The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Faridah, 2022-10-23 05:29:07

Contoh jawapan karangan bergambar

akibat tidak mendengar cakap

Karangan bergambar

Teknik mudah menulis karangan
bergambar

Untuk menulis karangan bergambar. Sebagai contoh karangan bersiri (4
gambar).
✓ Kamu hendaklah membina 1 gambar 1 perenggan.
✓ Jika ada 4 gambar jadi dengan sedirinya ada 4 perenggan.
✓ Sebelum masuk kepada gambar 1, kamu hendaklah menulis pengenalan

terlebih dahulu.
✓ Begitu juga selepas kamu selesai menulis cerita gambar ke-4. Jangan

lupa untuk menulis perenggan penutup.
✓ Kamu hendaklah mecipta tajuk karangan sendiri berpandukan karangan

yang kamu tulis.
✓ Kamu juga boleh menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan

untuk mengembangkan idea dan cerita kamu.

pengenalan

Ini ialah Murni dan Nazmi. Mereka berdua adalah adik-beradik.
Murni berumur sebelas tahun manakala adiknya pul berumur lapan
tahun. Mereka mempunyai seorang adik perempuan bernama
Marlina. Mereka berdua suka bermain bola.

Jam menunjukkan dua belas tengah hari. Emak mereka
sedang sibuk di dapur. Emaknya memasak untuk makan
tengah hari. Ibunya berpesan supaya jangan bermain bola
kerana adiknya sedang tidur. Oleh kerana terlalu bosan lalu
Murni dan Nazmi pun bermain bola. Mereka berdua berasa
seronok.

Murni dan Nazmi bermain bola di dalam bilik tidur. Pada
waktu itu, adik perempuannya Marlina sedang tidur lena.
Walau bagaimanapun, mereka berdua tidak pedulikannya.
Mereka lupa akan pesanan ibunya tadi. Mereka terus
bermain bola dengan seronok.

Murni dan Nazmi bertanding antara mereka siapa yang
paling kuat tendangannya. Mereka bergilir-gilir menendang
bola itu. Tiba giliran Murni untuk membuat tendangan. Dia
pun menendang bola itu dengan sepenuh hatinya. Bola itu
melantun ke arah adiknya yang sedang tidur. Adiknya pun
terjaga dari tidur.

Marlina menangis dengan kuatnya. Dia menangis
kesakitan. Ibunya terus berlari ke bilik anaknya untuk
melihat apa yang terjadi. Rupa-rupanya ia adalah angkara
abangnya. Ibunya memarahi Murni dan Nazmi kerana
sikap mereka itu. Mereka berdua menyesal atas
perbuatan mereka itu dan berjanji akan menjaga adik
mereka denan baik.

penutup

Kita mestilah menghormati adik-beradik kita. Kita tidak boleh menyakiti
ahli keluarga kita. Saya berjanji akan menjaga ahli keluarga saya dengan
baik. Saya berdoa semoga semua orang menjaga dan menyayangi ahli
keluarga mereka. Saya berharap keluarga saya akan saling sayang-
menyayangi sampai bila-bila.

Tajuk : Akibat tidak mendengar cakap ibu

Ini ialah Murni dan Nazmi. Mereka berdua adalah adik-beradik. Murni
berumur sebelas tahun manakala adiknya pul berumur lapan tahun.
Mereka mempunyai seorang adik perempuan bernama Marlina.
Mereka berdua suka bermain bola.

Jam menunjukkan dua belas tengah hari. Emak mereka sedang
sibuk di dapur. Emaknya memasak untuk makan tengah hari. Ibunya
berpesan supaya jangan bermain bola kerana adiknya sedang tidur.
Oleh kerana terlalu bosan lalu Murni dan Nazmi berasa pun bermain
bola. Mereka berdua berasa seronok.

Murni dan Nazmi bermain bola di dalam bilik tidur. Pada waktu
itu, adik perempuannya Marlina sedang tidur lena. Walau
bagaimanapun, mereka berdua tidak pedulikannya. Mereka lupa akan
pesanan ibunya tadi. Mereka terus bermain bola dengan seronok.

Murni dan Nazmi bertanding antara mereka siapa yang paling
kuat tendangannya. Mereka bergilir-gilir menendang bola itu. Tiba
giliran Murni untuk membuat tendangan. Dia pun menendang bola
itu dengan sepenuh hatinya. Bola itu melantun ke arah adiknya yang
sedang tidur. Adiknya pun terjaga dari tidur.

Marlina menangis dengan kuatnya. Dia menangis kesakitan.
Ibunya terus berlari ke bilik anaknya untuk melihat apa yang terjadi.
Rupa-rupanya ia adalah angkara abangnya. Ibunya memarahi Murni
dan Nazmi kerana sikap mereka itu. Mereka berdua menyesal atas
perbuatan mereka itu dan berjanji akan menjaga adik mereka denan
baik.

Kita mestilah menghormati adik-beradik kita. Kita tidak boleh
menyakiti ahli keluarga kita. Saya nerjanji akan menjaga ahli keluarga
saya dengan baik. Saya berdoa semoga semua orang menjaga dan
menyayangi ahli keluarga mereka. Saya berharap keluarga saya akan
saling sayang- menyayangi sampai bila-bila.


Click to View FlipBook Version