The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannaniyusrina, 2021-08-20 05:27:01

E-FOLIO (penyalahgunaan ICT)

E-FOLIO (penyalahgunaan ICT)

NAMA PENSYARAH: USTAZAH NURUL ADHA /
USTAZAH SITI NAZILAH / USTAZ AZRUL

MPU23032 - NISHA IMANI BINTI NOR REIMY (21DDT19F2033)
PENGAJIAN ISLAM - NUR YUSRINA HANNANI BINTI KASMAN (21DDT19F2022)
- NORSYAZATUL ELIYA BINTI SHAMSUDIN (21DDT19F2017)
SAINS, TEKNOLOGI & ICT: - NUR IIFA ZALIA BINTI MOHD ZARUDIN (21DDT19F2007)
- NUR SYAZLEEN BINTI AHMAD FAUZI
PENYALAHGUNAAN ICT:

PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA
M E NGATASINYA

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK HALAMAN
1. PENGHARGAAN 3
2. OBJEKTIF 4
3. PENGENALAN 5
4 i. PENYALAHGUNAAN ICT : SEJARAH 6-7
4 ii. PENYALAHGUNAAN ICT : KESAN DAN CARA 8-9

MENGATASINYA 10
5. PENUTUP 11
6. RUJUKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada sesiapa Akhir sekali, terima kasih kami ucapkan kepada mana-mana pihak yang
yang membaca e-folio ini. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana
limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah kami sekumpulan menyiapkan sebahagian telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
tugasan daripada MPU23032 – Pengajian Islam di Politeknik Balik Pulau, Pulau menyiapkan tugasan e-folio ini. Walaupun serba sedikit kami dapat, banyak
Pinang. pengajaran yang kami perolehi dengan melakukan tugasan e-folio ini. Semoga

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Ustazah Nurul Adha, Ustazah Siti Nazilah dan Ustaz Azrul, selaku pensyarah-
pensyarah bagi kursus MPU23032 – Pengajian Islam untuk semester pendek
ini bagi DDT4A, DDT4B dan DDT4C yang telah memberi banyak bimbingan,
pengajaran dan juga nasihat sehingga la tugasan e-folio ini disiapkan.
Penghargaan danterima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan dan keluarga-keluarga kami yang memberi banyak sokongan,
dorongan dan bantuan bagi melengkap tugasan e-folio ini.

OBJEKTIF

Melalui tugasan ini, ia merangkumi beberapa objektif seperti yang berikut:
Tugasan e-folio ini dilakukan secara amnya bagi mengenal pasti pandangan Islam

dalam penyalahgunaan ICT yang dilakukan oleh orang- orang di Malaysia sekarang. Dalam
tugasan e-folio ini, kami melakukan segalanya dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat
bagi menjayakan tugasan e-folio ini. Kami juga menguasai kemahiran dalam mencari,
mengumpul, dan menganalisiskan segala maklumat mengenai penyalahgunaan ICT dan apa
pandangan Islam terhadapnya di masa sekarang ini.

Tugasan e-folio ini juga dapat menambah pengetahuan kami tentang penyalahgunaan
ICT dari sudut pandangan Islam di kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga memberi kami
banyak pendedahan bagi mengenali dan memahami apakah asal usul penyalahgunaan ICT
ini. Bukan itu sahaja, malah hal ini memberi kesan negatif terhadap diri seseorang yang
terlibat. Dalam tugasan e-folio ini, kami juga mencadangkan beberapa cara untuk
menghindari kegiatan penyalahgunaan ICT ini.

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, • Penyalahgunaan ICT ini selalunya terjadi di kalangan
penyalahgunaan adalah perihal iaitu perbuatan masyarakat anak-anak muda kerana mereka suka sangat
menyalahgunakan sesuatu tak kira dadah, kuasa mengambil tahu tentang ICT ini. Dengan itu, terdapat
mahupun tenaga dan kepakaran. (Kamus Dewan beberapa punca daripada permasalahan tersebut
Edisi Keempat) mendatangkan kesan negatif pada mereka.

• Dalam bahasa Inggeris iaitu, misuse • Oleh itu, kami akan menerangkan apakah penyalahgunaan
(menyalahgunakan) yang bermaksud penggunaan ICT dari sudut pandangan Islam, beberapa punca, akibat
yang salah tidak betul; salah guna. (Dictionary.com) dan cara untuk menangani permasalahan penyalahgunaan
ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia.

PENYALAHGUNAAN ICT : PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA

UNTUK MENGATASINYA (SEJARAH)

Menurut pandangan Islam, umat Islam telah menunjukkan cara yang
terbaik dalam usaha penyebaran maklumat yang lebih awal daripada
penganut-penganut agama lain, iaitu dengan memulakan industri
kertas pada tahun 729M di Baghdad, berbanding orang Kristian yang
pertama sekali menggunakan percentakan kertas dalam tahun
1276M. Sejak 1040M lagi, kerajaan Islam kita telahpun menggunakan
kertas dalam urusan rasmi kerajaan, tetapi malangnya, apabila
muncul soal isu bidaah tentang penggunaan teknologi pada abad ke-
17M, umat Islam mengambil sikap yang agak mudah dan berpuas
hati denga napa sahaja mereka ada. Ini mengakibatkan, industry
percetakan dikuasai oleh masyarakat Barat (Abu Bakar dan Siti
Fatimah, 1999). Sejarah di atas, telah membuktikan bahawa teknologi
telah lama wujud dalam kalangan kehidupan manusia dari dulu,
sehinggalah sekarang ini.

Merujuk kepada sejarah Islam kita, teknologi merupakan sesuatu yang bukanlah asing. Ianya adalah
satu proses yang berterusan, sama berkembang dengan kepandaian manusia untuk memudahkan
urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang mahupun mengharamkan teknologi ciptaan baru
terutamanya untuk dimanfaatkan dalam system pendidikan kita. Oleh itu, hukum asal sesuatu adalah
harus, termasuk segala yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama ataupun baharu.Tidak
ada sama sekali bahawa sesuatu itu hukum haram kecuali terdapat nas dan dalil agama yang sesuai
dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban masing-
masing.

Agama Islam juga merupakan satu agama yang menitikberatkan soal ilmu pengetahuan.
Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk kita semua, untuk
mempunyai ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencukupi pelbagai bidang dan juga sub
bidang. Ini tidak terkecuali ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi
yang merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Tegasnya,
kegunaan ICT masih tertakhluk keoada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam.

KESAN DAN CARA MENGATASINYA

Dalam penyalahgunaan ICT, terdapat perkara yang boleh dilihat
bahawa golongan remaja mudah terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan
pengawasan. Sekiranya hal ini tidak terkawal, perkara ini memberi kesan yang lebih
besar kepada psikologi dan tindakan remaja sekarang, ia juga akan membawa
kepada permasalahan moral.

Seterusnya, kesan yang boleh dilihat adalah peningkatan keterlibatan remaja
dengan seks luar nikah dan menglibatkan kelahiran anak nikah. Hal ini secara tidak
langsung akan mendorong remaja sekarang melakukan perbuatan yang lebih buruk
iaitu menggugurkan kandungan dan membuang bayi yang tidak berdosa sama sekali.

Selain daripada itu, terdapat juga isu utama yang dikenalpasti seperti, penyebaran maklumat palsu, dan
gambar-gambar yang tidak bermoral. Lagi, penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara
terbuka dan penuh percaya semakin berleluasa sekarang. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang
sangat luas bagi seseorang yang ingin mengenali dan berhubungan dengan seseorang yang lain secara terbuka
dan bebas. Ini bukan sahaja berlaku diantara golongan remaja, tetapi juga di golongan dewasa terdedah pada
permasalahan ini sehinggalah mungkin boleh mendedahkan perkara-perkara sulit yang tidak sepatutnya
dikongsikan.

Menurut punca-punca di atas, boleh memberi kesan kepada remaja seperti kes-kes kehilangan remaja,
kesannya daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal. Tambahan pula, penipuan dalam bentuk kewangan
melalui internet juga semakin meningkat. Penipuan ini telah semakin merebak dan banyak masyarakat yang
telah menjadi mangsa daripadanya.

Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam
melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalm mentadbir negara di masa depan nanti.
Berkenaan dengan penggunaan ICT dari sudut pandangan Islam, umat Islam haruslah tahu bahawa:

a. Dalam dunia ini, umat Islam harus memastikan bahawa negara umat Islam menjadi negara yang kuat dan terpengaruh. Hal
ini boleh membantu dalam usaha penyebaran dakwah Islamiyyah bagi memuliakan kalimah Allah dapat dilakukan dengan
lebih berkesan.

b. Semua ilmu berasal daripada Allah S.W.T sendiri, jugalah termasuk sains, teknologi dan ICT. Selain daripada itu, umat Islam
terdahulu telah Berjaya muncul sebagai pelopor dan peneroka dalam bidang ini. Maka umat Islam sekarang harus berusaha
dalam mengembalikan status tersebut.

Perbincangan di atas telah membuktikan bahawa sains, teknolgi dan ICT merupakan sesuatu yang sangat penting bagi
kehidupan manusia sekarang. Dengan penguasaan yang kuat dalam sains, teknologi dan ICT, kita mampu menjadi lebih kuat,
dihormati dan mudah untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada manusia sejagat.

RUJUKAN

• Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini - Stpm
Study (stpm-study.blogspot.com)

• (PDF) Isu-Isu Teknologi Maklumat dan Komunikasi Menurut Hadith
(researchgate.net)

• PMSDDTS18122017.pdf (ilkap.gov.my)
• 32-Dakwah-internet.pdf (ukm.my)
• Sains Teknologi & Ict Pengajian Islam - Posts (facebook.com)
• Pengajaran dan Pembelajaran : Penggunaan ICT dalam Pembelajaran

(ictchungkonglan.blogspot.com)


Click to View FlipBook Version