PEMBENTUKAN KATA BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA
AHLI KUMPULAN Syed Muhammad Amier Muqriesh Bin Syed Kamarozaman Hanis Maisarah Binti Zahari Ainun Wadhihah Binti Mat Yunus
PEMBENTUKAN KATABAHARU
PEMBENTUKAN KATA BAHARU Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Dalam pembentukan kata sesuatu bahasa , akan berlakunya proses pengayaan yang melibatkan bidang-bidang bunyi bahasa iaitu fonologi, pembentukan kata iaitu morfologi dan juga perbendaharaan kata iaitu leksikon.
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU a) bunyi bahasa Melayu b) pembentukan kata
JENIS KONSONAN LAMBANG/FONEMIK NAMA LETUPAN A) BUNYI BAHASA MELAYU (JENIS-JENIS KONSONAN BAHASA MELAYU) p b t d k g ʔ Letupan dua bibir tak bersuara Letupan dua bibir bersuara Letupan gigi tak bersuara Letupan gigi bersuara Letupan lelangit lembut tak bersuara Letupan lelangit lembut bersuara Hentian glotis LETUSAN c j Letusan lelangit keras tak bersuara Letusan lelangit keras tak bersuara GESERAN s h Geseran gusi tak bersuara Geseran glotis
JENIS KONSONAN LAMBANG/FONEMIK NAMA GETARAN r A) BUNYI BAHASA MELAYU (JENIS-JENIS KONSONAN BAHASA MELAYU) Getaran gusi bersuara SENGAUAN SISIAN Sisian gusi bersuara l m n ny ng Sengauan dua bibir Sengauan gusi Sengauan lelangit keras Sengauan lelangit lembut Separuh vokal dua bibir bersuara Separuh vokal lelangit keras bersuara w y SEPARUH VOKAL
A) BUNYI BAHASA MELAYU (JENIS-JENISVOKALASLI BAHASA MELAYU) keadaan bibir sempit separuh sempit separuh luas luas depan tengah belakang i e a e dan ə u o
HURUF NAMA f geseran bibir gigi tak bersuara v geseran bibir gigi bersuara z geseran gusi bersuara HURUF NAMA h geseran glotis k geseran rongga tekak A) BUNYI BAHASA MELAYU (JENIS-JENISKONSONANPINJAMAN)
HURUF NAMA q letupan anak tekak tak bersuara s geseran gusi tak bersuara d geseran gusi bersuara HURUF NAMA sy geseran lelangit keras tak bersuara kh geseran lelangit lembut tak bersuara gh geseran lelangit lembut bersuara A) BUNYI BAHASA MELAYU (JENIS-JENIS KONSONAN KONSONAN PINJAMAN)
unsur-unsur imbuhan asing imbuhan daripada bahasa sanskrit imbuhan daripada arabparsi imbuhan daripada yunani-latininggeris b) pembentukan kata
imbuhan daripada bahasa sanskrit awalan akhiran
awalan swadigunakan untuk menerbitkan kata yang memberi makna seperti swadaya awalan tunaberfungsi menerbitkan kata nama untuk memberi makna tiada seperti tunakarya awalan eka,dwi,tri berfungsi menerbitkan kata nama yang membawa pengertian bilangan awalan pascamembawa menerbitkan kata nama yang membawa pengertian sesudah seperti pascamerdeka awalan mahamembawa pengertian paling besar seperti mahaguru awalan tatamembawa pengertian suatu susunan seperti tatabahasa AWALAN SANSKRIT
akhiran -wan dan -man berfungsi menerbitkan kata nama yang membawa maksud pelaku -wan : kata dasar yang berakhir dengan huruf a -man : kata dasar yang berakhir dengan huruf i contoh : seniman dan hartawan akhiran -wati dan -nita berfungsi sebagai padanan -wan dan -man menimbulkan kategori jantina contoh : seniwati dan biduanita AKHIRAN SANSKRIT
awalan arab-parsi (awalan bi) bererti tidak dan dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif penggunaannya terbatas contohnya: biadab AWALAN DARIPADA ARAB-PARSI
AKHIRAN ARAB-PARSI digunakan untuk menimbulkan kata adjektif penggunaannya ditentukan oleh oleh huruf akhir kata dasar contoh : duniawi , azali Akhiran -wi dan -i digunakan bagi membentuk kata adjektif dalam kata dasar contohnya alamiah , lahiriah Akhiran -iah bagi menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan contoh : mukminin, mukminat dan ustazah Akhiran -in, -at dan -ah
Imbuhan asingyangpalingbanyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasaYunani-Latin-Inggeris tetapi umumnya imbuhan -imbuhan tersebuttidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro-, anti-,mono-,poli-,auto- dan supra-. Bentukbentuk imbuhan yanglain terserap ke dalam bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada kata pinjaman PENGIMBUHAN YUNANI-LATININGGERIS
Imbuhan awalan Sebagaimana yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bersifat awalan yang produktif. Bentuk-bentuk ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan.
Awalan pro- digunakan untuk menunjukkan tanda setuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Prokerajaan Prokomunis Propembangkang Awalan anti- berlawanan dengan pro-, ia digunakan untuk menunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Antikerajaan Antipenjajahan Antikemajuan
Awalan poli- memberi pengertian banyak. Poliklinik Polisemi Polifasa Awalan auto- memberi pengertian secara bersendirian. Automatik Autocarta Automorf
Awalan sub- memberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. Subkategori Subsistem Subgolongan Awalan supra- memberi pengertian melebihi, mengatasi atau merentasi. Suprasegmen Supranasional Supragolongan
Imbuhan akhiran . Bentuk-bentuk akhiran ini belum terserap sebagai imbuhan dalam pembentukan kata bahasa Melayu dan sebahagian bentuk imbuhan ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu.
A k hir a n - i s m e S o sia lis m e N a sio n a lis m e P a t rio tis m e A k hir a n - i k F o n e mik F o n e tik S ain tifik
A k hir a n - s i K l a sifik a si Revolusi Sensasi A k hir a n - a l k linik a l P r a k tik a l A k hir a n - i s E k o n o mis P r a k tis
4. Penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu Proses penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik
Sistem tulisan Arab pada mulanya diserapkan ke dalam bahasa Melayu untuk menghasilkan buku-buku agama dalam bahasa Melayu, terutama mengenai ibadat. Apabila Islam dianuti oleh golongan kerabat istana dan rakyat Melaka, peminjaman kata-kata Arab mula meresap masuk ke dalam bahasa melayu. Penyerapan bahasa Arab dalam bahasa Melayu
b e r k e n a a n a g a m a b e r k e n a a n i l m u b e r k e n a a n f i k i r a n d a n p e r a s a a n iman nahu akal s y a ria t riw a y a t n a f s u h aji h a f a z s u l t a n b e r k e n a a n h u k u m a n d a n p e r a t u r a n a d a t d a n p e r g a u l a n m a n u s i a b e n d a - b e n d a , k ej a d i a n d a n p e r b u a t a n z a lim nik a h m a u t a dil u m a t r e z e ki uzur maruah dunia
Penyerapan unsur bahasa-bahasa Eropah dalam bahasa Melayu : Kata pinjaman daripada bahasa Portugis Kata pinjaman daripada bahasa Belanda Kata pinjaman daripada bahasa Tamil, Hindustan, Parsi dan Cina 1. 2. 3.
beranda nanas garpu paderi kemeja bomba keju bendera duit laci rokok persen sekolah polis pos super Kata pinjaman daripada bahasa Portugis Kata pinjaman daripada bahasa Belanda
ayah modal pinggan nelayan tirai macam kedai koko cuti kari kunci roti budiman topi kapas acar banjir nakhoda bazar saudagar bandar takhta nisan cap Kata pinjaman daripada bahasa Tamil Kata pinjaman daripada bahasa Hindustan Kata pinjaman daripada bahasa Parsi
tauke kue tiaw tauhu ping pong laici kuli bihun tong Kata pinjaman daripada bahasa Cina
I S U K E S A L A H A N B A H A S A
KESALAHAN BAHASA Kesalahan bahasa ialah kesalahan yangkerap kali dilakukan dalam membuat sesuatu ayat. Kesalahan daripada segitatabahasa ini merangkumi kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan dan kesalahan - kesalahan kebahasaan lain contohnya seperti penggunaan kata kerja, kata nama, dan yangseumpama dengannya.
1) SINGKATAN KATA DALAM PENULISAN Jika kita lihat dalam akhbar di sebelah terdapat kesalahan dalam penggunaan kata iaitu singkatan dalam penulisan. Penggunaan perkataan 'tak' tidak boleh digunakan dalam penulisan. Jadi, penggunaan perkataan yang betul ialah 'tidak' .
2) KESALAHAN IMBUHAN Jika kita lihat papan tanda dalam rajah di sebelah terdapat kesalahan imbuhan diletakkan pada perkataan bahaya Imbuhan 'mer' tidak ada dalam bahasa Melayu Jadi, imbuhan yang betul ialah 'ber' iaitu berbahaya.
3) KESALAHAN KATA MAJMUK Perkataan kurangupaya dalam papan tanda di sebelah perlu dieja secara jarak Hal yang demikian kerana, apabila dua perkataan yang berlainan maksud digabung hendaklah dieja secara jarak Jadi, ejaan yang betul ialah kurang upaya
4) KESALAHAN PENCAMPURAN KOD BAHASA/ BAHASA ROJAK
4) KESALAHAN PENCAMPURAN KOD BAHASA/ BAHASA ROJAK Dalam gambar rajah di sebelah terdapat potongan video yang mempunyai kesalahan bahasa rojak iaitu mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat. Pada rajah 1 ayat 'kalau ada masalah share la dengan kakak' dan pada rajah 2 iaitu ayat 'letak atas meja saya nak check' . Jika diperhatikan, terdapat pencampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam satu ayat. Jadi ayat yang betul ialah 'kalau ada masalah kongsi la dengan kakak' dan pada rajah 2 ayat tersebut menjadi 'letak atas meja saya nak periksa'
5) KESALAHAN EJAAN Pada pelekat harga di dalam gambar terdapat kesalahan ejaan Perkataan nenas dieeja dengan salah Jadi, ejaan yang betul ialah nanas
6) KESALAHAN TANDA BACA Pada poster di sebelah kesalahan tanda baca dapat dikesan. Penggunaan tanda seru salah digunakan dalam ayat 'nak berjimat!!!! kerana ayat tersebut merupakan ayat tanya. Oleh itu, penggunaan tanda baca yang betul ialah tanda soal iaitu 'nak berjimat?
SEKIAN, TERIMA KASIH