NURIN SOFEA NAJWA BT NORAZLAN (F1027) NURALYA ADRIANA BT ANIZUDDIN (F1065) NUR ATIQAH BT MD SEBARI (F1045) FARISHA AINA BT ALFIKRI (F1025) FALAQ NURUL FATIHAH BT NURCHOLIS(F1013) NUR LIYANA ZAHIRAH BT MALIKI (1005) AHLI KUMPULAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. SUNTIKAN VAKSIN
1 PENGENALAN 2 3 4 CONTENT HUKUM HUBUNGKAIT DENGAN PRINSIP SYARIAH HUBUNGKAIT DENGAN KAEDAH FIQH 5 6 7 KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN
PENGENALAN Vaksin adalah sejenis bahan yang dapat membantu mencegah sesuatu penyakit. Sebagai perumpamaan, badan manusia dilindungi oleh sistem pertahanan/sistem imun sebagaimana suatu negara dilindungi oleh angkatan tentera. Vaksin umpama bahan latihan untuk angkatan tentera badan kita, ia akan digunakan untuk mengenali dan menewaskan musuh, iaitu bakteria atau virus yang mungkin boleh menjangkiti badan dan menyebabkan penyakit pada masa hadapan. Pemberian vaksin secara berleluasa sejak beberapa dekad lalu telah mampu mengurangkan pelbagai jenis penyakit yang dahulunya datuk nenek kita pernah alami, seperti cacar (smallpox), polio dan sebagainya.
HUKUM SUNTIKAN VAKSIN •Dalam hal ini hukumnya adalah harus. Ini kerana rawatan terdahulu sebelum berlaku wabak atau dibimbangi berlaku satusatu penyakit adalah dibolehkan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: وال سم ٌر المدينِة لَمْيضره ِسْح َتَم َراٍت ِمْن َتَم ِر ِع َّبَح ِبَسْب َمْن َتَص Maksudnya: “Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, ia tidak akan terkena pengaruh buruk sihir atau racun.” (Riwayat Bukhari) HUKUM 1 01 •Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi, kerana setiap penyakit ada penawar yang perlu dicari, diterokai dan dikaji. sesuai dengan sabda Nabi SAW: َوَجَّل َّز ِبِإْذِن ِهللا َع َأ ِصْيَب َدَواُء الَداِء َب َر ُأ ِإَذا ِّل َداٍء َدَواٌء َف ِل ُك Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar menepati penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim) HUKUM 2 02
APAKAH HUBUNGKAIT SUNTIKAN VAKSIN PRINSIP SYARIAH?
Vaksin dan imunisasi perlu dilihat dalam konteks rawatan kesihatan serta langkah pencegahan kepada penyakit kritikal, sekali gus tidak menyimpang daripada syariat Islam yang jelas mementingkan maslahat manusia di dunia dan akhirat. Dakwaan mengaitkan kandungan vaksi dengan bahan tidak halal dan meragukan, tidak sepatutnya terus diperbesarkan kerana Islam menyediakan panduan langkah pencegahan penyakit yang bukan bersifat semberono, sebaliknya berdasarkan al-Quran dan sunnah. Hal itu tidak boleh dipandang ringan kerana terdapat kes kematian di negara ini yang dilaporkan akibat tidak melalui program vaksinasi hingga memudahkan tersebarnya penyakit berjangkit khususnya yang berbahaya. “Pencegahan ialah wajib untuk kemaslahatan umum seperti hadis: Apabila kalian mendengar wabak taun di suatu tempat, janganlah kalian pergi ke situ dan sekiranya ia merebak di kawasan kalian, janganlah keluar melarikan diri. (HR Bukhari & Muslim), ” “Orang Arab Badwi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW sama ada boleh atau tidak mereka berubat apabila ditimpa penyakit. “Baginda menjawab: Wahai hamba Allah sekalian, berubatlah! Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersamanya penawar (HR Tirmizi), ” katanya. PRINSIP SYARIAH
APAKAH HUBUNGKAIT SUNTIKAN VAKSIN DENGAN KAEDAH FIQH ?
KAEDAH FIQH Pertama : Tidak Boleh Mendatangkan Kemudharatan Serta Tidak Boleh Membalas Dengan Kemudharatan Terdapat sebuah kaedah masyhur yang telah disebutkan oleh para ulama feqh iaitu: ال ضرر وال ضرار Maksudnya : Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan. Kaedah di atas ini hakikatnya diambil dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : َال َض َرَر َو َال ِض َراَر Maksudnya : Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan. Riwayat Ibn Majah (2341) Hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa sebarang kemudharatan itu dinafikan dari diri seseorang. Justeru, kefahaman yang dapat diambil sekiranya meninggalkan suntikan vaksin kepada kanak-kanak akan mendatangkan kemudharatan ke atas diri kanak-kanak tersebut, maka perbuatan meninggalkan pengambilan vaksin itu dianggap suatu kesalahan yang dinafikan di sisi syarak iaitu memberikan mudharat kepada seseorang manusia. 01
KAEDAH FIQH Kedua: Kemudharatan Itu Disingkirkan Ini berdasarkan sebuah kaedah fekah yang masyhur : ُيَزال الضرر Maksudnya : Kemudharatan itu disingkirkan. Sesuatu kemudharatan itu dihilangkan atau disingkirkan melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga (precaution) terhadap sesuatu bahaya yang bakal menimpa. Justeru, pengambilan vaksin turut termasuk dalam cara menyingkirkan kemudharatan kepada sisi seseorang maka vaksinasi ini turut bertepatan dengan kaedah fekah di atas. 02
KAEDAH FIQH Ketiga : Apabila Bertembung Dua Mafsadah Atau Keburukan Maka Kita Lakukan Mafsadah Yang Lebih Ringan Kesannya Ini berdasarkan sebuah kaedah yang mashyur : ْعاَلُهَما ْجِل َد ْفع َأ رَتَكب ِمْن َأ ُي ْدَنى الَمْفَسَدَتين َّن َأ َأ Maksudnya: Sesungguhnya mafsadah yang paling ringan di antara dua mafsadah itu dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan mafsadah yang lebih besar. Rujuk Al-Asybah wal-Nazhoir, al-Subki (1/45) Contoh mudah yang boleh kita ambil berkaitan dengan penggunaan kaedah di atas dalam hal perubatan adalah: Seorang doktor memberikan saranan kepada pesakitnya untuk dipotong kakinya. Ini bertujuan supaya penyakit itu tidak merebak ke anggota badan yang lain. Sekalipun perbuatan memotong kaki ini memberi mudharat kepada pesakit, akan tetapi demi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar berlaku maka kemudharatan yang lebih kecil dari itu perlu dilakukan. Justeru, dalam isu vaksinasi ini sekiranya benar terdapat kesan-kesan sampingan seperti demam-demam kecil dan seumpamanya, maka pengambilannya tetap diteruskan kerana ia bertujuan untuk mengelakkan kesan mudharat yang lebih besar yang bakal berlaku sekiranya ia tidak diambil. 03
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kami akhiri perbahasan ini dengan beberapa noktah yang berikut: Menjadi tuntutan kepada kita untuk merawat penyakit. Begitu juga, mengambil jalan pencegahan terlebih dahulu sebelum terkena wabak atau sebarang penyakit. Antara lain dengan menggunakan suntikan vaksin COVID-19. Justeru, setiap langkah yang dilakukan itu merupakan suatu rawatan terhadap takdir Allah dengan menggunakan takdir-Nya yang lain. Ia sama sekali tidak bermaksud menolak takdir Allah S.W.T. Ini seperti yang disebutkan oleh Saidina Umar Ibn Al-Khattab R.A: َدِر ِهَللا ِإىَل َق َدِر ِهَللا َنِفُّر ِمْن َق “Kita lari daripada takdir Allah menuju kepada takdir-Nya (yang lain).” (Riwayat Al-Bukhari (5729) Kami tegaskan sekali lagi bahawa termasuk dalam proses rawatan adalah dengan mencegah sesuatu penyakit sebelum ia menimpa. Inilah konsep yang terdapat pada pengambilan vaksin. Iaitu sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan seseorang daripada ditimpa penyakit. Hal ini telah diterima ramai oleh pakar dunia termasuk WHO dan Kementerian Kesihatan seluruh negara di dunia ini. Sebarang usaha mencegah dan merawat penyakit berjangkit seperti COVID-19 adalah lebih ditekankan kepentingan dan keperluannya. Ini kerana, sekiranya ia tidak dirawat dan dicegah ia akan menyebabkan kemudaratan yang terhasil daripadanya menjadi lebih meluas. Sedangkan kaedah Fiqh menyebut: اَل َضَرَر َواَل ِضَرار “Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas kemudaratan.” Dalam masa yang sama, sekiranya pemerintah membuat ketetapan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ini kepada seluruh rakyat, khususnya kepada mereka yang terdedah dengan risiko jangkitan seperti pejuang barisan hadapan (frontliners) serta golongan yang berisiko, maka menjadi kewajipan untuk kumpulan ini mengambilnya. Kami akhiri dengan doa: ُجَذاِم ، َوِمْن َسِّيِئ ا َأل ْسَقاِم ْل ُجُنوِن ، َوا ْل ِبَك ِمَن الَبَرِص، َوا ُذ ا َنُعو َّن ُهَّم ِإ َّل ال “Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” ُهَّم َجِّنْبَنا ُمْن َكَراِت ا َألْخَالِق ، َوا َألْهَواِء ، َوا َألْسَواِء ، َوا َألْدَواِء َّل ال “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada akhlak yang mungkar, hawa nafsu yang mungkar, juga daripada segala keburukan serta daripada penyakit-penyakit yang membawa kepada kebinasaan.”
RUJUKAN https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/islam-danvaksinasi/hukum-vaksin-covid-19/AL-BAYAN_SIRI-7.pdf https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1163-bayan-linnas-siri-59- vaksin-sudut-pandang-dari-neraca-fiqh-maqasid-syariah https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2069-3 https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/07/586305/hukumguna-vaksin-berdasar-syariat-maslahat-manusia https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwaumum/2069-30
TEST COVID VIRUS COVID 19 COVID MALAYSIA LAMPIRAN SIMPTOM VAKSIN VAKSIN