The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m.abdullah285, 2022-12-12 10:47:31

Kertas Cadangan Lawatan (PERTINAM)

Kertas Cadangan Lawatan (PERTINAM)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AGAMA AL-MASHOOR (L)

JALAN AIR ITAM 10460 PULAU PINANG

________________________________________

KERTAS KERJA
________________________________________

LAWATAN PENANDA ARAS DAN JARINGAN
PENDIDIKAN PASCA TINGKATAN ENAM
________________________________________

ANJURAN
PERSATUAN TINGKATAN ENAM (PERTINAM)

SMKA AL-MASHOOR (L)

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Tuan Pengetua dan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan Lawatan Penanda Aras dan Peluang
Pendidikan ke Negeri Sembilan dan Melaka.

2.0 PENGENALAN

Asas kepada pendidikan adalah usaha untuk memperkukuhkan dan mengembangkan semangat ingin
tahu para pelajar. Oleh itu, sebelum menempuh alam universiti dan alam pekerjaan, para pelajar
dituntut untuk mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Ini adalah untuk mempersiapkan diri ke arah
perkembangan sains dan teknologi di samping sektor sosial dan ekonomi. Justeru itu pendedahan awal
perlu diberikan dalam meransang pendidikan pendedahan mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke
universiti.Di samping itu, peluang dan kepentingan kerjaya, kelayakan dan keperluan kerjaya serta
prospek kerjaya perlulah dilaksanakan dengan segera agar para pelajar tidak ketinggalan.Jelas sekali
masih terdapat para pelajar yang tidak ambil peduli tentang hala tuju selepas tamat tingkatan enam.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) mengambil iniasiatif untuk
menganjurkan satu lawatan Penanda Aras dan Peluang Pelajaran ke Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) dan SMKA Persekutuan Labu sebagai salah satu cara untuk mendedahkan pelajar-pelajar
tingkatan enam SMKA Al-Mashoor (L) tentang peluang-peluang pengajian yang ada di USIM dan
melihat keberkesanan pembelajaran tingkatan enam di SMAP Labu.

3.0 OBJEKTIF

a) Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar tentang pengajian di
universiti

b) Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untukmelahirkan pelajar
yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerjaya dalam bidang yang
ingin diceburi

c) Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang yangdiceburi.
d) Membina jaringan yang bermanfaat dan bersilaturahim dengan institusi-institusi yang dilawati.
e) Membantu pelajar untuk melihat sendiri cara pembelajaran,kemudahan daninfrastruktur yang ad

di universiti

4.0 KUMPULAN SASARAN

22 Orang Pelajar Tingkatan Enam Qutaibah (6 Atas)
3 Orang Guru Pengiring

5.0 CADANGAN INSTITUSI YANG INGIN DILAWATI

1) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said
3) Menara Taming Sari
4) Muzium Samudera
5) Muzium Kapal Selam
6) Melaka River Cruise
7) Zoo Melaka

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 14 Januari 2023 hingga 16 Januari 2023 (Sabtu hingga Isnin)
Tempat : Negeri Sembilan dan Melaka

7.0 TENTATIF
Seperti di lampiran A

8.0 AJK PELAKSANA
Seperti di lampiran B

9.0 PERBELANJAAN
Seperti di lampiran C

10.0 PENUTUP

Program ini diharap mampu mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Semoga
dengan lawatan ini dapat menambah ilmu pengetahuan para peserta dan meluaskan pengalaman untuk
membantu para pelajar membangunkan masa hadapan yang lebih gemilang.

Lampiran A

HARI & MASA TENTATIF PROGRAM

14/1/2023 (Sabtu) HARI PERTAMA
06:00
07:00 PENGISIAN
07:30
08:00 Persiapan Diri & Solat Subuh
12:30 Sarapan Pagi
14:45 Berkumpul di Surau Al-Hadi
15:00 Bertolak dari SMKA Al-Mashoor (L)
19:00 Makan Tengah Hari (R&R Sungai Buloh)
19:30 Solat Zohor/Asar [Jamak] R&R Senawang
20:00 Melawat Zoo Melaka
21:00 Dijangka tiba di Hotel/Homestay (Melaka)
22:00 Solat Maghrib/Isyak [Jamak] di Hotel/Homestay
Makan Malam
Bersiar-siar di sepanjang Melaka River
Pulang ke Hotel & Tidur

HARI & MASA HARI KEDUA
15/1/2023 (Ahad)
06:00 PENGISIAN
07:00
09:00 Persiapan Diri & Solat Subuh
09:30 Sarapan Pagi
10:30 Keluar dari Hotel/Homestay
11:30 Melawat A Famosa
12:30 Melawat Menara Taming Sari
13:30 Melawat Muzium Samudera
15:00 Makan Tengahari
17:00 Solat Zohor/Asar [Jamak] di Masjid Selat Melaka
18:00 Membeli-belah di Dataran Pahlawan Megamall
19:30 Bersiar-siar di Dataran Pahlawan Melaka
21:00 Pulang ke Hotel/Homestay
22:00 Solat Maghrib/Isyak [Jamak] di Hotel/Homestay
Makan Malam
Tidur

HARI & MASA HARI KETIGA
16/1/2023 (Isnin)
06:00 PENGISIAN
07:00
08.30 Persiapan Diri & Solat Subuh
10:00 Sarapan Pagi
13:00 Keluar dari Hotel/Homestay
14:00 Lawatan Penanda Aras ke SMKA Sheikh Haji Mohd Said
16:00 Makan Tengah Hari dan Solat Zohor di USIM
19.00 Jaringan Pendidikan Pasca Tingkatan Enam di USIM
22.00 Bertolak ke SMKA Al-Mashoor
Makan Malam/Solat Maghrib di R&R Tapah
Tiba di SMKA Al-Mashoor (L)

Lampiran B

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Ustaz Suhaimi bin Othman
Pengetua
Penasihat
: En. Mohd Abdullah bin Ramli
Penyelaras Guru Kokurikulum Tingkatan 6

Pengarah Program : Puan Mazlina Binti Mohamad
Penolong Pengarah Guru Penasihat PERTINAM
Setiausaha
Penolong Setiausaha : Adam Daniel Bin Munizam
Bendahari
AJK Makanan : Ahmad Hakim Bin Ahmad Shahidi

AJK Penginapan : Anas Syafiq Bin Suhaimi

AJK Keselamatan : Muhammad Irham Wafi Bin Mohd Hairi

AJK Tugas Khas : Muhamad Faris Bin Abdul Rahim

: Muhammad Na’im Bin Mohamad Adil
: Mohammad Wafiey Bin Firus

: Muhammad Naseef Bin Mohd Jalani
: Muhammad Yazid Bin Md Rejab

: Muhammad Akmal Hakimi Bin Mohamad Azni
: Muhammad Adam Luqman Bin Ramli
: Muhamad Luqman Hakim Bin Zulkifli

: Mohamad Haziq Fahmi Bin Mohamad Rusli
: Muhammad Faris Bin Mohd Rizal

Lampiran C

PENDAPATAN JUMLAH
RM 660.00
BIL PERKARA RM 3000.00
1. Wang Saku Murid (BKK) RM 1260.00
2. Sumbangan PIBG
3. Bantuan Khas Kokurikulum Asrama RM 5160.00

JUMLAH

PERBELANJAAN JUMLAH
BIL PERKARA RM1100.00
RM1700.00
1. Wang saku pelajar
2. Penginapan (3 H 2M) RM 450.00
RM 510.00
3. Bayaran Melaka River Cruise RM 300.00
4. Bayaran Naik Menara Taming Sari RM 150.00
5. Bayaran Masuk Muzium Samudera RM 200.00
6. Bayaran Masuk Muzium Kapal Selam RM 750.00
7. Cenderahati untuk 2 Institusi dilawati RM 5160.00
8. Kecemasan

JUMLAH

DISEDIAKAN OLEH

(ADAM DANIEL BIN MUNIZAM)
PENGARAH PROGRAM

DISEMAK OLEH

(MOHD ABDULLAH BIN RAMLI)
GURU KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM

DISAHKAN OLEH

(USTAZ KHAIRUL NIZAM BIN ABU BAKAR)
PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
SMKA AL-MASHOOR (L)

DILULUSKAN OLEH

(USTAZ SUHAIMI BIN OTMAN)
PENGETUA
SMKA AL-MASHOOR (L)


Click to View FlipBook Version