The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Faridah, 2022-10-31 06:35:04

Teknik menulis karangan bergambar

Teknik menulis karangan bergambar

Contoh menulis

karangan bergambar

Nota ringkas:-

Kamu hendaklah menuliskan pendahuluan/pengenalan
karangan.
Tuliskan isi karangan mengikut gambar bersiri.
Seboleh-bolehnya tulis satu gambar satu perenggan.
Gunakan perkataan –perkataan yang disediakan dan
bina ayat.
Elakkan membina ayat yang terlalu panjang. Gunakan
KATA HUBUNG jika perlu sahaja.
Ayat kamu hendaklah bersambung dari satu gambar ke
satu gambar yang lain.
Gunakan KATA ADJEKTIF (KATA SIFAT) supaya karangan
kamu lebih jelas.
Pastikan setiap perenggan mengandungi 4 hinggi 5 ayat.
Gunakan tanda baca seperti koma (,) atau noktah (.)
untuk menutup ayat.
Kamu boleh menggunakan tanda petik (“….”) jika perlu.
Elakkan terlalu banyak mengulang perkataan yang sama.
Gunakan kata ganti nama diri untuk menggantikan nama
orang supaya tidak banyak pengulangan nama.Contoh
saya, dia, beliau, kami , nya.
Jangan lupa tulis penutup karangan dengan menuliskan
dua nasihat, ayat janji, doa dan harapan. Sekurang-
kurangnya 3 atau 4 ayat sudah memadai.

KARANGAN 1 ( 6 gambar )

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan
yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang
sesuai.

membawa pancing– mencari tempat sesuai –
memancing - pantai memancing bersama-sama -

seronok

Lama menunggu – tidak Dapat ikan – gembira –
dimakan ikan – mula semakin bersemangat
berasa bosan

Beroleh ikan – sangat Berpuas hati – mengemas
bersyukur– walaupun ikan - pulang

kecil

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan

yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang 1) Pilih satu
sesuai. watak (orang) .

Tajuk : Memancing bersama ayah 2) Kenalkan
secara

terperinci.

Pengenalan Ini ialah Zamri. Dia berumur sepuluh tahun. Dia tinggal di 3)Sekurang-
kurangnya
Kampung Sungai Buloh. Dia bersekolah di Sekolah Rendah kamu tuliskan
Batu Marang. Dia belajar dalam Tahun Lima. Dia suka

memancing bersama ayahnya. empat ayat

untuk

Pada hari Ahad yang lepas, ayah Zamri telah menerangkan
watak.
membawa dia memancing. Mereka memancing di Pantai
Gambar 1
Serasa. Sebelum mereka pergi, mereka telah menyediakan

pancing, umpan, kotak keselamatan dan juga membawa

sedikit bekalan untuk dimakan.

Gambar 2 Tidak berapa lama mereka pun tiba di Pantai ISI KARANGAN
Serasa, mereka pun mencari tempat sesuai. Setelah
berpuas hati, mereka pun menggeluarkan pancing dan
memasang umpan pada mata kail masing-masing. Mereke
berdua memancing bersama-sama. Zamri berasa sangat
seronok.

Gambar 3 Setelah lama menunggu, pancing mereka masih
tidak dimakan ikan. Ini menyebabkan Zamri mula berasa
bosan.Ayahnya menyedari sikap Zamri yang tidak penyabar
itu lalu memujuknya untuk menunggu kerana memancing
memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Gambar 4 Tidak lama kemudian, pancing ayahnya terasa
berat. Dia cuba menarik. Rupa-rupanya pancing ayahnya
telah di makan ikan. Zamri berasa sangat gembira melihat
ayahnya mendapat ikan besar. Ini menyebabkan dia makin
bersemangat untuk menangkap ikan juga.

Gambar 5 Tiba-tiba pancing Zamri terasa berat. Dia cuba
menarik pancingnya. Dia terus menarik pancingnya dan
Gambar 6 akhirnya dia beroleh seekor ikan. Walaupun ikan kecil ISI KARANGAN
tetapi dia tetap berasa sangat bersyukur. Dia berasa
Penutup gembira kerana telah menangkap ikan dari pancingnya
sendiri.

Ayah Zamri berasa gembira melihat telatah
Zamri. Setelah berpuas hati, mereka pun pulang.
Sebelum itu mereka mengemas alat-alat pancing dan
bekalan makanan yang mereka bawa. Mereka bersyukur
kerana beroleh ikan. Walaupun tidak banyak tetapi mereka
gembira kerana ia datang dari usaha mereka sendiri.

Kita mestilah mempunyai sikap sabar dalam
melakukan setiap pekerjaan. Kita tidak boleh menyerah
kalah dan malas berusaha. Saya berjanji akan
menanamkan sifat sabar dalam melakukan sebarang
pekerjaan.

Tuliskan dua
pengajaran atau
nasihat yang berkaitan
dengan cerita.

Tuliskan 2 nasihat/pengajaran.
Tuliskan ayat janji. – saya berjanji akan …..
Tuliskan doa kamu – saya berdoa……
Tulis harapan kamu – saya berharap ……

KARANGAN 2 – ( 4 gambar )

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan
yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang
sesuai.

Menunggang basikal – Hilang kawalan –terjatuh
berbual-bual – melepaskan –terkejut
pemegang gagang basikal

Menangis – lututnya Menceritakan kepada ibu –
berdarah– basikal rosak – dimarah – meminta maaf –

menghantar pulang terikma kasih

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan 1) Pilih satu
yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang watak (orang) .
sesuai.
2) Kenalkan
Tajuk Akibat cuai secara

terperinci.

3)Sekurang-

Pengenalan kurangnya

Ini ialah Danny. Dia berumur sebelas tahun. Dia tinggal di kamu tuliskan
empat ayat
Kampung Batu Marang. Dia bersekolah di Sekolah Rendah untuk

Batu Marang. Dia belajar dalam Tahun Lima. Danny terkenal menerangkan

sebagai seorang budak yang nakal. watak.

Gambar 1 Pada suatu petang, Danny dan rakannya Syukri
bercadang hendak pergi bermain bola sepak bersama
rakan-rakannya yang lain. Mereka berjanji untuk berkumpul
di padang sekolah. Mereka berdua menunggang basikal.
Sambil berbual-bual. Danny seronok bercerita hingga
melepaskan gagang basikal.

Gambar 2 Tiba-tiba basikal Danny hilang kawalan. Dia ISI KARANGAN
menjerit sebelum terjatuh. Syukri terkejut melihat Danny. Dia
cuba membantu tetapi tidak sempat kerana peristiwa itu
berlaku terlalu cepat. Danny bernasib baik kerana basikalnya
tidak menghempapnya.

Gambar 3 Danny menangis kesakitan. Lututnya berdarah
dan cedera. Tangannya juga calar-balar. Syukri membantu
Danny dan menghantar dia pulang ke rumahnya. Danny
berasa takut kerana basikalnya telah rosak . Dia takut
ibunya akan marah.

Gambar 4 Akhirnya mereka berdua sampai ke rumah. Ibu ISI KARANGAN
Dannya terkejut melihat keadaan nya. Danny
menceritakan kepada ibu apa yang telah berlaku kepada
dirinya. Ibunya berasa marah dengan sikap cuainya itu.
Dia kemudian meminta maaf kepada ibunya. Ibu Danny
tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Syukri
kerana telah membawa anaknya pulang ke rumah.

Penutup Kita mestilah berhati-hati ketika
menunggang basikal terutama sekali di jalan raya.Kita
tidak boleh ingkar dengan nasihat ibu kita . Saya
berjanji akan sentiasa berhati-hati ketika berada
dimana sahaja. Saya berdoa semoga kita semua
dijauhi daripada ditimpa malang.

Tuliskan dua
pengajaran atau
nasihat yang berkaitan
dengan cerita.

Tuliskan 2 nasihat/pengajaran.
Tuliskan ayat janji. – saya berjanji akan …..
Tuliskan doa kamu – saya berdoa……
Tulis harapan kamu – saya berharap ……

KARANGAN 3 – ( 4 gambar )

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan
yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang
sesuai.

Murid terjatuh – kakinya luka memapah– membawa ke
– menangis - menghampiri tempat yang selesa – mencuci

luka

Membalut luka– memujuk – Dipanggil – terkejut– sikap
memberi nasihat – guru prihatin – pelajar contoh
menykaksikan

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan 1) Pilih satu
yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang watak (orang) .
sesuai.
2) Kenalkan
Tajuk : Sikap terpuji secara

terperinci.

Pengenalan 3)Sekurang-

Ini ialah Yusri. Dia seorang budak yang baik. Dia berumur kurangnya
kamu tuliskan
sebelas tahun. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Batu empat ayat
Marang. Pada tahun hadapan dian akan menduduki untuk

peperiksaan besar iaitu Penilaian Sekolah Rendah yang juga menerangkan

dikenali sebagai PSR. watak.

Gambar 1 Pada Hari Selasa yang lepas, Yusri datang awal
ke sekolah. Pada pagi itu, masih belum ramai murid dan guru
yang datang. Ketika dia hendak naik ke kelasnya, dia
ternampak seorang murid sedang menangis. Budak itu
duduk di atas tangga sambil memegang lututnya. Budak itu
menangis kerana kakinya luka. Yusri menghampiri budak itu,

Gambar 2 Yusri menanyakan nama budak itu. Dia juga ISI KARANGAN
bertanya bagaimana dia terjatuh di sana. Budak itu bernama
Badrul, pmurid Tahun Satu. Yusri pun menolong Badrul. Dia
memapahnya dan membawa ke tempat yang selesa. Dia
pun mencuci luka Badrul.

Gambar 3 Yusri membalut luka Badrul dengan tisu. Dia
memujuk Badrul supaya berhenti menangis dan memberi
nasihat supaya berhati-hati terutama ketika hendak naik dan
turun tangga. Tanpa mereka sedari, salah seorang guru telah
menyaksikan kejadian itu.

Gambar 4 Pada keesokan harinya, sewaktu perbarisan ISI KARANGAN
pagi. Yusri telah dipanggil untuk tampil ke hadapan. Dia
Penutup berasa terkejut kerana dia yakin dia tidak pernah
melanggar peraturan sekolah. Rupa-rupanya dia diberi
pujian kerana sikap prihatinnya. Guru besar
menceritakan perisitiwa yang disaksinya kelmarin. Beliau
kemudian memberi gelaran ‘pelajar contoh’ kepada Yusri.

Kita mestilah membantu orang dengan
ikhlas . Kita tidak boleh mengharapkan balasan jika
kita membantu orang. Saya berjanji akan menjadi
seorang pelajar yang prihatin. Saya berharap semoga
kita mengamalkan sikap tolong-menolng di mana
sahaja kita berada.

Tuliskan dua
pengajaran atau
nasihat yang berkaitan
dengan cerita.

Tuliskaa 2 nasihat/pengajaran.
Tuliskan ayat janji. – saya berjanji akan …..
Tuliskan doa kamu – saya berdoa……
Tulis harapan kamu – saya berharap ……

KARANGAN 4 – ( 4 gambar)

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan
yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang
sesuai.

Ibu memasak –Makanan Balik ke rumah– sangat
atas meja – ibu lupa lapar – makanan tercemar-
menutup – lalat
sakit perut – muntah-
muntah

Berasa sangat lemah - Berasa sihat – sekolah
hospital - diperiksa– seperti biasa –
keracunan makanan mengamalkan
kebersihan

Lihat gambar di bawah. Kemudian tuliskan sebuah karangan 1) Pilih satu
yang panjangnya 150 patah perkataan. Berikan tajuk yang watak (orang) .
sesuai.
2) Kenalkan
Tajuk : keracunan makanan secara

terperinci.

Pengenalan 3)Sekurang-

Ini ialahShariman. Dia berumur sebelas tahun. Dia seorang kurangnya
kamu tuliskan
murid yang yang tidak suka mementingkan kebersihan. Dia empat ayat
belajar dalam Tahun Lima. Dia tinggal bersama ibu dan untuk

bapanya. Dia ialah anak tunggal. menerangkan

watak.

Gambar 1 Pada hari Isnin lepas, ibu Shariman telah
memasak banyak lauk-pauk untuk hidangan makan tengah
hari. Setelah selesai memasak dia pun membuat kerja rumah

yang lain. Dia meletakkan makanan tersebut di atas meja,

tetapi dia terlupa untuk menutup makanan tersebut dengan
tudung dulang. Tidak lama kemudian, makanan itu pun
dihinggapi oleh lalat.

Gambar 2 Pada pukul satu petang, dia pun balik ke rumah. ISI KARANGAN
Dia berasa sangat lapar dan terus menuju ke dapur. Dia
ternampak banyak lauk-pauk yang sudah terhidang. Oleh
kerana terlalu lapar, dia terus makan tanpa memperdulikan
lalat-lalat yang berterbangan itu. Sebenarnya makanan itu
telah tercemar. Setelah selesai makan, dia pun berehat.
Tidak lama, kemudian perutnya terasa sangat sakit .Dia
berlari ke tandas dan muntah-muntah tanpa henti.

Gambar 3 Ibunya mencari-cari kelibat Shariman. Makanan ISI KARANGAN
sudah habis dimakan dan beg sekolahnya juga sudah ada
Gambar 4 tetapi orangnya tidak kelihatan. Tidak lama kemudian dia
terdengar suara dari dalam tandas. Dia hairan kerana pintu
Penutup itu terbuka. Dia terus menjenguk. Dia terkejut melihat
anaknya yang sangat lemah dan tidak bermaya.

Dia terus membawa anaknya ke hospital.
Tibanya di sana dia terus diperiksa dan diberi rawatan
khusus. Doktor memberi tahu bahawa anaknya keracunan
makanan mungkin memakan makanan yang tidak bersih.
Shahriman ditahan beberapa hari dan diberi cuti sekolah.

Setelah beberapa hari di rawat di hospital,
akhirnya dia dibenarkan pulang ke rumah.. Setelah berasa
sihat, dia pun pergi ke sekolah seperti biasa. Sejak
peristiwa itu, dia pun berasa insaf dan mengamalkan
menjaga kebersihan terutama makanan, minuman serta
kebersihan tubuh badan. Dia berjanji tidak akan makan
makanan yang sudah tercemar.

Kita mestilah menjaga kebersihan makanan
kita. Kita tidak boleh makan, makanan yang kotor dan
sudah dicemari. Saya berjanji akan makan makanan
yang bersih. Saya berdoa semoga Allah mengurniakan
kesihatan kepada saya selalu dan terhindar daripada
keracunan makanan.

Tuliskan 2 nasihat/pengajaran. Tuliskan dua
Tuliskan ayat janji. – saya berjanji akan ….. pengajaran atau
Tuliskan doa kamu – saya berdoa……
Tulis harapan kamu – saya berharap …… nasihat yang
berkaitan dengan

cerita.


Click to View FlipBook Version