDS, MERUNTUHKAN
INSTITUSI KELUARGA, MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN
DAN AKHIRNYA MEMBAWA MAUT

JANGAN MULAKAN!

#UBK SKKKLIA


Click to View FlipBook Version