PENDEKATAN TERBEZA DALAM PENDIDIKAN ISLAM Disampaikan oleh: Ustazah Siti Rahmah binti Syahbudin Guru Cemerlang Pendidikan Islam Jurulatih Utama Pendidikan Islam Daerah Bangsar Pudu PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME BAGI GURU PENDIDIKAN ISLAM PPD BANGSAR/PUDU TAHUN 2024
MAKSUD PENDEKATAN TERBEZA Satu kaedah pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian murid di dalam bilik darjah dalam menentukan pemilihan: • isi kandungan kurikulum • proses pengajaran • produk dan hasil pembelajaran • persekitaran pembelajaran bagi memastikan semua murid mendapat kefahaman mengikut tahap kognitif masingmasing.
KEPENTINGAN PENDEKATAN TERBEZA Meningkatkan hasil pembelajaran murid Meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran Meningkatkan minat murid belajar Meningkatkan kesedaran dan potensi murid Meningkatkan pembelajaran murid yang efisien dan pemahaman yang mendalam
PERSEDIAAN PELAKSANAAN PENDEKATAN TERBEZA MENGUASAI 5 PRINSIP UTAMA PENDEKATAN TERBEZA Kualiti Kurikulum Persekitaran Pentaksiran yang Konsisten Pengajaran Responsif Pengurusan Fleksibel MENGUBAH SUAI 4 ELEMEN PENDEKATAN TERBEZA Kandungan Proses Produk Persekitaran MENGENAL PASTI DASAR PENDEKATAN TERBEZA Kesediaan murid Minat murid Profil murid
MENGUASAI 5 PRINSIP UTAMA PENDEKATAN TERBEZA •Berdasarkan DSKP Pendidikan Islam •Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai matlamat pembelajaran 1 Kualiti Kurikulum
MENGUASAI 5 PRINSIP UTAMA PENDEKATAN TERBEZA • Menyokong Pendekatan Terbeza untuk tajuk yang ingin diajar • Menyediakan persekitaran yang kondusif, bagi menyokong PdPc 2 Persekitaran
MENGUASAI 5 PRINSIP UTAMA PENDEKATAN TERBEZA • Secara berterusan sehingga murid mencapai hasil pembelajaran • Memastikan objektif pembelajaran tercapai • Mengenal pasti instrumen untuk praujian, penilaian formatif dan penilaian sumatif bagi tajuk yang ingin diajar 3 Pentaksiran Konsisten
MENGUASAI 5 PRINSIP UTAMA PENDEKATAN TERBEZA • Memenuhi kepelbagaian murid • Melaksanakan PdPc yang responsif (aktiviti) bersesuaian dengan keupayaan murid agar mereka mampu mencapai matlamat yang dikehendaki • Boleh menggunakan pelbagai aktiviti dalam satu PdPc bagi menyesuaikan dengan kepelbagaian cara murid belajar 4 Pengajaran Responsif
MENGUASAI 5 PRINSIP UTAMA PENDEKATAN TERBEZA • Mengiktiraf kesediaan, minat dan profil pembelajaran murid 5 Pengurusan Fleksibel
• Apakah yang dipelajari oleh murid? • Guru mengubah suai kandungan pelajaran mengikut kesediaan murid, minat dan profil pembelajaran. • Guru menyesuaikan kandungan pelajaran mengikut keperluan murid. • Guru boleh merujuk Hierarki Taksonomi Bloom (2001) dalam membezakan penguasaan kandungan dalam kalangan murid. 1 Isi Kandungan Kurikulum MENGUBAH SUAI 4 ELEMEN PENDEKATAN TERBEZA
CONTOH PENDEKATAN TERBEZA: ISI KANDUNGAN KURIKULUM •Kumpulan Firdaus: Maksud, Hukum, Dalil, Kaifiyat, Hikmah. •Kumpulan Ma’wa: Maksud, Hukum, Kaifiyat, Hikmah. •Kumpulan Na’im: Maksud, Hukum, Kaifiyat. Bidang Fiqah: Solat Sunat Dhuha
• Bagaimanakah isi kandungan dipelajari oleh murid? • Guru merancang proses pengajaran yang melibatkan aktiviti PdPc. • Guru mengubah suai mengikut minat dan gaya pembelajaran murid. • Guru mempelbagaikan soalan berdasarkan keupayaan murid. • Guru memastikan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan berdasarkan peningkatan penguasaan murid. 2 Proses Pengajaran MENGUBAH SUAI 4 ELEMEN PENDEKATAN TERBEZA
CONTOH PENDEKATAN TERBEZA: PROSES PENGAJARAN •Kumpulan Visual: Membuat peta minda. •Kumpulan Lisan: Membuat penceritaan. •Kumpulan Auditori: Membuat lagu fakta sirah. Bidang Sirah: Kerajaan Uthmaniyah
MENGUBAH SUAI 4 ELEMEN PENDEKATAN TERBEZA • Bagaimanakah hasil pembelajaran murid dinilai? • Guru membezakan produk dengan memberikan bahan yang berbeza mengikut kecenderungan pembelajaran (kesediaan belajar, minat dan profil pembelajaran murid). • Guru mempelbagai kaedah penilaian. • Murid boleh memilih pelbagai cara untuk menunjukkan hasil pemahaman mereka seperti PENULISAN, PERSEMBAHAN, PROJEK dan lain-lain. 3 Produk dan Hasil Pembelajaran
CONTOH PENDEKATAN TERBEZA: PRODUK DAN HASIL PEMBELAJARAN • Kumpulan Firdaus: Membaca Ayat 18 Surah Ali Imran dengan bertajwid, lancar dan fasih. • Kumpulan Ma’wa: Membaca Ayat 18 Surah Ali Imran dengan bertajwid. • Kumpulan Na’im: Membaca Ayat 18 Surah Ali Imran dengan betul baris bacaannya. Bidang Al-Quran: Bacaan
• Suasana bilik darjah dan bagaimanakah ia berfungsi? • Guru menyusun atur persekitaran bilik darjah yang kondusif bagi menarik minat murid belajar dan mewujudkan interaksi sosial yang baik. • Persekitaran juga merujuk kepada iklim pembelajaran yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah yang memberi fungsi kepada murid. 4 Persekitaran Pembelajaran MENGUBAH SUAI 4 ELEMEN PENDEKATAN TERBEZA
CONTOH PENDEKATAN TERBEZA: PERSEKITARAN PEMBELAJARAN • Kesesuaian tempat: • Dalam bilik darjah • Luar bilik darjah • Keperluan sosial pembelajaran: • Kumpulan • Berpasangan • Individu Bidang Akidah: Al-Khaliq dan Al-Musawwir
MENGENAL PASTI DASAR PENDEKATAN TERBEZA Guru mesti mengenali dan memahami KEPELBAGAIAN setiap murid, berdasarkan: 1 Keperluan 2 Latar Belakang 3 Sosio Ekonomi 4 Minat 5 Budaya
ASPEK KECENDERUNGAN MURID 1 •Keperluan 2 •Latar belakang 3 •Minat dan tumpuan 4 •Penguasaan bahasa 5 •Budaya
KEPELBAGAIAN CARA MURID BELAJAR Visual • Lebih suka menggunakan gambar, warna dan imej Auditori • Lebih suka menggunakan bunyi dan muzik • Lebih suka menggunakan badan, tangan dan deria Fizikal sentuhan • Lebih suka menggunakan perkataan dalam perbualan Lisan dan penulisan
KEPELBAGAIAN CARA MURID BELAJAR • Lebih suka untuk belajar dalam kumpulan Sosial atau bersama-sama orang lain • Lebih suka menggunakan logik, penaakulan dan sistematik Logik Bersendirian • Lebih suka bekerja atau belajar sendiri
LANGKAH PELAKSANAAN PENDEKATAN TERBEZA SEBELUMMenguasai kehendak kurikulum dan objektif pembelajaran yang sepadan dengan keperluan pembelajaran murid. Mengenal pasti kepelbagaian cara murid belajar. Melaksanakan praujian untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid. SEMASAPenyesuaian kandungan, proses, produk dan persekitaran pembelajaran. Penyesuaian dibuat berdasarkan maklumat kesediaan murid atau profil murid yang relevan untuk menangani keperluan pembelajaran murid dengan lebih baik. Penyesuaian mungkin dilaksanakan dengan pengelompokan kumpulan yang sama, pelbagai atau individu dengan matlamat untuk menyelaras PdPc dengan lebih baik mengikut keperluan murid. SELEPASMenilai sama ada semua murid telah mencapai objektif yang ditetapkan menggunakan Pentaksiran Formatif. Menentukan murid yang memerlukan pemulihan atau intervensi, juga murid yang memerlukan pengayaan sahaja. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan murid menguasai pembelajaran dengan berkesan. Menentukan Pentaksiran Sumatif untuk pengesahan tahap penguasaan murid.
PENTAKSIRAN DALAM PENDEKATAN TERBEZA PENTAKSIRAN SUMATIF Ujian Topikal Tugasan Pencapaian Produk / Pameran Demonstrasi Semakan Portfolio PENTAKSIRAN FORMATIF Persidangan Penilaian Rakan Pemerhatian Perbualan Soal Jawab Portfolio Kuiz Penilaian Kendiri PRAUJIAN Inventori Senarai Semak Pemerhatian Penilaian Kendiri Soal Jawab
TUGASAN KUMPULAN APLIKASI LANGKAH PELAKSANAAN PENDEKATAN TERBEZA SEBELUMMengenal pasti STANDARD KANDUNGAN dan STANDARD PEMBELAJARAN yang sepadan dengan keperluan pembelajaran murid. Mengenal pasti kepelbagaian cara murid belajar sama ada VISUAL, AUDITORI, FIZIKAL, LISAN, SOSIAL, LOGIK ATAU BERSENDIRIAN. Mengenal pasti INSTRUMEN PRAUJIAN untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid. SEMASAKeperluan penyesuaian: ISI KANDUNGAN KURIKULUM PROSES PENGAJARAN PRODUK DAN HASIL PEMBELAJARAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Keperluan pelaksanaan dengan pengelompokan kumpulan murid: BERKUMPULAN BERPASANGAN INDIVIDU SELEPASMengenal pasti INSTRUMEN PENTAKSIRAN FORMATIF. Menentukan murid yang memerlukan PEMULIHAN ATAU INTERVENSI, juga murid yang memerlukan PENGAYAAN sahaja. Menentukan INSTRUMEN PENTAKSIRAN SUMATIF untuk pengesahan tahap penguasaan murid.
“Seorang guru itu adalah orang yang berani mengajar dengan tidak berhenti belajar”