The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by engyuqi2424, 2021-09-11 04:44:57

KANDUNGAN BUKU SKRAP

KANDUNGAN BUKU SKRAP

KANDUNGAN 1-BIODATA PELAJAR
BUKU SKRAP
2-BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN
BIODATA PENULIS 3-RASIONALISIS PEMILIHAN TUNKU ABDUL
NAMA:ENG YU QI RAHMAN
TINGKATAN: 5 4-5 KELEBIHAN TUNKU ABDUL RAHMAN
KOTA TINGGI,JOHOR
SMK TAMAN KOTA JAYA 6-BUKTI KREDIBILITI TUNKU ABDUL RAHMAN

7-11 JASA DAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

12-PENUTUP

BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN

• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah

• 8 Februari 1903 – 6 Disember 1990(umur 87)
• Tempat lahir:Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu

Tidak Bersekutu, Siam (kini Malaysia)
• Pendidikan:Ijazah Undang-Undang
• Kawasan pilihan raya: Sungei Muda
• Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955
• Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
• Pembentukan Malaysia pada tahun 1963

RASIONALISASI PEMILIHAN
TUNKU ABDUL RAHMAN

• "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia“

• Menurut Tunku Abdul Rahman, Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh
bagi mewujudkan sebuah Negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara
yang baharu. Berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-
cita keadilan dan kebebasan.

• Pada 31 Ogos 1957,masa pukul 12.00,Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi
lagu Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah itu.
Sorakan "Merdeka" dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik
hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

• Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah seorang pemimpin yang
berprinsip dan tegas dalam membangunkan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos, 1957

• Tunku juga seorang negarawan yang budiman dan seorang pemimpin demokratik yang berwawasan
dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi
berpelembagaan.

KELEBIHAN TUNKU ABDUL RAHMAN

BERBUAT BAIK DENGAN SEMUA
ORANG

• Tunku tidak sukakan diskriminasi dan sentiasa memperjuangkan persamaan hak
sesama manusia

• Sejurus pulang ke tanah air, Tunku bekerja sebagai penjawat awam menjadi kadet di
Pejabat Penasihat Undang-undang di Alor Setar sebelum bertugas sebagai Pegawai
Daerah.

• Dari situ, Tunku dapat mendengar sendiri masalah rakyat dan membantu mereka
memperbaiki kehidupan.

• Sikap berhati baik dan mudah disenangi Tunku membuatkan Tunku sangat popular
sehingga dilabel sebagai "Man of Peace".

BANTU SEMUA ORANG SEMASA
DALAM KESUSAHAN

• Tunku juga tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri apabila menghulurkan tangan
membantu ramai tahanan yang terlepas daripada membina "Landasan Kereta Api
Maut”dengan menyediakan tempat perlindungan dan makanan.

KELEBIHAN TUNKU ABDUL RAHMAN

MENANG DALAM KEAMANAN

• Tunku merupakan seorang pemimpin yang sangat mengeji pertumpahan darah. Tunku
pernah menolak permintaan Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang sah
untuk bertanding dalam pilihanraya kerana latar belakang parti itu yang lebih sukakan
keganasan.

• Tepat jam 12 tengah malam pada 31 0gos 1957, bendera Union Jack pun diturunkan
menandakan berakhirnya zaman pemerintahanBritish tanpa sebarang titisan darah

JADILAH TONGGAK PERPADUAN DAN
KEHAMONIAN

• Sebelum keadaan menjadi lebih tidak terkawal apabila kaum Melayu dan kaum Cina
mula berbalah, Tunku mengambil jalan yang lebih aman untuk mengendalikan situasi
tersebut.

• Tunku mencadangkan kepada Parlimen Malaysia supaya mengundi sama ada Singapura
akan terus kekal berada di dalam Malaysia atau sebaliknya.

• Pada 9 0gos 1965, Parlimen sebulat suara bersetuju agar Singapura dipisahkan dari
Malaysia. Walaupun perpisahan itu agak menyedihkan, namun ia akhirnya membawa
keamanan dan kebaikan kepada kedua-dua buah negara.

BUKTI KREDIBILITI TUNKU ABDUL
RAHMAN

• Gaya kepemimpinan Tunku sentiasa mendahulukan rakyat, contohnya beliau tidak suka kepada peperangan
dan menyelesaikan sesuatu isu di meja rundingan, antaranya ialah rundingan dengan pemimpin Parti Komunis
Malaya (PKM) Chin Peng di Baling, Kedah pada 1955, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

• Walaupun rundingan antara Tunku dan Chin Peng itu gagal, Tunku berjaya memenangi hati rakyat seterusnya
mendapat sokongan kuat daripada rakyat yang mendorongnya melakukan rundingan dengan pihak British
untuk kemerdekaan Malaysia

• Kejayaan Tunku dalam memimpin negara dan memastikan Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat
turut dibuktikan apabila berjaya menewaskan gerakan ‘Ganyang Malaysia’ iaitu ancaman Konfrontasi yang
digerakkan oleh Indonesia pada masa itu

• Selepas Darurat diisytiharkan tamat pada 1960, Tunku telah menumpukan perhatiannya terhadap
pembangunan ekonomi negara termasuk pembangunan di luar bandar dalam usahanya membanteras
kemiskinan.

• Malaysia pada tahun 1960-an tergolong sebagai antara negara miskin dalam Dunia Ketiga, bagaimanapun
kegigihan Tunku dalam menaikkan hasil penanaman getah dan perlombongan bijih dan lain-lain sumber asli
negara telah menghasilkan kemakmuran ekonomi negara

JASA DAN SUMBANGAN TUNKU
ABDUL RAHMAN

SUMBANGAN SOSIAL
• Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi berjasa kepada

rakyat Malaysia. Tetapi sumbangan beliau bukan hanya tertakluk
dalam bidang politik sahaja,beliau juga menyumbang tenaga dalam
aspek sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang kesenian dan lain-
lain. Perwatakan Tunku yang mulia ini telah menjadi satu teladan atau
‘role model’yang baik bagi semua ahli politik dan juga pemimpin.
Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh dapati bahawa Tunku
seorang yang rendah diri,bersemangat patriotik,bersemangat kenyal,
mengambil berat kebajikan rakyat dan lain-lain.

SUMBANGAN DALAM PENULISAN
• Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik

perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara, ketika berumur 85 tahun,
beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti
ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.
• Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan
sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah
menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13, Before and After . Selepas itu,
beliau meneruskan penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As
I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan
masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.
• Beliau turut menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (!977), As Matter of
Interest (1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary
Issuus in Malaysian Politics (1984), Challenging Times (1986) dan Political Awakening
(1986). Semua hasil tersebut adalah tentang isu-isu semasa.

SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM

• Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara
dkiitrai dmalaalmahpmenengagnhjaurruamnkPaenrtnaanmdianngaegnaMraedmibpaecrasaAdla-Qduurnaian.. Beliau banyak melibatkan

• Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960.
Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai
sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.

• mTeumnbkeunAarbkdaunl PREahRmKaInMacdaawlaahnsgeaonraKnegdpaehjumaennggkgeumnaaknaunsitaaannayhaknegptuunlyena.anBneyliaauuntetluakh
membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal
Masalan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha
memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui
Kteelalahnbtaernjapyaadamteanheumnp1a9t7k5a.nDseernagmanaib4a,n50tu0aonraPnegrspaetluaarniaBn adni gPsean-bgkanalgasna CBheerpsaatud,anbeliau
Cheranting.

• fPoradSaou1t8hJEanaustaAris1ia98a0n,dbTelhiaeuPtaeclaifhicd’ i(lRanIStiEkAmPe)nyjaadnigPpreerstidamena‘Roleeghiopnearwl IasklailmanicdCi ouncil
Persidangan Negara-negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan,
beliau mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada
Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama

Sumbangan dalam aspek ekonomi

• Tunku Abdul Rahman mengetuai kabinet telah membentuk strategi jangka panjang
dengan melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh lima tahun
bermula dengan Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.

• Rancangan ini mempunyai objektif utama iaitu meningkatan pertumbuhan ekonomi
negara dengan memberi tumpuan kepada sektor luar bandar. Objektif yang kedua
ialah untuk mempelbagaikan keluaran pertanian dan menambahkan peluang
pekerjaan. Rancangan ini bermatlamat untuk membangunkan sektor ekonomi luar
bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar
dengan penduduk bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan
masyarakat luar bandar.

• Dua agensi yang ditubuhkan sepanjang Rancangan Malaya Pertama dijalankan ialah
Rural & Industrial Development Authority (RIDA) yang ditubuhkan pada tahun 1953
dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).

• Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan
Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku
juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan
Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
• Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of

South East Asian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina,
dan Negara Thai.
• Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia,
Filipina dan Malaysia dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat
apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina
sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan.
• Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan
apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan
pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut
melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina, 3 Jun
1966 .Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.

PENUTUP

Tunku Abdul Rahman membawa Malaysia ke arah
kermedekaan.Kemerdekaan yang diperoleh wajar
dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga.
Kemerdekaan yang berkait rapat dengan
kedaulatan menuntut kita memberikan kesetiaan
yang tidak berbelah bahagi terhadap ibu pertiwi.
Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam
usaha mempertahankan kedaulatan negara perlu
diteladani dan disyukuri supaya generasi akan
datang terus menikmati kedaulatan negara yang
dicintai ini.


Click to View FlipBook Version