The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadmajid, 2019-03-20 00:38:26

Mesyuarat Agung PIBG SK CHE LATIFF ke 37

KANDUNGAN




1. Kandungan - Muka 1

2. Sekapur sirih daripada Guru Besar SK Che Latiff - Muka 2

3. Seulas pinang daripada YDP PIBG 2018/2019 - Muka 3

4. Aturcara majlis Mesyuarat Agung PIBG KE 37 - Muka 5

5. Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesyuarat Agung

Kali ke 37 - Muka 6 - 7

6. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali 37 - Muka8

7. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali 36 - Muka 9 – 12

8. Aktiviti PIBG 2018/2019 - Muka 13

9. Penyata Kewangan PIBG 2018 - Muka 14-19

10. Carta Jawatankuasa PIBG Sesi 2016/2018 - Muka 20-21

11. Penghargaan - Halaman Kulit
Belakang
























Muka 1

S

ekapur sirih daripada Tuan Guru Besar SK Che Latiff.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh. Salam dihulur memulakan bicara. Salam perkenalan untuk
semua, semoga silaturrahim antara kita, warga sekolah dan para ibu bapa akan terjalin, berpaut erat dan
kukuh selamanya SEBAGAI landasan untuk kita mencapai matlamat bersama iaitu mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik, ko-kurikulum dan pembentukan sahsiah yang baik di kalangan murid-murid . Syukur kepada Allah
s.w.t. kerana setakat ini setelah lebih kurang lima bulan saya bertugas di sekolah ini, saya lihat ada hamparan suasana
harmoni dan kondusif di sekolah ini . Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allat s.w.t. agar keadaan seperti ini
berterusan pada hari-hari yang akan mendatang.

Saudara dan saudari sekalian,

Saya merupakan guru besar yang baharu bertukar ke sekolah ini menggantikan Cikgu Hajjah Salmah binti
Ismail yang telah bersara wajib pada tahun lalu dan tugas saya adalah meneruskan visi dan misi sekolah, PPD, JPN
serta melaksanakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai peneraju di sesebuah sekolah seseorang guru
besar bebas menentukan cara pengurusannya sendiri tetapi tidaklah sewenang-wenangnya kerana terikat juga
dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga ketentuan-ketentuan oleh JPN dan PPD.

Kehadiran saya di sekolah ini bermula pada hujung tahun lepas dan kebetulan pada masa itu ada arahan
yang tegas daripada PPD / JPN agar penyusunan murid-murid dalam kelas mengikut pencapaian tidak dibenarkan
lagi, sebaliknya semua murid dicampur-adukkan dalam kelas tidak mengira tahap kepandaian mereka. Berlakulah
kebetulan di situ. Guru besar baharu penyusunan kelas pun secara baharu. Timbullah tohmohan bahawa guru besar
baharu telah membuat penyusunan murid dalam kelas secara baharu. Berlakulah kebimbangan di pihak ibu bapa.
Bimbang kalau-kalau timbul perkara-perkara negatif di kalangan anak-anak mereka. Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia pula berharap penyusunan murid secara baharu ini akan menimbulkan unsur-unsur positif di kalangan murid-
murid.

Rentetan daripada dasar penyusunan murid yang baharu maka Pembelajaran Abad ke 21 dipraktikkan.
Murid-murid di Tahap 1 sudah tidak ada ujian atau peperiksaan lagi. Penilaian Bilik Darjah (PBD) dijalankan. Intrumen
PBD telah dikeluarkan untuk diikuti. Ada keperluan agar ibu bapa agar memahami dasar PBD ini supaya ibu bapa
dapat membantu merangsang anak masing-masing memenuhi aspek intrumen yang telah ditentukan itu.


Terdapat pelbagai lagi perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan yang harus kita semua
mengetahui dan memahaminya namun di sini sekadar ini dahulu yang boleh saya paparkan dan saya berharap agar
saudara saudari sekalian dapat mengikuti perkembangan dalam bidang pendidikan ini dari semasa ke semasa untuk
masa depan anak-anak.

Akhir kata saya memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekhilafan dan kelemahan coretan saya
ini.

Sekian, terima kasih. Wslm.


(CG. WAN ROSLAN BIN WAN HASSAN)

Guru Besar SK Che Latiff.




Muka 2

S



eulas pinang daripada YDP PIBG SK Che Latiff

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah izin dan kurnianya maka dapatlah kita bersama dan
berjumpa lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff Kali ke-37 pada tahun 2019 ini.

Tuan puan hadirin sekalian,

SK Che Latiff telah banyak berubah wajah selepas pembinaan dua blok bangunan tambahan
empat tingkat ini. Apabila kita melalui jalan besar di hadapan sana kita dapat melihat satu kelompok
bangunan yang dahulunya mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita bahawa sekelompok bangunan
seperti ini akan wujud di sini dan berdiri dengan gah menghilangkan pemandangan dahulu yang usang
lagi menyeramkan mata memandang kerana di kiri laluan masuk terbentang luas tanah perkuburan dan
di sekelilingnya kawasan sekolah adalah hutan serta semak-samun. Kini bermula dari jalan masuk di
hadapan sana akan mempesonakan sesiapa yang pertama kali tiba di sekolah ini. Apabila masuk ke
dalam pagar sekolah pula tersedia segala kemudahan dan kelengkapan seperti lorong pejalan kaki
khusus untuk murid-murid melaluinya semasa hujan dan panas. Banyak lagi frasarana untuk kegunaan
warga sekolah ini telah tersedia.

Bagaimana boleh wujudnya segala kemudahan sepertimana yang telah saya sebutkan?
Jawabnya adalah kerana adanya gandingan yang baik antara pihak sekolah dan PIBG di sekolah ini.
Mana-mana aspek yang sekolah boleh minta daripada PPD atau JPN maka sekolah akan memohon
untuk mendapatkannya. Mana-mana aspek yang tidak dapat diperuntukkan oleh PPD atau JPN maka
PIBG berusaha untuk mengadakannya. Jadi PIBG dan pihak sekolah berganding bahu dan bersepakat
untuk mengadakan segala kemudahan untuk kegunaan warga sekolah ini seadanya.

Jesteru itu tidak ada alasan lagi bagi murid-murid sekolah ini bermalas-malasan dan tidak
mahu belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Saya berharap
agar murid-murid menumpukan banyak masa dan tenaga untuk belajar. Semasa umur belajar gunakan
sepenuh masa untuk belajar. Bila umur sudah melangkaui masa belajar dan peluang belajar sudah
tertutup baharu menyesali kenapa dahulunya tidak mahu belajar dengan sebaik mungkin maka pada
masa itu nasi sudah menjadi bubur. Ibu bapa patut mengingatkan anak-anak supaya belajar semasa
umur belajar ini. Nanti masa umur sudah zaman bekerja maka masa itu kena bekerjalah pula. Jangan sia-
siakan masa belajar ini dengan mencampur-adukkan dengan perkara-perkara remeh-temeh dan
membuang masa contohnya menghabiskan masa dengan handphone “bermain game” dan lebih
dahsyat ada saya terdengar murid-murid kita ada yang melihat bahan-bahan lucah melalui handphone
mereka. Ibu bapa patut mengambil berat perkara ini dan mengawal-selia anak-anak dari masa ke
semasa.

Saya lihat guru-guru di sekolah ini pula terdiri daripada guru-guru yang mempunyai komitmen
yang tinggi terhadap bidang tugas mereka. Mereka sanggup mengabaikan kepentingan diri mereka
demi murid-murid. Contohnya guru-guru telah mengadakan kelas serambi selepas waktu arus perdana
dan kelas dalam cuti. Di pihak guru ada kesungguhan tetapi saya mendapat tahu di pihak murid-murid di
sebaliknya. Saya berharap semoga ibu bapa dapat mendorong anak masing-masing supaya belajar
bersungguh-sungguh untuk kejayaan diri mereka sendiri dan juga sekolah.





Muka 3

Saya berdoa agar PIBG SK Che Latiff akan terus maju jaya dan dapat menyumbang kepada
kemajuan sekolah serta murid-muridnya terutamanya dalam bidang kurikulum dan juga ko-
kurikulum. Sebagai mengakhir kalam saya ini dengan mengambil kesempatan memohon ampun dan
maaf andainya terdapat kesalahan dan kesilapan ketika saya menyampaikan pandangan dalam tulisan
saya ini.

Sekian, terima kasih.






(WAN YUSUFF BIN WAN MOHD AMIN)

YDP PIBG SK CHE LATIFF 2018/2019.










































Muka 4

ATURCARA MAJLIS


MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK CHE LATIFF KALI KE 37

2.00 p.m. - Pendaftaran kehadiran ahli.

2.30 p.m. - Ketibaan YBrs. En. Ahmad Nasruddin b. Abdullah,


Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia,

Pengkalan Chepa (P.020).

2.40 p.m. - Bacaan doa oleh Samsudin b. Nor.


2.50 p.m. - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.

3.10 p.m. - Ucapan oleh YBrs. En. Wan Yusoff Bin Wan Mohd. Amin,

Yang Dipertua PIBG SKCL Sesi 2018/2019.


3.25 p.m. - Ucapan oleh YBrs. Pegawai PPD Kota Bharu.

3.50 p.m. - Ucapan dan Perasmian oleh

YBrs. En. Ahmad Nasruddin b. Abdullah,


Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia,

Pengkalan Chepa (P.020).

4.05 p.m. - Penyampaian hadiah kecemerlangan kepada murid-murid cemerlang UPSR

2018.


04.10 p.m. - Majlis berhenti rehat.

04.20 p.m. - Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Che Latiff Kali ke 37

dimulakan mengikut agenda.


05.00 p.m. - Majlis dijangka tamat.

Bersurai.









Muka 5

Jawatankuasa Induk Pengelolaan Majlis Mensyuarat Agung PIBG SK Che Latiff Kali ke 37.
Penasihat : Cg. Wan Roslan b. Wan Hassan (Guru Besar SK Che Latiff)
Pengerusi : En Wan Yusoff b Wan Mohd Amin (Yang Dipertua PIBG SK Che Latiff)
Naib Pengerusi 1 : En Wan Mohd Shukri b Wan Ibrahim (PK Pentadbiran SK Che Latiff)
Naib Pengerusi 2 : Cg. Rosdi b. Kamaruddin (PK HEM SK Che Latiff)
Naib Pengerusi 3 : Cg. Marzuki bin Mohamad (PK KO SK Che Latiff)
Setiausaha : Cg. Mohd Nawi b Ibrahim
Bendahari : Cg. Azhan bin Omar
Ahli Jawatankuasa :
1.Cg. Chua Siew Kim 9. Cg. Zaiton bt. Sulaiman
2.Ust. Pauzi b. Othman 10. Cg. Hj. Azlan b. Che Omar
3.Cg. Hj. Zulkiflee b Ab. Rashid 11. Ustzh. Azimah bt. Hussin
4.Cg. Suzilawaty bt. Mohd Yazid 12. Cg. Zulkifli b. Mohd Yusoff
5.Cg. Samihah bt. Mohd Nawawi 13. Ustzh Nur Hayati bt. Mansor
6.Pn. Arbiah bt. Mohamed 14.Cg. Saibah bt. Hamanshah
7.Cg.Muhammad Arif b. Majid 15. Ust. Samsudin b. Nor
8.Cg. Nor Habibah bt. Mohammed 16. Pn. Siti Nurwani bt. Othman
@ Aziz.
Jawatankuasa Kecil Pengelolaan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Che Latiff Kali ke 37

Sambutan dan Keraian Buku Program

Cg. Wan Roslan b. Wan Hassan (Guru Besar) Cg. Suzilawaty bt. Mohd Yazid (K)
En Wan Yusoff b Wan Mohd Amin (YDP PIBG) Cg. Muhammad Arif b. Majid

En Saidi b Abdul Ghani (NYDP PIBG) Ustzh. Noormi Azura bt Ismail
Cg. Wan Mohd Shukri b Wan Ibrahim (PKP) Pn Siti Nurwani bt Othman
1.
Cg. Rosdi b. Kamaruddin (PK HEM) Pn Hazlina bt Abdul Rahman
CgMarzuki bin Mohamad (PK Ko) Pn. Nik Norazan bt. Nik Yusoff
En Rozani b Husin (AJK PIBG)
En Mat Daud b Ahmad (AJK PIBG) Persiapan Tempat dan Keceriaan Dewan
Pn Rahimah bt Mat Jusoh (AJK PIBG)
Pn Nik Zainab bt Nik Abdul Kadir (AJK PIBG) Cg. Hj Zulkiflee b Ab Rashid (K)
Pn Mek Nab bt Deraman (AJK PIBG) Cg. Shuhaimi b Nawi
Pn. Hjh. Rusbi bin Jaafar (AJK) Cg. Hj Makhtar b Mohamad
Pn Kasmaini bt Zaidi (Pemeriksa Kira-Kira) Cg. Safayi b. Fa
En. Azmi b Omar
Hadiah dan Cenderahati En. Hasmaniza b Husin

Cg. Chua Siew Kim (K) En. Wan Jamri bin Ab Rahman
Cg. Nur Amayliah Ong bt Abdullah Ustzh. Noormi Azura bt Ismail

Cg. Samihah bt Mohd Nawawi Ustzh Azura bt. Mamat
Cg. Cik Marina bt Muhammad Ustzh Zakiah bt. Yusoff

Cg. Cik Wan Khadijah Hanan bt. Wan Abd. Aziz Ustzh Fazilah bt. Yamat
Cg. Norzarini bt. Abd Ghani Cg. Sohaimiah bt. Jamaludin
Cg. Nurhaznera bt. Ab. Hadi Pn Fauziah bt Mamat
Pn Minah bt Mamat
Pembilang Undi

Us. Pauzi b. Othman (K)
Cg. Azlan b. Tolan
Cg. Ibrahim b. Said

Muka Surat 6

Persegaran Ibu Bapa Pengacara Majlis

Cg. Samihah bt. Mohd Nawawi (K) Cg. Hj Azlan b Che Omar (K)
Cg. Suraya bt Ab Rahman Ustzh. Fazilah bt. Yamat
Cg. Saibah bt Hamanshah

Utzh. Che Radziah bt Che Mat Hussin
Ustzh. Fauziah bt Omar

Ustzh. Murni bt Yusof Tabung dan Derma Kilat
Ustzh. Sartini bt Sakri

Ustzh. Norfadhilah bt Esa Ustzh. Azimah bt. Hussin (K)
Us. Afina bt Mohd Din Ustz. Aziz b Yusoff
Ustzh. Cik Nur Aliah bt Mustapha Ustzh. Azura bt Mamat
Ustzh. Nurain bt Ismail Ustzh. Azimah bt Hussin
Ustzh. Pairos bt Yusof
Ustzh. Rohaya bt Ibrahim Kawalan Keselamatan dan Parking
Ustzh. Siti Marhazan bt Mamat
Ustzh. Zarina bt Zakaria Cg. Zulkifli b Mohd Yusoff (K)
Ustzh. Wan Nur Ainuha bt Wan Mustapha Cg. Ibrahim b Said
Us. Pauzi b Othman
Persegaran Dif Cg. Azlan b Tolan
Cg. Zainal Abidin b Mohamood
Pn Arbiah bt Mohamed (K) Cg.Mohd Sabri b Awang Hamat
Cg. Nur Amayliah Ong bt. Abdullah Us. Abdul Malek b Yaakob
Cg. Suraya bt Ab Rahman En Jaga Sekolah
Cg. Normala bt Hamzah
Pn. Wan Fazniah bt Mohamed Hassan Persembahan

Pn. Nurul Syazwin bt Ab Latiff
Pn Minah bt Mamat Ustzh. Nurhayati bt. Mansor (K)

Pn Fauziah bt Mamat Ustzh. Siti Nazirah bt Idris
Ustzh. Zakiah bt. Yusoff

Siaraya dan Dokumentasi Ustzh. Nik Hazimah bt. Nik Mat
Ustzh. Murnie bt. Arifin

Cg. Muhammad Arif b. Majid (K)
Cg. Md. Safri b. Mat Hussin Sepanduk dan Publisiti

Cg. Mohd Shaari bin Mat Deris
Cg. Azlan b. Tolan Cg.Saibah bt Hamanshah (K)
En Mohd Azmi b Omar
Pendaftaran Kehadiran
Bacaan Doa
Cg. Nor Habibah bt. Mohammed @ Aziz (K)

Cg. Marina bt Muhammad Us. Samsudin b Nor (K)
Cg. Wan Rohaya bt Wan Yusoff
Us. Pauzi bin Othman
Cg. Zakiah bt Yusoff
Cg. Azimah bt Hussin Cabutan Bertuah
Cg. Nik Hazimah bt Nik Mat
Pn Siti Nurwani bt Othman
Penulisan Minit Ustzh. Noormi Azura bt Ismail
Cg. Sohaimiah bt. Jamalludin
Cg. Zaiton bt. Sulaiman (K) Cg. Suzilawaty bt. Mohd Yazid
Cg. Azhan b Omar Pn Hazlina bt Abdul Rahman
Cg. Siti Nazirah bt. Idris Pn. Mek Nab bt. Deraman
Cg. Noor Akma bt. Ibrahim Pn. Rahimah bt. Mat Jusoh
Muka Surat 7 Pn. Kasmaini bt. Zaidi

Muka Surat 8

Perkara : Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff Ke-36/2018.
Tarikh : 10 Mac 2018 (Sabtu).
Masa : Jam 9.00 pagi.
Tempat : Dewan Seri Muara SK Che Latiff.
Dirasnikan oleh : Datuk Hj. Zaluzi bin Hj. Sulaiman,
Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.
(Diwakili oleh Cg. Mohd Roslan bin Hasan – Ketua Penerangan
UMNO Bahagian Pengkalan Chepa).
Kehadiran ahli : 312 orang.

Minit :
1. Ucapan-Ucapan.

1.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis (Cg. Khairul Aswad bin Mahmood).
1.1.1 Salam dan ucapan selamat datang kepada dif-dif yang terdiri daripada Cg. Mohd
Roslan bin Hasan, wakil Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Cg. Mohd Zizie bin Setapa,
Pegawai Khas Perhubungan, PPD Kota Bharu, Pn. Hjh. Salmah bt. Ismail, Guru Besar SK Che
Latiff, Penolong-penolong Kanan, AJK PIBG SK Che Latiff,Guru-guru dan seterusnya para ibu
bapa yang hadir.
1.1.2 Pengerusi mengharapkan agar majlis pada hari ini berjalan lancar dan sempurna.
1.1.3 Pengerusi menjemput Ust. Samsudin bin Nor untuk mengetuai bacaan doa.

1.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Che Latiff (En. Wan Yusoff bin Wan Mohd Amin).
1.2.1 Mengucapkan salam dan alu-aluan selamat datang kepada dif-dif dan semua hadirin.
1.2.2 Mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan semua
guru SK Che Latiff sentiasa mengambil berat terhadap pembelajaran murid-murid.
1.2.3 Memaklumkan bahawa AJK PIBG SK Che Latiff bersetuju untuk memberikan sumbangan
kepada murid-murid UPSR 2017 bermula dengan 1A hingga 5A.
1.2.4 Mengharapkan agar ibu bapa menunggu hingga majlis berakhir kerana mesyuarat pada
kali ini ada pemilihan jawatankuasa baharu ada juga disediakan hadiah cabutan bertuah
yang terdiri daripada tiga buah basikal, hampers dan pelbagai barangan lain.

1.3 Ucapan Guru Besar SK Che Latiff (Cg. Hjh. Salmah bt. Ismail).
1.3.1 Ucapan salam kepada dif-dif, guru-guru, AJK PIBG dan sekalian ibu bapa yang hadir.
1.3.2 Bersyukur kerana pada pagi yang mulia ini dapat berkumpul di Dewan Seri Muara untuk
melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff kali ke-36.
1.3.3 Mengucapkan terima kasih kepada Cg. Mohd Roslan bin Hasan yang datang mewakili
YBhg. Datuk Zaluzi bin Hj. Sulaiman. Ucapan terima kasih kepada Cg. Mohd Zizie bin
Setapa yang mewakili PPD Kota Bharu dan mengucapkan terima kasih kepada YBhg.
Datuk Zaluzi bin Hj. Sulaiman yang telah memberikan sumbangan semasa sekolah
menghadapi masalah ketiadaan bekalan air. Tidak lupa mengucapkan terima kasih
kepada YDP PIBG SK Che Latiff yang telah memberi banyak kemajuan dari segi fizikal
sekolah.
1.3.4 Melahirkan rasa bangga atas kehadiran ibu bapa yang telah memenuhi dewan pada
pagi ini
1.3.5 Memaklumkan kepada hadirin bahawa GPS telah meningkat dari 3.36 (2016) kepada
2.36 (2017). Memaklumkan juga bahawa beliau akan bersara pada bulan Ogos depan dan







Muka 9

mesyuarat agung ini adalah mesyuarat agung yang terakhir kepada beliau. Jesteru itu beliau
memohon maaf andai terdapat kesilapan sepanjang masa bertugas di sekolah ini.

1.4 Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff ke-36 oleh Cg. Mohd
Roslan bin Hasan (mewakili YBhg. Hj. Zaluzi bin Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa).

1.4.1 Menyampaikan salam daripada YBhg. Datuk Zaluzi bin Sulaiman yang tidak dapat
datang kerana sibuk dengan Pilihanraya Simulasi Barisan Nasional.
1.4.2 Mengharapkan para ibu bapa supaya dapat meluahkan pendapat mereka dalam
mesyuarat agung seperti ini.
1.4.3 Menurutnya, mesyuarat agung ini merupakan platform yang boleh menghubung guru-
guru dan ibu bapa dan hubungan dapat diperkukuhkan.
1.4.4 Mengucapkan syabas kepada Pengerusi PIBG SK Che Latiff kerana memberikan
komitmen kepada PIBG.
1.4.5 Menyatakan bahawa ibu bapa boleh memberikan sumbangan idea dan tenaga kepada
sekolah jika ibu bapa ingin menolong pihak sekolah.
1.4.6 Beliau meminta ibu bapa mempastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dan
memaklumkan bahawa PPD akan memaparkan nama guru besar yang kehadiran murid-
murid di sekolah mereka tidak mencapai KPI PPD.
1.4.7 Mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan bendahari PIBG SK CHe Latiff yang
telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke SK Semut Api sebagai PK Ko-Kurikulum.
1.4.8 Akhirnya dengan lafaz “Bismillah….” Beliau merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
SK Che Latiff Kali ke-36.

Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff kali ke-36 dimulakan mengikut agenda.

1. Pemilihan seorang pengerusi sementara.
1.1 Cg. Azhan bin Omar mencadangkan supaya Cg. Khairul Aswad bin Mahmood
dilantik sebagai pengerusi sementara.
1.2. Cadangan mendapat sokongan sebulat suara.
1.3 Pengerusi sementara menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-35.
2.1 Cg. Mohd Nawi bin Ibrahim selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung kali
ke-35 dengan merujuk kepada buku program meyuarat agung, muka surat 8 hingga 11.
2.2 Dicadangkan sah oleh Pn. Kamariah bt. Yazid dan disokong oleh Pn. Fatanah bt. Sidik.

3. Laporan kegiatan PIBG SK Che Latiff bermula dari bulan Mac 2017 hingga bulan Mac 2018.
3.1 Laporan dibacakan oleh Cg. Mohd Nawi bin Ibrahim selaku setiausaha PIBG dengan merujuk
kepada buku program mesyuarat agung PIBG , muka surat 12.











Muka 10

4. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan PIBG SK Che Latiff bagi tahun 2017 yang
bermula 01.01.2017 dan berakhir pada 31.12.2017.
4.1 Penyata kewangan PIBG SK Che Latiff dibentangkan oleh Cg. Azhan bin Omar.
4.2 Wang masuk berjumlah RM46750.00 dan wang keluar adalah sebanyak RM35727.00.
4.3 Baki wang di bank pada 31.12.2017 adalah sebanyak RM11023.00.

5. Pembentangan usul / cadangan (Rujuk kertas usul).
5.1 Usul dikemukakan oleh Cg. Sohaimiah bt. Jamaludin, ibu kepada Nurul Usyaida bt. Md. Di Tahun 3
Bestari), mencadangkan supaya disimenkan kawasan antara dewan Seri Muara dengan bangunan
blok kayu lama yang menjadi laluan murid-murid ke kantin kerana tanah kosong di situ menjadi
tempat kucing membaung najis.

Respons : Pengerusi PIBG berjanji untuk berbincang dengan Guru Besar mengenai usul tersebut.

5.2 Usul dikemukakan oleh En. Mohd Faiz bin Abdullah, bapa kepada Nur Aisyah bt. Mohd Faiz (Tahun
1), mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid Tahun 1
hingga Tahun 6 pada hari cuti sekolah seperti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Respons : PKP mengulas dengan menyatakan bahawa kehadiran murid-murid pada hari-hari
persekolahan biasa pun masih tidak memuaskan.Inikan pula untuk mengadakan kelas tambahan.
Beliau meminta supaya ibu bapa mempastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah setiap hari
terlebih dahulu.

5.3 Usul jawatankuasa supaya derma waris sebanyak RM10 bagi seorang murid dan bayaran untuk
kertas cetak sebanyak RM5 bagi seorang murid dikekalkan.
Usul ini mendapat persetujuan sebulat suara.

6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2016/2018 dan Pemilihan Jawatankuasa Baharu Sesi
2018/2019.

6.1 Yang Dipertua PIBG mengisytiharkan pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2016/2018 dan
menyerahkan kepada pengerusi sementara untuk pemilihan Jawatankuasa Baharu sesi 2018/2019.
6.2 Pn. Zalimawati bt. Ibrahim telah mencadangkan supaya Jawatankuasa PIBG Sesi 2016/2018
dikekalkan dan mendapat sokongan sebulat suara.

6.3 Jawatankuasa PIBG SK Che Latiff Sesi 2018/2019.

6.3.1 Yang Dipertua PIBG : En. Wan Yusoff bin Wan Mohd Amin
6.3.2 Naib Yang Dipertua : En. Saidi bin Mohd Ghani
6.3.3 Setiausaha : Cg. Mohd Nawi bin Ibrahim (guru)
6.3.4 Bendahari : Cg. Azhan bin Omar (guru)










Muka 11

6.3.5 Ahli Jawatankuasa :


1. Pn. Mek Nab bt. Derahman
2. Pn. Nik Zainab bt. Nik Abd Kadir
3. Pn. Rahimah bt. Mat Jusoh
4. Pn. Hjh Rusbi bt. Jaafar
5. Pn. Noni bt. Omar
6. En. Rozani bin Hussin
7. En. Daud bin Ahmad
8. Cg. Wan Mohd Shukri bin Wan Ibrahim(guru)
9. Cg. Foo Chek Tang (guru)
10. Cg. Marzuki bin Mohamad (guru)
11. Cg. Khairul Aswad bin Mahmood (guru)
12. Cg. Zaiton bt. Sulaiman (guru)
13. Utzh. Nurhayati bt. Mansor (guru)
6.3.6 Pemeriksa Kira-Kira : 1. Pn. Kasmaini bt. Zaidi
2. Cg. Hj. Zulkifli bin Ab. Rashid (guru)
7. Ucapan Penangguhan.
Wakil ibu bapa – tiada.
Wakil guru – tiada.
Wakil jawatankuasa – tiada.

7. Penangguhan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff Kali ke 36.
Pengerusi mengisytiharkan penangguhan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Che Latiff Kali ke 36 pada jam
12.30 tengah hari.

Minit dicatatkan oleh Jawatankuasa Penulisan Minit.

Cg. Safayi b. Fa (K)
Cg. Azhan b. Omar
Cg. Siti Nazirah bt. Idris
Cg. Sohaimiah bt. Jamaludin
Cg. Hjh. Noor Khamisah bt. Mohd Raji

Minit ditaip semula oleh,


(MOHD NAWI BIN IBRAHIM)
Setiausaha PIBG SK Che Latiff Sesi 2018/2019.

Disahkan oleh,


(EN. WAN YUSOFF BIN WAN MOHD AMIN)
Yang Dipertua PIBG SK Che Latiff Sesi 2018/2019.





Muka 12

Muka13

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN CHE LATIFF
JALAN KUALA BESAR,

15350 KOTA BHARU, KELANTAN.

PENYATA KEWANGAN BAGI TEMPOH : 01.01.2018 HINGGA 31.12.2018



PENERIMAAN/WANG MASUK PERBELANJAAN/WANG KELUAR


BI TARIK BI
L H PERKARA RM L TARIKH PERKARA RM


BAKI WANG DIBAWA 10.1.20
KEHADAPAN 1 18 Pembukaan Akauan Bank Surau Al-Falah 100.00



11,023.0 18.1.20 Sumbangan Kepada 4 Keluarga Mangsa
PADA 1 JANUARI 2018 0 2 18 Kebakaran


10.3.20 Derma Kilat Semasa Mesyuarat
1 18 Agung PIBG 591.00 di Kuala Besar. 200.00


04.2.20 Perbelanjaan Membina Telaga Tiup dan
kali ke-36 3 18 Pemasangan


1500.0
Enjin Air. 0


25.9.20 13.2.20 Hadiah Perkahwinan dan Pertukaran Tn
2 18 Kutipan Derma Waris PIBG 6080.00 4 18 Hj. Che Bongsu 300.00


1.11.20 27.2.20 Mesyuarat AJK PIBG kali ke -6 sessi
3 18 Jamuan Laksa PIBG (Bersih) 4796.90 5 18 2016/2018 322.00



10.3.20 Perbelanjaan Semasa Mesyuarat Agung 4592.0
6 18 PIBG Kali ke-36 0


15.4.20 Sumbangan kepada Syafiq b Saidi
7 18 (kecederaan) 50.00



Muka 14

19.4.20
8 18 Sewa Khemah Hari Sukan 2018 700.00


19.4.20
9 18 Bayaran T Shirt AJK PIBG 300.00



1 1.5.201
0 8 Baiki Bangsal/Garaj 120.00


1 14.5.20
1 18 Persegaran Perjumpaan AJK PIBG di MIB 126.00


1 16.5.20 Sumbangan sambutan Hari Guru
2 18 Peringkat sekolah 300.00


1 06.6.20 Sumbangan Makan Murid Sambutan Hari
3 17 Raya 300.00


1 24.6.20
4 18 Pembelian 30 buah buku resit 67.80



1 04.7.20 Sumbangan kepada Keluarga Nik Azami b.
5 18 Nik Azani(4T)


kerana kematian bapanya. 50.00


1 14.8.20 Hadiah persaraan En. Mohd Nawi b.
6 18 Hassan 200.00



1 29.8.20 Bayaran balik pakir kereta Pn. Hjh
7 18 Salmah 200.00


1 2.9.201 Sumbangan Sambutan Hari Kebangsaan
8 8 2018 300.00


1 25.9.20 Sumbangan Jamuan Persaraan Guru
9 18 Besar 200.00


2 27.9.20
0 18 Bayaran alatan Dikir Barat 600.00


2 27.9.20
1 18 Hadiah Persaraan Guru Besar 270.00

2 1.10.20
2 18 Derma Kepada PIBG SK Kadok 50.00


2 3.10.20
3 18 Mesyuarat AJK PIBG 82.00



2 4.10.20 Sumbangan Lawatan Murid ke KL dan
4 18 Melaka 400.00


2 4.10.10 Sumbangan Lawatan Murid PRA ke Balai
5 18 Bomba 100.00


2 9.10.20 Sumbangan Kepada Kumpulan Dikir 100.0
6 18 Barat Sekolah 0


2 10.10.2
7 018 Sumbangan Perkhemahan Badan Uniform 300.00


2 15.10.2
8 018 Majlis Khatam Al Quran 300.00



13


2 15.10.2
9 018 Tempahan Kad Jamuan Laksa PIBG 240.00


3 16.10.2
0 018 Tempahan AJK PIBG Jamuan Akhir Tahun 280.00


3 16.10.2
1 018 Bayaran Banner Jamuan Laksa 150.00


3 30.10.2 Suaikenal Guru Besar Baharu bersama
2 018 AJK PIBG 320.00



3 7.11.20 Sumbangan Lawatan Pengawas ke
3 18 Terengganu 100.00


3 15.11.2
3 018 Sumbangan Majlis Anugerah Pelajar 2018 500.00


3 18.11.2 Sumbangan Persaraan En. Foo Chek Tang
4 018 dan

Pn. Hjh. Noor Khamisah 180.00


3 20.11.2
5 018 Mesyuarat eksekutif PIBG 73.50


3 28.11.2 Sumbangan kepada keluarga Arwah adik
6 018 Wan Adi


Airiel Wan Azman 50.00


14023.
JUMLAH 30


8467.6
WANG DLM BANK 0





22,490.
JUMLAH 22490.90 JUMLAH 90



PENYATA KEWANGAN BAGI TEMPOH : 01.01.2019
HINGGA 20.2.2019



PENERIMAAN / WANG MASUK PERBELANJAAN /WANG KELUAR


BI TARIK BI
L H PERKARA RM L TARIKH PERKARA RM



BAKI WANG DIBAWA KE HADAPAN PADA 1 2.1.201
JANUARI 2019 8467.60 1 9 Bayaran untuk sudut Pidato Sekolah 300.00


23.1.20
2 19 Hadiah merentas desa peringkat SKCL 400.00



20.2.20 Sumbangan kepada 4 keluarga murid atas
3 19 kematian ahli


keluarga. 200.00

900.0
Jumlah 0


300.0
wang dalan tangan 0


7267.6
Baki dalam bank 0


8467.6
JUMLAH 8467.60 JUMLAH 0




Disediakan Oleh Disahkan Oleh Disahkan Oleh




Azhan B Omar Pn Kasmaini Bt Zaidi Tn Hj Zulkiflee B Ab Rahsid
( Bendahari PIBG ) ( Pemeriksa Kira – Kira 1 ) ( Pemeriksa Kira – Kira 2 )

Muka20

Muka21

Muka 22


Click to View FlipBook Version