The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YONG SHI HOW 291562, 2023-01-11 22:22:06

GROUP 7_ PERMAINAN TRADISIONAL (CONGKAK)

SADN1033 GROUP AD A221

PERMAINAN
TRADISIONAL

CONGKAK


KAMI KUMPULAN 7 TELAH MEMBUAT KAJIAN
TENTANG PERMAINAN TRADISIONAL.

PERMAINAN TRADISIONAL YANG TELAH KAMI
PILIH IALAH CONGKAK.


ahli
kumpulan

1. YONG SHI HOW (291562)
2. FATIN MAISARAH BT KARIM (292195)
3. NUR WAHIDAH BT AHMAD HILMI (293647)
4. SHAMSINA BT SAMINGAN (292522)
5. INTAN RAFIDAH BT tagie (293477)


KANDUNG
ISI AN

pecnognegnkaalkan

cara bermain

pecmonbgukaatkan


pengenalan
congkak

Congkak merupakan satu permainan

tradisioanal yang dimainkan oleh

masyarakat zaman dahulu dan ianya

dikekalkan sehngga zaman sekarang,

Pada zaman dahulu masyarakat

bermain dngan menggunakan lubang

papan kayu dan lubang diatas tanah.

Kebiasaanya mereka akan

menggunakan buah seperti buah

saga, biji getah dan guli.

Asal Usul

Jenis-jenis
Congkak

Alat permainan


ASAL USUL

CONGKAK

Semestinya kita sudah sedia maklum
akan permainan congkak yang lama
sudah dimainkan oleh generasi nenek
moyang kita lagi. Permainan ini
merupakan salah satu permainan
Melayu yang sudah lama bertapak dalam
kalangan masyarakat Melayu dan ianya
turut dimainkan di seluruh Asia Tenggara
dengan nama yang pelbagai .Congkak
merupakan sejenis permainan yang
berasal daripada negara Arab. Hal ini
demikian kerana ahli sejarawan telah
menemui satu bukti dan cari gali
“National Geography” yang menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai
dua liang selari yang bentuknya seperti
papan congkak bertarikh 5000 hingga
7000 sebelum Masihi di Jordan,sebuah
negara Arab.


Permainan congkak telah tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh
pedagang-pedagang arab yang datang berdagang ke negeri Melaka kerana
menjadi sebagai pusat perdagangan terkenal pada zaman Kesultanan
Melaka dulu.
Kewujudan nama asal congkak ini adalah disebabkan oleh orang-orang
terdahulu memainkan permainan ini dengan menggunakan kulit kerang atau
disebut sebagai “congkak”.

Di Asia Tenggara, kejadian perkembangan congkak mungkin disebabkan dari
Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan yang
terkenal pada zaman dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari
perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain
orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati
permainan Congkak.


JENIS-JENIS
CONGKAK


12 14
23


ALAT Dalam permainan congkak terdapat
PERMAINAN beberapa peralatan yang diperlukan
seperti papan congkak dan buah
congkak (buah saga, guli, biji getah).
Papan congka dibuat daripada batang
pokok kayu tebal yang mempunyai
kepanjangan yang sesuai untuk
membuat congkak. Papan yang dipilih
mestilah papan yang mempunyai
bentuk seperti perahu dan bahagian
atasnya terdapat dua baris lubang.
Setiap baris mempunyai lima atau
tujuh lubang yang mana setiapnya
berukuran 6 cm garis pusat.Lubang-
lubang ini diknali sebagai
“kampung”.Pada setiap hujung barisan
lubang ini terdapat lubang yang lebih
besar yang berukuran 14 cm garis

NOMADIC  |  24

pusat yang dinamakan “rumah”.


Buah congkak pula terdiri daripada
beberapa jenis yang bersesuai unntuk
dimainkan .Buah congkak utama yang
sering dimainkan oleh masyarakat ialah
kulit kerang,biji saga,biji getah,guli dan
ketul-ketul batu kelikir. Buah-buah
congkak mestilah bersaiz kecil atau
senderhana supaya pemain mudah utuk
memegangnya semasa
bermain.Tambahan pula,lubang kampung
yang brsaiz kecil memerlukan buah yang
kecil juga untuk memenuhi lubang
tersebut.


Buah akan diisi mengikut bilangan lubang kampung.
Semakin bertambah lubang kampung , semakin bertambah
buah yang diperlukan. Sebagai contoh, lubang buah
kampung adalah tujuh, jadi bilangan buah untuk setiap
rumah adalah tujuh. Kebanyakan adalah mengikut bilangan
ganjil seperti 7, ,9 dan sebagainya.


Permainan ini hanya bole melibatkan

dua orang pemain sahaja dalam satu

masa , dimana kedua-dua pemain

duduk berhadapan antara satu sama

lain menghadap papan congkak.

Permainan dimulakan secara serentak

dengan kedua-dua pemain

mengambil buah congkak dan

memasukkan buah tersebut satu

persatu ke dalam lubang kampung

mengikut arah pusingan jam.

Pemain akan dianggap mati
sekiranya berhenti di lubang yang
kosong. Sekiranya berhenti di
kampung sendiri pemain boleh
mengaut buah pihak lawan.


Pemain yang belum mati akan meneruskan
permainan sehingga buah berhenti di
lubang yang kosong. Selepas itu, pemain
akan bergilir berjalan sehingga kehabisan
buah dan kemudian buah yang terdapat
dalam lubang ibu akan diambil dan
pemain yang tidak cukup buah , lubangnya
akan ditutup dan pemain yang menang
pada giliran sebelumnya akan memulakan
permainan. Permainan diteruskan sehingga
salah seorang pemain tidak cukup buah.

Buah congkak akan
dikira dari rumah
masing masing pada
akhir permainan. Buah
congkak yang paling
banyak akan dikira
sebagai pemenang
tetapi sekiranya jumlah
adalah sama banyak
maka pemain yang
mempunyai banyak
lubang yang ditutup
akan dikira kalah.


Cara Pembuatan Congkak

Congkak diperbuat daripada pelbagai jenis kayu
hutan antaranya merbau, keruing, balau, dan
sebagainya. Papan congkak juga mempunyai
banyak jenis yang diperbuat mengikut
kemampuan dan kemahiran pembuat congkak
daripada pelbagai jenis kayu seperti kayu
rambutan dan nanga.


1. Kayu dipotong mengikut kepanjangan
papan congkak melalui penggunaan kapak
atau alatan mesin. Kepnjangan papan
congkak tersebut bergantung kepada lubang
rumah yang dihendaki oleh pembuat
congkak.

2. Kayu tersebut dibelah dua bahagian. Satu
bahagian kayu yang diperlukan dalam
pembuatan congkak, manakala bahagian lain
boleh digunakan untuk membuat jenis
congkak yang berlainan.

3. Selepas membelah kayu tersebut, gergaji
digunakan untuk memotong lebihan kayu
yang tidak diperlukan. Kemudiannya, parang
atau pahat digunakan untuk melicinkan kayu
balak supaya menjadi bentuk yang
dikehendaki.


19

4. Kayu telah dipotong akan dipahat untuk
membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam
dua baris di bahagian tengah papan congkak
yang dinamakan ‘kampung’ dan mempunyai
jumlah bilangan tertentu, selalunya 14 kampung.
5. Seterusnya, satu lubang besar ditebuk di
kedua-dua hujung papan congkak yang dikenali
sebagai ‘rumah’.

6. Semua lubang perlu dilicinkan menggunakan
pahat bermata halus supaya pemain-pemain
tidak mengalami luca akibat daripada serpihan
kayu yang tidak licin sewaktu bermain.

7. Setelah melakukan langkah menebuk dan
melicin, pelbagai jenis hiasan seperti bentuk
tumbuh-tumbuhan, kosmos dan geometri akan
diukir di atas papan tersebut.

8. Akhirnya, papan congkak akan divarniskan
dengan menggunakan warna perang
kekuningan, perang kemerahan, perang atau
hitam. Tujuanya untuk memilik hasil congkak yang
cantik dan menarik.


Selain menggunakan kayu untuk membuat congkak, ia juga dapat dihasilkan
daripada logam ataupun tanah di kawasan tertentu iaitu seperti kawasan
pendalaman dengan menggunakan tempurung kelapa supaya tangan tidak
kotor terkena tanah.

Tidak dapat dinafikan kebanyakkan congkak zaman moden diperbuat
dengan plastik keras ataupun kayu mampat yang mempunyai pelbagai jenis
rekaan. Selain daripada itu, congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih
(portable) yang boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Di samping itu, terdapat sejenis congkak iaitu buah congkak, congkak
inimenggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah.
Walau bagaimanapun, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tertentu,
apa-apa sahaja yang bulat dan sesuai boleh digunakan.


Sebab Kami memilih tajuk tersebut

Permainan congkak ini
merupakan satu permainan yang
ditinggalkan oleh nenek moyang
terdahulu. Hal ini demikian
kerana permainan traditional
adalah ciptaan nenek moyang
kita yang melambangkan ciri-ciri
kebudayaan bangsa kita.
Congkak juga merupakan seni
budaya yang sangat unik dan
menjadi satu kebangaan kepada
masyarakat tempatan.

Permainan tradisional juga
merupakan daya tarikan
yang signifikan dalam
industri pelancongan. Para
pelancong pasti ingin
menghayati cara budaya kita
yang unik. Hal ini bukan
sahaja dapat memangkinkan
industri pelancongan tetapi
juga memperkenalkan
kebudayaan kita kepada
bangsa lain.


Kesimpulan

Permainan congkak ini tidak

boleh dipisahkan dengan

masyarakat melayu. Demi

memartabatkan lagi tradisi

permainan congkak pada masa

kini, semua pihak perlu

berganding bahu sebagai contoh

menggunakan kemudahan

teknologi seperti telefon

pintar untuk mengiklankan

permainan congkak ini di media

sosial. Perkara ini amat penting

supaya permainan ini tidak

dilupakan terutama kepada

generasi-generasi muda.


Click to View FlipBook Version