The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by YONG SHI HOW 291562, 2021-08-12 22:06:44

TARIAN TRADISIONAL MALAYSIA

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum iaitu terdiri daripada kaum Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Terdapat pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada
masyarakat berbilang kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.Tarian dapat
didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak
muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul
dan tujuan tersendiri. Contohnya, tarian zapin, kuda kepang, kathak, bharatanatyam, naga,
kipas, ngajat dan sumazau.

TARIAN KUDA KEPANG

v Seperti diketahui ramai, tarian Kuda Kepang
amat popular di Negeri Johor terutamanya
dalam kalangan masyarakat Jawa.

v Tarian ini berunsurkan pemujaan kerana para
penari dikatakan boleh tidak sedarkan diri.

v Para penari akan menggunakan kuda kepang
yang diperbuat daripada buluh yang dianyam.

v Kuda kepang hanya mempunyai badan, kepala
dan ekor sahaja namun tidak berkaki.

v Kumpulan kuda kepang kebiasaanya
mengandungi antara 15 hingga 20 pemain
termasuk pemuzik.

v Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian
ini seperti gong, gamelan, rebana, gendang
dan bonang

TARIAN ZAPIN

v Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat
Melayu tradisional yang dipercayai berasal
dari Tanah Arab.

v Gerakan tarian ini adalah cepat dan tidak
mempunyai banyak gerakan bunga tarinya.
Tarian zapin dikatakan terkenal pada 50-an
dan 60-an.

v Tarian ini telah diperkenalkan oleh para
mubaligh dari Timur Tengah, yang pada
mulanya digunakan dalam amalan berzikir
bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan
mengenai sejarah tamadun Islam.

v Namun kini, pengaruh Islam ke atas tarian
tradisional Malaysia boleh dilihat dengan
ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang
terkenal di negeri Johor.

TARIAN NAGA

v Tarian naga ialah sebentuk tarian dan
persembahan tradisional dalam budaya
Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering
dipersembahkan pada musim perayaan.Orang
Cina selalu menyebut "Keturunan Naga"
sebagai lambang identiti etnik.

v Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis
hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili
kekuatan yang tiada bandingan yang boleh
menghilangkan nasib buruk dan mencegah
jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek
moyang semasa mereka merayakan Tahun
Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk
menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada
bencana alam atau bencana peribadi berlaku,
mereka akan mengadakan tarian naga untuk
berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

TARIAN KIPAS

v Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang
memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita
dan 2 lelaki.

v Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas
cina mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat cina di mana dewa-dewi pada
masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan.

v Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi
masyarakat cina yang mana masyarakat cina
mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu
kepercayaan masyarakat cina umumnya
tentang suatu pentanda yang baik dan buruk
terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.

v Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya
tarian ini boleh membawa kebaikan atau
"Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota
masyarakat

TARIAN BHARATA NATYAM

v Bharatanatyam adalah tarian tradisional
masyarakat India dari Tamil Nadu, India.
Istilah “bharatanatyam” berasal daripada
gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi),
“ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan
“natyam” (seni tarian dramatik).

v Teknik tarian bharatanatyam adalah
berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap
sebagai manual rasmi bagi semua seni drama,
tarian dan muzik tradisional di negara India.

v Pergerakan penari adalah secara semitrikal;
iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada
sebelah kanan, maka aksi yang sama akan
dilakukan pada sebelah kiri.

v Penari bharatanatyam juga mampu
menggerakkan setiap bahagian anggotanya
secara berasingan; misalnya hanya kepala
atau mata digerakkan.

TARIAN KATHAK

v Tarian Kathak merupakan salah satu tarian
klasikal India yang berasal dari utara India.

v Perkataan Kathak berasal dari perkataan india
iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita"

v Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi
menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu.
Kathak telah berkembang ke istana-istana
pemerintah.

v Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu
pemerintahan era mogul di India persembahan
tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke
istana-istana Mogul.

v Seni tarian Kathak ketika itu juga telah
dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.
Ketika era inilah teknik chakkar (pusing)
diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari
Turki

TARIAN NGAJAT

v Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan
tradisional bagi kaum Iban di Sarawak.

v Tarian ini amat popular dan dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu
Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong,
Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat
“Ngemai antu pala”.

v Apabila menyambut Hari Gawai sebelum
berperang dan sebelum musim menuai, tarian
ini dipersembahkan.

v Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan
penari perempuan pula digelar sebagai
‘kumang’. Semasa menari, penari-penari akan
memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’,
‘gagong’ ataupun baju burung.

TARIAN SUMAZAU

v Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi
rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan
di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau
merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun.

v Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi
seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk
mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan
kegiatan menanam dan menuai padi dan juga
untuk menolak bala, menyemah semangat, dan
mengubati penyakit.

v Pasangan penari lelaki dan wanita menari
berhadap hadapan dan mereka menggerak-
gerakkan kaki dengan langkah kecil,
sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan
mengikut irama lagu.


Click to View FlipBook Version