eRMATA
INFO TUN SHARIFAH RODZIAH
Dilahirkan pada tahun 1920 di Alor Setar, Kedah. Beliau
merupakan seorang saudara jauh kepada Tunku Abdul
Rahman Putra. Beliau merupakan puteri kepada Syed
Muhammad Alwi Barakbah. Beliau lebih dikenali sebagai
“Pah Tam” dalam kalangan keluarganya. Tunku bertemu
jodoh dengan Tun Sharifah Rodziah pada tahun 1939.
Ketika itu Tun Sharifah Rodziah baru sahaja berusia 19
tahun.
Sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri
Malaysia beliau amat menyokong kuat akan kerjaya
suaminya. Beliau sering mendampingi Tunku dan
memberikan semangat kepada Tunku untuk negara
mencapai kemerdekaan. Beliau turut sama berjuang
bersama para wanita untuk mempersiapkan negara
menuju kemerdekaan. Beliau merupakan Presiden
Persatuan Bola Sepak Wanita dan juga Presiden Seumur
Hidup Persatuan Bola Sepak Wanita Asia bermula tahun
1974 hingga 2000. Sebagai menghormati jasa beliau
terhadap kebajikan wanita dan kanak-kanak serta
peranan beliau sebagai seorang isteri Perdana Menteri
Malaysia, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan
Wanita Malaysia (NCWO) telah memilih beliau sebagai
seorang tokoh wanita Malaysia dan mengurniakan Pingat
Emas Tun Fatimah pada 27 Oktober 1974.
Tun Sharifah Rodziah dianugerahkan Darjah Seri
Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T) oleh Tuanku Ismail
Nasiruddin. Bagi menghargai jasa beliau, pada 31 Ogos
1970, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin
berkenan menganugerahkan Darjah Seri Maharaja
Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran 'Tun'
kepada beliau. Beliau merupakan penerima wanita
tunggal darjah kebesaran ini daripada kalangan orang
kebanyakan. Sebelum ini, darjah S.M.N. ini hanya
dikurniakan kepada permaisuri sahaja untuk penerima
daripada kalangan wanita. Tun Sharifah menghembuskan
nafas terakhir pada 12 Mac 2000, sepuluh tahun selepas
pemergian Almarhum Tunku pada usia 80 tahun. Beliau
dimakamkan di Makam DiRaja Langgar Alor Star
bersebelahan dengan makam suaminya.
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 I
ISI KANDUNGAN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
INFO TUN SHARIFAH RODZIAH I 3
ISI KANDUNGAN II
SEJARAH SEKOLAH 1
TOKOH PENGETUA 2
IDENTITI SEKOLAH: LENCANA, BENDERA, LAGU SEKOLAH
VISI, MISI, MOTO, SLOGAN, PIAGAM PELANGGAN 4
SENARAI GURU & STAFF 5
KATA ALU-ALUAN PENGETUA 6
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG 7
KATA ALU-ALUAN KETUA MURID 8
KATA ALU-ALUAN KETUA SIDANG REDAKSI 9
AJK SIDANG REDAKSI (GURU) 10
AJK SIDANG REDAKSI (MURID) 11
PENGURUSAN SEKOLAH 12
STAFF SOKONGAN 13
AJK PIBG 14
JABATAN BAHASA 15
JABATAN KEMANUSIAAN 16
JABATAN SAINS DAN MATEMATIK 17
JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 18
GURU AKADEMIK TINGKATAN 6 19
AJK PENGAWAS SEKOLAH 20
AJK PENGAWAS PUSAT SUMBER 21
AJK PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 22
AJK RAKAN MUSLIMAH 23
ANALISIS SPM DAN STPM 24-25
PELAJAR CEMERLANG SPM DAN STPM 26-35
AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 33-65
JASAMU DIKENANG 66-67
UNIT BERUNIFORM 68-75
PERSATUAN AKADEMIK 76-82
KELAB BUKAN AKADEMIK 83- 92
KELAB PERMAINAN 93-100
KOKURIKULUM TINGKATAN 6 101-106
ALBUM KELAS 107-135
KARYA KREATIF 136-143
TAMAN KENANGAN PRAUNIVERSITI 144-149
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 II 1
SEJARAH SEKOLAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
PROFIL SEKOLAH
KETIBAAN MENTERI PELAJARAN UPACARA PERASMIAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah diasaskan pada tahun 1963. Pada
peringkat awal, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Perempuan Telok Chengai.
Jumlah muridnya pada masa itu ialah seramai lebih kurang 280 orang dan tenaga pengajarnya
seramai 16 orang guru wanita. Setelah lebih kurang setahun menumpang di bangunan Sekolah
Menengah Sultanah Asma (S.A.S), barulah dapat berpindah ke bangunan dan tapak sendiri di tempat
yang ada kini, iaitu di Batu 2 1/4 Jalan Kuala Kedah pada hujung tahun 1963.
Pada tahun permulaan, bangunan asalnya terdiri daipada lima blok, iaitu tiga blok bilik darjah,
satu blok asrama dan satu blok dewan makan asrama. Pada awal penubuhannya, bahasa pengantar
yang digunakan ialah bahasa inggeris, kemudia pada tahun 1964 diperkenalkan bahasa pengantar
melayu. Kedua-dua bahasa itu berjalan seiring sehingga tahun 1979, bahasa pengantar inggeris
dimansuhkan seiring degan perubahan dasar pendidikan negara.
Pengetua yang pertama ialah Cik Bathmavathy Samy. Pada peringkat awal, sistem pendidikan
dan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah ini ialah Sistem Sekolah Pelajaran Lanjutan, iaitu
pengambilan bagi para pelajar sekolah rendah yang terkandas dalam peperiksaan ke sekolah
menengah. Sistem ini kemudiannya bertukar menjadi sistem sekolah menengah biasa apabila
peperiksaan ke sekolah menengah dimansuhkan.
Pada tahun 1968, Sistem Pelajaran Aneka Jurusan pula diperkenalkan di sekolah ini. Mana-mana
murid yang terkandas di dalam peperiksaan LCE atau SRP diberi peluang memasuki kelas tingkatan 4
Aneka jurusan kelas vokasional. Mata pelajaran yang diajar di sekolah pada waktu itu ialah Sains
Rumah Tangga iaitu bidang masakan dan jahitan. Pada tahun kedua, iaitu semasa tingkatan lima,
pelajar-pelajar ini akan menghadapi peperiksaan SPVM. Jumlah kelas Vokasional pula hanya sebuah
bagi tingkatan empat dan sebuah lagi bagi tingkatan lima pada setiap tahun. Sistem Pelajaran
Vokasional ini telah dimansuhkan dan ditamatkan pada tahun 1973. Selepas tarikh tersebut hanya
satu jenis kurikulum sahaja dipraktikkan di sekolah ini, hinggalah ke hari ini.
Pembukaan rasmi sekolah ini telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Haji Abdul
Rahman Bin Yaakob pada 18 Oktober 1969 atas jawatan beliau sebagai Menteri Pelajaran pada
ketika itu. Nama baru sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, diambil
sempena nama isteri YTM yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Penukaran nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah telah
disempurnakan sendiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Sharifah Rodziah pada bulan Julai 1978
apabila beliau dikurniai gelaran Tun. Mulai tahun 2002, kelas tingkatan enam atau PraUniversiti dibuka
di sekolah ini dengan jumlah pelajar 135 orang bagi 3 kelas. Aliran kelas ditawarkan ialah pakej
Ekonomi dan Pengajian Perniagaan. Kini, kelas tingkatan enam atas dan enam rendah menawarkan
aliran Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Seni Visual.
Kini, SMKTSR berkembang pesat dengan sepuluh blok dan terdapat pelbagai kemudahan
prasarana yang kondusif untuk memenuhi keperluan pendidikan masa kini . SMK Tun Sharifah Rodziah
berkembang menjadi antara sepuluh sekolah pilihan di daerah Kota Setar.
Pada tahun ini jumlah penuntut di sekolah ini ialah seramai 745 orang, tenaga pengajar seramai
71 orang dan kakitangan bukan akademik berjumlah 12 orang . Pencapaian para pelajar dalam
peperiksaan PT3, SPM dan STPM membuktikan SMKTSR mampu bersaing dengan sekolah lain di
daerah Kota Setar. Malah, kejayaan dalam kokurikulum hingga ke peringkat kebangsaan turut
membanggakan warga sekolah ini.
Semoga kejayaan ini berkekalan. Adalah diharapkan dengan semangat 'Maju Terus Juara' akan
meningkatkan kesungguhan seluruh warga sekolah mengorak langkah memecah paradigma untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada tahun-tahun berikutnya selaras dengan slogan
sekolah “Maju Terus Juara”.
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 1
TOKOH PENGETUA
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
SEJARAH PENGETUA
PENGETUA KETUJUHBELAS PUAN SARIZA BINTI MD SALEH
PN. FAREHAH HUSSEIN PENGETUA SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
20018-2020
2020 - SEHINGGA KINI
PENGETUA KEENAMBELAS PENGETUA KELIMABELAS PENGETUA KEEMPATBELAS PENGETUA KETIGABELAS
PN. HJH. CHE ROKIAH MD. ISA PN. ROGAYAH TALIB PN. HJH. RAHMAH YUSAK PN. HJH. ISHAH SADIN
2016-2017 2011-2013
2017-2018 2013-2016
PENGETUA KESEMBILAN PENGETUA KESEPULUH PENGETUA KESEBELAS PENGETUA KEDUABELAS
PN. HJH. FARIDAH ABDULLAH PN, HJH HAFDZAH HJ, AHMAD PN. HJH. SZIZAH NASAN
PN. HJH. SHARIFAH ASMA SYED AHMAD
2006-2007 2007-2006 2009-2011
1998-2005
PENGETUA KELAPAN PENGETUA KETUJUH PENGETUA KEENAM PENGETUA KELIMA
CIK MAK SOOI JEE PN. HJH ZABEDAH HJ. MANSOR PN. HJH MOHD ALI TN. HJ. MUKHTAR HJ. ABDULLAH
1995-1998 JULAI 1992 –JAN 1992 1983-1992 1980-1982
PENGETUA PERTAMA PENGETUA KEDUA PENGETUA KETIGA PENGETUA KEEMPAT
PN. BATHMAWATHY A/P SAMY PN. HJH NOORIN MOHD PN. NORAINI MHMUD PN. WOK KHADIJAH MD SALEH
JULAI 1977-DIS. 1977
1963-1968 KASSM 1978 -1979
1969-1977
TSR MAJU TERUS JUARA
PERMATA EDISI KE-17 2
PROFIL SEKOLAH
BENDERA PUTIH
Keikhlasan memburu pendidikan dan bidang
lain.
KUNING
Kegemilangan/kejayaan berkat daripada
pengetahuan/berilmu.
PERANG
Ketegasan dan kecekalan.
MERAH
Keberanian dalam mengharungi kehidupan.
LENCANA OBOR
Melambangkan kegigihan para pendidik yang menjalankan
tugasdan membentuk masyarakat berilmu.
BULAN SABIT
Melambangkan Pendidikan Agama merupakan
intisari membentuk akhlak.
BENTUK MATA PEN
Pendidikan yang bermatlamat .
LAGU SEKOLAH
Pengetahuan tangga kejayaan Mengorak langkah sederap bersama
Keazaman kami semua Harum mewangi bunga bangsa
Dalam memacu cita-cita Berilmu beramal dan berjasa
Warga gemilang yang berjasa Demi agama, bangsa dan negara
Pelbagai bidang demi negara Maju terus juara
Pelbagai bidang demi negara Iltizam kami semua
Lagu : Khairil Fauzi Ali
Lirik : Ahamad Fauzi Hasan
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 3
PROFIL SEKOLAH
VISI
“ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MOTO
“PENGETAHUAN TANGGA KEJAYAAN”
PENGETAHUAN (ILMU MEMBAWA KEJAYAAN)
TANGGA (TAHAP KEJAYAAN DARI SEGI ROHANIAH, JASMANIAH DAN
PEMIKIRAN)KEJAYAAN (KEGEMILANGAN)
SLOGAN
“MAJU TERUS JUARA”
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah
Rodziah, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :
Memastikan kebajikan dan keselamatan semua pihak
diutamakan dengan bersikap penyayang terhadap murid
dan menganggap.... “Muridku.....anakku dan harapanku”
Memastikan semua murid mengikuti pembelajaran dan
pengajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Memastikan semua guru dan staf sokongan yang baru
bertugas menerima gaji dalam tempoh tiga bulan.
Memastikan agihan tugas dan waktu mengajar yang adil
dan seimbang mengikut opsyen.
Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan
kami dilayan penuh mesra, cepat dan memuaskan hati.
Memastikan segala aduan daripada ibu bapa/ penjaga
akan menarik baliK perhatian dan tindakan segera.
Sentiasa memberi layanan mesra dan responsif. Memastikan
surat-menyurat dan laporan dihantar ke kementerian, JPN
dan PPD sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 4
SENARAI GURU DAN STAF
BIL NAMA GURU BIL NAMA GURU
1 SARIZA BINTI MD. SALEH 36 MUMTAZATI BINTI ZAKARIA
2 KHAIRIAH BINTI HJ. MAT SAAD 37 NAFSIAH BINTI SHUKOR
3 CHE JAMILAH BINTI ABD RAZAK 38 NAJWA BINTI HASSAN
4 MOHD SAARI BIN AHMAD 39 NASRIYYAH BINTI HJ. AZAHARI
5 NOORIANI BINTI HAMID 40 NOOR AZIRA BINTI MOHD HUSSIN
6 JAMILAH BINTI IBRAHIM 41 NORHAFIZAH BINTI RAZALI
7 CHE LATIFAH BINTI MOHAMAD ALI 42 NOR HAFEDA BINTI HASHIM
8 JAMALIAH BINTI AHMAD 43 NOR SHIDA NAJWA BINTI BAHERAN
9 MOHD FIKRI BIN HASHIM 44 NORAZILAH BINTI OTHMAN
10 ABDUL MUTALIB BIN MOHD SAAD 45 NORBAIZURA BINTI MOHAMMAD RA
11 AFIDA BINTI AHMAD 46 NORIAH BINTI MD ISA
12 ARNIDA BINTI HJ ARIFFIN 47 NUR SAFAWATI BINTI AZMI
13 ASMA BINTI YUSOFF 48 NURUL JAZMINA BINTI MD ISA
14 AZARIAH BINTI YAHYA 49 OOI CHEE SEONG
15 CHE ZAINAB BINTI HASHIM 50 RAIHANA BINTI YUSOFF
16 HAHZLINNA @ HAZLINNA BINTI ABD RAUF 51 RODZIAH BINTI RAMLI
17 HAMIDAH BINTI ABD AZIZ 52 ROGAYAH BINTI MAN
18 HASHIMAH BINTI HASHIM 53 ROHIMAH BINTI ARSHAD
19 HASIROH BINTI JUSOH 54 ROZAINI BINTI FAKURDIN
20 HUSNA BINTI HARUN 55 ROZIAH BINTI IBRAHIM
21 HUSNIZA BINTI YAHAYA 56 SALIMAH BINTI ABD RAHMAN
22 IZATUL FARIZA BINTI IBRAHIM 57 SALINA BINTI MANSOR
23 JASMIDAR BINTI ABD MAJID @ AZIZ 58 SHAHIDAH BINTI ABDUL HALIM
24 LILY DZARLEENA BINTI SHAMSURI 59 SHAHRUL NAIMAN BIN BASRI
25 LIM CHOON SHIANG 60 SHARIFAH NURUL IZANI BT SYED MO
26 LIYANA IZZATI BINTI RUSLI 61 SHARUDDIN BIN SAAD
27 MAHFUDZOH BINTI AHMAD 62 SITI NURBAYA BINTI MOHAMED
28 MANISAH BINTI SALAMAT 63 SUHAILA BINTI SAAD
29 MARDIAH BINTI SHEH YUSUFF 64 SURAYA BINTI ABU BAKAR
30 MARLINDA BINTI MAHMUD 65 WONG MEI LENG
31 MASIAH BINTI DIN 66 ZAITON BINTI MOHD ISA
32 MASTURA BINTI SAMIRAN 67 ZURINA BINTI OTHMAN
33 MAZLINA BINTI MUSTAFA 68 NUR AMIRA BINTI MAHMOOD
34 MAZNI BINTI MD ISA 69 NURHANISHAH BINTI CHE NGAH
35 MOHD NASRUL NIZAM BIN ABU BAKAR
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
BIL NAMA BIL NAMA
1 NOOR LAILI BINTI MAHAMAD 7 ROSNAH BINTI ABDUL ROFAT
2 ROZAINI BINTI OTHMAN 8 NURUL BAIZURA BINTI ZUBER
3 HASMIZATUL EEMA BINI AZID 9 AMINUDDIN BAKI BIN ANI
4 ASIAH BINTI AHMAD NAWAWI 10 HAZLINA BINTI RUSLI
5 FADZILAH BINTI AHMAD FADZIL 11 MOHD FAUZI BIN SALLEH
6 MOHD AZWAN BIN DALMI 12 SURIANI BINTI MAT ZUKI
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 5
KATA ALU-ALUAN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
PENGETUA SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera .
Syabas dan tahniah kepada sidang redaksi majalah Permata atas kejayaan
menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini.
Majalah Permata merupakan naskah yang merakamkan kegiatan pendidikan dan
pencapaian pembelajaran sepanjang tahun persekolahan untuk tatapan warga
sekolah dan masyarakat amnya. Bagi warga sekolah,butiran dan gambar yang
dimuatkan bakal menjadi kenangan terindah zaman persekolahan. Di samping
itu,majalah ini juga menjadi wadah untuk mengasah bakat dan kreativiti pelajar
dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan dan penambahbaikan
dalam dasar pendidikan seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS),kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah berasaskan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Hal ini menuntut warga pendidikan untuk
berfikir di luar kotak,serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya
saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan ibu
bapa kerana berjaya memanfaatkan pelbagai aplikas dalam alian bagi melicinkan
pengurusan sekolah dan dapat menyampaikan maklumat berkaitan pencapaian
murid dengan cekap dan berkesan walaupun dalam situasi pandemik Covid-19 ini.
Sebenarnya, peluang terbuka luas untuk pelajar mencari dan mendapatkan ilmu
kerana "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Para pelajar sebagai
pemimpin negara seharusnya bersedia dan sentiasa melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan agar dapat bersaing pada peringkat global serta
dapat menangani segala bentuk cabaran yang mendatang.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas kepada warga guru
sekolah ini yang bertungkus lumus untuk meningkatkan taraf pendidikan dan
kemajuan sekolah. Akhir kata, semoga SMK Tun Sharifah Rodziah terus menempa
kejayaan dalam segala bidang dan mengharumkan nama sekolah dan negeri
Kedah Darul Aman.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang
redaksi majalah Permata. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat
yang tidak terhingga.
Sekian, terima kasih.
SARIZA BT. MD SALEH
PENGETUA
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 6
YDP PIBG
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak
majalah sekolah kerana memberi saya peluang untuk menulis sebaris bicara dalam
keluaran 2021 ini.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, Alhamdulilah Projek Majalah sekolah telah berjaya
disempurnakan dengan sokongan dan kerjasama seluruh warga SMK Tun Sharifah
Rodziah yang turut menyumbang dan membantu di dalam penerbitan Majalah ini.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan sentiasa memberikan
sokongan.
Setahun lebih sudah berlalu semenjak dunia dilanda musibah Covid 19 dan saya
pasti semua guru dan pelajar kini telah berjaya mengadaptasi persekitaran
pembelajaran dengan norma baharu. Di kesempatan ini juga, saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja SMK Tun Sharifah
Rodziah di bawah kepimpinan Puan Sariza binti Salleh yang begitu komited dalam
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar.
Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda kelas
pertama. Sehubungan dengan itu, SMK Tun Sharifah Rodziah tidak boleh terkecuali
daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia
supaya pada akhirnya murid yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat
menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara.
Bagi memastikan aspirasi ini tercapai, ingin saya ingatkan supaya bahawa peranan
para murid adalah untuk menghormati para guru. Walaupan kelas berlaku secara
PdPR, itu bukan alasan untuk murid tidak menghormati guru. saya yakin bahawa
setiap guru di sekolah ini merupakan insan yang ikhlas dalam mendidik supaya para
murid menjadi seorang yang berjaya dalam hidup pada masa hadapan.
Saya mewakili PIBG ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua. Akhir kata, saya berharap para murid mempunyai cita-cita
yang tinggi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.
Sekian, terima kasih.
TN. HJ CHE ANI B. ARSHAD
YDP PIBG
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 7
KETUA MURID
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan
kepada semua pembaca Majalah Permata 2021. Syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada ahli- ahli Sidang Redaksi Majalah Permata SMK Tun
Sharifah Rodziah kerana bertungkus lumus dalam menghasilkan majalah bagi tahun
ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah
memberikan saya peluang untuk mengungkapkan kata-kata dan menyusun bicara
dalam Majalah Permata ini.
Setinggi- tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru-guru
SMK Tun Sharifah Rodziah kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya
untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Pengawas yang juga secara langsung
merupakan ketua murid bagi sesi 2021. Segala kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak termasuk pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah amat saya hargai. Elemen
kerjasama tersebut amat penting bagi mencapai objektif sebagai warg sekolah
dan seterusnya membantu bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat
direalisasikan.
Saya berharap semua pelajar SMKTSR akan terus berusaha bersungguh- sungguh
dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan kerana pepatah
arab ada mengungkap “ ” مَ بث اَ ِلمِب عم عَ عِ اام علَ َم عع بلم بِ عمْع عِ الIlmu tanpa diamalkan ibarat pokok
yang tidak berbuah. Sesuaikanlah kaedah belajar dengan suasana pembelajaran
abad ke-21 agar kita dapat bergerak seiring dengan peredaran zaman.
Akhir sekali , jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami
aemua. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili semua murid SMKTSR ingin
memohon ampun dan maaf andai kata ada tersilap bicara, terlanjur kata yang
mengguris hati guru-guru. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat dilaksanakan dan
dapat melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“STOP WISHING , START DOING”
NURUL ADLINA BINTI ABD RASHID
KETUA MURID
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH.
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 8
KETUA SIDANG REDAKSI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
dapat kita menerbitkan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK Tun
Sharifah Rodziah, iaitu Majalah Permata edisi ke-17. Terlebih dahulu, saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan Semua AJK
Sidang Redaksi 2021 kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk
memegang jawatan Ketua Redaksi.
Saya berasa sungguh bersyukur atas kesempatan yang telah
diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata melalui e-
majalah PERMATA Edisi ke-17 tahun 2021. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk
mengetuai Sidang Redaksi Majalah sekolah untuk merealisasikan e-majalah
PERMATA ini .
Sidang Redaksi Majalah sekolah telah berusaha bersungguh-
sungguh dalam menyusun majalah ini. Banyak cabaran dan dugaan telah
ditempuh oleh mereka yang menghasilkan majalah ini ,tetapi dengan
sokongan semua pihak, kami telah berjaya mencapai matlamat kami.
Akhir kata, saya mewakili AJK Sidang Redaksi 2021 ingin
memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam
penghasilan majalah ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan
kepada jawatankuasa sidang redaksi yang banyak membantu untuk
menghasilkan majalah yang sangat bermakna ini. Sesungguhnya yang baik
itu datang daripada Allah dan yang kurang itu datang dari kelemahan saya
sendiri.
Sekian,terima kasih.
NUR AFZA AMANINA BINTI ZULNAZRI
Ketua Sidang Redaksi
Majalah Permata 2021
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 9
AJK SIDANG REDAKSI
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
SIDANG REDAAKSI GURU
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 10
SIIDANG REDAKSI MURID
NUR AFZA AMANINA ZULNAZRI
KETUA REDAKSI
INTAN NUR QISTINA MOHAMAD SOFI BALKIS SOFIA MOHD ZUBIR
AJK AJK
NUR AIN MAWADDAH ROZAINI NURUL IZZAH IBRAHIM
AJK AJK
AMEERA AKHMAR AMIR
AJK
FARAH ZULAIKHA FATHILATUL ZAKIMI NUR NISDA ALEYA MOHAMAD MARSI
AJK AJK
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 11
PENGGERAK
KECEMERLANGAN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
PENGGERAK KECEMERLANGAN PEGURUSAN SEKOLAH
PENGURUSAN SEKOLAH
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 12
PENGGERAK KECEMERLANGAN STAF SOKONGAN
STAF SOKONGAN
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 13
PENGGERAK KECEMERLANGAN PIBG SEKOLAH
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
SESI 2021/2022
BARISAN HADAPAN DARI KIRI:
EN. MOHD SAARI B. AHMAD (PKKO), PN. CHE JAMILAH BT. ABD RAZAK (PKHEM), PN.
KHAIRIAH BT. MAT SAAD (PK PENTADBIRAN), PN. SARIZA BT. MD SALEH (PENGETUA,),TN.
HJ. CHE ANI B. ARSHAD (YDP PIBG), PN. SUHAILA BT IBRAHIM (NAIB YDP), PN. SURINA BT.
RAMLI (AJK WARIS), PN.TEH BT. ABU BAKAR (AJK WARIS), EN. MOHD RASHIDI B. DAT0’
MOHD SHAM (AJK WARIS)
BARISAN BELAKANG DARI KIRI:
PN. MARLINDA (AJK GURU), PN. HAZLINNA BT. ABD RAUF (BENDAHARI),
PN.MASTURA BT. SAMIRAN (AJK GURU), EN. SHAHRUL NAIMAN B. BASRI (SETIAUSAHA),
PN. ASMIZA BT. ISA (PEMERIKSA KIRA-KIRA), PN. MAHFUDZOH BT. AHMAD (AJK GURU),
PN. HAFIZAH BT. MOHD ARIFF (AJK WARIS)
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 14
PENGGERAK KECEMERLANGAN JABATAN BAHASA
JABATAN BAHASA
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN HADAPAN DARI KIRI :
PN. MASTURA BT SAMIRAN, PN. MAZLINA BT MUSTAFA, PN. MARLINDA BT MAHMUD,
PN. JAMILAH BT IBRAHIM (GK BAHASA), PN. ZURINA BT OTHMAN,
PN. HASIROH BT JUSOH, PN. ZAITON BT MD ISA.
BARISAN BELAKANG DARI KIRI :
PN. LIYANA IZZATI BT RUSLI, PN. IZATUL FARIZA BT IBRAHIM, PN. CHE ZAINAB BT
HASHIM, EN. SHAHRUL NAIMAN BIN BASRI, PN. MUMTAZATI BT ZAKARIA,
PN. AFIDA BT AHMAD, PN. HAZLINNA BT ABD RAUF.
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 15
PENGGERAK KECEMERLANGAN JABATAN KEMANUSIAAN
JABATAN KEMANUSIAAN
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN HADAPAN DARI KIRI :
PN. MAHFUDZOH, PN. NASRIYYAH, PN. SALINA, PN. NOOR HAFIZAH, PN. CHE ZAINAB,
PN. KHAIRIAH (PKP), PN. MUMTAZATI (GK KEMANUSIAAN), PN. ASMA, PN. HASHIMAH,
PN. NURSAFAWATI, PN. NOR AZILAH, PN. MASIAH.
BARISAN BELAKANG DARI KIRI :
PN. BUSHRO, PN. SHARIFAH NURUL IZANI, PN. HAMIDAH, PN. ARNIDA, PN. NORIAH,
PN. SALIMAH, PN. ROGAYAH, PN. AFIDA, PN. NOOR FUZAINI, PN. AZARIAH,
PN. SURAYA, PN. ROHIMAH, PN. ROZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 16
PENGGERAK KECEMERLANGAN JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN HADAPAN DARI KIRI:
PN. AZARIAH BT YAHYA, PN. NOOR FUZAINI BT AHMAD FUZI, PN. HUSNIZA BT YAHAYA, PN.
NORIAH BT MD ISA, PN. NAJWA BT HASSAN (GK SAINS & MATH)
, PN. MASRUPAWAN ASMARANY BT ABD GHANI,
PN. ARNIDA BT HJ ARIFFIN, PN. ROZAINI BT FAKURDIN.
BARISAN BELAKANG DARI KIRI:
PN. NOR SHIDA NAJWA BT BAHERAN, EN. OOI CHEE SEONG, PN. NUR AMIRA BT
MAHMOOD, PN. ROGAYAH BT MAN, PN. SUHAILA BT SAAD.
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 17
PENGGERAK KECEMERLANGAN JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
JAMALIAH BINTI AHMAD (GKTV)
PRINSIP PERAKAUNAN
MAZNI BINTI MD ISA MOHD SAARI BIN AHMAD SHAHIDAH BINTI ABDUL HALIM
PRINSIP PERAKAUNAN EKONOMI SRT/RBT
NORBAIZURA BINTI MOHD RAZALI RAIHANA BINTI YUSOFF HUSNA BINTI HARUN
PVMA PVMA PERNIAGAAN
SALIMAH BINTI ABD RAHMAN HAMIDAH BINTI ABD AZIZ SURAYA BINTI ABU BAKAR
RBT RBT RBT
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 18
PENGGERAK KECEMERLANGAN GURU TINGKATAN 6
GURU TINGKATAN ENAM
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN HADAPAN DARI KIRI:
PN. NOOR AZIRA BINTI HUSSIN, PN LILY DZARLEENA BT SHAMSURI,
PN NOORIANI BINTI HAMID (PK TING. 6), CIK JASMIDAR BINTI ABD MAJID @ AZIZ,
PN. LIM CHOON SHIANG, PN RODZIAH BINTI RAMLI
BARISAN BELAKANG DARI KIRI:
EN. MOHD. NASRUL NIZAM BIN ABU BAKAR, EN. ABDUL MUTALIB BIN MOHD SAAD,
EN SHARUDDIN BIN SAAD
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 19
BADAN KEPIMPINAN
PELAJAR
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
BADAN KEPIMPINAN PELAJAR PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS SEOLAH
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN HADAPAN DARI KIRI:
DURATUL AIN,DHIA ZATUI 'ITRI, NURUL ADLINA, AMEERA AKHMAR, IFFAH FARZANA
BARISAN TENGAH DARI KIRI:
NURUL HAZWANI,SAIDATUN AFRINA, NOR ADNIN ,KYAISARA IRDINA, NURUL AFIQAH, AIMI
BATRISYIA
BARISAN BELAKANG DARI KIRI:
PUAN MAZLINA, PUAN HASHIMAH, PUAN ASMA, PUAN ZAINAB, PUAN HAZLINNA
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 20
BADAN KEPIMPINAN PELAJAR PENGAWAS PUSAT SUMBER
PENGAWAS PUSAT SUMBER
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN HADAPAN DARI KIRI:
PUTERI FARAH DAYANA,NADIA,NURUL NAIMI,RABIHAH,NUR WARDINA,NUR AZIRA IZZATI
BARISAN KEDUA DARI KIRI:
NUR AFFIFAHNAJWA,SITI NUR AIN ZULAIKHA,MASHITAH (KETUA PENGAWAS),
PN SH.NURUL IZANI (GPM) , PN. AFIDA (PENOLONG GPM),NUR NISRIN (PEN. KETUA
PENGAWAS) ,NUR SYAMIMI, NUR YASMIN
BARISAN KETIGA DARI KIRI:
NOUR SAFIYYAH, RABHIATUL ADAWIYAH, AISYATUL AQILAH, SITI FARAH,NUR DANIELA
QISTINA, SYAZA AFIFAH, HUSNA, NUR ANIS ATHIRA
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 21
BADAN KEPIMPINAN PELAJAR PRS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN TENGAH :
NUR AUFA NISA, NURUL IZZAH,
NUR ADRIANA NASTASYA,
NUR NISDA ALEYA, ALIYA
NADHIRA
BARISAN KETIGA DI BELAKANG :
SITI NUR SHAHIRA , NUR DINI AFIFAH, NUR ZULFA
HANA,IDAYATUL SHIFA, MASTIKA UMAIRAH, ALYIA
NATASYA
BARISAN HADAPAN :
CIK NOR HAFEDA BT HASHIM
PN. NAFSIAH BT SHUKOR
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 22
BADAN KEPIMPINAN PELAJAR RAKAN MUSLIMAH
RAKAN MUSLIMAH
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
BARISAN HADAPAN DARI KIRI:
AIN ZULAIKHA, NURUL ANIS, USTAZAH NASRIYYAH, USTAZAH BUSHRO,
NURSHAHIRA, NUR AMANY
BARISAN KEDUA DARI KIRI:
NUR ADNIN, NISDA ALEYA, NURUL ASYIQIN, FAZLIA MAISARA, NURUL HAZWANI
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 23
ANALISIS PENCAPAIAN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
ANALISIS PENCAPAIAN SPM
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 24
ANALISIS PENCAPAIAN STPM
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 25
ANALISIS PENCAPAIAN
PENCAPAIAN CEMERLANG SPM 2020
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 26
ANALISIS PENCAPAIAN
PENCAPAIAN CEMERLANG SPM 2020
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 27
ANALISIS PENCAPAIAN
PENCAPAIAN CEMERLANG SPM 2020
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 28
ANALISIS PENCAPAIAN
PENCAPAIAN CEMERLANG STPM 2020
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 29
ANALISIS PENCAPAIAN
PENCAPAIAN CEMERLANG STPM 2020
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 30
ANALISIS PENCAPAIAN
PENCAPAIAN CEMERLANG STPM 2020
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 31
ANALISIS PENCAPAIAN
PENCAPAIAN CEMERLANG STPM 2020
SMK TUN SHARIFAH RODZIAH
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 32
AKTIVITI SEPANJANG
TAHUN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 33
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 34
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 35
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 36
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 37
AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
TSR MAJU TERUS JUARA PERMATA EDISI KE-17 38