The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzamri.azali, 2020-04-06 00:02:45

KP ENJIN DIESEL 2

KP ENJIN DIESEL 2

Kod Wim IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 1 drpd 18

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A4)
CODE AND NAME 7

SEMESTER DLC 4722 SENGGARAAN ENJIN DIESEL

KOD DAN NAMA 02: SISTEM BAHAN API & PERLINCIRAN
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME

BAB

OBJEKTIF /OBJECTIVE PELATIH DIOFAHAMKAN DENGAN SISTEM PENYEJUKKAN &
SISTEM BAHAN API & PERLINCIRAN

TAJUK/TITLE SISTEM BAHAN API & PERLINCIRAN

TUJUAN/PURPOSE KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN BERKAITAN
DENGAN :

1. SISTEM BINAAN BAHAN API DIESEL
2. PENGENALAN SYSTEM PERLINCIRAN
3. KOMPONEN SYSTEM PERLINCIRAN

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 2 drpd 18

PENERANGAN:

Salah satu sistem yang terdapat didalam enjin diesel ialah sistem penyampaian bahan api.
Sistem ini sangat penting pada semua jenis enjin tidak kira sama ada enjin petrol ataupun enjin
diesel. Fungsi utama sistem ini ialah menyampaikan bahan api daripada tangki untuk
dibekalkan ke ruang pembakaran melalui komponen-komponen tertentu. Bahan api tidak
dipanggil minyak kerana minyak ada bermacam-macam jenis minyak seperti minyak hidraulik,
minyak enjin, minyak brek dan sebagainya. Ia dipanggil bahan api kerana ia sebagai bahan
yang menyebabkan berlakunya pembakaran pada sistem tersebut.

Gambarajah 1 – Binaan sistem bahan api

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 3 drpd 18

BINAAN SISTEM BAHAN API DIESEL

Fungsi dan komponen sistem bahan api diesel adalah seperti berikut :

1. Tangki bahan api / fuel tank – tempat menyimpan bahan api
2. Penapis bahan api / fuel filter – menapis segala kekotoran yang terdapat dalam sistem

bahan api
3. Pemisah air / water separator – memisahkan antara air dan bahan api
4. Pam pengangkat bahan api / lift @ feed pump – mengepam bahan api ke pam pemancit

bahan api / menghantar bahan api dengan tekanan sederhana
5. Pemancit / injector – memancitkan bahan api ke ruang pembakaran
6. Pam pemancit bahan api / fuel injection pump – menerima dan mengagihkan bahan

yang diterima daripada pam penyampaian bahan api
7. Palam pemanas / heater plug – memanaskan ruang pembakaran
8. Paip tekanan tinggi dan rendah / low and high pressure pipe – tempat menyalurkan

bahan api

OPERASI ENJIN DIESEL

Operasi enjin diesel sama dengan enjin petrol tetapi apa yang membezakannya ialah
udara bersih disedut masuk melalui inlet manifold (ruang kemasukkan) ke ruang pembakaran
selepas ditapis oleh penapis udara. Pada ketika ini iaitu ketika lejang kemasukkan, injap
pengambilan (intake valve) akan terbuka dan membenarkan udara masuk dan terkumpul di
ruang pembakaran. Kemudian ketika lejang mampatan, kedua-dua injap akan tertutup. Ketika
omboh (piston) mula naik dan udara didalamnya termampat, bahan api akan dipancitkan pada
hujung lejang tersebut.

Pada lejang kuasa, kedua-dua injap masih tertutup dan memaksa piston turun semula
dan menghasilkan kuasa kilasan pada aci engkol (crankshaft). Manakala pada lejang ekzos,
gas-gas ekzos yang terkumpul didalam ruang pembakaran akan dipaksa keluar melalui injap
ekzos (exhaust valve) apabila ditolak oleh piston yang naik ke atas. Selepas lejang ekzos,
prosese kitaran akan kembali ke lejang pengambilan dan seterusnya.

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 4 drpd 18

OPERASI SISTEM BAHAN API

Bahan api di simpan didalam tangki bahan api dan ditarik keluar melalui unit saluran
oleh pam bahan api. Bahan api akan melalui pemisah air ke pam tekanan bahan api. Dari sini
melalui pemanas (jika ada) , ia akan pam pemancit bahan api. Pam pemancit mengenakan
tekanan keatas bahan api dengan tekanan yang sangat tinggi dan kemudian
menghantarkannya ke pemancit mengikut aturan masanya.

Pemancit akan mengkabuskan bahan api ke dalam ruang pembakaran manakala bahan
api yang berlebihan akan bertindak sebagai penyejuk dan melincirkan pam pemancit dan
pemancit. Selain itu juga, bahan api yang berlebihan ini juga akan kembali ke tangki melalui
saluran yang disediakan.

FUNGSI PAM PENGANGKAT BAHAN API

Untuk menghantar bahan api dengan tekanan yang sederhana mengikut kemampuan jenis-
jenis pam yang digunakan. Kebiasaannya ialah antara 1.8 kg hingga 2.5 kg/cm² (25.5 lb/sq.
inc. hingga 35.4 lb/sq. inc.) dari tangki ke fuel injection pump (pam pemancit bahan api).

Jenis-jenis pam :

1. Jenis Diaphragm ( A.C Pump)
2. Jenis Plunger Lift Pump (Double Acting)
Operasinya :

Semasa camshaft berpusing dari tebing tinggi ke tebing rendah (kedudukan B ke A),
plunger akan tertolak ke atas oleh spring. Ini menyebabkan terjadinya satu kuasa hisapan
didalam chamber. Serentak dengan itu ia akan membuka inlet valve dan menutup outlet valve.
Bahan api dari tangki disedut masuk ke dalam chamber dan memenuhinya.

Bila camshaft berpusing dari tebing rendah ke tebing tinggi (kedudukan A ke B),
plunger akan tertekan ke bawah melawan tekanan spring. Pada masa ini, terjadi kuasa tekanan
didalam chamber dan menyebabkan inlet valve terbuka seperti ditunjukkan dalam gambar rajah
di bawah.

Bahan api akan mengalir keluar melalui outlet valve yang terbuka dan terus ke fuel
filter dan fuel injection pump. Apabila main filter telah penuh, satu tekanan balik (back
pressure) akan terjadi yang menyebabkan pam menjadi Free Wheeling. (Rujuk gambar rajah 2)

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 5 drpd 18

Gambarajah 2

JENIS DIAGRAM:

Binaannya :

Pam jenis ini dipasangkan ke enjin dan ianya dipacu oleh aci sesondol (camshaft).
Ianya diperbuat daripada proses tuangan teracu. Pam jenis ini boleh dipasang sama ada pada
pam jenis sebaris atau pun jenis pengagih. Ia mempunyai inlet dan outlet valve, diaphragm,
plunger, pull rod, main spring dan hand priming lever serta satu mangkuk kaca lutsinar.
Disamping itu, pam ini juga mempunyai tuil yang digunakan untuk melakukan proses
penjujusan semasa enjin tidak dihidupkan. Disebabkan keluaran tekanannya rendah iaitu 4
hingga 8 lb/sq/inc. dan cara hantaran bahan apinya memancut-mancut. Pam jenis ini tidak lagi
digunakan masa kini. (Rujuk gambar rajah 3)

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 6 drpd 18

Gambarajah 3

1. Penutup berkubah 6. Lengan jumpelang
2. Gasket 7. Kedap
3. Pemasangan gegendang 8. Pembendung injap
4. Pegas kembali gegendang 9. Pemasangan injap
5. Tuil penyebuan 10. Kasa penapis

JENIS PLUNGER Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

DLC 4722

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 7 drpd 18

Binaannya :

Pam jenis ini dipasangkan pada fuel injection pump dan digerakkan oleh camshaft
yang berada dalam fuel injection pump. Casingnya diperbuat daripada alluminium alloy atau
cast iron. Ianya mempunyai priming pump check valve, piston, plunger, return
spring,teppet,dan pump chamber. Pam jenis ini hantarannya ialah sempurna dan kuasa
mengepamnya setinggi 22 – 30 lb/sq.

Gambarajah 4
Priming Pump :

Priming pump dipasang pada supply pump . Pam sama ada jenis plunger atau
pun jenis diaphragm digerakkan dengan tangan untuk memberikan bahan api ke fuel injection
dari tangki atau semasa proses mengeluarkan udara dari sistem.

NOTA:
Setelah menggunakan priming pump, pamnya mestilah diikat dengan kuat agar udara

dan segala kekotoran tidak dapat masuk. Penapis dipasangkan pada lubang sedutan untuk
menahan kekotoran masuk ke dalam pam.

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 8 drpd 18

HOSE DAN PIPING

Hose dan paip dalam sistem bahan api diesel terbahagi kepada 2 iaitu :

1. paip bertekanan tinggi (high pressure pipe)
2. paip bertekanan rendah (low pressure pipe)

Fungsi :

Ianya berfungsi sebagai tempat menyalurkan bahan api dari tangki ke pemancit (injector).
Kedudukan paip bertekanan tinggi ialah antara fuel injection pump ke injector. Manakala paip
bertekanan rendah pula kebiasaannya terletak pada bahagian by-pass/return line. Ianya
diperbuat daripada tiub keluli bersalut zink.

Manakala paip tekanan tinggi diperbuat daripada paip keluli dinding tebal bermutu tinggi. Paip-
paip ini diperbuat sama panjang untuk tiap-tiap satu pemancit. Ini bertujuan supaya bahan api
yang dipancitkan akan sampai pada masa yang sama.

PAM PEMANCIT BAHAN API / FUEL INJECTION PUMP

Fuel injection pump terletak pada sebelah hadapan enjin dan disisi enjin. Ianya
berfungsi sebagai menerima dan menghantar atau pun mengagihkan bahan api ke injector
mengikut stroke atau giliran pembakaran yang betul. Bahan api yang dihantar mestilah dibeza-
bezakan dengan betul mengikut kelajuan serta bebanan kenderaan itu. Selain itu fuel injection
pump juga berfungsi sebagai:

1. mengkadar atau menghadkan bahan api
2. mengadakan tekanan tinggi
3. menzarahkan bahan api dalam bentuk kabus yang halus.

Jenis-jenis fuel injection pump

Terbahagi kepada 2 jenis :

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 9 drpd 18

1. Jenis Sebaris (Inline pump)
2. Jenis Pengagih (Distributor type)

Operasinya :

Bahan api dibekalkkan masuk ke fuel injection pump. Dari fuel injection pump bahan
api akan terus ke injector (pemancit). Bahan api yang masuk ke dalam fuel injection pump
akan ditolak keluar dan di pancit ke ruang pembakaran melalui injap penghantar. Apabila
bahan api penuh dikawasannya, camchaft akan menolak pumping element ke atas. Bahan
api tersebut turut ditolak dan seterusnya keluar melalui injector terus ke ruang
pembakaran. Proses ini akan berterusan selagi enjin dihidupkan dan mengikut firing order.

Gambarajah 5 Gambarajah 6

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 10 drpd 18

Gambarajah 7

5. Komponen Utama Enjin Diesel
Enjin Diesel ialah enjin pembakaran dalam yang mana komponen utamanya sama seperti

enjin Petrol kecuali sistem penyalaan elektrikal digantikan dengan sistem pancitan bahan api.
Sistem bahan api terdiri daripada dua sistem tekanan iaitu tekanan rendah dan tinggi.

DLC 4722 Gambarajah 8 Versi 3.0 (2018)

Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 11 drpd 18

Gambarajah 9 Solenoid mengawal bahan api

Bahaya penyelenggaraan

Penyelenggaraan sistem suntikan bahan api adalah berbahaya disebabkan tekanan bahan api
yang tinggi. Semasa enjin baru sahaja dimatikan pun tekanan tinggi dalam sistem bahan api
masih lagi ada. Tekanan berlebihan ini mesti dilegakan terlebih dahulu sebelum memulakan
apa-apa kerja servis suntikan bahan api, terutamanya pada enjin diesel yang menggunakan
tekanan cecair bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Tekanan cecair yang tinggi ini
boleh menyebabkan kecederaan akibat cecair bertekanan tinggi yang boleh menembusi kulit.
Kejadian pertama kes kemalangan dan kecederaan sebegini mula dilaporkan pada tahun 1937
apabila mangsa pertama sedang membaiki sebuah enjin diesel

PENERANGAN :

Sistem pelinciran adalah penting bagi setiap enjin. Sistem pelinciran yang sempurna
dapat memanjangkan jangkahayat enjin. Sistem pelinciran yang sempurna akan
memastikan komponen-komponen enjin seperti pengadang (seal), aci sesondol, injap,aci
engkol dan piston dapat beroperasi dengan lancar.

PENGENALAN SISTEM PELINCIRAN

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 12 drpd 18

Sistem pelinciran merupakan sebahagian daripada komponen yang penting dalam setiap enjin
kereta. Setiap enjin memerlukan satu sistem pelinciran yang baik dan sempurna untuk
beroperasi dengan lebih lancar. Tujuan utama sistem pelinciran enjin ialah untuk membekalkan
minyak pelincir kepada semua bahagian yang bergerak di dalam enjin. Minyak pelincir
digunakan untuk mengurangkan kadar geseran di antara bahagian yang bergerak di samping
membantu menyejukkan enjin.

TUJUAN SISTEM PENYEJUKAN

Tujuan sistem pelinciran adalah untuk memastikan enjin beroperasi menurut prestasi yang
betul. Bahagian dalam enjin seperti aci sesondol, aci engkol, rod penyambung, omboh dan
sebagainya disambung dengan bahagian logam. Apabila bahagian logam bersentuhan dan
bergeser antara satu dengan lain akan menyebabkan geseran lalu menghasilkan haba.
Seterusnya keadaan ini boleh mengurangkan kuasa enjin.

Oleh itu minyak enjin digunakan untuk memberi satu lapisan nipis bagi memisahkan di antara
bahagian yang bergerak di dalam enjin. Minyak ini menghalang bahagian yang bergerak
daripada bergeser antara satu dengan lain. Lapisan minyak ini juga sebagai pengalas (kusyen)
pada bahagian yang bergerak untuk memberi operasi enjin yang lebih senyap dan lancar.

Selain melincirkan bahagian enjin yang bersentuhan dan bergeser antara satu dengan lain,
minyak enjin juga digunakan untuk membersihkan bahagian enjin, membantu menyejukkan
enjin serta membentuk ruang kedap di antara dinding silinder dan gelang omboh.

JENIS-JENIS SISTEM PELINCIRAN

Dua jenis sistem pelinciran yang digunakan dalam enjin empat kitaran ialah:

i. sistem simbahan
ii. sistem suapan bertekanan
Manakala enjin dua kitaran pula menggunakan jenis sistem pelinciran yang berbeza dan tidak
akan dibincangkan di sini. Enjin Wankel pula memerlukan sistem pelinciran yang tersendiri.

i. Jenis Pelinciran Simbahan
Dalam sistem pelinciran jenis simbahan, minyak disimbah dari takung minyak (oil sump) masuk
ke dalam bahagian bawah kotak engkol. Rod penyambung yang digunakan Iebih panjang

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 13 drpd 18

sehingga boleh mencelup masuk ke dalam minyak dalam kotak engkol setiap kali omboh
mencapai kedudukan BDC. Satu contoh kaedah simbahan yang digunakan ditunjukkan dalam
rajah dibawah.

Rajah 10 : Pelinciran simbahan

Kebanyakan sistem pelinciran simbahan digunakan dalam enjin kereta lama dan dalam enjin
empat kitaran yang kecil seperti dalam enjin mesin rumput atau yang seumpama dengannya.
Setengah-setengah enjin kecil menggunakan pencedok minyak yang dipacu oleh aci sesondol.
Pencedok ini serupa dengan bahagian gear yang melemparkan minyak dan takung minyak
masuk ke dalam bahagian enjin yang bergerak.
ii. Jenis Suapan Bertekanan
Kebanyakan enjin kereta masa kini menggunakan sistem pelinciran yang bertekanan atau
suapan bertekanan rujuk rajah di sebelah.

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 14 drpd 18

Gambarajah 11 : Pelinciran jenis Suapan bertekanan.

Dalam sistem pelinciran suapan bertekanan ini bahagian enjin dilincirkan oleh minyak dengan
memberi tekanan dari pam minyak. Lazimnya, minyak yang keluar dari pam melalui penapis
minyak.
KOMPONEN SISTEM PELINCIRAN
Terdapat beberapa komponen utama sistem pelinciran, antaranya :
i. Pam pelinciran.
ii. Injap pelega tekanan
iii. Penapis pelinciran
iv. Penyejuk pelinciran
v. Unit penghantar pelincir bertekanan.

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 15 drpd 18

PENGETAHUAN ASAS MINYAK PELINCIR

Pengenalan Minyak Pelincir
Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya
menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin
beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang
akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk
meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.

Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang
boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan
pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi
pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin
yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin
kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

Mengenali API dan SAE

‘API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum
Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian,
pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam
bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir
akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran
mereka.

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’
(Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam
kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah
minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman
web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk
sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi
semasa industri automotif sedunia.

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 16 drpd 18

Gred Minyak Pelincir

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu
‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’
adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk
atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir
‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin
kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang
terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir
yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk
kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis
‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya,
minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas
minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE
10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’
atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk /
salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi
memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah
bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar
angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi
enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga
turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh
pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya
dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak
pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih
digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini
biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 17 drpd 18

penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan
menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak
pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada
operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya
akan berfungsi lebih baik.

MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)

Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi
dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan
biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara
kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun,
sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ ini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu
‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia
bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya
mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol
dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain
menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat
mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully
Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden
dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan
menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak
memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang
semakin hari semakin berkurangan.

Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil.
Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring)
mempunyai kadar ‘gap’ yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang
mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran
(combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang
keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

KOD WIM IKBN/DLC 4722/KP(2/6) Muka surat : 18 drpd 18

Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk
kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar
minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman web
http://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak
menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda
tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri anda sendiri.

RUJUKAN :
1. KEMAT HASSAN
PENGENALAN KEPADA MEKANIK MOTOR (1999)
Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia
Tajuk : Sistem Pelinciran Kenderaan .

2. GLENCOE
AUTOMOTIVE EXCELLENCE (2000)
Penerbit : McGraww-Hill International
Tajuk : Engine repair.

DLC 4722 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)


Click to View FlipBook Version