SISTEM REPRODUKTIF
MANUSIA
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 5
DI SEDIAKAN OLEH:
CIKGU HIDAYATUL
SK TAMAN TUN AMINAH 2
SP : 1.1.1, 1.1.2
SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA
2
APA ITU SISTEM REPRODUKTIF?
3
Merupakan kumpulan organ dalaman dan luaran
yang terdapat pada lelaki dan perempuan.
Sistem reproduktif lelaki berbeza dengan sistem
reproduktif perempuan.
Sistem reproduktif ini akan matang apabila lelaki
dan perempuan telah mencapai akil baligh.
Kedua-dua organ ini berfungsi sebagai alat bagi
sistem pembiakan.
Pembiakan bermaksud mekanisme atau proses bagi
mewujudkan dan mengembangkan zuriat.
APAKAH FUNGSI SISTEM REPRODUKTIF?
4
Fungsi utama sistem reproduktif adalah untuk
mendapatkan zuriat melalui sistem pembiakan.
Zuriat bermaksud keturunan, benih, baka, anak atau
anak cucu, mempunyai atau menghasilkan
keturunan (kamus dewan edisi keempat)
Kesinambungan generasi keturunan zuriat dapat
dipastikan melalui sistem pembiakan.
SISTEM REPRODUKTIF LELAKI
5
SISTEM REPRODUKTIF LELAKI
6
Organ pembiakan lelaki
Testis berfungsi sebagai kilang bagi menghasilkan sperma dan
hormon seks bagi lelaki.
Duktus dan kalenjar pula membantu menyalurkan sperma ke
trek reproduktif wanita.
SISTEM REPRODUKTIF PEREMPUAN
7
SISTEM REPRODUKTIF PEREMPUAN
8
Organ pembiakan perempuan
Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita.
Uterus merupakan lokasi persenyawaan antara sperma dan
ovum untuk perkembangan janin semasa proses kehamilan
berlaku.
PROSES KEJADIAN MANUSIA
9
https://youtu.be/l0F3DZ-ieDs
AKIL BALIGH
10
Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda
di mana tubuh badan anda berubah dari seorang
kanak-kanak ke seorang dewasa.
Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks
‘primer’ dan ‘sekunder’.
Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang
dipanggil hormon.
AKIL BALIGH (LELAKI)
11
Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan
zakar (penis) dan buah zakar (testis)
Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan
pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang
lebih garau
Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga
merupakan tanda-tanda akil baligh
AKIL BALIGH (PEREMPUAN)
12
Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan
faraj dan ovari
Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan
perubahan payudara serta punggung membesar
Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga
merupakan tanda-tanda akil baligh
BILAKAH SAYA MENCAPAI AKIL BALIGH?
13
Akil baligh bermula antara umur 9 – 16 tahun bagi
lelaki dan perempuan.
Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga
yang lewat.
TAHNIAH ANDA BERJAYA MENGHABISKAN TOPIK INI!
14
TAMAT