The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA ) PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Suzy, 2021-10-13 18:59:22

8 MAKANAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW

PAMERAN BERTEMA ( MAYA ) PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
8

MAKANAN SUNNAH
NABI MUHAMMAD SAW

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

DELIMA

Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan
bahagian isinya kerana buah ini berfungsi
membersihkan perut”. Buah delima baik untuk
kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk
mengubat batuk. Berguna mengubat radang
usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan
mengatasi jantung berdebar.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

KURMA

Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air
besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian
oleh Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains
Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak
digalakkan memakan lebih khasiat dari segi proses
pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-
kanak yang sihat. Dari segi perubatan, amalan
memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan
risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti
jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan
wanita yang hamil dan anak yang dikandung,
memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga
tambahan.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

ZAITUN

Rasulullah bersabda : “Minumlah minyak
zaitun dan gunakalah ia sebagai minyak
rambut kerana minyak zaitun berasal dari
pohon yang diberkati”. Minyak Zaitun boleh
juga mengatasi racun, melapangkan perut,
mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit
dan melambatkan pertumbuhan uban dan
merendahkan kandungan kolestrol dalam
badan.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

ZA’FARAN

Dalam kitab perubatan karangan Abdul
Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran
sejenis tumbuhan ubat terkenal yang
diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina
Saidina Ali pernah menyatakan: “Sesiapa
yang mengambil sebahagian za’faran tulen
dan su’di satu bahagian dicampur dengan
madu diminum sebanyak dua sudu pada
setiap hari maka dikagumi ingatannya
sehingga dituduh melakukan sihir”.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

BUAH TIIN

Allah pernah bersumpah atas nama Buah
Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini
mengandungi banyak khasiat dan
kegunaanya (Surah At-Tiin). Ia boleh

menghilangkan batu buah pinggang dan
batu karang, juga sebagai anti racun. Ia
termasuk buah yang paing tinggi zatnya.
Baik untuk mengatasi sakit kerongkong,

dada, mencuci hati dan limpa,
membersihkan kahak dan melancarkan

buang air kecil.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

HABBATUS SAUDA’

Khasiat Habbatus Sauda’ diketahui melalui
Hadis yang sangat masyhur dalam

perubatan Islam. Rasulullah bersabda :
“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini

kerana sesungguhnya padanya terdapat
penawar bagi segala penyakit kecuali as-
saam (mati)” Hadis Riwayat Bukhari dan

Muslim.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

MADU

Firman Allah Dalam Surah An-Nahl ayat 68-69
bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu)
yang berlainan warnanya dari dalam badannnya yang
mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi
manusia” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan
enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi,
karbon, magnesium, potassium (kalium) kuprum dan
silika untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan
mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal,

hendaklah ia minum manisan madu”

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.

KISMIS

Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang
ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah
memakan zabib (kismis)”. Ada hadis yang

menyebut : “Sebaik-baik makanan ialah
buah zabib (kismis) ia menghilangkan

keletihan, menguatkan urat saraf,
meredakan kemarahan, mencerahkan
warna kulit dan menharumkan bau hidung

serta mulut”.

PAMERAN BERTEMA ( MAYA )
PUSAT SUMBER ZAABA SK SG KELAMBU.


Click to View FlipBook Version