The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh :
Pusat Sumber Zaaba
SK Sungai Kelambu
2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Suzy, 2021-05-10 21:10:59

Pameran Hari Raya 2021

Disediakan oleh :
Pusat Sumber Zaaba
SK Sungai Kelambu
2021

Sambutan Hari
Raya Aidilfitri

2021

PAMERAN BERTEMA PUSAT SUMBER ZAABA SK

SUNGAI KELAMBU 2021

Pengenalan

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ‫عيد الفطر‬ʿ ;Īd al-Fiṭr; "perayaan buka
puasa") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat
Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris,
Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh
dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan
Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa
dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat
Islam, selain Hari Raya Korban.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Cara Penentuan Tarikh
1 Syawal

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara iaitu :

• Melalui rukyah (melihat anak bulan)

Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,
ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-
10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan
akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah
petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat
strategik.

• Secara hisab (kiraan).

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Zakat Fitrah

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya
tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang
dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga
masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang
telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan
mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula
dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat
Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat
Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah
bagi memberi peluang kepada mereka yang belum
membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan
disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Takbir Raya Lafaz Takbir Raya

Apabila tarikh Hari Raya telah
ditentukan, umat Islam akan
bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh
bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri
adalah antara terbenamnya
matahari (hari terakhir bulan
Ramadan) sehingga solat sunat
Hari Raya Aidilfitri bermula pada
pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari
raya disambut pada pagi hingga
malam.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Amalan Sunat
di Hari Raya

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

1. Mandi sunat Hari Raya
Aidilfitri

Kita disunatkan untuk mandi sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi
Syawal sebelum keluar ke masjid dengan niat kerana kedatangan
Aidilfitri.

2. Makan sebelum solat
Aidilfitri

Tujuan disunatkan makan sedikit sebelum bersolat Aidilfitri adalah
untuk menunjukkan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berpuasa
pada 1 Syawal. Sebaiknya, hendaklah makan buah kurma dengan
bilangan yang ganjil sebelum keluar rumah untuk menunaikan solat.
Ini kerana kebiasaannya, Rasulullah S.A.W. akan memakan kurma
dalam jumlah yang ganjil pada pagi Hari Raya.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

3. Berjalan kaki ke masjid dan
menggunakan jalan yang berlainan
untuk pergi dan balik

Berjalan kaki menuju ke masjid untuk bersolat hari raya adalah lebih
afdal dan sunat dilakukan berbanding menaiki kenderaan.

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. menukar
jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat
hari raya. Baginda sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang
berlainan, (HR Bukhari).

Tujuan Baginda adalah supaya dapat bertemu dengan lebih ramai
orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman serta memohon
maaf.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

4. Menunaikan solat sunat Aidilfitri

Perkara yang dilakukan oleh umat Islam pada pagi
Syawal adalah menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ibn
Abbas r.a berkata: Rasulullah S.A.W. telah keluar pada
hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari
raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan
sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya. (HR al-
Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989).

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

5. Memakai pakaian yang terbaik dan
indah

Kita digalakkan untuk memakai pakaian yang terbaik dan indah pada hari
raya Aidilfitri, namun dengan mengikut kemampuan masing-masing dan
tidak membazir. Bagi kaum lelaki, disunatkan untuk memakai bau-bauan
yang wangi.

6. Memperbanyakkan takbir

Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan
Syawal telah dilihat dengan jelas. Takbir ini kemudiannya hendaklah
diteruskan lagi pada pagi Syawal. Firmah Allah S.W.T. dalam surah al-
Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir)
kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur.”

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

7. Mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri

Lafaz ucapan hari raya bagi umat Islam di Malaysia yang kebiasaannya
diucapkan adalah ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin’.
Lafaz ini juga sudah memadai. Bagaimanapun, apa yang menjadi amalan
para salafussoleh dan menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W. adalah
mengucapkan “taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima
amalan kami dan amalanmu).”

8. Bergembira pada Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal dan munasabah. Setelah
sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah
kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu
dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk
menghidupkan suasana gembira dalam keluarga masing-masing pada
hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

9. Berziarah dan merapatkan ukhwah
sesama Islam

Merupakan amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di
Malaysia. Berziarah sesama saudara mara, rakan taulan dan jiran
tetangga merupakan satu amalan yang amat digalakkan dilakukan
pada bulan Syawal. Ia diharapkan dapat mengukuhkan kembali
silaturahim yang mungkin pernah terputus sebelum ini atau
merapatkan jurang sesama insan yang mungkin agak renggang

1se0be.luMm iniednisegbaebkrajnakkesaibunkanpkeurjaa. sa sunat enam dalam
bulan Syawal

Puasa sunat enam boleh dilakukan pada mana-mana hari
dalam bulan Syawal, bermula dari Syawal kedua, sama ada
secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Namun, cara yang
paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan
berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut
(bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh
para ulama.
PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari
Raya

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya
1. Ketupat

Juadah terkenal semasa perayaan Hari Raya di
Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa
yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah
nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau
daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan
rendang dan kuah kacang.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

2. Lemang Lemang juga telah dicatatkan
sebagai hidangan paling istimewa
Lemang diperbuat menggunakan beras sejak tahun 1864 lagi. Cara
pulut serta santan yang dimasukkan ke memasak lemang adalah
dalam ruas buluh. Buluh tersebut perlu menggunakan kaedah membakar
dilapik dengan daun pisang terlebih yang mengambil masa beberapa
dahulu. Lemang merupakan antara jam untuk memasaknya.
makanan tradisional yang masih popular
hingga ke hari ini dan ianya sangat Kaedah memasak menggunakan
digemari oleh pelbagai lapisan buluh ini merupakan kaedah
masyarakat. memasak yang digunakan oleh
kaum asli di Malaysia. Ia enak
dimakan bersama rendang dan
juga serunding. Lemang juga
menjadi kegemaran masyarakat
orang asli Negrito di Kelantan,
suku kaum Semai dan
Minangkabau

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

3. Rendang Ter.dapat pelbagai jenis rendang
yang boleh anda temui iaitu
Hidangan rendang cukup popular rendang ayam, rendang daging,
semasa hari raya. Ia enak dimakan rendang ikan, rendang kerang dan
bersama lemang, pulut kuning dan bermacam lagi. Antara bahan yang
nasi himpit. digunakan untuk menghasilkan
rendang adalah cili kisar, santan,
bawang, daun kunyit, daun limau
purut serta kerisik.

Rendang ini boleh dimasak
sehingga kering atau sedikit
berkuah bergantung kepada
citarasa masing – masing.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

4. Nasi Impit Ia . antara makanan tradisional
Malaysia yang dihasilkan dari
Nasi himpit merupakan nasi yang beras yang dimasak serta dimakan
ditekan atau dihimpit sehingga di bersama kuah kacang. Nasi impit
dalam bekas sehingga menjadi ini juga boleh dimakan bersama
ketulan yg besar. Ianya kemudian rendang, serunding, sambal
dipotong menjadi kecil-kecilan. goreng dan sebagainya.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya
5. Kuah Kacang .

Kuih kacang terdiri daripada bahan Sesetengah orang mungkin telah
seperti kacang tanah kisar, santan, menambah bahan – bahan lain di
halia, bawang merah, lengkuas, serai dalam kuah kacang, namun yang
dan sebagainya. Setelah menumis penting rasa serta tekstur kuah
bawang dan cili, kesemua bahan kacang masih dikekalkan tanpa
disatukan di dalam periuk dan mengubah rasa sebenar kuah
dimasak sehingga kuah kacang kacang ini.
menjadi pekat.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

6. Serunding .

Terdapat pelbagai jenis serunding
yang disajikan untuk dimakan
bersama lemang, ketupat atau nasi
himpit. Ia terdiri daripada serunding
kelapa, daging, ayam mahupun ikan.

Ia diperbuat menggunakan rempah
serta bahan – bahan dan dimasak
sehingga kering. Proses memasak
serunding ini mengambil masa
yang agak lama. Ianya agak kering
dan memang enak dimakan.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

7. Lontong .

Lontong antara hidangan yang turut
mendapat perhatian. Ia merupakan
hidangan yang terdiri daripada nasi
himpit bersama sayur lodeh

Kuah lodeh yang disediakan terdiri
dari campuran sayur – sayuran
seperti kacang panjang, lobak
merah, serai, lengkuas, santan,
tauhu serta tempe. Ia juga dimakan
bersama sambal bilis yang begitu
enak

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

8. Lontong .

Lontong antara hidangan yang turut
mendapat perhatian. Ia merupakan
hidangan yang terdiri daripada nasi
himpit bersama sayur lodeh

Kuah lodeh yang disediakan terdiri
dari campuran sayur – sayuran
seperti kacang panjang, lobak
merah, serai, lengkuas, santan,
tauhu serta tempe. Ia juga dimakan
bersama sambal bilis yang begitu
enak

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

9. Dodol .

Biarpun tidak ramai lagi yang
membuatnya secara tradisional, namun
dodol tetap mendapat permintaan ramai.
Kehadiran dodol ini pelengkap juadah
hari raya.

Dodol diperbuat daripada santan
kelapa, tepung beras, gula melaka, gula
pasir dan sedikit garam. Selain perisa
asli, dodol juga diperbuat dengan
pelbagai rasa seperti rasa durian dan
pisang.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

10. Pelbagai Hidangan Nasi. / Nasi Minyak /
Nasi Beriyani / Nasi Dagang

Pelbagai jenis nasi boleh dihidangkan ketika hari raya.
Sesetengah tetamu lebih menggemari nasi sebagai
hidangan hari raya.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Juadah Hari Raya

11. Sate .

Sate juga antara hidangan yang disajikan buat para
tetamu. Terdapat pelbagai jenis sate yang boleh
disajikan seperti sate ayam, sate daging, sate perut,
sate ikan dan sebagainya. Ia enak dimakan bersama
kuah kacang dan nasi himpit

Hidangan sate ini agak
ringkas namun mampu
mengenyangkan para
tetamu yang datang.

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021

Sumber Rujukan

https://today.salamweb.com/ms/10 SELAMAT HARI RAYA
-amalan-sunat-dilakukan-pada- AIDILFITRI
aidilfitri/ 1442H

https://saji.my/menu-hari-raya/ DARIPADA:
https://ms.wikipedia.org/wiki/ PUSAT SUMBER ZAABA
SK SUNGAI KELAMBU
Hari_Raya_Aidilfitri

PUSAT SUMBER ZAABA SK SUNGAI KELAMBU 2021


Click to View FlipBook Version