SEKOLAH KEBANGSAAN LUAGAN
PETI SURAT 193, 89008 KENINGAU, SABAH.
KERTAS KERJA
PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (KEM PINTAR)
(SECARA DALAM TALIAN)
SESI 1/2020
ANJURAN:
AGENSI ANTI-DADAH KEBANGSAAN (AADK)
DAERAH KENINGAU
KERJASAMA:
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK LUAGAN
1
1.0 PENGENALAN
Merujuk kepada kajian statistik kes penyalahgunaan dadah dalam jangka
masa 5 tahun bermula dari tahun 2014 sehingga 2019, jelas sekali jumlah
kes menunjukkan peningkatan pada setiap tahun. Di Sabah sahaja
terdapat sebanyak 940 kes pada tahun 2014 dan terus melonjak ke 1,574
kes pada tahun 2019. (Sumber: https://www.adk.gov.my/en/public/drugs-statistics/#tabs_v2-
paneeluidaf35263b_1_1)
Sebagai usaha untuk memerangi penyalahgunaan dadah, pihak sekolah
sentiasa bersedia untuk berganding bahu bersama pihak AADK Keningau
dan mana-mana agensi yang berkaitan dengan menyediakan platform
penyampaian maklumat mengenai penyalahgunaan dadah. Pelbagai
bentuk media diketengahkan bagi memenuhi inisiatif yang diolah
mengikut keperluan dan keadaan semasa agar matlamat program
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
2.0 MATLAMAT PROGRAM
Program anjuran pihak Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah
Keningau dengan sokongan pihak PPD Keningau dan kerjasama dari
pihak pentadbir dan guru-guru SK Luagan adalah menjurus ke arah
pembentukan sahsiah dan modal insan yang lebih teguh dan positif di
kalangan murid SK Luagan.
3.0 OBJEKTIF
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pelajar berkaitan bahaya dadah dan pentingnya gaya hidup sihat tanpa
dadah melalui kaedah ceramah dalam talian dan penglibatan murid
dalam pertandingan menghasilkan video pendek dan ikon pintar.
4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 29 Julai 2020 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan SK Luagan, Keningau
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 6
Program Intelek Asuhan Rohani (Kem Pintar) (29 Julai 2020) 1
Anjuran AADK Keningau Dengan Kerjasama Unit HEM & B&K SK Luagan
6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PELAKSANA
Anjuran
Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Keningau
Dengan kerjasama
Unit Hal Ehwal Murid SK Luagan
Unit Bimbingan & Kaunseling SK Luagan
PENGERUSI :
ENCIK JUNIS DURULOU @REDDWAN (GURU BESAR)
TIMBALAN PENGERUSI :
PUAN NORHANISAH DORIS ALING (PK HEM)
NAIB PENGERUSI :
ENCIK IDUROS BIN SUMINDAR (PK KURIKULUM)
PUAN HJH. FARIDAH TAWIK (PK KOKURIKULUM)
PEGAWAI PENYELARAS :
PUAN AINUL MARDHIAH MUTI (PEGAWAI AADK)
TIMBALAN PENYELARAS:
PUAN SARAH J P GUNTAVID (PENYELARAS PPDA)
Program Intelek Asuhan Rohani (Kem Pintar) (29 Julai 2020) 2
Anjuran AADK Keningau Dengan Kerjasama Unit HEM & B&K SK Luagan
8.0 Aturcara Program
Makluman Penting
Semua murid Tahun 6 akan terus berada di dewan setibanya di sekolah. (Tidak
ada sesi PdP bagi kelas Tahun 6)
Penggunaan dewan untuk sebarang sesi PdP di dewan tidak dibenarkan untuk
memberi laluan kepada sesi ceramah yang akan berlangsung secara dalam
talian.
Waktu Rehat bagi murid Tahun 6: 10.00 - 10.30 pagi (mengikut’ availability’
penceramah)
Program Intelek Asuhan Rohani (Kem Pintar) (29 Julai 2020) 4
Anjuran AADK Keningau Dengan Kerjasama Unit HEM & B&K SK Luagan
9.0 Pengesahan Dari Pihak Pentadbir
DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH:
(PN. SARAH J P GUNTAVID) (PN. NORHANISAH @DORIS ALING)
Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pendidikan Pencegahan Dadah, SK Luagan Keningau
SK Luagan Keningau
DILULUSKAN OLEH:
(EN. JUNIS DURULOU @REDDWAN)
Guru Besar,
SK Luagan Keningau
Program Intelek Asuhan Rohani (Kem Pintar) (29 Julai 2020) 5
Anjuran AADK Keningau Dengan Kerjasama Unit HEM & B&K SK Luagan