The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhdanial8210, 2021-06-08 14:05:38

Local desserts recipe

Local desserts recipe

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. FUNGSI BAHAN 4-9

DALAM

PENYEDIAAN

LOCAL DESSERTS

3. FUNGSI 10-14

PERALATAN

DALAM

PENYEDIAAN

LOCAL DESSERTS

4. KUIH KERIA 16-17

5. APAM PUTERI AYU 18

6. KUIH KETAYAP 19-20

7. PENGAT PISANG 21

8. PENGAT LABU 22

9. PENGAT JAGUNG 23

10. KUIH LAPIS 24

11. KUIH TALAM SUJI 25-26

MOCHA

12. KUIH TALAM SERI 27-28

MUKA

13. ONDE-ONDE 30

14. TANG YUAN 31

15. ANG KOO 32-33

16. KUIH BOM 34

17. BOONDI LADDU 36-37

18. KESARI 38-39

19. KHEER 40

20. RUMUSAN 41

21. BAHAN RUJUKAN 42

2

PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca buku
resipi ini.Untuk pertama sekali, di dalam buku ini terdapat 15
resipi kuih muih tempatan terbaik Chef Muhammad Danial yang
sesuai untuk majlis hari jadi,minum petang,perayaan ataupun

sebagainya.
Gabungan resipi yang sesuai untuk citarasa kanak-kanak
sehingga dewasa.Di dalam buku resipi ini mengandungi langkah
demi langkah beserta gambar bagi memudahkan anda memahami

dengan jelas apa yang perlu dibuat.
Turut disertakan petua bagi menghasilkan jenis kuih muih yang

pelbagai.Pastikan anda mencuba resipi-resipi dalam buku ini.

3

4

FUNGSI BAHAN DALAM
PENYEDIAAN LOCAL DESSERTS

BIL NAMA BAHAN FUNGSI
1. Tepung Memberikan tekstur
yang liat pada adunan
Pulut
doh.

2. Gula Memberikan rasa yang
Pasir manis di dalam adunan

kuih.

3. Tepung Merupakan bahan
Gandum asas di dalam

pembuatan kuih.

5

BIL NAMA BAHAN FUNGSI
4. GULA Ia nya dijadikan untuk
membuat inti kuih dan
MELAKA memberikan rasa dan
aroma yang manis dan
menarik.

5. Santan Memberikan rasa lemak
dalam adunan
6. Keledek kuih.Ianya juga
Putih
merupakan bahan
utama dalam

pembuatan pengat.

Merupakan bahan asas
penting di dalam

pembuatan kuih keria .

6

BIL NAMA BAHAN FUNGSI
7. Shortening Merupakan

8. Kismis bahan
pelumas.Ianya

juga
memberikan

rasa yang
menarik.

Ianya biasa
dijadikan

sebagai bahan
hiasan diatas
Indian desserts.

9. Kelapa Ianya biasa
Parut dijadikan inti

kuih
terutamanya
kuih bom dan
kuih ketayap.

7

BIL NAMA BAHAN FUNGSI
10. Tepung Ianya berfungsi

Jagung sebagai agen
pemekat di
11. Beras dalam
pembuatan
12. Susu pengat.

Ianya
merupakan
bahan asas
penting di

dalam
pembuatan

kheer.Ia
memberikan
tekstur yang

menarik.

Ianya
memberikan
rasa berlemak

di dalam
adunan.Ianya
juga penambah
nutrisi di dalam

kuih.

8

BIL NAMA BAHAN FUNGSI
13 CARDAMOM Ianya

POWDER memberikan
rasa dan
14 Telur
aroma yang
15 Garam menarik

terutamanya
di dalam

pembuatan
Indian

desserts
Merupakan
agen penaik
dan ianya
penambah

nutrisi di
dalam kuih.

Ianya
merupakan
penyeimbang
rasa di dalam
adunan kuih .

9

10

FUNGSI PERALATAN DALAM
PENYEDIAAN LOCAL DESSERTS

BIL NAMA PERALATAN FUNGSI
1. PISAU
Ianya berfungsi
untuk memotong

bahan mentah
seperti ubi
keledek.

2. KUALI Ianya berfungsi
3. PENGISAR sebagai alat
untuk
menggoreng
kuih.

Ianya berfugsi
untuk mengisar
bahan mentah
dan mengadun

adunan kuih.

11

BIL NAMA PERALATAN FUNGSI
4. SIEVE Ianya berfungsi
untuk menapis
5. WHISK bahan mentah
dan adunan dari
bendasing yang
tidak diperlukan.

Ianya berfungsi
untuk menggaul
adunan supaya
menjadi sebati

6. BOWL Ianya berfungsi
untuk meletakkan

bahan mentah
sebelum

memulakan
proses

mengadun.

12

BIL NAMA PERALATAN FUNGSI
7. ACUAN Ianya

KUIH berfungsi
ANGKOO untuk

8. POT memberikan
corak dan
9. FRUIT
PEELER bentuk yang
sama
seperti
acuan.

Ianya
berfungsi

untuk
membuat
pencuci
mulut yang
teksturnya
cair seperti
pengat.

Ianya
berfungsi

untuk
mengupas

kulit ubi
keledek.

13

BIL NAMA PERALATAN FUNGSI
10. CHILLER Ianya

11. STAND berfungsi
MIXER untuk

12. WORKING menyimpan
TABLE bahan

mentah .

Ianya
berfungsi

untuk
mengadun

bahan-
bahan
sehingga
menjadi
sebati.

Ianya
berfungsi
sebagai

tempat
melakukan

proses
membuat

kuih.

14

15

KUIH KERIA

Bahan-Bahan :
1)Keledek Putih – 2Kg
2)Tepung Gandum – 200Gm
3)Shortening – 20Gm
4)Gula kastor – 200Gm

5)Air – 100Gm

Cara penghasilan kuih keria:
1.Potong keledek dalam bentuk dadu dan rebuskan kedalam air sehingga keledek menjadi

empuk.
2.Lenyekkan sehingga lumat dan masukkan shortening dan tepung.
3.Gaulkan sehingga sebati.Kemudian, bentukkan adunan menjadi keria.
4.Panaskan minyak,dan goreng adunan keria satu per satu supaya tidak hancur.
5.Angkat adunan keria yang telah digoreng tadi setelah warnanya keemasan.
6.Masukkan air & gula sekali di dalam kuali. Gaulkan sehingga ianya menjadi berbuih.

16

7.Masukkan keria yang sudah digoreng dan gaulkan sehingga menjadi sebati.(Pastikan
gula melekat pada keria)

8.Siap dan sedia untuk dihidang.

17

APAM PUTERI AYU

Bahan-bahan: 5.Santan 9.Ovallete
1.Kelapa parut 6.Pandan emulco
2.Garam 1 Tsp 7.Gula Kastor
3.Tepung gandum 8.Tepung naik sendiri
4.Tepung

Cara Penghasilan apam puteri ayu:

1.Masukkan telur,santan,pandan emulco,gula kastor,tepung naik sendiri dan ovallete
sekali ke dalam mangkuk pengadun.

2.Adun kesemua bahan tersebut.

3.Sementara itu,buat bahagian atas apam.Kelapa parut dicampurkan dengan garam dan
tepung gandum sedikit.Kemudian,kukuskan kelapa parut tersebut selama 10 minit.

4.Setelah kelapa itu dikukus,masukkan kelapa itu ke dalam acuan dan tekankan
sedikit.Ulang langkah tersebut sehingga bekas acuan habis.

5.Kemudian masukkan adunan tepung ke dalam bekas acuan yang telah diletakkan kelapa
parut.

6.Kukus selama 30 minit.Pastikan angkat penutup pengukus dan lap sekiranya penutup
pengukus terdapat banyak wap air.

7.Siap dan sedia untuk dihidang!

18

KUIH KETAYAP

Bahan-bahan:

Untuk kulit ketayap: Inti kuih ketayap:

1.Tepung gandum(250Gm) 1.Kelapa parut(1Kg)

2.Santan kotak(200Gm) 2.Air gula melaka(200Gm)

3.Air pandan(400Gm) 3.Gula pasir(200Gm)

3.Telur(1Biji) 4.Tepung gandum(1Tsp)

5.Garam(1/2Tsp) 5.Tepung Jagung(1Tsp)

Cara penghasilan kuih ketayap:

1.Untuk membuat kulit ketayap: Pertama sekali,masukkan santan ke dalam air pandan
dan gaulkan menggunakan wire whisk sehingga sebati,kemudian masukkan ke dalam

pengisar.

2.Panaskan kuali leper dan griskan sedikit minyak.

3.Tuang bancuhan menggunakan ½ cup dan ratakan dengan memusingkan ke kiri dan ke
kanan supaya mendapat bentuk bulat.

4.Biarkan sehingga ia masak bewarna kekuningan di sekelilingnya dan ia boleh digerakkan
Ketika mengangkat kuali.

5.Diikuti dengan memasukkan telur dan tepung gandum.

6.Kisar kesemua bahan tersebut sehingga sebati.Setelah isap,biarkan adunan tersebut
diperam sekejap.

19

7.Untuk membuat inti ketayap: Pertama sekali,masukkan inti kelapa ,diikuti dengan air
gula melaka dan gula pasir ke dalam kuali.

8.Masak sehingga pekat.Apabila sudah pekat,masukkan tepung jagung dan tepung
gandum.Apabila dah siap,biarkan inti sejuk terlebih dahulu.

9.Proses Akhir: Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan ke dalam kulit ketayap.
10.Gulungkan sedikit,kemudian lipat kedua-dua bahagian tepi dan gulung semula.Ulang

langkah tersebut sehingga kesemuanya habis.
11.Siap dan sedia untuk dihidang!

20

Pengat Pisang

Bahan-bahan: 6.Garam(1tsp)
1.Pisang tanduk(3ketul) 7.Daun pandan(2ikat)
2.Gula melaka(100g)
3.Gula kastor(2senduk)
4.Sagu(1/2 cup)
5.Santan segar(2bungkus)

Cara penghasilan pengat pisang:
1.Potong pisang kecil-kecil dan rendam dalam air.
2.Didihkan sagu sehingga warna menjadi clear.Apabila sagu sudah masak,
buang air sagu menggunakan penapis untuk buang kanji supaya bubur tidak terlalu pekat.
3.Masukkan pisang yang direndam tadi ,santan,gula kastor,gula melaka dan garam ke
dalam pot dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan sagu.Kacau sehingga sebati

kesemua bahan tadi.
4.Letakkan di atas api perlahan dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.

5.Siap dan sedia untuk dihidang!

21

PENGAT LABU

Bahan-bahan: 6. 1 sudu kecil garam
1. ½ biji labu 7. 2 helai daun pandan
2.1mangkuk besar santan
3. ½ cawan sagu
4. 1/3 gula melaka
5. 2 sudu besar gula putih

Cara penghasilan pengat labu:
1.Rebuskan labu di dalam air mendidih sehingga labu menjadi empuk.
2.Masukkan santan pekat ke dalam periuk sedikit demi sedikit.Kemudian masukkan gula,
gula melaka,garam dan masukkan sagu yang telah dimasak ke dalam periuk itu.

3.Gaulkan sehingga sebati.
4.Masak di atas api dalam masa 5 hingga 10 minit.

5.Siap dan sedia untuk dihidangkan!

22

PENGAT JAGUNG

Bahan-bahan:
1. 6tongkol jagung
2. 2kotak santan
3. 4tbsp gula melaka

4. Garam (1tsp)
5. Gula kastor (6tbsp)
Cara Penghasilan pengat jagung:
1.Buang kulit jagung,potong jagung menggunakan pisau dan asingkan jagung yang sudah
dipotong ke dalam mangkuk yang besar.
2.Masukkan jagung, masukkan santan dan kacau sehingga sebati.Kemudian,masukkan
gula kastor,gula melaka,garam dan gaul sehingga semua bahan sebati.Akhir sekali
masukkan sagu yang telah dimasak.
3.Masakkan di atas api sehingga ianya masak dengan sempurna.
4.Siap dan sedia untuk dihidang!

23

KUIH LAPIS

Bahan-bahan: 6.Esen sirap(1tbsp)
1.Tepung beras (2kg) 7.Garam(1tsp)

2.Tepung Gandum(1kg) 8.Tepung Jagung(1tbsp)
3.Santan kotak (2cup)

4.Air(4cup)
5.Gula(1cup)

Cara penghasilan kuih lapis:

1.Campurkan kesemua bahan kering iaitu tepung gandum,gula pasir,garam dan tepung
jagung.Kemudian kacau sebati.

2.Kemudian,campurkan air dengan santan dan kacau sehingga ia sebati.

3.Campurkan ke dalam bahan kering tadi dan kacau sehingga sebati.Tambahkan minyak
jagung untuk memberi rasa berlemak sedikit.

4. Kacau sehingga sebati dan tapiskan adunan tadi ke dalam mangkuk yang lain.Bahagikan
kepada dua bekas kemudian masukkan esen sirap pada salah satu bekas.Masukkan sedikit

demi sedikit dan kacau sehingga menjadi warna yang diingini.

5.Kacau adunan terlebih dahulu sebelum letak di dalam pengukus,lapikkan bekas dengan
plastic.Masukkan 2 cup adunan dan ratakan.

6.Kukus selama 15 minit dan buka setiap 5 minit.Ianya bagi mengelakkan wap air masuk
kedalam bekas.Seterusnya,ulang langkah yang sama hingga adunan habis.

7.Siap dan sedia untuk dihidang!

24

KUIH TALAM SUJI MOCHA

Bahan-bahan bahagian bawah:
1. 1 cawan gula

2. 1 sudu kecil pewarna telur
3. 6 cawan santan air

4. 3 sudu besar tepung gandum
5. 2 cawan tepung suji

Cara penghasilan kuih talam suji mocha:
1.Campurkan tepung gandum , tepung suji dan gula.Apabila sudah dicampurkan

semua,masukkan ke dalam periuk.
2.Kemudian,masukkan santan cair ke dalam periuk tadi sedikit semi sedikit.Gaulkan
bahan-bahan tadi sehingga sebati dan tidak berketul.Kemudian , masukkan pewarna

kuning telur ke dalam periuk sediki demi sedikit sambal mengacau.
3.Tapiskan dahulu bahan tadi sebelum memasknya supaya ia tidak berketul.
4.Kemudian, masakkan ia di atas api yang perlahan dan gaulkan ia sehingga ia menjadi

pekat.
5.Apabila sudah siap,biarkan ia sejuk dahulu dan ambil bekas yang lain dan alaskan
dengan plastik supaya ia tidak melekat.Selepas itu tuangkan bahan yang kita sudah
masakkan tadi ke dalam bekas yang sudah dialaskan dengan plastic secara perlahan.

25

Bahan-bahan bahagian atas:
1. 1 sudu besar Mocha paste

2. 3 Biji telur
3. ½ cawan gula
4. 3 cawan santan pekat
5.4 Sudu besar tepung gandum

Cara penghasilan kuih talam suji mocha:
1.Kacau telur menggunakan wire whisk dan masukkan ke dalam santan dan kacau semula

sehingga ia sebati.
2.Kemudian masukkan gula yang telah ditimbang dan masukkan tepung gandum dan
kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul.Kemudian masukkan mocha paste ke dalam

adunan itu dan gaul sehingga sebati.
3.Kemudian,tapiskan adunan tadi didalam periuk menggunakan penapis.
4.Kemudian masak adunan tadi di atas api yang perlahan dan gaul sehingga ia menjadi

pekat dalam beberapa minit.
5.Apabila sudah pekat dan sudah masak,tuangkan terus adunan mocha tadi ke dalam

bekas yang sudah di alaskan dengan plastik tadi.
6.Seterusnya ratakan adunan yang sudah tituang ke dalam bekas tadi agar ia kelihatan

kemas.
7.Sejukkan.
8.Siap dan sedia untuk dihidangkan!

26

KUIH TALAM SERI MUKA

Bahan-bahan: 6.Tepung jagung(20Gm)
1.Beras pulut (600Gm) 7.Pandan emulco
2.Santan Segar(500Gm) 8.Pewarna makanan hijau
3.Garam( ½ tsp)
4.Telur(200Gm)
5.Tepung gandum(20Gm)

Cara penghasilan kuih talam seri muka:

1.Masukkan beras pulut yang sudah direndam semalaman ke dalam bekas yang sudah
dialaskan dengan plastik.Isi pulut di dalam bekas itu hanya paras separuh bekas sahaja.

2.Masukkan ½ tsp garam ke dalam santan dan kacau sebati.Kemudian masukkan santan
ke dalam pulut tadi.Isikan hingga paras pulut sahaja.

3.Kukus pulut tersebut di dalam pengukus.Apabila sudah siap dikukus letakkan tepung
gandum di atas pulut dan ratakan.Berfungsi untuk melekatkan adunan pandan dan pulut.

4.Tekan pulut untuk mengelakkan adunan pandan turun ke bawah.

27

5.Untuk buat lapisan pandan: Letakkan pandan emulco ke dalam santan dan kacau
sebati.Kemudian masukkan pewarna makanan dan kacau semula sehingga sebati.
6.Masukkan gula ke dalam telur dan kacau sebati.Kemudian masukkan santan tadi sedikit
demi sedikit ke dalam tepung dan kacau sebati.Kemudian campurkan adunan tadi ke

dalam telur dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan ½ tsp garam.
7.Kemudian tapis adunan tadi dan masukkan ke dalam pot dan masakkannya di atas api

yang perlahan.Kemudian kacau adunan sehingga menjadi pekat.
8.Tapiskan adunan lagi sekali dan letakkan di atas pulut
9.Sejukkan.
10.Siap dan sedia untuk dihidang!

28

29

KUIH ONDE- ONDE

Bahan-Bahan:
1.Tepung pulut (1kg)
2.Tepung Gandum (1/2 cawan)

3.Air(1kg)
4.Gula Melaka dipotong kecil

Cara penghasilan kuih onde-onde :
1.Masukkan tepung pulut dan tepung gandum yang telah diayak.
2.Kemudian gaul sedikit tepung gandum dan tepung pulut tadi untuk sebatikan.
3.Kemudian ,masukkan air pandan ke dalam tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan

tepung tadi bersama air pandan.
4.Uli sehingga menjadi doh.

5.Ambil sedikit doh yang telah siap diuli tadi,dan leperkan kemudian masukkan potongan
gula melaka ke dalam nya dan bentukkan doh tadi sehingga menjadi bentuk bulat.Ulang

langkah ini sehingga doh habis.
6.Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.Kemudian,masukkan bebola tepung

tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga ianya timbul.
7.Setelah timbul,angkat dan golekkan ke dalam isi kelapa yang telah dikukus.

8.Siap dan sedia untuk dihidang!

30

TANG YUAN

Bahan-bahan: Bebola pulut:
Untuk air gula: 1. Tepung pulut (2cawan)
1.Air (1liter) 2.Air ( 200ml)
2.Gula kastor ( ½ cawan) 3.Gula kastor ( 1 tbsp)
3.Gula Pasir( ½ cawan) 4.Pewarna kesukaan
4.Daun pandan(2helai)

Cara penghasilan tang yuan:

1.Masukkan air,gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masak sehingga gula
hancur.

2.Campurkan gula kastor bersama tepung pulut.Kemudian masukkan air sedikit demi
sedikit.

3.Kemudian, uli sehingga menjadi doh dan bentukkannya menjadi bulat bebola.Bahagikan
doh kepada 3 bahagian untuk mewarnakan doh dengan warna yang berlainan supaya
kelihatan lebih menarik.

4.Rebus bebola tadi sehingga masak.Apabila bebola sudah masak,masukkan terus ia ke
dalam air gula.

5.Siap dan sedia untuk dihidang!

31

KUIH ANGKOO

Bahan-bahan:

1.Keledek(200Gm) 6.Air(160ml)

2.Tepung pulut(300Gm)

3.Tepung Ubi Kayu( ½ tbsp)

4.Gula kastor(2tbsp)

5.Minyak masak(2tbsp)

Cara penghasilan kuih angkoo:
1.Untuk pertama sekali,rebuskan keledek sehingga empuk dan lenyekkan.
2.Kemudian,campurkan tepung pulut,tepung ubi dan keledek.Gaulkan sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan minyak dan air sedikit demi sedikitdan gaulkan sehingga sebati.

5.Uli sehingga menjadi doh.
4.Kemudian,bulat-bulatkan inti kacang merah.

32

.Ambil daun pisang dan lapkan dengan bersih depan dan belakang,kemudian potog daun
pisang ikut saiz acuan kuih angkoo.

6.Sapukan minyak pada acuan kuih angkoo supaya mudah untuk kuih keluar.
7.Warnakan adunan dengan pewarna yang disukai.Kemudian ambil sedikit doh dan
leperkan dan masukkan inti kacang merah kemudian bulatkan doh yang berinti tadi.
8.Kemudian tekankan adunan yang sudah dibulatkan tadi pada acuan kuih angkoo.Ulang

langkah tersebut sehingga doh habis.
9.Kukus kuih angkoo sehingga masak.

10.Siap dan sedia untuk dimasak!

33

KUIH BOM

Bahan-bahan: Inti kelapa:
1.Tepung pulut(1 cawan) 1.Kelapa parut(1Kg)
2.Tepung gandum( ½ cawan) 2. Air gula melaka(200Gm)
3.Garam(1 tsp) 3. Gula pasir(200Gm)
4.Bijan yang secukupnya 4. Tepung gandum(1Tsp)
5.Air yang secukupnya 5. Tepung Jagung(1Tsp)

Cara penghasilan kuih bom:

1.Campurkan tepung pulut ,tepung gandum dan garam.Kemudian gaul sebati.

2.Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi dan gaul sehingga sebati.

3.Apabila adunan tepung tadi sudah siap,Leperkan ia dan masukkan inti kelapa ke
dalamnya dan tutupkan ia dengan rapat dan kemas.Kemudian gumpalkan ia sehingga

menjadi bentuk bulat.

4.Golekkan adunan yang berinti tadi ke dalam bekas yang berisi bijan.Kemudian
gumpalkan lagi sekali supaya bijan melekat pada adunan tadi.

5.Kemudian,goreng ia sehingga menjadi warna keperangan.

6.Siap dan sedia untuk dihidang!

34

35

BOONDI LADDU

Bahan-bahan: 6.Kacang Badam(50Gm) 11.Pewarna
1.Tepung gandum (200Gm) 7.Air secukupnya
2.Gula (300Gm) 8.Cardamom powder( ¼ tbsp)
3.Minyak Sapi(2 Tbsp) 9.Dried ginger powder( ¼ tbsp)
4.Kacang Gajus(50Gm) 10.Sedikit cooking soda
5.Kismis(50Gm)

Cara penghasilan boondi :

1.Campurkan tepung gandum,pewarna dan cooking soda di dalam mangkuk kemudian
gaul sebati.Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan kesemua bahan .

2.Panaskan api di dalam kuali.Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ke dalam minyak
untuk dapatkan boondi yang lebih sedap.

3.Gunakan senduk khas boondi untuk menggoreng.Tempatkan senduk boondi di atas
minyak panas dan gunakan senduk yang lain tekan adunan booondi tadi mengikut

Gerakan bulat dan adunan boondi tadi akan jatuh ke dalam minyak panas.Goreng secara
berperingkat.

4.Goreng boondi kurang dari seminit.Ia tidak perlu dapatkan tekstur yang rangup.Ia
perlulah bertekstur lembut.

5.Ulang langkah ini sehingga adunan boondi habis.Lap belakang sudip boondi untuk
dapatkan saiz boondi yang menarik dan cantik.Untuk jadikan ia lebih cantik dan

menarik,asingkan adunan boondi kepada beberapa bahagian dan letakkan warna yang
pelbagai.

36

Cara penyediaan air gula:
1.Campurkan air dan gula di dalam periuk .Gunakan ½ - 1 cawan air untuk

menenggelamkan paras gula.
2.Dalam kadar api yang sederhana, air gula tadi akan berbuih dan mula untuk pekat dalam

masa 5-7 minit.
3.Tutupkan api dan tambah cardammon dan dried ginger powder .

Cara penyediaan Boondi laddu:
1.Masukkan kesemua boondi yang telah siap ke dalam air gula.Biarkan sebentar sehingga

ia meresap air gula.
2.Sementara itu,panggang kacang gajus dan kismis menggunakan minyak sapi dan

campurkan bersama boondi.
3.Sebatikan kesemuanya dengan perlahan-lahan.Genggam boondi tadi untuk keluarkan
minyak dan bulatkan boondi Ketika dalam keadaan panas.Apabila sudah dibulatkan ,maka

terhasil lah boondi laddu.
4.Simpan di dalam bekas kedap udara.Ia bertahan selama 5-7 hari.

37

Kesari

Bahan-bahan: 7.Kacang badam(100Gm)
1.Tepung suji(300gm) 8.Kismis(50Gm)
2.Gula(300Gm) 9.Sedikit garam
3.Air suam (3 cawan) 10.Pewarna Oren Gelap
4. Susu(3 cawan)
5.Minyak sapi ( 2 cawan)
6.Kacang Gajus (200Gm)

Cara Penyediaan Kesari:
1.Dengan api perlahan,panggang tepung suji selama 3-4minit.Apabila aroma sudah

naik,tambah secawan minyak sapi dan gaul sebati.
2.Kacau selama 2-3 minit sehingga masak.Hati-hati kerana adunan senang hangit.

3.Letakkan adunan di tepi.

Menyediakan bahan garnishing:

1.Dalam kuali yang berlainan, tambah 2 tbsp minyak sapi dan panggang kacang kismis
diatas api yang perlahan sehingga kismis berwarna keperangan.Jangan sampai hangit.

38

Cara penyediaan Kesari:
1.Di dalam kuali yang sama,tambahkan air yang suam dan didihkan

ia.Kemudian,tambahkan susu untuk dididihkan.
2.Tambahkan kacang gajus dan kacang badam yang sudah dipanggang ke dalam adunan.
3.Apabila adunan mula mendidih dengan perlahan,tambahkan gula dan garam.Kemudian

tambahkan pewarna makanan.
4.Biarkan adunan mendidih kemudian kacau ia .
5.Apabila buih mula keluar, sedikit demi sedikit tuangkan adunan tepung suji yang telah

dipanggang tadi.
6.Kacau sehingga sebati.Tambahkan minyak sapi Ketika proses
mengacau.Kemudian,tambahkan kacang dan kismis.Lebih minyak sapi akan menghasilkan

rasa yang berlemak dan rasa yang manis di kesari.
7.Kesari boleh dibiarkan sejuk dalam kuali yang sama atau kuali yang berlainan untuk

dihidangkan kepada pelanggan.

39

Kheer

Bahan-bahan: 5.Kismis ( Senggenggam)
1.Beras ( 4tbsp ) 6.Almond ( 10 Biji)
2.Susu ( 3 cup )
3.Gula ( 5 tbsp )
4.Minyak sapi ( 1tbsp)

Cara penyediaan kheer:

1.Basuh beras dahulu kemudian rendamkan beras di dalam air selama 15 minit.

2.Masukkan susu di dalam periuk yang dibawahnya api yang kecil.

3.Kemudian masukkan beras yang sudah direndam tadi.

4.Kacau sehingga beras menjadi kembang dan masukkan gula.Kemudian gaul sehingga
sebati.

5.Dalam masa yang sama, di dalam kuali yang lain, masukkan minyak sapi,kismis dan
almond.Kemudian goreng sehingga warnanya keperangan.

6.Kemudian,masukkan almond dan kismis tadi ke dalam campuran beras dan susu
tadi.Gaul sehingga sebati.

7.Siap dan sedia untuk dihidang!

40

RUMUSAN

Untuk membuat kuih muih tempatan ini,kita perlu menggunakan
teknik dan cara yang betul agar hasilnya menjadi baik .Oleh
itu,kita memerlukan kesabaran dan usaha yang tinggi dalam
proses pembelajaran membuat kuih muih tempatan ini.Saya

berharap sedikit sebanyak perkongsian saya dalam buku resipi ini
dapat membantu tuan/puan.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada tuan/puan kerana buku resipi kuih-
muih tempatan saya ini menjadi pilihan tuan/puan.Selamat
mencuba.

41

BAHAN RUJUKAN

• https://i.pinimg.com/474x/14/81/d6/1481d6dd8ed56e821cc25
36634880d09.jpg

• https://www.tengkubutang.com/2016/05/resepi-dari-buku-
resepi-yang-pelbagai.html

42

43


Click to View FlipBook Version