Pilih SATU tajuk sahaja dan tuliskan sebuah karangan yang
panjangnya 150 patah perkataan.
1. Buah-buahan tempatan
2. Buku cerita kegemaran saya
3. Suatu perkelahan yang menyeronokkan
4. Faedah menonton televisyen
5. KARANGAN BERGAMBAR – Tuliskan cerita mengenai
gambar di bawah yang panjangnya 150 patah perkataan dan
berikan tajuk yang sesuai.
Makanan dihidang – terdedah – banyak lalat – Pulang dari sekolah – sangat lapar – terus
makanan tercemar makan – tidak hiraukan lalat
Sakit perut- cirit-birit – di hantar ke hospital – Beberapa hari – sembuh dan Kembali ke
keracunan makanan- tiga hari diospital sekolah – gembira –kebersihan makanan
Tajuk : Jangan makan makanan yang berlalat
Dibuat oleh: Dk Syasya Barizah
Pada suatu hari ada budak yang bernama Aiman. Aiman adalah
seorang murid Tahun Enam. Dia berumur sebelas tahun. Dia tinggal
di Kampong Rimba. Dia bersekolah di sekolah Menengah Arab
Rimba.
Pada suatu hari, ibu Aiman telah menyediakan makanan
tengah hari, tetapi ibunya terlupa untuk menutup makanan itu
dengan tudung saji. Makanan itu pun terdedah. Musim itu pun
musim banyak lalat. Jadi banyak lalat menghinggapi makanan itu.
Makanan itu pun jadi tercemar.
Selepas Aiman pulang dari sekolah . Aiman pun terus makan
makanan yang terhidang di atas meja. Oleh kerana terlalu lapar,
dia tidak menghiraukan lalat-lalat yang berterbangan pada
makanannya. Selepas itu perutnya berasa tidak selesa. Dia sakit
perut dan mula mengalami cirit-birit. Dia tidak dapat menahannya
lalu menelefun ibunya.
Beberapa minit kemudian, ibunya membawanya ke klinik
Rimba. ibunya berasa sangat takut. Setelah diperiksa rupa-rupanya
Aiman keracunan makanan. Dia terpaksa ditahan selama tiga hari
untuk menerima rawatan.
selepas tiga hari dia pun sihat dan dibenarkan pulang ke
rumah. Dia berasa gembira kerana dapat pergi kesekolah. Mulai
dari peristiwa itu dia pun sentiasa mengamalkan kebersihan
terutama menjaga kebersihan makanan yang dimakannya.
Kita mestilah makan makanan yang bersih. Kita tidak boleh
makan makanan yang sudah tercemar dengan lalat. Saya
berharap semoga kami tidak keracunan makanan. Saya berdoa
supaya kita akan sentiasa sihat. Saya berjanji akan menjaga
kebersihan makanan yang saya makan.
Tajuk: Bahaya keracunan makanan
Disediakan oleh: Ak. Mohd Raziq bin Pg Mohd Razqah
Diubah suai oleh: Cikgu Faridah
Makanan ialah benda yang boleh di makan. Makanan terbahagi
kepada dua jenis.Yang pertama ialah makanan yang bersih dan
yang kedua ialah makanan yang kotor. Makanan yang bersih ialah
makanan yang boleh dimakan dan yang ke dua ialah sebaliknya.
Pada suatu hari, ibu Ahmad telah menyediakan makanan
tengah hari untuk Ahmad selepas balik ke sekolah. Kemudian
ibunya pun pergi ke sekolah untuk mengambil anaknya di sekolah.
Ibunya terlupa untuk menutup penutup minuman dan makanan.
Selepas ibunya mengambil anaknya dari sekolah, Ahmad terus
ke dapur. Dia ternampak di atas meja sudah terhidang makanan.
Oleh kerana terlalu lapar dia pun terus makan tanpa mencuci
tangan apatah lagi hendak membaca doa sebelum makan. Dia
juga tidak menghiraukan lalat yang banyak berterbangan
menghinggapi makananannya itu.
Selepas Ahmad selesai makan, tidak lama kemudian dia
berasa sakit perut dan mula mengalami cirit-birit. Ibunya berasa
terkejut dan terus membawa anaknya ke hospital. Selepas doktor
memeriksa rupa-rupanya dia keracunan makanan. Ahmad terpaksa
ditahan di hospital selama tiga hari untuk menerima rawatan.
Selepas beberapa hari kemudian, Ahmad pun sembuh dan
Kembali ke sekolah seperti biasa . Dia berasa sangat gembira. Dia
menerima kejadian itu sebagai satu pengajaran. Mulai dari
perisitiwa itu, dia juga sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta
makanan.
Kita mestilah menjaga kebersihan walau di mana kita
berada.kita tidak boleh mengabaikan kebersihan kerana ia akan
menjejaskan kesihatan kita. Saya berjanji tidak akan makan
makanan yang tercemar dan saya berdoa agar semua orang akan
menjaga kebersihan dan keselamatan semua.
Tajuk: keracunan makanan
Disediakan oleh: Eda Ellysha binti Mohd Fauzil
Di ubahsuai oleh: Cikgu Faridah
Ini ialah Amin. Amin berumur sebelas tahun. Amin bersekolah di
Sekolah Rendah Batu Marang. Dia belajar dalam Tahun Enam. Dia
mempunyai banyak kawan. Dia juga seorang pelajar yang
cemerlang. Dalam peperiksaan dia selalu mendapat tempat
pertama.
Pada.setiap hari, emak Amin akan memasakkan dia makanan.
Makanan itu akan dihidangkan di atas meja. Pada hari itu oleh
kerana emaknya terrlalu sibuk, jadi dia terlupa untuk menutup
makanan itu. Makanan itu pun terdedah. Banyak lalat mendatangi
makanan di atas meja itu makanan itu pun tercemar.
Amin pulang dari sekolah dengan perut yang
lapar .Disebabkan sangat lapar ,dia tidak membasuh tangan. Dia
terus makan tanpa membaca doa terlebih dahulu. Amin makan
tanpa menghiraukan lalat yang berterbangan di meja.
Beberapa jam kemudian ,Amin merasa sakit perut. Dia
memberitahu emaknya yang dia sakit perut dan mengalami cirit-
birit .Emak Amin terus menghubungi Ambulance dan dia pun di
hantar ke hospital. Setelah diperiksa oleh doctor, rupa-rupanya Amin
keracunan makanan. Dia ditahan di hospital selama tiga hari untuk
menerima rawatan.
Beberapa hari kemudian, Amin pun kembali sihat. Amin berasa
gembira kerana dapat berjumpa semula dengan kawan-kawannya
lagi. Sejak peristiwa itu , Amin sering bercerita tentang kepentingan
menjaga kebersihan makanan dan dia juga memastikan setiap
makanan yang dimakannya bersih dan tidak tidak terdedah.
Kita mestilah menjaga kebersihan makanan. kita
mesti mencuci tangan sebelum makan dan selepas makan. Saya
berdoa supaya kita tidak keracunan makanan. Saya berharap kita
dapat menjaga kebersihan makanan. Saya berjanji akan makan
makanan yang tidak tercemar dan terdedah oleh lalat.
Tajuk: Buah-buah tempatan
Disediakan oleh: Syaindah Dafinah binti Firdaus
Diubah suai oleh: Cikgu Faridah binti Haji Japarali
Buah-buah tempatan ialah buah yang ditanam di negara kita
sendiri. Buah-buah tempatan di negara kita terdapat pelbagai jenis.
Buah tempatan juga ada di jual di pasar, di tamu dan di kedai
buah-buahan.Contoh buah-buahan yang ada di Brunei ialah
rambutan, durian, manggis dan banyak lagi.
Buah tempatan yang pertama saya minat ialah Manggis.
Sebenarnya saya suka semuanya tetepi saya paling suka buah
manggis. Manggis itu bewarna unggu. Rasa manggis juga enak.
Saya suka manggis kerana jika ia masak ranum rasanya sangat
manis. Kita mestilah makan buah manggis Ketika ia sudah masak
jika tidak rasanya akan kelat dan tawar.
Buah-buah tempatan banyak dijual di tamu, pasar dan kedai-
kedai buah-buahan. Saya suka membeli di kedai-kedai sahaja.
Buah tempatan yang kedua saya suka adalah rambutan. Kulit buah
rambutan berwarna merah dan berbulu. Isinya pula berwarna putih
dan mempunyai biji yang kecil. Rasa buah rambutan manis tetapi ia
akan masam apabila belum masak .Di tamu buah-buahan ia akan
dijual dengan harga yang murah.
Buah tempatan yang saya suka juga ialah durian. Kulit buah
durian berduri dan mempunyai beberapa jenis warna . Antara nya
ialah hijau dan kuning. Durian juga mempunyai pelbagai jenis
nama. Antaranya ialah durian Musang King, Udang Galah, Durian
putih, Durian pulu dan banyak lagi. Isi buah durian berbeza-beza,
ada yang berwarna putih, merah, kuning, merah jambu. Yang
penting buah durian mempunyai rasa yang sangat enak dan lunak.
Kita mestilah mengenali buah-buahan tempatan negara kita sendiri.
Saya berharap saya dapat merasai semua buah-buah tempatan
yang terdapat di negara kita ini. Saya berdoa buah-buahan
tempatan negara kita akan terkenal di luar negara. Saya berjanji
akan makan buah-buahan tempatan kita sendiri kerana ia
mempunyai khasiat yang tersendiri.
Tajuk : Keracunan Makanan
Idea dan disediakan oleh: Nurbalqis Alya binti Sahrolizam
Diubah suai oleh: Cikgu Faridah binti Haji Japarali
Pada suatau hari,ada seorang budak lelaki yang bernama Arif.
Dia berumur sebelas tahun. Dia bersekolah di Sekolah Rendah
Sungai Besar. Dia belajar dalam Tahun Lima.
Arif baru pulang dari sekolah. Dia nampak ada makanan
terhidang di atas meja. Makanan itu terdedah kerana tidak di tutup
dengan tudung saji. Kelihatan banyak lalat hinggap diatas
makanan itu. Makanan itu sudah dicemari oleh lalat.
Ketika itu Arif berasa sangat lapar. Dia pun terus duduk tanpa
mencuci tangan terlebih dahulu. Kemudian dia terus makan. Dia
tidak menghiraukan lalat yang sedang menghinggapi makanan itu.
Keesokan harinya, Arif berasa sakit perut.Dia juga mengalami
cirit-birit kerana makan makanan tercemar kelmarin. Ibu Arif melihat
keadaan Arif yang lemah lalu dia terus membawa anaknya ke
hospital. Setelah diperiksa, doktor mensahkan bahawa Arif
keracunan makanan. Dia pun ditahan selama tiga hari di hospital
untuk menerima rawatan lanjut.
Beberapa hari kemudian,Arif pun sembuh. Dia pun kembali ke
sekolahnya seperti biasa.Dia berasa gembira kerana dapat
berjumpa dengan kawan-kawannya. Mulai hari itu, Arif pun sudah
belajar untuk menjaga kebersihan makanan. Dia akan memastikan
makanan yang dibelinya bersih dan tidak terdedah.
Kita tidak boleh makan makanan yang sudah dihinggapi lalat.
Kita harus bijak untuk menjaga kebersihan makanan. Saya berharap
agar saya semua orang menjaga kebersihan makanan yang
dimakan. Saya berjanji akan menjaga kesihatan saya. Saya berdoa
agar keluarga saya terhindar dari keracunan makanan.
Tajuk: Buku cerita kegemaran saya
Disediakan okeh : Cikgu Faridah binti Haji Japarali
Buku cerita adalah salah satu bahan bacaan yang boleh memberi
keseronokan. Buku cerita mempunyai berbagai genre seperti komik,
buku cerita, novel, cerpen, biografi dan banyak lagi. Selain itu buku
cerita juga mempunyai berbagai jenis ada yang fiksyen, cerita realiti,
seram dan menakutkan dan banyak lagi. Kita boleh membaca
buku cerita di perpustakaan sekolah. Selain itu juga kita boleh
membeli di kedai buku dengan harga yang berpatutan.
Buku cerita kegemaran saya bertajuk “Mariposa”. Ia adalah
salah satu cerita keluaran ‘Barbie”. Pada zaman dahulu di sebuah
tempat yang bernama Flutterfield, hidup seorang peri kupu-kupu
bernama Mariposa. Dia adalah peri yang paling pintar di seluruh
negerinya. Tetapi sayangnya dia tidak boleh terbang seperti peri-
peri yang lain. Oleh itu dia selalu diejek kerana tidak boleh terbang.
Mariposa suka membaca buku seperti putera Carlos.
Kemudian, pada suatu hari, Mariposa menemukan bahwa cahaya
ajaib di Flutterfield semakin meredup. cahaya tersebut melindungi
Flutterfield dari serangan monster yang bernama Skeezites. Monsters
itu memakan peri kupu-kupu. Rupa-rupanya cahaya diflutterfield
suram kerena oleh seorang peri jahat yang bernama Henna. Dia
juga pernah meracuni ratu Marabella. Walau bagaimanapun sihir
ratu telah membuat cahaya di Flutterfield menjadi terang.
Jadi, mariposa dan teman-temannya terbang ke Bewilderness
untuk mencari penawarnya. Tetapi dalam perjalanannya, mereka
menghadapi bermacam bahaya. Akhirnya mereka datang di gua
Refleksi, Mariposa membuktikan keberaniannya dan mendapatkan
penawarnya. ketika dia berhasil, sayapnya tumbuh besar dan
semakin cantik. Mariposa dan teman-temannya Kembali ke
Flutterfield untuk menemukan Skeezites yang menyerang istana
kerajaan. Mariposa memberikan penawarnya pada ratu. Akhirnya
ratu pun sembuh dan Cahaya ajaib pun Kembali menerangi
Flutterfield,
Ratu Marabella memuji Mariposa dan teman-temannya
sebagai pahlawan. Akhirnya Mariposa boleh terbang seperti peri
lain. Dia juga mempunyai sepasang sayap yang besar dan cantik.
Itulah cerita pendek mengenai buku cerita kegemaran saya. Buku
cerita ini banyak memberi pengajaran kepada saya.
Kita mestilah berani kerana benar. Kita tidak boleh
membiarkan orang lain merosakkan hidup kita. Saya berjanji akan
menjadi seorang yang berani kerana benar. Saya berdoa semua
orang mempunyai keberanian untuk melakukan sesuatu.
Tajuk:Faedah Menonton Televisyen
Disediakan oleh: Md Syahiran Syafie
Diubahsuai oleh: Cikgu Faridah
Televisyen ialah salah satu alat elektronik yang mengeluarkan
bunyi dan gambar. Pada zaman ini berbagai saiz televisyen yang
boleh kita dapati seperti 21 inci, 32 inci, 39 inci dan banyak lagi.
Yang penting harganya akan berbeza mengikut saiznya. Selain itu
televisyen juga mempunyai banyak jenama seperti Matrix, Samsung,
Aifa dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai kebaikan menonton televisyen. Salah satunya
ialah kita dapat mengetahui isu-isu semasa. Ini kerana rancangan
berita yang disiarkan melalui televisyen membolehkan kita
mengetahui hal ehwal semasa yang berlaku di dalam negara dan
di luar negara. Kita akan menjadi lebih peka terhadap
perkembangan semasa. Kita juga boleh mendapatkan maklumat
tentang ramalan cuaca apabila menonton rancangan berita.
Selain itu,kita boleh mengurangkan stres dan tekanan apabila
menonton televisyen. Ini kerana terdapat pelbagai rancangan
hiburan di televisyen yang disiarkan seperti rancangan jenaka,
rancangan kartun, dokumentari dan lain lain lagi. Ini akan
membolehkan kita menenangkan fikiran kita serta hati kita juga.
Dengan ini, fikiran kita akan menjadi tenang.
Di samping itu,kita boleh menambahkan pembendaharaan
kata kita. Ini kerana terdapat sesetengah rancangan seperti Upin
dan Ipin yang mempunyai bahasa baik serta banyak nilai murni
yang diperoleh. Selain itu, banyak juga rancangan yang
mempunyai siaran dalam Bahasa Inggeris. Dengan sendirinya kita
dapat mengenali beberapa perkataan baharu semasa menonton
televisyen.
Justeru itu,kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan
apabila menonton televisyen. Pada masa Ini banyak rancangan
televisyen yang berunsurkan Pendidikan disiarkan. Ini akan
memudahkan murid untuk mengikuti dan menjadikan murid lebih
tertarik rancangan tersebut. Tambahan pula, murid akan menjadi
lebih bersemangat untuk belajar daripada membaca buku sahaja.
Kesimpulannya,televisyen amat berguna dan penting kepada
kita. Kita perlulah pandai memilih rancangan televisyen yang sesuai
agar dapat memberi manfaat kepada kita.
Tajuk:Suatu Perkelahan yang menyeronokkan
Disediakan oleh: Cikgu Faridah binti Haji Japarali
Berkelah adalah salah satu aktiviti yang dapat dilakukan bersama
keluarga dan sahabat. Berkelah boleh mengurangkan tekanan
selepas penat belajar. Selain itu juga ia juga dapat memberi
ketenangan. Kebanyakan orang berkelah di pantai.
Pada hari Ahad yang lepas, saya dan keluarga berkelah di
Pantai Muara. Sebelum kami bertolak, ibu telah menyediakan
bermacam-macam juadah untuk hidangan kami di sana. Manakala
ayah pula membawa peralatan yang akan digunakan semasa di
pantai nanti. Saya pula membawa alat melukis dan pensel warna.
Setelah semua sedia, kami pun bertolak. Kami bertolak dari
rumah pada jam 9 pagi dan sampai ke Pantai Muara kira-kira jam
9.30 pagi. Setelah sampai ayah terus mencari tempat yang sesuai
untuk berkelah. Ayah telah memilih sebuah pondok yang dekat
dengan tempat kami meletak kereta. Setelah itu kami pun
menggeluarkan semua barang yang kami bawa lalu menyusunnya.
Saya pula menggeluarkan alat melukis. Saya melukis suasana
pantai. Suasana pantai sungguh cantik dan indah. Ayah
mendengar radio sambil membaca surat khabar manakala ibu pula
menggeluarkan makanan yang dibawanya. Keadaan di pantai
semakin ramai. Ada yang bermain bola sepak, ada yang berbasikal,
ada yang mandi dan banyak aktiviti yang dilakukan di sana. Saya
berasa seronok.
Tidak lama kemudian, ibu memanggil saya untuk menikmati
makanan bersama-sama. Kami pun makan sambil berbual-bual
mengenai keindahan pantai. Selepas makan, ayah berjanji akan
membawa mandi di tepi pantai. Saya tidak sabar untuk berenang.
Setelah lima belas minit selesai makan, ayah pun membawa saya ke
tepi pantai. Sebelum itu ayah menyuruh saya memakai baju
keselamatan dan ayah mengajar saya berenang ditempat yang
cetek.
Kami pulang ke rumah pada jam dua petang. Saya berasa
sangat letih. Walau bagaimanapun ia adalah satu perkelahan yang
menyeronokkan. Saya berdoa semoga ayah dan ibu akan
membawa saya berkelah lagi. Saya berharap ayah akan
membawa berkelah di pantai yang lain pula. Saya berjanji akan
menjaga keselamatan ketika berada di pantai.