The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DLC 4812.04 SISTEM PERLINDUNGAN PENYEGERAKKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzamri.azali, 2020-04-01 00:31:14

DLC 4812.04 SISTEM PERLINDUNGAN PENYEGERAKKAN

DLC 4812.04 SISTEM PERLINDUNGAN PENYEGERAKKAN

KodWIM IKBN/DLC4812/KP(4/4) Mukasurat : 1drpd5

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE ( PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A4)
CODE AND NAME 8
SEMESTER
KOD DAN NAMA DLC 4813 : SISTEM PENYEGERAKKAN JANAKUASA
SUBJEK / SUBJECT’S
CODE & NAME 04: SISTEM PERLINDUNGAN PENYEGERAKKAN
BAB

OBJEKTIF /OBJECTIVE MENERANGKAN KEPADA PELATIH TENTANG SISTEM
PERLINDUNGAN YANG TERDAPAT PADA PAPAN PANEL
PENYEGERAKKAN

TAJUK/TITLE SISTEM PERLINDUNGAN PENYEGERAKKAN
TUJUAN/PURPOSE
KertasPeneranganiniakanmenerangkanberkaitandengan:

1. PERLINDUNGAN PENYEGERAKKAN
2. GEGELONG PELANTIK PIRAU ( SHUNT TRIP )
3. GEGANTI KUASA BALIKAN ( REVERS POWER RELAY )
4. EARTH FAULT RELAY.
5. OVER CURRENT RELAY.
6. ALATUBAH ARUS ( CURRENT TRANSFOMER )

DLC 4812 Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti Versi 3.0 (2018)

Kod Wim IKBN/DLC4812/KP(4/4) Mukasurat : 2drpd5

Perlindungan Penyegerakkan

Perlindungan yang diadakan sebenarnya adalah bertujuan untuk mengawal atau
melindungi alternator daripada risiko kebocoran arus kebumi, beban lampau dan perlindungan
kuasaterbalik ( revers power ) dengan menggunakan geganti untuk memotong bekalan daripada
alternator kebusbar. Alat-alat kawalan utama yang terdapat pada Papan Suis adalah
sepertiberikut:- ACB/MCCB, EFR, RPR dan OCR.

Gegelong Pelantik Pirau( Shunt Trip )

Berfungsi disebabkan adanya voltan yang melalu ilitar kawalan, ini bermakna sesentuh
pada gegelong pelatik yang disambung secara selari mendapat bekalan untuk terpelantik
dibahagian sekunder alat ubah arus ( CT ). Apabila terdapat arus lampau pada salah satufasa di
bahagian busbar bekalan, arus lampau akan mengaruh alatu baharus ( CT ) yang dipasang pada
palang basbar tersebut, dengan secara langsung ianya mengaruh gegelung pelantik yang
disambung selari dengan alatu baharus ( CT ) seterusnya gegelung pelantik akan menarik
sesentuh tambahan dari keadaan terbuka menjadi tertutup untuk menjadikan satu litar lengkap
manakala gegelung pirau teraruh serentak dan membuka kontek Pemutus Litar ( CB ).

Beban
NRYB

4 X BASBAR

CT

Gegelung Pelantik
Sesentuh Tambahan Buka

CERCUIT S.T Gegelung Pelantik Pirau Versi 3.0 (2018)
BREAKER
6A Fius Kawalan
DLC 4812 Kotak Kabel Masuk

Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti

Kod Wim IKBN/DLC4812/KP(4/4) Mukasurat : 3drpd5

Beban
NRYB

4 x Basbar

CT

Gegelung Pelantik

Pemutus Sesentuh Tambahan Tertutup
Litar
U.V Gegelung Bawah Voltan
6A Fius Kawalan

Kotak Kabel Masuk

Pemutus litar ( C/B ) tidak boleh di ‘ on ’kan selagi U/V atau N/V tidak di energize
dimana handle dalam keadaan bebas:

a) Apabila C/B didalam keadaan ‘ ON ’ . U/V atau N/V diputuskan bekalannya dan ia
tidak energize, ia akan melepaskan pemegang Circuit Breaker dan akan
memutuskan litar utama.

b) Bekalan untuk U/V atau N/V pada sesuatu pepasangan hendaklah diambil
daripada sebelum Circuit Breaker ( incoming ).

c) Semua penyentuh ( auxillary contact ) pada geganti perlindungan dalam
keadaan normally close ( tertutup – N/C ) dan sambungan bersiri dengan
gegelung U/V atau N/V.

DLC 4812 Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti Versi 3.0 (2018)

Kod Wim IKBN/DLC4812/KP(4/4) Mukasurat : 4drpd5

Geganti kuasa balikan ( Revers Power Relay )

Apabila dua atau lebih janakuasa diselarikan dan jika voltage atau kelajuan tidak sama,
tidak diambil perhatian terjadilah salah satu janakuasa akan menjadi rendah kuasanya, ini
menyebabkan satu janakuasa yang mempunyai kuasa yang tinggi akan bertindak ke atas
janakuasa yang mempunyai kuasa yang kecil keadaan ini samalah seperti motor menerima
bekalan.

Sebab yang lain ialah apabila dua janakuasa yang berlainan penggerak seperti satu
daripada enjin Diesel dan satu lagi Turbin jika berlaku sesuatu kerosakan pada janakuasa
penggerak diesel ketika itu kuasa yang dijana oleh janakuasa penggerak turbin akan berbalik
masuk kedalam janakuasa penggerak diesel dengan tidak secara langsung janakuasa diesel
akan menjadi motor akibatnya janakuasa tersebut akan mengalami kerosakkan pada
gegelungnya.

Apabila keadaan ini berlaku dimana dikatakan kuasa balikan untuk mengelakkan dari
pada proses ini berlaku, geganti kuasa balikan akan dipasang diantara janakuasa dan basbar.
Apabila kuasa balikan ini berlaku arus kuasa balikan akan melentik serta membuka kontek
Pemutus Litar seterusnya menceraikan janakuasa dengan Basbar.

Earth Fault Relay.

Geganti ini digunakan untuk memberikan perlindungan dari kebocoran arus ke bumi
yang berlaku di dalam litar pemasangan. Ianya dikendalikan menggunakan alatubah arus yang
dipasang pada tiap-tiap fasa dan neutral.

Pemutus litar ACB akan terpelantik memutuskan bekalan jika arus kerosakkan mencapai
atau melebihi setting yang ditetapkan. Pada prinsipnya geganti ini berfungsi apabila
berlakunya ketidakseimbangan arus pada mana-mana fasa sewaktu berlakunya kerosakkan.

Apabila arus bocor ke bumi, alatubah arus akan teraruh dan gelung ( coil ) pada EFR
akan mendapat bekalan dan seterusnya memutuskan bekalan ke gegelung ’ no volt coil’ yang
terdapat pada ACB. Akhirnya ACB akan trip untuk memutuskan bekalan. Kebiasaanya EFR
dengan lewat masa, setting dibuat atau dikekalkan pada tahap 10% dari arus sekunder
alatubah arus.

DLC 4812 Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti Versi 3.0 (2018)

Kod Wim IKBN/DLC4812/KP(4/4) Mukasurat : 5drpd5

Over Current Relay.

Geganti ini pula digunakan bertujuan untuk mengawal litar pemasangan dari kerosakkan
arus lampau disebabkan oleh beban lampau dan litar pintas. Apabila berlakunya kerosakkan
tersebut, alatubah arus yang dipasang pada tiap-tiap fasa akan teraruh dan gegelung ( coil )
pada geganti ini akan mendapat bekalan dan seterusnya memutuskan bekalan ke gegelung ’
no volt coil ’ yang terdapat pada ACB. Akhirnya ACB akan terpelantik bagi memutuskan
bekalan.

Alatubah Arus ( Current Transfomer )

Alatubah arus digunakan adalah bagi mengelakkan penempatan ammeter dan alat-alat
ukuran yang lian dipasang terus ke busbar. Ini adalah kerana alat-alat jangka tersebut tidak
dapat menampung bacaan arus yang tinggi pada papan suis. Dengan adanya alatubah arus
bacaan meter dapat direndahkan disebabkan nisbah alatubah tersebut. Kebiasaannya alatubah
arus yang digunakan/dipasang pada nisbah 100/5, 200/5, 500/5 dan lain-lain.

DLC 4812 Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti Versi 3.0 (2018)


Click to View FlipBook Version