1 JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TUGASAN KERJA KURSUS 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 (INDIVIDU / KUMPULAN) SEMESTER : 2 TAHUN : PPISMP KOD KURSUS PSVK 1104 KURSUS PENGENALAN SEJARAH SENI BARAT DAN SENI ORIENTAL Nama Pelajar NUR AFIFAH MAISARAH BINTI REJAB Angka Giliran 2022172310228 No. Kad Pengenalan 040626010320 Kumpulan/Unit PPS2-10 Nama Pensyarah PUAN FAIRUZ BINTI ABDUL HALEEM SHAH Tarikh Hantar 7 MAC 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR Markah
2 Penghargaan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Pertama sekali, syukur alhamdulillah kehadrat ilahi di atas taufik dan hidayah-Nya telah menganugerahkan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Pengenalan Sejarah seni barat dan seni Oriental ini dengan jayanya seperti yang dirancang dalam masa yang ditetapkan. Berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan buat pensyarah saya iaitu Puan Fairuz binti Abdul Haleem Shah dan Dr Ezha atas sumbangan idea, nasihat, tunjuk ajar dan memberi maklumat ikhlas yang dihulurkan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Semoga Allah membalas jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Di kesempatan ini, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah seni yang lain atas segala teguran dan nasihat yang diberikan dari awal kajian hingga akhir. Buat keluarga dan kedua ibu bapa tersayang semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan berbanyak-banyak terima kasih di atas didikan dan semangat serta nasihat yang diberikan selama saya menyiapkan kerja kursus ini. Segala jasa dan pengorbanan mak dan ayah tidak akan anakanda lupakan.
3 Isi Kandungan No Isi kandungan Muka Surat 1 Muka hadapan 1 2 Penghargaan 2 3 Isi kandungan 3 4 1.0 Pengenalan 1.1Latar belakang catan aliran Impressionisme, Ciri gaya aliran, Contoh artis dan Karya A Woman Reading, Claude Monet, 1872 1.2Latar belakang Cetakan aliran Renaissance, Ciri gaya aliran, Contoh artis dan Karya. 4-6 5 2.0 Apresiasi dan kritikan seni visual 1.1 Karya A Women Reading Aliran Impressionisme 1.2 Karya Rhinoceros Aliran Renaissance 7-11 6 3.0 Perbezaan 12 7 Kesimpulan 13 8 Rujukan 14
4 1.0 Pengenalan. Impresionisme merupakan satu pergerakan seni ke-19 yang berasal daripada sekumpulan pelukis Paris. Pameran seni mereka memberi fokus kepada mereka pada tahun 1870 dan 1880 walaupun mereka sedang menghadapi kritikan keras daripada masyarakat seni konvensional Perancis. Nama gaya ini berasal daripada tajuk lukisan Claude Monet, “Impression Soleil Levant” yang menyebabkan pengkritik seni seperti Louis Leroy, mencipta perkataan itu dalam sebuah ulasan satira dalam akhbar Paris, Le Charivari. Pengkritik juga mengatakan bahawa hasil karya mereka hanyalah ‘kesan’ atau impression realiti dan nama itu kekal sehingga kini. Revolusi perindustrian dan perkembangan teknologi yang sedikit moden pada masa itu memberikan inspirasi kepada pergerakkan Impresionisme. Sebagai contohnya, teknologi fotografi merupakan salah satu punca berlakunya ancaman baru pada masa itu serta menjadikan kumpulan pengkarya seni mula berfikir cara untuk kekal berdaya saing melalui lukisan dan gaya mereka. Seterusnya, pelbagai idea muncul melalui perkembangan untuk menghasilkan sesuatu lukisan ke tahap yang lebih tinggi. Idea ini tercetus apabila mulanya kelajuan untuk menghasilkan karya. Mereka mengambil langkah untuk menghasilkan karya dengan lebih cepat setelah melihat subjek atau objek yang ingin dilukis. Aliran impresionisme bertujuan untuk merakam warna tulen cahaya. Sebagai contohnya dalam eksperimen prisma warna Newton. Ciri-ciri yang terdapat dalam aliran impresionisme ialah gambar yang dilukis tidak jelas dan hanya impresi yang menjadikan karya realistik daripada jauh sahaja. Kebanyakkan karya memfokuskan pada pantulan cahaya pada subjek dan bukan untuk melukis subjek sematamata. Tambahan pula, untuk menghasilkan sesuatu karya yang menepati ciri-ciri aliran ini mereka perlu menggunakan berus kecil yang lebih dikenali sebgai “dap” yang merupakan istilah luar untuk “shuffle”. Mereka menggunakan sapuan berus pantas dan memilih untuk menggunakan warna tanpa campuran untuk menjimatkan masa. Karya pada aliran ini tidak menggunakan warna hitam sama sekali. Claude Monet merupakan seorang pengasas lukisan pada aliran Impresionisme, Perancis. Beliau merupakan pengamal tekal falsafah meluahkan tanggapan pelukis tentang alam semula jadi seperti lukisan landskap luar. Contohnya suasana pada waktu pagi (subuh), petang dan banyak lagi. Pergerakan itu telah menghasilkan banyak karya dalam genre tersebut. Oscar-Claude Monet atau dikenali sebagai Claude monet lahir pada 14 November 1840 di Paris, France dan meninggal pada 5 Disember 1926 pada usianya 86 tahun. Kemudian, terdapat banyak karya yang telah dihasilkan oleh Claude Monet antaranya ialah
5 On the bank of the seine Bennecourt, 1868 dan A women Reading, 1871 serta banyak lagi karya yang telah beliau hasilkan. Renaissance merupakan satu pergerakan yang pertama berlaku di Eropah selepas zaman pertengahan. Istilah renaissance berasal daripada perkataan renaitre Latin yang terdiri daripada dua perkataan iaitu “re” yang membawa maksud kembali dan naitre bermaksud dilahirkan. Oleh itu, aliran renaissance dimaksudkan sebagai aliran kelahiran semula. Hal ini kerana terdapat ‘Kelas XI Sejarah e-Modul: Pemikiran Di Sebalik Renaissance dan Aufklarung’ Oleh Heri Purwanto, Renaissance merupakan salah satu tempoh yang berlaku pada abad ke-14 hingga ke-17. Kemudian, pergerakan ini sebenarnya bermula daripada itali dan tersebar meluas di seluruh Benua Eropah. Ahli sejarah yang mula-mula memperkenalkan istilah renaissance ini ialah Jules Michelet melalui karyanya ‘Histoire de France’. Justeru, ciri ciri utama aliran renaissance adalah humanisme yang membawa maksud memanusiakan orang dan empirisisme pula membawa maksud kebebasan pembangunan sains serta rasionalisme iaitu kebebasan dalam membangunkan minda. Pada awalnya, Renaissance berlaku sebagai tindak balas daripada tingkah laku penguasaan geraja atau penganut di sana terhadap kesemua aspek masyarakat Eropah. Tambahan pula, keadaan pertengahan zaman Eropah dikenali sebagai tempoh zaman Gelap. Dimana zaman pertengahan berlaku selepas Empayar Rom pada abad IV masihi. Pada zaman itu, idea itu berkembang kepada sains perlu bertunjangkan agama. Ini menjadikan salah satu sebab gereja menguasai semua aspek kehidupan manusia termasuklah dari bidang kerajaan, ekonomi, Pendidikan dan sosiobudaya. Walau bagaimanapun, kemunculan Renaissance juga dipengaruhi oleh latar belakang ekonominya yang tertutup. Hal ini kerana ekonominya hanya dikawal oleh pemerintah. Kesannya menjadikan kehidupan orang ramai terkurung sehingga harga diri seseorang itu jatuh. Justeru, kebanyakan kemajuan dalam sains, seni, dan kerajaan yang telah dibuat oleh orang Yunani dan Rom telah hilang ditelan zaman sehingga kini. Selain itu, ciri-ciri utama cetakan aliran Renaissance ialah memfokuskan kearah agama khususnya Kristian dan Gereja Katolik. Tambahan pula, mereka bukan sahaja tertumpu kearah agama, malah mereka bercabang kepada subjek Mitologi, Yunani dan Rom serta portet individu. Sifat budayanya yang memberi tumpuan kepada aktiviti manusia dan dirinya sendiri. Antaranya ialah penafian keistimewaan kelas atasan oleh antifeodalizm. Seterusnya, visi baru orang kuno memberi tumpuan kepada kawasan ini. Gayanya ialah meniru alam semula jadi kerana bagi mereka alam semula jadi merupakan segala-galanya. Namun orang renaissance diabaikan akedemiknya dan intelek mula terbentuk sebagai lapisan sosial. Terdapat satu perubahan besar di dalam seni iaitu mengukir subjek secara realistik.
6 Ini dikatakan realisme yang melibatkan beberapa teknik yang menjadikan subjek dan latar belakang kelihatan seperti dalam kehidupan sebenar. Tokoh artis bergiat dalam aliran renaissance ialah Albrecht Dürer 21 Mei 1471 – 6 April 1528. Beliau merupakan seorang pelukis serta pembuat cetakan dan juga ahli teori jerman Renaissance. Beliau dilahirkan di Nuremberg. Beliau telah menubuhkan satu reputasi dan Berjaya meluaskan pengaruhnya di seluruh Eropah pada tahun 20-an kerana cetakan potongan kayunya yang berkualiti tinggi dan kemas. Hal ini kerana beliau berhubung dengan artis-artis utama di itali seperti Raphael, Giovanni Bellini dan Leonardo da Vinci. Antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah ‘Woodcut of his coat of arms’ dan ‘Rhinoceros, 1515’.
7 2.0 Aprisiasi dan Kritikan Karya. A Woman Reading, Claude Monet, 1872, Oil On Canvas, 50 cm x 65.6 cm, Walters Art Museum, Baltimore. Karya A Woman Reading merupakan karya Claude Monet pada tahun 1871. Claude Monet dilahirkan pada 14 November 1840 di Paris namun keluarganya telah berpindah ke bandar pelabuhan Le Havre, Perancis sejak beliau muda lagi. Walaupun dengan usianya yang masih muda, beliau telah mula melukis orang atau figura dengan baik sekali. Dengan bakat yang beliau ada, beliau dapat menghasilkan wang tambahan untuk menyara hidup. Sekitar usianya sebelas tahun, Claude berhasrat untuk memasuki sekolah seni. Justeru, ibunya menyokongnya manakala bapanya tidak bersetuju kerana bapanya ingin Claude mengambil alih perniagaan runcit keluarga. Beberapa tahun selepas ibunya meninggal pada tahun 1857, Claude pindah ke Paris untuk belajar seni di Academie Suisse. Perkara tersebut adalah serba sedikit asal usul pengkarya. Kemudian karya A Woman of Reading atau lebih dikenali sebagai Springtime dihasilkan oleh beliau kerana terinspirasi dengan isteri pertamanya iaitu Camille Doncieux. Di mana isterinya sedang duduk dengan tenang di bawah pokok kanopi ungu. Justeru lukisan ini telah di pamerkan di Muzium Seni Walters. Camelle dan Claude Monet telah berkahwin pada tahun 1870. Sebelum mereka bernikah Camelle telah berkhidmat sebagai model untuk lukisan monet pada tahun 1860 serta 1870. Dalam karya ini, komposisi Camelle sedang duduk dibawah pokok. Wajah dan bentuk figura tersebut berada pada tumpuan yang jauh. Pakaian yang di pakai oleh isterinya adalah sepadan dengan fesyen pada masa itu. Dimana corak riben zig-zag di tengah-tengah pakaian dan topi sebagai aksesori. Cahaya matahari yang telah menembusi daun pokok mewujudkan tompok-tompok
8 cahaya di atas tanah dan juga di atas baju isterinya. Lukisan itu menyerlahkan persepsi yang mempersona dalam kehidupan domestik. Teknik yang digunakan oleh Claude Monet untuk menghasilkan karya berikut ialah menggunakan sapuan berus pantas dan memilih untuk menggunakan warna tanpa campuran untuk menjimatkan masa. Beliau juga menggunakan berus kecil yang lebih dikenali sebagai “dap” yang merupakan istilah luar untuk “shuffle”. Selain itu, unsur seni yang terdapat di dalam karya A Woman Reading ialah garisan. Hal ini kerana garisan nipis yang digunakan dalam karya berfungsi untuk melahirkan rupa dan juga bentuk. Sebagai contohnya, unsur garisan digunakan untuk menghasilkan rupa dan bentuk figura isteri Claude. Tambahan pula garisan zig zag pula digunakan untuk menghasilkan jalinan atau corak pada pakaian isteri Claude. Kemudian, terdapat jalinan tampak yang didefinasikan sebagai kesan pada permukaan objek yang boleh dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Sebagai contohnya, karya ini menggunakan media cat minyak atas kanvas dan cat minyak bersifat rata serta tidak meninggalkan kesan timbul. Justeru, di dalam karya juga terdapat unsur rupa organik kerana rupa yang dihasilkan tidak mempunyai jirim. Kemudian, terdapat unsur bentuk ilusi. Hal ini terjadi kerana bentuk yang dilukis digambarkan pada permukaan rata atau lebih dikenali lagi sebagai bentuk maya. Contohnya bentuk topi, baju, buku dan sebagainya. Tambahan pula, terdapat ruang tampak kerana ia dilukis pada permukaan rata. Sebagai contohnya, ruang yang terdapat pada belakang, kiri dan kanan isteri Claude. Akhir sekali, Warna merupakan unsur yang paling penting dalam penghasilan sesebuah karya untuk menjadikan karya lebih menarik. Warna yang digunakan merupakan warna sejuk. Hal ini kerana ingin mewujudkan perasaan sunyi segar dan tenang. Seterusnya, prinsip seni adalah harmoni. Hal ini kerana harmoni merupakan hasil atau ulangan unsur-unsur seni yang seimbang. Harmoni yang dikatakan di dalam karya adalah dari segi garisan seperti pengulangan garisan di belakang isteri Claude yang membentuk rumput. Tambahan pula, karya tersebut mengandungi prinsip penegasan. Oleh itu, penegasan berfungsi sebagai pusat tumpuan bagi keseluruhan komponen. Seperti yang ada pada karya, pusat tumpuannya ialah pada rupa isteri Claude atau figura. Demikian, di dalam karya juga terdapat prinsip imbangan simetri. Keseimbangan merupakan kesamaan atau berpadanan dari segi berat. Sebagai contohnya, pada karya tersebut mempunyai pemberat yang seimbang kerana figura lebih berat pada bahagian kiri dan pada bahagian kanan di seimbangkan lagi dengan gaun dan daun pokok kanopi. Kemudian, prinsip lain yang terdapat pada karya ialah kontra. Dimana karya berfungsi untuk menimbukan sesuatu imej atau salah satu daripada unsur seni bercanggah dengan unsur-unsur yang lain. Prinsip kontra yang
9 dikatakan ialah dari segi warna seperti warna yang digunakan pada pakian figura lebih cerah dan latar belakang daun lebih gelap. Pada pendapat saya, karya tersebut sangat menarik dan kelihatan tenang kerana ia menggunakan warna sejuk dan lembut. Dengan subjek yang seimbang menjadikan karya tersebut lebih unik. Seterusnya, saya sendiri dapat merasakan suasana angin yang ringan di dalam karya tersebut kerana daun dan rumput tidak kelihatan kejung malah terdapat pergerakkan.
10 The Rhinoceros, Albrecht Durer, 1515, Woodcut, 23.5 cm x 29.8 cm, National Gallery of Art,Washington. Karya The Rhinoceros merupakan karya cetakan yang dihasilkan oleh Albrecht Durer. Albrecht Durer merupakan pelukis, pengukir artis grafik, ahli teori, serta seorang ahli matematik Jerman yang terkenal. Kebanyakan karyanya lebih kepada menangkap atmosfera dan bukannya menyampaikan penerangan topografi. Kemahiran beliau dalam kerja ukiran mendapat pengiktirafan yang meluas di Venice. Kerja-kerja ukiran kayu dibuat oleh beliau pada masa lapang. Secara tidak langsung hidupnya telah mencerminkan penguasaan kesan gambaran terhadap Chiaroskuro. Karya beliau iaitu The Rhinoceros yang menampakkan imej badak India merupakan salah satu karyanya yang paling dihargai yang digunakan dalam beberapa buku subjek sains di sekolah-sekolah Jerman. Beliau juga dianggap sebagai seorang artis yang terhebat pada zaman Renaissance Utara. Asal usul pengkarya ini adalah daripada Hungary lalu berhijrah ke Nuremberg pada tahun 1455. Pada tahun 1486, beliau meneruskan lagi kehidupan sebagai seorang perintisan untuk mempelajari reka bentuk lukisan serta ukiran kayu. Beliau telah mendapat bimbingan oleh pakar seperti Michael Wolgemut yang merupakan artis Nuremberg yang mempunyai ruang kerja yang besar dalam menghasilkan pelbagai karya seni. Beliau tetap dengan pendiriannya untuk kekal sebagai perantis selama 4 tahun. Potongan kayu yang dihasilkan oleh beliau bukanlah satu gambaran yang sebenar, malah ia menggambarkan haiwan dengan plat yang keras yang menutupi badannya seperti kepingan perisai. Tambahan pula, beliau meletakkan tanduk yang kecil pada bahagian belakang dan kaki yang bersisik seperti gergaji. Hal ini menjadikan karyanya tiada ciri-ciri seperti badak yang sebenar walaupun badak india mempunyai lipatan yang
11 mendalam pada kulitnya seperti perisai jika dilihat daripada jauh. Sebab beliau mengukir karya tersebut kerana dikatakan bahawa mereka tidak pernah melihat badak pada masa itu. Teknik yang digunakan oleh pengkarya ialah teknik “woodcut”. Teknik pembuatan ini dibahagikan kepada tiga proses. Antara kaedah yang sering digabungkan ialah kaedah planografik dan stensil. Seterusnya, dalam proses pelepasan bahagian negatif atau bukan cetakan, blok akan dipotong dan meninggalkan reka bentuk yang berdiri. Seterusnya, bahagian positif akan mewakili permukaan percetakan bahan bantuan yang digunakan ialah kayu dan linoleum. Terdapat pelbagai unsur seni yang terkandung di dalam karya tersebut. Antaranya ialah garisan berlingkar yang berfungsi untuk melahirkan rupa. Sebagai contohnya, unsur garisan berlingkar digunakan untuk menghasilkan rupa badak dengan sempurna. Kemudian, karya tersebut juga mengandungi jalinan tampak. Hal ini kerana selepas cetakan dihasilkan. Hasilnya tidak timbul serta tidak meninggalkan tekstur seperti teknik impasto. Oleh itu, hasil sesuatu karya dapat dilihat melalui deria penglihatan tetapi tidak boleh dirasa melalui sentuhan. Selain itu, terdapat rupa organik di dalam karya The Rhinoceros kerana pengkarya tidak menggunakan teknik hard edge malah menggunakan garisan melengkung untuk membentuk rupa. Justeru, bentuk yang dihasilkan adalah bentuk ilusi. Hal ini kerana bentuk yang dicetak terhasil pada permukaan rata serta berbentuk maya. Tambahan pula, cetakan yang dihasilkan oleh pengkarya adalah warna hitam. Seterusnya, prinsip yang terdapat di dalam karya The Rhinoceros ialah harmoni. Sebagai contohnya, harmoni dari segi garisan lingkaran yang berulang pada kaki dan badan badak. Demikian, terdapat prinsip penegasan di mana karya cetakan dibuat untuk menegaskan seekor badak india serta elemen yang terdapat pada badak itu. Sebagai contohnya perisai dan corak pada perisai tersebut. Karya ini mempunyai imbangan simetri kerana kiri dan kanan badak mempunyai berat dan graviti yang sama. Seterusnya karya ini mengandungi prinsip kepelbagaian kerana pengkarya tidak membuat badak sebenar malah beliau menambah perisai dengan corak yang bergerigi. Hal ini dapat menjadikan karya kelihatan menarik. Selain itu, karya yang dihasilkan mengandungi prinsip kesatuan kerana pengkarya mempunyai satu tema yang menyeluruh. Sebagai contohnya, corak pada perisai badak tersebut diulang sehingga menimbulkan aspek estetika. Pada pendapat saya, karya yang dibuat adalah sangat unik kerana pengkarya memiliki idea yang sangat kritis untuk memakaikan perisai kepada badak. Seterusnya, Ukiran yang dibuat sangat terperinci dan kemas.
12 3.0 Perbezaan Karya A Woman Reading dan The Rhinoceros Latar belakang -Bermula daripada Itali. -Muncul pada abad ke-14 hingga 17 a A Woman Reading, Claude Monet, 1872, Oil On Canvas, 50 cm x 65.6 cm, Walters Art Museum, Baltimore. The Rhinoceros, Albrecht Durer, 1515, Woodcut, 23.5 cm x 29.8 cm, National Gallery of Art,Washington. Ciri-Ciri -Menggunakan berus yang kecil. -Tidak menggunakan warna hitam. -Objek tidak jelas. -Fockus pada pantulan cahaya dan objek. Media -Menggunakan cat minyak Aprisiasi Unsur Prinsip -Garisan -Harmoni -Jalinan -Penegasan -Rupa -Imbangan -Warna Simetri -Bentuk -Kontra -Ruang Ciri-ciri -Memberi tumpuan kepada aktiviti manusia Media -Dakwat hitam disapukan ke atas potongan kayu Aprisiasi Unsur Prinsip -Garisan -Harmoni -Jalinan -Penegasan -Rupa -Imbangan -Warna Simetri -Bentuk -Kepelbagaian -Ruang -Kesatuan -Berbentuk 2D. -Peniruan alam semula jadi naturalism. -Karyanya realistik. -Komposisi yang seimbang. Latar belakang -Berasal daripada pelukis paris. -Muncul pada abad ke-19
13 Kesimpulan Di dalam penulisan ini saya telah mempelajari banyak benda baharu dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah asal usul artis seperti Claude Monet serta latar belakangnya. Tambahan pula, saya telah mengatahui teknik untuk membuat cetakan lino dan cara untuk menhasilkannnya. Seterusnya dengan membuat aprisiasi saya dapat mengetahui keseluruhan karya dengan ringkas.Tambahan pula, dengan kerja kursus ini saya dapat memperbaiki penulisan saya dengan lebih teratur. Seterusnya, saya juga dapat menambahkan lagi ilmu dalah sejarah barat. Hal ini kerana saya terlalu focus kepada karyakarya tempatan sahaja. Seterusnya, dengan pengalaman yang dihadapi oleh pengkarya menjadikan saya untuk lebih bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan dalam bidang seni. Tambahan pula, saya perlu menimba lagi ilmu dalam pelbagai zaman bukan sahaja pada zaman Renaissance atau Impressionisme.
14 Rujukan awecheim Follow. (n.d.). Cetakan. Share and Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved February 16, 2023, from https://www.slideshare.net/awecheim/cetakan Cetakan di Negara Barat. prezi.com. (n.d.). Retrieved February 16, 2023, from https://prezi.com/p/a3ngle2jq0zg/cetakan-di-negara-barat/ Sabat, O. (n.d.). Sejarah Renaissance: Latar Belakang, tokoh-tokoh, Dan Pengaruhnya. detikedu. Retrieved February 20, 2023, from https://www.detik.com/edu/detikpedia/d5784823/sejarah-renaissance-latar-belakang-tokoh-tokoh-dan-pengaruhnya Thabroni, oleh G. (2022, August 15). Impresionisme : Pengertian,ciri,Tokoh, Contoh Karya & Analisis. serupa.id. Retrieved February 19, 2023, from https://serupa.id/impresionisme/