PERANAN KELUARGA SEBAGAI AGEN SOSIALISASI Pendidikan Moral ( MPU23142 ) K E L U A R G A
01 - ISI KANDUNGAN 02 - KENALI KAMI 03 - AGEN SOSIALISASI DALAM KELUARGA 04 - DEFINISI , PROSES & TUJUAN SOSIALISASI 05 - TIGA JENIS PROSES SOSIALISASI 06 - PERANAN IBU BAPA YANG 07 - TANGGUNJAWAB IBU BAPA 08 - KUIZ KUMPULAN 2 I S I K A N D U N G A N 7 0 2 7 09 - PERUBAHAN SOSIAL DALAM KELUARGA 10 - JANGAN JADIKANNYA SEBAGAI ALASAN 11 - PENGARUH MEDIA SOSIAL DAN TEKNOLOGI 12 - CARA MENGATASINYA 13 - KONFLIK DALAM KELUARGA 14 - ATASI KONFLIK BERSAMA 15 - KESIMPULAN 16-18 - RUJUKAN 19 - HALAMAN BERMAIN AR - 0 1 - DITULIS OLEH : MARCELLO NEO KAJAN ANAK MUGI
KENALI KAMI DDT2B NAMA : HARVEY JEWS LALUNG ZAFANIA ID : 05DDT23F1119 ID : 05DDT23F1085 NAMA : KENNETH KUWING ANAK BRYANT YOUNG ID : 05DDT23F1123 KUMPULAN 2 NAMA : NICHOLAS WONG HOCK CHYE ID : 05DDT23F1036 NAMA : MARCELLO NEO KAJAN ANAK MUGI - 0 2 - DITULIS OLEH : NICHOLAS WONG HOCK CHYE
Keluarga merupakan unit sosial pertama dan paling fundamental yang dihadapi oleh individu. Dalam keluarga, individu belajar tentang norma, nilai, dan perilaku yang diterima oleh masyarakat. Oleh itu, keluarga memainkan peran penting sebagai agen sosialisasi. Dalam keluarga, individu pertama kali membentuk rasa identitas mereka. Mereka belajar tentang peran gender, status sosial, dan budaya mereka. Keluarga juga membantu membentuk pandangan individu tentang diri mereka sendiri dan orang lain. AGEN SOSIALISASI DALAM KELUARGA 27 April, 2024 | POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Keluarga adalah tempat pertama di mana individu belajar tentang norma dan nilai yang berlaku dalam masyarakat mereka. Melalui interaksi sehari-hari, anggota keluarga menunjukkan perilaku yang dianggap pantas dan tidak pantas. Pembentukan Identiti PENDIDIKAN MORAL - 0 3 - MPU23142 DITULIS OLEH : HARVEY JEWS LALUNG ZAFANIA
DEFINISI , PROSES & TUJUAN SOSIALISASI 1 2 3 DEFINISI SOSIALISASI Menurut Kamus Dewan, sosial adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Mohd. Salleh Lebar dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan mendefinisikan sosialisasi sebagai proses interaksi sosial yang memungkinkan manusia memperoleh personaliti atau sakhsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Proses ini berlangsung secara berkelanjutan dan sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor lingkungan personaliti yang meliputi ,pemikiran, tingkat emosi, kesedaran diri, konsep, dan lain-lain. Sosialisasi dapat didefinisikan sebagai interaksi antara manusia, baik verbal maupun non-verbal. Ketika manusia melakukan tugas bersama, meskipun tanpa interaksi, itu juga dianggap sebagai proses sosialisasi. Menurut Peter L. Berger, sosialisasi adalah proses di mana seorang anak belajar menjadi seseorang yang berperanan dalam masyarakat. Sosialisasi bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang anak dalam kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan keterampilan yang diperlukan seseorang yang memiliki tugas dalam masyarakat. Proses sosialisasi ini dapat menanamkan nilai-nilai kepercayaan kepada seseorang yang memiliki tugas dalam masyarakat. Sosialisasi yang benar dapat membentuk kepribadian yang unggul dalam diri seseorang. PROSES SOSIALISASI TUJUAN SOSIALISASI UNTUK INFO SELANJUTNYA PENDIDIKAN MORAL - 0 4 - MPU23142 DITULIS OLEH : NICHOLAS WONG HOCK CHYE
Sosialisasi Lanjutan (Sekunder) Proses ini berlangsung pada tahap kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Di tahap ini, terjadi proses pengembangan konsep diri, penerimaan konsep baru, perubahan, dan penyesuaian akibat interaksi dengan teman sebaya di sekolah. TIGA JENIS PROSES SOSIALISASI Sosialisasi Awal (Primer) Proses ini berlangsung pada tahap awal kehidupan kanak-kanak. Di sini, kanakkanak belajar tentang konsep diri, psikomotor, penaakulan, dan kemahiran bahasa dari keluarga mereka. Sosialisasi Ulang (Re-sosialisasi) Proses ini mungkin berlaku atau tidak pada seseorang. Sosialisasi ulang ini terjadi akibat perubahan yang drastik, mendadak, radikal, atau terpaksa yang dialami oleh seseorang PENDIDIKAN MORAL - 0 5 - MPU23142 DITULIS OLEH : NICHOLAS WONG HOCK CHYE
Peranan ibu bapa sangat penting dalam pembentukan karakter dan pembinaan personaliti anak-anak. Namun, apa yang berlaku jika peranan ini tidak dipenuhi dengan baik? Artikel ini akan membincangkan tentang peranan ibu bapa yang kurang dan kesannya terhadap perkembangan anak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam berbagai aspek kehidupan anak, termasuk pendidikan, sosialisasi, dan pembentukan nilainilai moral. Mereka adalah role model pertama dan paling berpengaruh dalam hidup anak. Namun, apa yang terjadi jika peranan ini tidak dipenuhi dengan baik? Tanpa bimbingan yang cukup dari ibu bapa, anak mungkin menghadapi kesulitan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mereka mungkin juga kurang yakin dan tidak tahu bagaimana harus bertindak dalam situasi tertentu. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pengembangan kemahiran sosial anak. Tanpa interaksi yang cukup dengan ibu bapa, anak mungkin tidak belajar bagaimana berkomunikasi dengan baik dan bagaimana berperilaku dalam situasi sosial. Ibu bapa adalah sumber utama pendidikan moral dan agama bagi anak-anak. Jika peranan ini tidak dipenuhi, anak mungkin tidak memahami atau menghargai nilainilai ini. Ibu bapa memberikan sokongan emosi kepada anak-anak mereka. Tanpa sokongan ini, anak mungkin mengalami masalah emosi seperti rendah diri, kecemasan, dan depresi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kejayaan akademik anak-anak. Mereka membantu dengan kerja rumah, mendorong pembelajaran, dan berkomunikasi dengan guru. Jika peranan ini tidak dipenuhi, anak mungkin menghadapi masalah akademik. PERANAN IBU BAPA PENDIDIKAN MORAL - 0 6 - MPU23142 DITULIS OLEH : NICHOLAS WONG HOCK CHYE
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT MEMPERKASA ILMU AGAMA DAN MORAL 25 APRIL 2024 Ibu bapa perlu mendalami ilmu agama dan moral untuk dapat mendidik anakanak mereka dengan baik2. Ibu bapa perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat sebagai contoh kepada anak-anak mereka. PENDIDIKAN UNTUK IBU BAPA Pendidikan untuk Ibu Bapa: Meningkatkan penglibatan ibu bapa bermula dengan mempunyai kapasiti untuk mendidik ibu bapa tentang selok-belok cara untuk terlibat dan mengapakah penting . Program pendidikan untuk ibu bapa yang menawarkan petua dan cadangan yang menerangkan cara mereka boleh terlibat sangat penting MENDENGAR DAN MEMAHAMI ANAK Biarkan anak luahkan perasaannya. Dengar dengan minda terbuka dan sedar, serta berbual dengan mereka. DITULIS OLEH : NICHOLAS WONG HOCK CHYE PENDIDIKAN MORAL - 0 7 - MPU23142
M A S A K U I Z ! 2024-04-30- U j i P e n g e t a h u a n A n d a ! DITULIS OLEH : MARCELLO NEO ANAK KAJAN ANAK MUGI - 0 8 - PENDIDIKAN MORAL MPU23142
Sebagai ibu bapa, perkara ini amat membimbangkan. Akan tetapi, perubahan sosial juga menjejaskan peranan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa telah menghabiskan lebih banyak waktu di tempat kerja demi mencapai kejayaan dalam perkerjaan. Dengan ini, waktu dan perhatian yang mereka dedikasikan kepada anak-anak mereka berkurang. Perubahan sosial telah mengubah sikap anak-anak terutamanya dalam peringkat remaja. Penggunaan gajet telah menjadikan golongan muda cenderung akan bersifat antisosial yang akan menyumbang kepada pembangunan karakter individualistik dalam kalangan keluarga. Hal ini kerana bagi remaja, interaksi secara maya lebih menghiburkan berbanding secara fizikal dan bersemuka . PERUBAHAN SOSIAL DALAM KELUARGA DITULISOLEH:MARCELLONEOKAJANANAKMUGI PENDIDIKAN MORAL - 0 9 - MPU23142
Jangan jadikan perubahan sosial ini sebagai alasan untuk tidak meluangkan masa bersama keluarga. Carilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama seperti pada hujung minggu atau pada cuti umum. Lakukan aktiviti yang melibatkan semua ahli keluarga seperti makan malam bersama, bercuti di pantai, atau beriadah bersama di taman Bagi anak-anak pula, jangan jadikan perubahan sosial sebagai alasan untuk tidak menghargai waktu yang diluangkan bersama. Anak-anak perlu menghormati dan menghargai usaha-usaha ibu bapa untuk mencari masa di jadual yang padat. Bantu jugalah mereka dalam menyelesaikan tugas rumah seperti membersihkan rumah, mengemas bilik, atau membantu menyediakan makanan. MPU23142 DITULISOLEH:MARCELLONEOKAJANANAKMUGI PENDIDIKAN MORAL - 1 0 -
PENGARUH MEDIA SOSIAL DAN TEKNOLOGI Dalam dunia yang semakin terhubung secara digital, peranan keluarga sebagai agen sosialisasi menjadi semakin penting dalam membimbing anak-anak melalui penggunaan media sosial dan teknologi. Media sosial dan teknologi telah membawa perubahan besar dalam cara kita berinteraksi dan belajar, dan keluarga memiliki tanggungjawab untuk membantu anak-anak memahami dan mengelola dampaknya. Dengan membimbing mereka secara bijak, mengawal penggunaan teknologi, dan membina nilai-nilai yang positif, keluarga boleh menjadi sumber sokongan yang teguh bagi anak-anak mereka dalam menghadapi cabaran yang datang dengan kehidupan dalam talian. PENDIDIKAN MORAL - 1 1 - DITULISOLEH:KENNETHKUWINGANAKBRYANTYOUNG MPU23142
Membina Hubungan yang Sihat Keluarga berperanan dalam membina hubungan yang sihat di antara ahli keluarga dalam era digital ini. Masa berkumpul di luar skrin adalah penting untuk membina ikatan yang kukuh antara ibu bapa dan anak-anak. Aktiviti keluarga seperti bermain bersama, berbual, atau melakukan aktiviti luar rumah dapat membantu mengurangkan ketergantungan pada teknologi dan memperkuatkan hubungan keluarga. Mengawal Penggunaan Media Sosial Ibu bapa juga perlu mengawal penggunaan media sosial anak-anak. Menetapkan had masa skrin yang sihat, serta melibatkan anak-anak dalam perbincangan terbuka mengenai bagaimana mereka menggunakan media sosial. Hal ini dapat membantu mereka memahami kepentingan mencapai keseimbangan antara masa dalam talian dan luar talian. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing anak-anak dalam menguruskan tekanan dan jangkaan yang timbul daripada interaksi dalam talian. DITULISOLEH:KENNETHKUWINGANAKBRYANTYOUNG PENDIDIKAN MORAL - 1 2 - MPU23142
DALAM KE L UAR G A Boleh ditakrifkan sebagai pergaduhan, pertelingkahan serta keadaan yang tidak harmoni. K O N F L IK Kehidupan berumahtangga ada pasang dan surutnya. Konflik rumahtangga boleh tercetus dan menggugat keluarga termasuklah anak-anak. Pertelingkahan ibu bapa yang berlaku di hadapan anak-anak merupakan satu pengalaman yang pahit dalam hidup mereka. K O N F L IK Yang keterlaluan memberi kesan buruk kepada keluarga. Pertengkaran dan pertelingkahan rumahtangga turut menjejaskan anak-anak. Konflik rumahtangga yang kerap berlaku, terlampau dan tidak ditangani dengan bijak memberi kesan negatif kepada remaja. K O N F L IK Dalam rumahtangga menyebabkan ibu bapa terganggu dan bersedih, kurang masa dan tenaga untuk memberikan perhatian kepada anak-anak. Ibu bapa tidak dapat menguruskan anak-anak dengan berkesan apabila emosi mereka sendiri terjejas. Emosi negatif kesan dari konflik boleh mempengaruhi anak-anak. Emosi negatif menjejaskan perhubungan anak-anak dengan orang lain. Ibu bapa yang bertelingkah cenderung untuk melepaskan kemarahan kepada anakanak. K O N F L IK PENDIDIKAN MORAL - 1 3 - DITULISOLEH:HARVEYJEWSLALUNGZAFANIA MPU23142
ATASI K O N F L IK BE R SAMA Cuba memahami dan memaafkan kesalahan pasangan dan bersikap terbuka dengan tindakan pasangan. Memahami kesalahan dan berbincang bersama bagi mencapai kompromi demi mengekalkan kesatuan dan keharmonian keluarga. Perbezaan pendapat boleh menjadi ketegangan yang sangat serius dalam rumah tangga terutama sebelah pihak yang sukar di bwa berbincang. Ibu bapa harus menerima setiap pendapat sesama sendiri agar perbincangan lebih teratur dan adil. Jangan mengungkit semula kesilapan pasangan. Bermaafan antara satu sama lain agar hubungan kekal hingga akhir hayat. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. DITULISOLEH:HARVEYJEWSLALUNGZAFANIA PENDIDIKAN MORAL - 1 4 - MPU23142
KESIMPULANNYA: keluarga memainkan peranan dalam membentuk individu menjadi anggota masyarakat yang berfungsi dengan baik, dengan memperkenalkan mereka pada nilai-nilai, norma, dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan tuntutan sosial. D I T U L I S O L E H : K E N N E T H K U W I N G A N A K B R Y A N T Y O U N G PENDIDIKAN MORAL - 1 5 - MPU23142
RUJUKAN N O M A D I C | 2 4 AGEN SOSIALISASI DALAM KELUARGA 1. 2. PERANAN IBU BAPA YANG KURANG - 1 6 - PENDIDIKAN MORAL MPU23142 https://www.pexels.com/search/family/ https://anyflip.com/ohgie/jjzm/basic https://www.greelane.com/ms/sumber/ untuk-pendidik/increase-parentalinvolvement-in-education-3194407/ https://www.irujukan.my/penderaan-kanakkanak/ https://mypositiveparenting.org/ms/20 21/08/06/9-kesilapan-ibu-bapa-yangkerap-dilakukan-dan-cara- membetulkannya/ https://www.ikim.gov.my/newwp/index.php/2013/12/27/buli-danperanan-ibu-bapa/ DITULIS OLEH : NICHOLAS WONG HOCK CHYE https://journalarticle.ukm.my/13924/1/36836- 116399-1-PB.pdf
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/pendedahan-teknologi-mediabaharu-terhadap-kanak-kanak-peranan-ibu-bapa/ https://www.kompasiana.com/yasintus/58c24335517a616f09741883/peranan-keluargadalam-menyikapi-pengaruh-media-massa-terhadap-anak http://www.myhealth.gov.my/konflik-rumah-tangga/ https://my.theasianparent.com/cara-mengatasi-konflik https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnalyadim/article https://youtu.be/63vW5hoZ5Ow?si=-iS_qUtUczdPKPvi RUJUKAN : DITULISOLEH:KENNETHKUWINGANAKBRYANTYOUNG - 1 7 - PENDIDIKAN MORAL MPU23142
Cuba pengalaman AR ini sambil belajar moral ! IMBAS SAYA ! - 1 9 - DITULISOLEH:HARVEYJEWSLALUNGZAFANIA
PENTINGKAN KELUARGA w w w.keluarg a.c o m volume 1 KELUARGA YANG BAHAGIA HANYALAH SYURGA YANG LEBIH AWAL. Hal yang paling membahagiakan, adalah keluarga. Sayangi keluarga apapun perbedaanya. -Joko Widodo 4 KOLEKSI MAJALAH KELUARGA september 30 2022 - George Bernard Shaw /02 /02 /01