PROJECT BASED LEARNING (PBL)
SEJARAH TINGKATAN TIGA
PROJEK PENGHASILAN SAJAK
TAJUK 8: TINDAK BALAS MASYARAKAT TEMPATAN
WAN NURFARAHANIS BINTI WAN JAILANI
GURU SEJARAH TINGKATAN 3
SMK RAPAT SETIA, IPOH.
PENETAPAN STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN KURIKULUM
❖ Mata Pelajaran : Sejarah
❖ Tema : Kedatangan Kuasa Asing
❖ Tajuk 8: Tindak Balas Masyarakat Tempatan
❖ Masalah/Isu :
a) Murid tidak mengetahui tentang matlamat dan bentuk
penentangan masyarakat tempatan
b) Murid kurang peka tentang kepentingan menghargai perjuangan
tokoh-tokoh tempatan sebagai wira.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
8.1 Penentangan Masyarakat Tempatan
8.1.1 Menerangkan matlamat dan bentuk
penentangan masyarakat tempatan.
K8.1.8 Menilai kepentingan menghargai
perjuangan tokoh-tokoh tempatan sebagai
wira.
PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Instrumen Yang Digunakan :
❑ Penulisan, Gambar, Video, Buku Teks dan Rujukan Internet
TAHAP PENGUASAAAN YANG BOLEH DICAPAI
OLEH MURID
TP 6 Menjana idea tentang kepimpinan berwibawa dalam
memperjuangkan kedaulatan negara.
KEMAHIRAN DAN OBJEKTIF PROJEK
KEMAHIRAN:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Kemahiran Menulis dan Menyenaraikan
2. Kemahiran Menghuraikan
3. Kemahiran Membina Sajak
OBJEKTIF PROJEK :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 matlamat penentangan masyarakat
tempatan.
2. Menghuraikan sekurang-kurangnya 4 bentuk penentangan masyarakat
tempatan
3. Menghasilkan sebuah Sajak tentang kepimpinan berwibawa dalam
memperjuangkan kedaulatan negara
BAHAN YANG DIPERLUKAN
(dalam persekitaran murid)
1. Contoh Sajak (boleh ambil dari sumber internet)
2. Nota/ buku teks/ buku rujukan
3. Kertas A4
4. Kertas warna Pembentangan /
5. Manila kad Hasil projek
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
PROJEK PBL
MINGGU / FASA JADUAL PELAKSANAAN
Pengetahuan sedia ada murid
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
Penerangan projek Murid telah mengetahui dan memahami tentang tokoh penentangan masyarakat tempatan.
Guru menerangkan panduan pelaksanaan projek yang akan dihasilkan oleh murid.
1 Murid diberi kebebasan menentukan pasangan untuk melaksanakan projek.
Mengumpul maklumat melalui pembacaan, merujuk pelbagai sumber.
Membuat penilaian projek dengan merujuk rubrik yang disediakan oleh guru.
Pelaksanaan Projek Setiap kumpulan diminta membuat perbincangan dan perancangan berpasangan.
2 Murid mula menulis sajak dengan menggunakan fakta yang diperolehi.
Membuat penilaian projek dengan merujuk rubrik yang disediakan oleh guru serta bantuan pemeriksaan tugasan oleh guru
dari semasa ke semasa.
Menghasilkan projek.
Memastikan soalan kurikulum yang dikemukakan dijawab dan menepati.
Membuat penilaian projek dengan merujuk rubrik yang disediakan oleh guru.
Pelaporan dan Pembentangan Membuat semakan hasil projek.
3 Mengemas kini hasil projek dengan membuat semakan akhir bersama-sama pasangan masing-masing.
Murid melaksanakan sesi pembentangan sajak kepada guru sama ada secara bersemuka/atau rakaman (PdPR).
Pentaksiran dan Penilaian Menilai hasil projek yang telah lengkap.
4 Murid membuat refleksi berdasarkan soalan-soalan yang disoal oleh guru selepas pembentangan.
Contoh soalan :
1.Apakah kepentingan menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan sebagai wira ?
CONTOH HASIL PROJEK
CONTOH SAJAK DARIPADA INTERNET:
http://pp-sk.blogspot.com/2015/05/sajak-tok-
janggut-siri-tokoh.html