The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m.adibhakimi18104, 2023-12-01 03:56:23

MPU23012.docx (EFOLIO) (1)

MPU23012.docx (EFOLIO) (1)

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM E-FOLIO (RADIKALISME & EKSTRIMISEME DALAM AGAMA) PUAN NORAINI BINTI SULAIMAN NAMA NO. MATRIK MUHAMMAD AMZAR BIN ASMADI 16DPM22F2004 MUHAMMAD ADIB HAKIMI BIN AMIRUDDIN 16DPM22F2042 MUHAMMAD ADIB NABIL BIN MD RADZI 16DPM22F2040 MUHAMMAD DANIEL IMAN BIN ROSLAN 16DPM22F2038


ISI KANDUNGAN. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT DEFINISI 1 SEJARAH LIBERALISME 2 APAKAH ISLAM LIBERAL & UNDANG-UNDANG LIBERALISME 3 TOKOH LIBERALISME 4 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA LIBERALISME 5 CIRI-CIRI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL & CARA MENGATASI 6 KESIMPULAN 7 DALIL 8 RUJUKAN 9


1 DEFINISI Syaikh Sulaiman Al-Khirasyi menyebutkan, liberalisme adalah mazhab pemikiran yang memperhatikan kebebasan individu. Mazhab ini memandang, wajibnya menghormati kemerdekaan individu, serta berkeyakinan bahawa tugas pemerintah ialah menjaga dan melindungi kebebasan rakyat, seperti kebabasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan kepemilikan peribadi, kebabasan individu dan sejenisnya. Suatu kepercayaan, falsafah hidup dan gerakan yang meletakkan idea kebebasan prinsip tertinggi dan dominan dalam usaha untuk membebaskan manusia daripada sebarang kawalan moral dan mengantikan peranan agama dalam mengatur kehidupan individu dan masyarakat.


2 SEJARAH LIBERALISME Titik permulaan sejarah pemikiran fahaman liberalisme dikenal pasti bermula di Eropah sekitar abad ke-16. Ia nya bermula apabila pihak gereja mengekplositasi agama dengan melakukan penindasan ke atas rakyat. Justeru pemimpin Renaisans bangkit menyemarakan penentangan dengan hujah mempersoal tindakan gereja dengan pemikiran logik dan rasional. Penentangan terhadap gereja telah berkembang pesat keseluruh pelusuk Eropah hingga ke Amerika. Ia berkembang selaras dengan perjuangan demokrasi pemahaman persamaan semua agama, persamaan hak lelaki dan perempuan serta mempromosi hak kebebasan multak atas nama hak asasi manusia. Bermula disini lah fahaman Libelarisme terus berkembang hingga ke hari ini.


3 APAKAH ITU ISLAM LIBERAL Islam Liberal adalah satu fahaman yang sesat berpunca dari sifat tidak yakin diri, merasa rendah diri dan menagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang islam. Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran yang menghendaki kepada terkebukaan dalam BERIJTIHAD yang melanggar batas-batas agama yang telah sedia ada seperti yang di mana di dalam Al-Quran dan Al-Sunah. Fahaman Liberal mula dikesan dalam dunia Islam pada 18 Masihi. Ianya berlaku disebabkan gerakan Liberalisme Agama yang berlaku di Barat pada zaman Renaissance. Ianya berlaku pada abad ke-16 dan 17. Gerakan ini memperjuangkan kebebasan individu sehingga menafikan nilai moral dan aspek-aspek TRANSCENDENTAL. Pemikiran Liberal yang mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari segi akidah dan syariah. Apakah maksud transcendental? Unggul, ulung, bersifat mengatasi dan melebihi segalanya. UNDANG-UNDANG LIBERALISME 1) Terdapat Undang-Undang Dan Hukum Gunaan Di setiap negara mesti ada undang undang di dalamnya yang bertujuan untuk melindungi hak hak rakatnya. Negara liberal menetapkan standard undang undang tertinggi yang menghormati hak hak kebebasan dan persaaan setiap individu dalam undang undang. (THE RULE OF LAW) 2) Setiap Individu Mempunyai Peluang Sama Salah satu nilai utama dalam liberalisme ialah setiap individu mempunyai peluang yang sama dalam semua bidang. Bagaimanapun, itu tidak bermakna semua orang boleh memberikan hasil yang sama. Kesamaan hak dan peluang adalah mutlak dalam ideologi ini. 3) Negara Hanya Sebuah Alat Negara negara yang mengamalkan kefahaman liberalisme yang mengendalikan bahawa negara adalah mekanisme yang digunakan dalam merealisasikan matlamat yang benar. 4) Kerajaan Ditentukan Melalui Persetujuan Di negara yang liberal, kuasa tertinggi berada di tangan rakyat sehingga penentuan pihak pihak yang akan memimpin negara harus mendapatkan persetujuan rakyat.


4 TOKOH YANG MEMPERJUANGKAN PEMIKIRAN LIBERALISME. Antara tokoh yang memperjuangkan pemikiran liberalisme adalah Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Mereka berdua memperjuangkan fahaman Liberalisme jenis jenis Sosialis pada akhir abad ke-19. JEREMY BENTHAM JOHN STUART MILL


5 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA LIBERALISME 1) KEBEBASAN MEMBERI PENDAPAT Kebebasan memberi pendapat yang dilaungkan oleh golongan liberal juga menarik perhatian masyarakat. Golongan ini memperlihatkan kepada masyarakat awam bahawa apa yang dilakukan oleh mereka mampu menjadikan agama Islam di pandang mulia disisi masyarakat bukan islam. Serta, selain selari dengan perkembangan konteks Plurari. Sebagai contoh Jaringan Islam Liberal (JIL) mengumukakan empat agenda utama iaitu perjuangkan sistem politik, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat yang ditekankan oleh mereka bertujuan memuliakan dan mertabatkan kembali agama islam yang kini di anggap sebagai pembela keganasan oleh masyarakat non-Muslim. Dakyah ini mudah merasuk ke dalam jiwa masyarakat yang kurang ilmu agama tetapi ingin menjadi pembela agama. 2) KEKURANGAN ILMU AKIDAH Kekurangan ilmu akidah dalam kalangan masyarakat memudahkan fahaman ini disebar dengan mengunakkan hujah logik akal. Idea kebebasan mutlak yang dibawa mereka secara langsung dan tidak langsung telah menolak Al-quran dan Hadis kerana berpendapat ia nya ketinggalan zaman. Propaganda ini bertujuan untuk merosakkan keuntuhan ajaran islam yang telah meletakkan kebenaran ini sebagai asas utama kepada Akidah, Syariah dan Akhlak. 3) JARINGAN INTERNET DAN BUKU Gerakan pelampau Islam Liberal menyebarkan akidah mereka melaluai jaringan internet dan kemasukkan buku buku pemahaman ini dari luar negara. Kegiatan ini dipelopori oleh individu dan kumpulan tertentu yang berfahaman liberal. Islam liberal turut di dokong oleh mereka bukan islam dan ini menyebabkan pemahaman mereka sukar di bendung oleh pihak berkuasa serta pihak agama Malaysia.


6 CIRI-CIRI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL Pertama: Bersifat Sekularisme Agama Islam hanyalah sebagai tuntutan pelaksanaan ibadah sahaja, bukan untuk mengurus dan mentadbir dunia ini. Kedua: Menolak hukum syariah “Kalau Allah itu Maha Adil, atau kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang yang dibuat atas nama Islam tetapi mencetuskan ketidakadilan?” Itulah contoh ungkapan ayat dari mulut mereka yang berfahaman liberal. Ketiga: Kebebasan mentafsir teks al-Quran Berdasarkan ayat hukuman kepada pencuri dalam Surah al-Maidah: 38, mereka memberi penafsiran bahawa tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Quran dalam ayat tersebut adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman itu boleh berubah-ubah selari dengan peradaban manusia. CARA MENGATASI Pihak kerajaan dan badan dakwah mengadakan kempen atau ceramah tentang bahaya fahaman liberalisme. Adanya kempen ini barulah rakyat sedar bahawa fahaman liberal ini adalah fahaman yang salah. Sekaligus akan menyebabkan semangat dan keinginan dalam diri masyarakat tentang sesautu fahaman tersebut sama ada benar atau salah dan adakah fahaman tersebut mengikut jalan yang diredhai oleh Allah ataupun tidak. Selain itu, mendekatkan diri kepada Allah. Apabila kita sudah merasakan bahawa ramai yang sudah terpesong akhlak, akidah dan tamadun semakin runtuh. Kita sebagai umat islam haruslah mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan Al quran dan hadis sebagai panduan hidup. Apabila seorang menjadikan Al quran dan hadis sebagai panduan hidup nescaya hidup mereka akan terjaga dan dilindungi.


7 KESIMPULAN Kesimpulanya, fahaman Liberalisme bukanlah ideologi baru tetapi sudah bertapak sejak ribuan tahun dahulu dalam kalangan masyarakat dahulu. Fahaman ini secara keseluruhan menolak sebarang kekangan dan halangan dalam menyuarakan pendapat dan melakukan sesautu yang dirasakan benar. Liberalisme menyuarakan prinsip kebebasan individu, hak asasi manusia, pasar bebas ekonomi, pemerintahan terbatas, pluralisme, dan konsep kemajuan. Ia menekankan toleransi terhadap perbedaan dan melihat inovasi serta pendidikan sebagai sarana untuk mencapai kemajuan. Meskipun mendukung pasar bebas, liberalisme juga mengakui risiko ketidaksetaraan ekonomi.


8 DALIL: Allah swt berfirman dalam Surah Al Jathiyah ayat ke 18.


9 SUMBER RUJUKAN https://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme Surah Al Jathiyah ayat ke 18 https://haloedukasi.com/tokoh-liberalisme https://www.facebook.com/DakwahJakim/posts/antara-ciri-ciri-pemikiran-islamliberal https://www.bharian.com.my/amp/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggahfahaman-liberalisme


Click to View FlipBook Version