The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by papa_rafiq, 2020-06-27 05:26:44

Album Nostalgia Majlis Lambaian Kasih Jasamu Dikenang Pn Norlaili & Pn Hjh Siti Haleja

majlis LKJD

UCAPAN TUAN PENGETUA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Yang diraikan Puan Norlaili bt Mohamad dan Puan Hajah Siti Haleja Bt Husnan,

Saya dengan penuh takzim dan ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta
ucapan berbanyak terima kasih kepada yang diraikan di atas segala kerjasama erat, sokongan
padu, bantuan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan puan-puan
lebih daripada 20 tahun. Pn Norlaili bertugas di SAMMPS daripada 1985-2020 manakala Puan
Hajah Siti Haleja dari tahun 2000-2020 bukan satu jangka masa yang singkat. Banyak ilmu dan
jasa yang telah disumbangkan kepada anak bangsa khususnya anak didik di SAMMPS, tanpa
rasa jemu mendidik dan membimbing mereka.

Mungkin saya baru sahaja mengenali puan-puan tetapi peribadi dan keterampilan puan-puan
amat saya senangi, merupakan ikon kepada guru-guru lain, dikenali sebagai otai dalam opsyen
masing-masing (Pn Norlaili dengan kepakaran matapelajaran Sains dan Sejarah) ( Pn Haleja
dgn kepakaran mata pelajaran Al-Quran, Pendidikan Islam satu masa dulu selain KHB@
RBT..sehingga menjadi pakar rujuk kepada adik-adik dan saya sangat memandang tinggi
dengan semangat puan-puan yang tidak mudah pudar dan sentiasa berusaha memberikan
komitmen yang terbaik dan tidak berbelah bahagi. Bukan itu sahaja..jasa puan-puan dalam Ko
Kurikulum juga tidak dinafikan.. kalau Pn Norlaili sangat dikenali di Daerah Sabak dengan
pencapaian yang sangat cemerlang dalam membimbing pelajar Ping Pong dan Inovasi Solar
Car satu masa dahulu meniti zaman2 kegemilangan sekolah meraih pelbagai kejayaan hingga di
peringkat yang tertinggi. Puan Haleja dgn kempimpinannya membimbing pelajar PPIM di
peringkat daerah dan beberapa tahun berturut-turut menjuarai Pertandingan Tajhiz Jenazah
satu masa dahulu hingga ke peringkat Negeri dalam Pertandingan KAMIL (Kemahiran Amal
Islami). Tugas sebagai Guru SPBT yang telah lama disandang juga amatlah dihargai oleh pihak
sekolah.

Justeru itu, saya juga mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf di
atas segala kesilapan, kelemahan, keterlanjuran perbuatan dan kata-kata yang mungkin
telah menyinggung perasaan dan hati puan-puan samada secara sedar atau tidak sedar.

Saya doakan agar puan-puan dipermudahkan Allah swt dan dikurniakan kesihatan yg
terbaik. Doa saya juga semoga ALLAH swt dengan Rahmat-Nya melindungi kita serta
mencurahkan taufiq dan hidayah kepada kita semua. Ameen.

Adalah menjadi harapan juga agar hubungan silaturrahim akan tetap berterusan dan terjalin
erat.

Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan
Biar jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan

Saya sudahi ucapan saya dengan ucapan ribuan terima kasih sekali lagi dan ungkapan
Assalamualaikum wbt.



Selamat Bersara Puan Norlaili dan Puan
Haleeja semoga sentiasa dalam keadaan sihat
dan berbahagia disamping keluarga
tersayang. Segala jasa dan bakti akan
sentiasa menjadi ingatan..terima kasih cikgu.

Mohd Shaharuddin bin Jamal
- PK KO Kurikulum
- SAMMPS

Selamat Bersara bonda laili semoga dipanjangkan umur
dimudahkan rezeki diberi kesihatan yg baik .bahagia
hidup cikgu di dunia Dan diakhirat.sayang bonda laili.

Semoga mama leja berbahagia selalu hidup success
didunia Dan diakhirat. Selamat Bersara mama leja
yg disegani

Hajah Haslinda bt Masian
PK Tingkatan 6
SAMMPS

Selamat Bersara Cikgu Laili. Selamat bersara cikgu yang tolong tumpangkan
saya ke sekolah dulu jika suami keluar berkursus. Selamat bersara guru yang
mengajar saya bermain karom sehingga mampu bimbing murid2. Selamat
berpencen dan semoga sihat sejahtera selalu. TERIMA KASIH CIKGU.

Selamat Bersara Cikgu Haleja. Semoga sihat sejahtera selalu. Segala nasihat
cikgu tetap saya kenang dn menjadi warna kehidupan. TERIMA KASIH CIKGU.

Asmah bt jusoh
GKMP Bahasa

Utk bonda laili & Mama Leja

Selamat Bersara Bonda Laili & Mama

Leja. Terima kasih atas tunjuk ajar dan
bimbingan. Semoga Bonda & Mama
terus sihat dan bahagia disamping
keluarga.

Fadilahsaat
GKMP Kemanusiaan

Disini Ada tangisan, Ada perjuangan, Ada
Luka, Ada tawa, Bahagia & rindu...segala
kenangan tetap dirindui...selamat
bersara...love U..

KHAFIDZOH@SHIMA
GKMP TEKNIK & VOKASIONAL

Selamat Bersara Kak Jah dan Kak Laili. Semoga dipanjangkan
umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga
tercinta. Semoga ikatan ukhwah ini sentiasa terjalin. Terima
kasih atas segala nya dan mohon maaf atas segala kesilapan.

Zahraton

Terima kasih k.jah n bonda laili atas
segala tunjuk ajar n kasih sayang yg
diberikan,moga sentiasa dibwh lindungan
rahmat n kasih sayang
dariNya.

- Mas

Selamat bersara cikgu haleja
Dan cikgu laili, saya mendoakan
kesejahteraan dah kebahagiaan
berpanjangan.. InsyaAllah.. Budi
Dan jasa baik kalian sentiasa
diingatan..

- Ngismah

Untuk bonda, Untuk Mama Leja

Pertemuan ini penuh berhemah, Ombak besar sudah pun surut,
Bila berjumpa berpesan-pesan. Nelayan boleh menangkap ikan.
Persaraan ini melakar hikmah, Tunjuk dan ajar akan ku turut.
Rehatlah minda dalam tugasan. Terima kasih saya ucapkan

Selamat bersara buat Kak Jah. Semoga terus diberikan kesihatan dan
kesejahteraan dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala bimbingan,
nasihat, teguran dan tunjuk ajar selama ini.

-ilham

Alaikum salam wrbt,

Selamat bersara untuk cikgu Laili. Semoga dirahmati.

Selamat bersara cikgu mama Lejah. Semoga dirahmati.
-HazleenJalil

Selamat bersara Cg. Laili.Terima kasih atas
segala tunjuk ajar diberikan. Semoga Cg Laili
bahagia disamping keluarga tercinta.

Selamat bersara Mama Leja.Terima kasih atas
segala nasihat yang diberikan. Semua nasihat
akan sentiasa diingati. Semoga Mama Leja
sentiasa bahagia bersama keluarga.

- Ainunnasir

Selamat bersara kepada Pn Norlaili bt
Mohamed dan Pn Siti Haleja bt Husnan.

Semoga diberi kesihatan yang baik dan
berbahagia di samping keluarga.

-Ct nor-

Selamat Bersara buat cikgu laili dn cikgu haleja....
Semoga dimurahkn rezeki dgn limpahan
kebahagiaan yang berpanjangan hendaknya bsama
keluarga tsayang...
Jasa dan pengorbanan tetap segar diingatan...

Bunga kemboja putih berseri ,
Putihnya melur dihujung dahan ,
Atas kerjasama dan bantuan yg diberi,
Puji syukur & terima kasih zuha ucapkan...

- Zuha -

Pn Galena lepas ikatan,
Pn Laili terus berlari
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti

Selamat bersara, semoga dimurahkan rezeki dengan limpahan
yang berpanjangan hendaknya InsyaAllah..
Jasa dan pengorbanan tetap segar dalam ingatan

- hussinMokhtar

Cikgu Haleja dan Cikgu Laili

-izayanidarus-

Asslm....
Kami dari Bilik Guru STAM
mengucapkn selamat bersara kpd pn
Haleja dan Pn Norlaili. Mg sentiasa ceria
disamping keluarga tercinta dan suksess
selalu

- bilikSTAM

Selamat bersara guru-guru saya cikgu Laili dan
ustazah Haleja. Terima kasih atas segala
sumbangan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang
telah diberikan kepada saya. Saya doakan cikgu
dan ustazah bahagia di dunia dan akhirat. Doakan
saya maafkan saya.

-jaafarshodek-

Pn Norlaili
Selamat bersama cikguku. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik
bersama cikgu Razali. Smile always

Pn Haleeja
Salam persaraan kak Leeja. Tinggal saya seorang dah Lija di
SAM One. Semoga sihat dan ceria selalu.

-sitikholijah-

Untuk Puan Laili dan Puan haleja....Selamat bersara dan
mudahan Allah beri kan kesejahteraan, kebahagiaan dan
rahmat serta taufik Nya sentiasa. Aminnn. Mohon maaf
atas kesalahan dan kesilapan serta percakapan yg
menyinggung. Sayang k.laili and k.jah dunia akhirat

- Rafiah -

Bintang kecil di langit
yang tinggi, Berkilau
sirna menghias angkasa,
Ternyata cukup sampai
disini, Moga berkekalan
hubungan kita.Selamat
Bersara Bonda Laili &
Mama Leja

-Ainaa

Slmt bersara pn. Norlaili.. moga
diberi kesihatan yg baik dan umur yg
berkat.
Slmt bersara pn haleja.. moga
sentiasa sihat dn ceria bersama
keluarga tersayang

- Azlina -

selamat bersara kak jah dan kak laili.
Semoga diberi kesihatan yang baik dan
berbahagia meniti hidup. Jasamu dikenang,
terimakasih atas segala kerjasama, semoga
dipanjangkan usia dlm kebaikan, berbahagia
didunia dan akhirat, maaf atas segala
kesilapan

- Roslini -

Selamat bersara buat Pn Norlaili.... Semoga segala jasa bakti yg
diberikan sepanjang perkhidmatan dalam bidang pendidikan
diterima oleh Allah SWTSelamat menjalani kehidupan yang
tenang bersama ahli keluarga tersayang Hanya Allah SWT
sahaja yang dapat membalas segala bakti budi yang
dicurahkan..... SELAMAT BERSARA

Selamat bersara buat Pn Siti Haleja binti Husnan.
Semoga Allah SWT rahmati dan berkati jasa baik bakti
budi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh menjadi
warga pendidik... Selamat berbahagia bersama
keluarga tersayang SELAMAT BERSARA

-Najkha-

Slmt bersara kpd pn norlaili n
pn haleja smg sentiasa sht n
dbwh lembayung ilahi selalu....

-hadi-

Slmt bersara buat k.jah n k.laili...smga sihat dan bhgia di
mn sj berada

solihah -

utk pn laili : tkasih x terhingga atas sumbangan
& jasa bakti terhadap pusat sumber sammps
selama ini.semoga sentiasa berjaya dlm apa
jua lapangan yg diceburi.hidup berjaya dunia
& akhirat

utk pn haleja : berangkat sampan ke Pulau
Pandanmencari kepah utk hidanganperpisahan
ini bukan sempadanikatan terjalin usah
diputuskansemoga berbahagia di samping
keluarga tercinta

=azahhamdi=

Puan Laili & Puan Haleja,
Jasamu dikenang, terimakasih atas
segala kerjasama, semoga
dipanjangkan usia dlm kebaikan,
berbahagia didunia dan akhirat,
maaf atas segala kesilapan

- Zarina -

Terbang ceria si rama-rama
Rama-rama hinggap di dahan tinggi
Bertahun kita bertugas bersama
Ingatan tetap kekal abadi

Kecil molek cikgu Laili
Cikgu Haleja tegas berkata
Jasa baik tetap di hati
Moga ceria selepas bersara

-rohanikosri-

Cikgu Laili dan kak jah.

Menanam ilmu bercambah jasa
Subur bakti mekar menguntum
Cekal berkhidmat demi bangsa
Indah budimu kekal mengharum

Selamat bersara
Moga bahagia dan sentiasa ceria Bersama
keluarga Tercinta

- suhadamastor-

Selamat bersara bonda Laili dan
mama Haleja.
❤️Moga terus sihat walafiat dan
bahagia di dunia dan akhirat.
❤️Mohon maaf atas segala salah
dan silap saya selama ini.
❤️Mohon dihalalkan makan dan
minum saya

- KHAIRIYAH -



BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSaya Amir
Izzuddin bin Azhan selaku Ketua Umum SAM Muhammadiah Pekan Sabak ingin
menyampaikan sedikit kata ucapan sempena persaraan dua orang guru yang telah
lama bergelar sebagai pendidik dan tenaga pengajar di SAM Muhammadiah Pekan
Sabak . Dua orang guru itu ialah Pn Norlaili dan Pn Haleja . Mereka ini telah
banyak menyumbang jasa dan bakti kepada pihak sekolah dalam mendidik anak
anak bangsa . Jadi saya sebagai Ketua Umum dan wakil pelajar di SAM
Muhammadiah Pekan Sabak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua
orang insan yang telah banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di
SAM Muhammadiah Pekan Sabak .Tanpa guru , siapalah kami sekarang . Tanpa
ilmu , dimanalah kami sekarang.Dan tanpa insan seperti mereka , tiadalah yang
akan bergelar doktor , jurutera dan sebagainya .Akhir kalam , saya berharap agar
hidup cikgu akan bahagia di samping keluarga tercinta . Semoga cikgu kekal sihat ,
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki . Selamat bersara cikgu ! Kami sayang
cikgu






Click to View FlipBook Version