The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 448-20-aiman, 2022-11-06 10:04:47

MPU3062 BUKU LOG (MUHAMMAD AIMAN BIN NAIM)

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH

7.0 PENULISAN HARIAN PERKHEMAHAN

TAJUK : Taklimat Penyediaan dan Mendirikan Khemah dan
TARIKH Gajet Unit Beruniform
HARI
LOKASI : 25.10.2022
KEKUATAN : Selasa
JURULATIH : Cafe Lama, TAZA, Dewan Brooke, Foyer Pentadbiran
: 36 orang
SUB TAJUK : 1. Mejar Nor Aznan bin Hj. Mahmood

2. Mejar Mahadi bin Khalid
3. Kapten Dr. Agatha Francis Umbt
4. Kapten Salehudin bin Hj Sabar

: Mendirikan Khemah, Gajet Unit Berunifor, Taklimat
Radio Amatur dan Pandu Arah

Seawal jam 0730 pagi semua guru pelatih yang mengambil kursus berkumpul di cafe lama
Perhimpunan dimulakan dengan laporan kehadiran kepada jurulatih, Tuan Haji Ahmadi oleh
ketua unit beruniform masing-masing. Setelah itu semua peserta mendengar tentang taklimat
berkenaan perkhemahan keselamatan dan panduan sepanjang sesi perkhemahan 4 hari 3
malam. Tuan Haji Ahmadi kemudian meminta setiap unit beruniform untuk menghantar AJK
Peralatan masing-masing untuk mendapatkan perkakas memasak dan makan yang
dibekalkan oleh pihak GERKO.

Sementara AJK Peralatan menyemak perkakas, semua ahli lain diminta untuk
berkumpul di tepi dan belakang TAZA mengikut unit beruniform masing-masing. Semasa
dalam unit beruniform KRS, ketua unit, Tuan Wafiq, mengagihkan tugas untuk setiap platun.
Antara tugas yang dijalankan seperti mendirikan khemah, membina gadiet, membersihkan
tapak perkhemahan dan mengangkut perkakas memasak yang sudah habis disemak.
Anggota KRS telah membina gajet tripod bendera, rak dapur, tong sampah dan rak pinggan

Setelah khemah dapur dan meja dapur selesai dibina, kumpulan memasak mula
menyediakan bahan untuk makan tengah hari sementara kumpulan lain menyiapkan dan
menyempurnakan gajet Setelah selesai, dalam jam 1230 tengah hari, semua ahli KRS
berkumpul untuk rehat dan makan makanan yang disediakan. Makanan pada hari tersebut
ialah tomyam campur, telur dadar, nasi putih dan air oren. Setelah habis makan, semua ahli
KRS mengemas tempat makan dan mencuci peralatan memasak. Sekitar jam 1330 petang,
semua ahli KRS dibenarkan untuk balik ke bilik untuk pengurusan diri, mandi solat dan rehat
sebelum aktiviti seterusnya.

Aktiviti seterusnya diteruskan dengan taklimat buku log bersama Mejar Agatha di
Dewan Brooke. Aktiviti yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penulisan laporan harian,
laporan pembelajaran, laporan pelajaran perkhemahan dan laporan harian perkhemahan.
Setelah selesai, unit beruniform kadet remaja sekolah menyiapkan gajet di kawasan tapak
perkhemahan dan seterusnya kumpulan alfa meneruskan aktiviti memasak untuk makan
malam. Kemudian, jam 1830 petang kadet remaja sekolah makan malam secara beramai-
ramai dan diteruskan dengan sesi pengurusan diri. Pada 2000 malam, taklimatr radio amatur
daripada Mejar Mahdi di Foyer pentadbiran dan jam 2100 malam diikuti oleh taklimat pandu
arah daripada Mejar Aznan di Foyer pentadbiran. Jam 2230 malam selesai dan semua unit
beruniform bersurai ke kawasan perkhemahan masing-masing untuk pengemasan khemah.

PENULISAN HARIAN PERKHEMAHAN

TAJUK : Taklimat Pertolongan Cemas (CPR) dan aktiviti
TARIKH Pandu Arah Bearing
HARI
LOKASI : 26.10.2022
KEKUATAN : Rabu
JURULATIH : TAZA, Dewan Brooke, Foyer Pentadbiran
: 36 orang
SUB TAJUK : 1. Mejar Nor Aznan bin Hj. Mahmood

2. Kapten Dr. Agatha Francis Umbt
3. Kapten Kamarudzaman
4. Kapten Salehudin bin Hj Sabar

: Taklimat Pertolongan Cemas (CPR), aktiviti Pandu
Arah Bearing, latihan kawad kaki dan tali termali.

Seawal jam 0730 pagi semua guru pelatih yang mengambil kursus berkumpul di Taza untuk
Perbarisan istiadat yang berfungsi untuk perhimpunan dimulakan dengan laporan kehadiran
kepada jurulatih, Tuan Haji Ahmadi oleh ketua unit beruniform masing-masing. Kemudian, jam
0830 pagi, unit beruniform kadet remaja sekolah mengemas khemah untuk pemeriksaan
penilai. Pada jam 0930 pagi, semua unit beruniform dikehendaki berkumpul di dewan brooke
untuk mendengar taklimat berkaita dengan pertolongan cemas (CPR) oleh Mejar di Dewan
Brooke. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform dan dua orang
wakil setiap unit beruniform dikehendaki untuk menjalankan simulasi pertolongan cemas
(CPR).

Setelah selesai, unit beruniform Kadet Remaja Sekolah balik ke tapak perkhemahan
untuk mengemas khemas dan tepat jam 1200 tengah hari penyediaan makan tengah hari
disediakan oleh Plantun 2 iaitu Kumpulan Bravo dan jam 1230 tengah hari diteruskan dengan
aktiviti makan tengah hari dan kemudiannya diikuti oleh pengurusan diri iaitu rehat dan solat.
Jam 1500 petang aktiviti pandu arah Bearing diteruskan yang diketuai oleh Kapten
Kamarudzaman. Setelah menyelesaikan tugasan, kumpulan bravo yang dijadualkan untuk
memasak telah mula memasak juadah petang dan jam 1700 petang diteruskan dengan aktiviti
makan petang dan berhenti rehat untuk mengemas bahagian tapak perkhemahan.
Seterusnya, jam 1830 petang semua ahli Kadet Remaja Sekolah dikehendaki balik untuk solat
dan pengurusan diri. Jam 2030 malam, diteruskan dengan latihan kawad kaki dan tali termali
yang diketuai oleh Tuan Wafiq Afiq.

PENULISAN HARIAN PERKHEMAHAN

TAJUK : Masakan Rimba Perkhemahan dan Malam
TARIKH Kebudayaan Perkhemahan
HARI
LOKASI : 27.10.2022
KEKUATAN : Khamis
JURULATIH : TAZA, Depan Blok Pentadbiran, Cafe Lama
: 36 orang
SUB TAJUK : 1. Mejar Nor Aznan bin Hj. Mahmood

2. Kapten Dr. Agatha Francis Umbit
3. Mejar Mahdi
4. Kapten Salehudin bin Hj Sabar

: . Masakan Rimba Perkhemahan, latihan kawad kaki
statik, Malam Kebudayaan Perkhemahan

Seawal jam 0730 pagi semua guru pelatih yang mengambil kursus berkumpul di Taza
untuk Perbarisan istiadat yang berfungsi untuk perhimpunan dimulakan dengan laporan
kehadiran kepada jurulatih, Tuan Haji Ahmadi oleh ketua unit beruniform masing-masing.
Kemudian, jam 0830 pagi, unit beruniform kadet remaja sekolah mengemas khemah untuk
pemeriksaan penilai. Kemudian, latihan kawad kaki statik oleh Mejar Mahdi diteruskan di
hadapan blok pentadbiran. Terdapat banyak teknik formasi kawad kaki yang dipelajari
mengikut unit beruniform masing masing. Setelah selesai, unit beruniform Kadet Remaja
Sekolah balik ke tapak perkhemahan untuk mengemas khemas dan tepat jam 1200 tengah
hari penyediaan makan tengah hari disediakan oleh Plantun 3 iaitu Kumpulan Charlie dan jam
1230 tengah hari diteruskan dengan aktiviti makan tengah hari dan kemudiannya diikuti oleh
pengurusan diri iaitu rehat dan solat.

Pada jam 1500 petang, aktiviti diteruskan dengan aktiviti latihan ikatan dan simpulan
yang diketuai oleh Kapten Dr. Agatha Francis Umbit. Terdapat pelbagai jenis ikatan dan
simpulan yang dipelajari antaranya ikatan serong, simpulan tindih kasih, simpulan buku sila,
simpulan manok. Jam 1530 petang, aktiviti diteruskan dengan masakan rimba dan penilaian
masakan rimba di cafe lama IPG Kampus Batu Lintang. Setelah menyelesaikan tugasan,
kumpulan Charlie yang dijadualkan untuk memasak telah mula memasak juadah petang dan
jam 1700 petang diteruskan dengan aktiviti makan petang dan berhenti rehat untuk
mengemas bahagian tapak perkhemahan. Seterusnya, jam 1815 petang semua ahli Kadet
Remaja Sekolah dikehendaki balik untuk solat dan pengurusan diri.

Pada jam 2030 malam, aktiviti diteruskan dengan Malam kebudayaan Perkhemahan.
Terdapat banyak aktiviti yang dipenuhi pada malam kebudayaan Perkhemahan dan
pensyarah penyelia disajikan dengan 5 persembahan dari 5 unit beruniform.

PENULISAN HARIAN PERKHEMAHAN

TAJUK : Majlis Penangguhan Rasmi Perkhemahan
TARIKH
HARI : 28.10.2022
LOKASI : Jumaat
KEKUATAN : TAZA, Cafe Lama
JURULATIH : 36 orang
: 1. Mejar Nor Aznan bin Hj. Mahmood
SUB TAJUK
2. Kapten Dr. Agatha Francis Umbit
3. Kapten Salehudin bin Hj Sabar
4. Kapten Intan Baiduri

: . Masakan Rimba Perkhemahan, latihan kawad kaki
statik, Malam Kebudayaan Perkhemahan

Seawal jam 0730 pagi semua guru pelatih yang mengambil kursus berkumpul di Taza untuk
Perbarisan istiadat yang berfungsi untuk perhimpunan dimulakan dengan laporan kehadiran
kepada jurulatih, Tuan Haji Ahmadi oleh ketua unit beruniform masing-masing. Kemudian, jam
0830 pagi, unit beruniform kadet remaja sekolah mengemas khemah untuk pemeriksaan
penilai. Jam 0900 pagi semua unit beruniform diteruskan dengan pembersihan kawasan
perkhemahan. Setelah selesai, tepat jam 1200 tengah hari, majlis penangguhan rasmi
diteruskan. Pada majlis itu, terdapat beberapa anugerah disampaikan antaranya pemenang
persembahan malam kebudayaan terbaik iaitu Unit Beruniform Pengakap, pemenang aspek
keseragaman di menangi oleh unit beruniform Kadet Remaja Sekolah, Pemenang Khemah
Tercantik di menangi oleh Unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia, pemenang dari aspek
kekemasan dimenangi oleh unit beruniform pandu puteri dan pemenang keseluruhan adalah
Puteri Islam Malaysia.

Foto 1: Sesi Taklimat bersama Major Ahmadi
Foto 2: Sesi Pengagihan Perkakasan Barangan Unit Beruniform

Foto 3: Pemasangan Kraf Perkhemahan Gajet
Foto 4: Sesi Taklimat berkaitan Buku Log daripada Mejar Agatha

Foto 4: Penyediaan Sarapan Pagi Kumpulan Bravo
Foto 6: Sarapan Pagi

Foto 7: Perbarisan Istiadat Hari Kedua Perkhemahan
Foto 8: Pemeriksaan Kebersihan Khemah oleh Penilai

Foto 9: Sesi Taklimat Pertolongan Cemas (CPR)
Foto 10: Sesi Makan Juadah Tengah Hari dari Kumpulan Charlie

Foto 11: Aktiviti Pandu Arah Bearing

Foto 12: Sesi Makan Malam sebelum Latihan Kawad Kaki dan Latihan Ikatan dan
Simpulan

Foto 13: Perbarisan Istiadat Hari Ketiga Perkhemahan
Foto 14: Latihan Kawad Kaki Statik oleh Major Mahdi

Foto 15: Latihan Ikatan dan Simpulan
Foto 16: Hasil Sajian Masakan Rimba

Foto 17: Malam Kebudayaan Perkhemahan
Foto 18: Sesi Fotografi Hari Terkahir Perkhemahan

Foto 19: Pembersihan kawasan


Click to View FlipBook Version