BAHAGIAN FAHAMAN
Baca petikan di bawah dan fahami.
Tajuk : Lumut Lunting dan Pulau Pilong-pilongan
Cerita Lumut Lunting terkenal dalam kalangan masyarakat
Brunei. Legenda ini dikaitkan dengan kisah persabungan
ayam antara Brunei dengan Majapahit. Suatu masa dahulu
Awang Senuai, anak saudara Raja mempunyai ayam
sabung yang perkasa bernama Mutiara. Khabar tentang
kehebatannya sampai ke pengetahuan Betara Majapahit,
Raden Angsuka Dewa, yang mempunyai seekor ayam
sabung yang kuat bernama Asmara.
Betara pun ke Brunei untuk beradu kehandalan.
Sebelum persabungan, Betara membuat pertaruhan, iaitu
jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah
kapal serta harta yang ada didalamnya kepada Raja
Brunei. Jika Mutiara kalah, Raja Brunei hendaklah
menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan
baginda kepada Majapahit. Pertaruhan tersebut telah
dipersetujui oleh Raja Brunei.
Persabungan berlaku dengan hebat. Bagaimanapun,
Asmara kecundang. Asmara terbang meninggalkan
gelanggang lalu terjatuh ke laut berdekatan dengan
Pantai Muara. Sebaik sahaja terjatuh, Asmara lalu bertukar
menjadi sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Pilong-
Pilongan. Oleh sebab tewas, Betara berasa malu dan
murka. Baginda melafazkan sumpah supaya Mutiara
menjadi batu. Mutiara yang terbang meraikan
kemenangannya terjatuh ke dalam sungai Brunei lalu
bertukar menjadi sebuah pulau kecil yang dikenali dengan
nama Lumut Lunting.
Kedua-dua tempat ini, iaitu Pulau Pilong-Pilongan dan
Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga
sekarang. Menurut cerita dan kepercayaan orang tua-tua,
jika Lumut Lunting ghaib, tenggelam ataupun dilanda
banjir, maka situasi itu merupakan suatu petanda akan
berlaku suatu perisitiwa yang menyedihkan di Brunai.
Lumut Lunting
Pulau Pilong-Pilongan
Soalan:
A. Jawab soalan di bawah dengan menggunakan ayat
yang lengkap.
1. Cerita apakah yang terkenal di kalangan masyarakat
Brunei?
2. Siapakah nama anak Saudara Raja Brunei?
3. Mengapakah Mutiara terkenal?
4. Siapakah yang mempunyai ayam yang bernama
Asmara?
5. Apakah tujuan Betara Majapahit datang ke Brunei?
6. Apakah taruhan Raja Brunei dalam persabungan itu?
7. Pada pendapat kamu, kenapakah Asmara terbang
meninggalkan gelanggang?
8. Apakah yang dilakukan oleh Betara Majapahit setelah
ia tewas?
9. Cuba nyatakan di mana asal Pulau Pilong-Pilongan
dan Pulau Lumut Lunting?
10. Apakah yang akan terjadi jika Lumut Lunting ghaib,
tenggelam atau dilanda banjir?
B. Isikan tempat kosong dengan kata seerti yang betul.
a. Kisah = ……………………….
b. Kalah = ………………………
c. Murka = ……………………
d. Petanda = ………………….
e. Ghaib = …………………….
C.Isikan tempat kosong dengan kata berlawan yang sesuai.
a. Kuat = ………………………
b. tewas = ……………………..
c. tenggelam = ……………….
d. Menyedihkan = ………………….
e. Sekarang = …………………………