Lampiran 3a
Program latihan yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Latihan (PPL)
BIL NAMA PROGRAM
1 Program Transformasi Minda (PTM)
2 Penataraan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tahun 2020 Bahagian Pembangunan Kurikulum
3 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahagian
Pendidikan Islam
4 Kursus Pemikiran Komputasional dan Reka Bentuk Teknologi
kepada guru-guru sekolah rendah
5 Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1
6 Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
7 Peluasan Dual Language Programme (DLP) Sarawak
8 Kursus Pembinaan Kit Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
9 Pentauliahan Bimbingan Instruksional Pensyarah IPG
10 Certified Coach (IPGM-IAB)
11 Penyelarasan Modul Pembangunan Kompetensi Guru STEM
12 Program Transformasi Daerah (DTP)
13 Program Literasi dan Numerasi (PLaN)
37
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) LATIHAN
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)
SECARA DALAM TALIAN KEPADA GURU DALAM
PERKHIDMATAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Latihan PPB kepada guru dalam perkhidmatan, KPM terbahagi kepada 2 inisiatif
latihan berikut iaitu:
INISIATIF ORGANISASI
LATIHAN KENDIRI
2. Inisiatif Latihan Kendiri PPB perlu dilaksanakan oleh setiap Institut Pendidikan Guru
Kampus (IPGK) melalui mod dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dan perlu diteruskan selepas tempoh PKP sekiranya pelaksanaan mod
dalam talian telah mencapai standard yang ditetapkan atau mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada guru-guru.
3. Bahan latihan secara dalam talian perlu disediakan dan diselaraskan oleh Ketua
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (KULDP) IPG dengan menggunakan kepakaran
bidang dan kemahiran pensyarah IPG berkenaan. Bahan kursus adalah hasil
daripada modul kursus yang menggunakan mod face to face yang perlu ditukarkan
kepada mod dalam talian sepenuhnya atau kursus yang diperlukan guru-guru dalam
tempoh PKP ini. Bahan kursus untuk tempoh PKP ini boleh dalam bentuk Slaid
Power Point/Panduan Pengajaran/ digital/ e-book/ story board/ YouTube dan
sebagainya yang bersesuaian.
38
4. Setiap IPGK perlu menyediakan sekurang-kurang dua (2) latihan PPB untuk
dimuat naik ke pelbagai medium Learning Management System seperti Google
Classroom, Schoology dan sebagainya dalam waktu PKP ini.
5. Bahan latihan ini perlu disemak oleh penyelaras IPGK (KULDP) dan disahkan
oleh Pengarah IPGK masing-masing sebelum dihantar ke Penyelaras PPB
IPGM. Borang Kursus tersebut adalah seperti di Lampiran A. Bahan-bahan modul
kursus dalam talian yang akan dimuat naik oleh IPGK perlulah menepati kehendak
latihan dan mendapat kelulusan pengarah IPGK masing-masing sebelum
dimuat naik.
6. Modul kursus dalam talian yang dijalankan perlulah mempunyai penilaian atau
pentaksiran semasa kursus dijalankan bagi memastikan keberkesanan dan
menepati objektif latihan.
Pensyarah IPG Kampus Medium LMS yang boleh Peserta melaksanakan
menyediakan modul/bahan digunakan adalah pembelajaran dalam
untuk dilaksanakan secara seperti Google
dalam talian melalui pelbagai talian.
Classroom, Schoology
platform LMS dan sebagainya
Pensyarah LMS Peserta
IPG Peserta melalui
pentaksiran/penilaian
Pensyarah menghantar
laporan PBB secara dalam dalam talian.
talian ke IPGM
Mod Latihan secara dalam talian
39
7. Latihan PPB secara dalam talian akan dilaksanakan bermula 2-28 April 2020.
26 Mac-1 April 2020
Penyediaan dan penghantaran Modul/Bahan
Pensyarah menyediakan dua (2) modul/bahan yang telah
disemak oleh KULDP dan disahkan oleh Pengarah masing-
masing
0 02
Latihan PPB dalam
tPaelsieartna boleh melaksanakan
pembelajaran secara dalam talian
menggunakan pelbagai medium LMS
2-28 April 2ya0n2g d0itawarkan
8. Latihan PPB yang dilalui oleh peserta boleh direkodkan dalam SPL KPM
sekiranya peserta melengkapkan kursus yang diambil.
9. Laporan pelaksanaan kursus PPB secara dalam talian hendaklah di emel ke
alamat emel [email protected] sehari selepas selesai
pelaksanaan kursus tersebut. Contoh format laporan adalah seperti di
Lampiran B dan carta alir PPB secara dalam talian adalah seperti di
Lampiran C.
40
Lampiran A
Format Borang Kursus PBB Secara Dalam talian
1 Nama Kursus
Pelantar Kursus
2 Secara Dalam talian
(Cth: Google
Classroom)
3 Nama Fasilitator
4 Nama IPGK
5 Kategori Latihan Asas
Pembangunan Kompetensi
Keperluan Dasar/Khusus
Elektif
Pelengkap
6 Objektif Kursus
7 Bil. Jam
Bahan Kursus:
(Cth: Slaid Power
8 Point. Sila
lampirkan bahan
tersebut bersama-
sama borang ini)
Disemak oleh
9 KULDP:
(Nama dan cap)
Disahkan oleh
10 Pengarah IPG:
(Nama dan cap)
41
*Rujukan
Kategori latihan mengikut jenis kursus. Terdapat lima kategori latihan PPB kepada
guru dalam perkhidmatan berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme
Keguruan (PIPPK), 2016 iaitu kategori kursus asas, kursus pembangunan
kompetensi, kursus keperluan dasar/khusus, kursus elektif dan kursus
pelengkap seperti di Jadual 1.
Kategori Definisi Contoh Aktiviti
PPB
Aktiviti sebelum atau permulaan Program Pembangunan Guru
Asas lauan kerjaya PPP bagi Baharu (PPGB)
menguasai kompetensi asas dan
orientasi kerja Program Transformasi Minda
(PTM)
Pembangunan Aktiviti PPB untuk meningkatkan
Kompetensi kompetensi generic dan Aktiviti PPB menukar laluan
fungsional berasaskan bidang kerjaya: NPQEL (Kepimpinan)
dan deskripsi tugas, laluan & Kursus Induksi Nazir Baharu
kerjaya serta gred
Peningkatan akademik
Keperluan Program bagi meningkatkan Latihan yang ditetapkan bagi
Dasar/Khusus
kompetensi PPP dalam laluan kerjaya PPP
Ulasan buku
memahami, menghayati dan
Perubahan baharu dalam
melaksanakan program yang kurikulum
menyokong pelaksanaan dasar Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS)
atau keperluan khusus KPM yang
Pembelajaran Abad Ke-21
terkini Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT)
Program LINUS
42
Elektif Program pilihan sendiri atau Seminar/Persidangan
Pelengkap mengikut keperluan organisasi E-Pembelajaran Sektor Awam
berkaitan dengan bidang tugas (EPSA)
Penyelidikan/Kajian Tindakan
untuk pengayaan dan
pengukuhan kompetensi bagi
meningkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan
Program eksklusif yang Advance Leadership
ditawarkan kepada kepimpinan Management Programme
tertinggi dan guru serta pemimpin Executive Enhancement Course
sekolah berprestasi tinggi yang Kursus Keupayaan Guru
terpilih untuk pengayaan dan Cemerlang Gred Khas C
pengukuhan kepakaran serta
pembangunan towering
personality
Jadual 1: Kategori Latihan PPB (PIPPK, 2016 ms 21)
43
LAMPIRAN B
Format Laporan Latihan PBB Secara Dalam talian
1 Nama Kursus
2 Tarikh Kursus
Pelantar Kursus
3 Secara Dalam talian
(Cth: Google
Classroom)
4 Nama Fasilitator
5 Nama IPGK
6 Bilangan Peserta
7 Nama Peserta 1.
2.
3.
dan seterusnya
1.
Nama Peserta yang 2.
8 melepasi penilaian 3.
yang dijalankan
dan seterusnya
Bukti Sesi PPB
8 secara dalam talian
(Cth: screen shot
paparan kursus
bersama peserta)
Disemak oleh
9 KULDP:
(Nama dan cap)
Disahkan oleh
10 Pengarah IPG:
(Nama dan cap)
44
LAMPIRAN C
Lampiran Carta Alir Latihan PPB Secara Dalam talian
MULA
Pensyarah menyediakan modul/latihan PPB
Modul/latihan disemak oleh KULDP IPGK
masing-masing
Tidak Sah Modul/latihan
disahkan oleh
Pengarah IPG
masing-masing
Sah
Modul/latihan dihantar ke Penyelaras PPB IPGM
untuk direkodkan
Modul/latihan dimuatnaik oleh pensyarah yang
menyediakan modul/latihan di sebarang platform
LMS
Peserta melaksanakan latihan dan penilaian PBB
secara dalam talian
Pensyarah menghantar laporan PBB secara dalam
talian ke IPGM
45
TAMAT
LAMPIRAN 4
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PELAJAR BERKAITAN
PENGENDALIAN PENULARAN JANGKITAN WABAK COVID-19
BAGI PELAJAR IPG KPM
A. SOP UMUM
Keselamatan dan Kesihatan
1. Memastikan semua pelajar IPG kampus menjalani proses pengesanan
(screening) apabila kembali ke asrama atau memulakan kuliah selepas
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2. Pelajar yang akan meninggalkan asrama perlu meninggalkan kad asrama /
menulis nama / lain-lain kaedah di pondok pengawal untuk rekod keluar masuk
asrama.
3. Pelajar perlulah memastikan kawasan atau tempat yang di lawati adalah bebas
daripada wabak penyakit.
4. Pastikan jarak antara individu sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama
lain samada semasa bersosial atau di dalam kelas.
5. Pelajar perlu mengelakkan persentuhan tangan (bersalam) .
6. Sentiasa peka mengenai tahap kesihatan sendiri / rakan / atau orang yang
berada di sekeliling. Jika berlaku keadaan tidak sihat dan mempunyai gejala
batuk, selesema, demam dan simptom-simptom yang berkaitan dengan wabak.
pelajar perlu segera laporkan kepada pihak JHEP/ mentor/Ibu bapa/ penjaga
untuk diambil tindakan segera.
7. Semua pelajar yang mengalami gejala batuk, selesema, demam dan simptom-
simptom yang berkaitan dengan wabak WAJIB memakai MASK apabila berada
di dalam atau luar bilik asrama / rumah sewa atau rumah keluarga.
8. Mengurangkan komunikasi secara terbuka seperti makan bersama di meja
makan atau semasa bersosial. Digalakkan menggunakan talian telekomunikasi
dan media elektronik untuk berhubung di antara satu sama lain.
9. Pelajar tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan yang melibatkan ramai di
kampus dan di luar kampus sehingga dimaklumkan.
46
10. Pelajar perlu menghadkan pergerakan dan sentiasa berada di dalam bilik
asrama/ rumah sewa / rumah keluarga untuk mengekang penularan wabak
COVID-19.
11. Memastikan semua SOP di kafetaria di patuhi dan diikuti.
12. Memastikan semua perkara yang berkaitan dengan sumbangan dan derma dari
mana-mana organisasi hendaklah dimaklumkan kepada JHEP untuk
diselaraskan.
13. Pelajar tidak dibenarkan menghampiri kawasan kurantin atau melawat pelajar
yang disyaki demam dan mempunyai simptom wabak penyakit.
14. Pelajar dikehendaki kerap mencuci dan membasuh tangan dengan sabun
atau menggunakan hand sanitizer.
15. Memastikan menutup hidung menggunakan tisu atau sapu tangan apabila
batuk, bersin dan tidak meludah sesuka hati di tempat yang tidak sesuai.
16. Pelajar digalakkan melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala bagi
tempat-tempat yang selalu dipegang seperti tombol, pemegang pintu, suis
lampu, butang lif dan sebagainya.
17. Memastikan pelajar tidak menggunakan tisu atau topeng muka yang telah
digunakan berulang kali.
18. Memastikan tisu atau topeng muka dibuang ke dalam tong sampah yang
mempunyai penutup dan diletakkan di luar bilik atau rumah.Tong sampah
tersebut perlu diuruskan dengan kadar segera oleh pihak pekerja
pembersihan.
19. Memastikan makanan dan minuman dari luar adalah terjamin kebersihannya.
Bagi pembelian secara dalam talian pastikan keselamatan, kebersihan
makanan dan hubungan dengan penghantar makanan mengikut prosedur yang
ditetapkan.
20. Memastikan apabila pulang ke bilik, asrama, rumah sewa atau rumah keluarga
pelajar perlu merendam pakaian yang digunakan dan perlu segera mandi dan
membersihkan diri dengan sabun pencegah bakteria (Cth: Dettol dll).
21. Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh IPG Kampus, Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
atau mana mana pihak berwajib.
47
B) SOP SEMASA KULIAH ,TUTORIAL DI KAMPUS DAN LUAR KAMPUS
Keselamatan dan Kesihatan
1. Menghadkan bilangan orang dalam pertemuan dan yang berkaitan.
2. Mengelakkan membuat perbincangan atau interaksi dalam kumpulan atau
bilangan yang besar.
3. Mengurangkan berlaku pertembungan atau perhubungan antara satu sama lain
sepanjang interaksi berlaku.
4. Digalakkan untuk membawa peralatan belajar sendiri dan tidak digalakkan
meminjam dengan rakan-rakan yang lain untuk mengurangkan risiko
penularan.
5. Setelah selesai melakukan interaksi PdP, pelajar perlu segera kembali ke bilik
masing-masing.
6. Pelajar perlu elakkan berkomunikasi dan bersosial selepas selesai PdP.
7. Memastikan tempat ,bilik dan dewan kuliah bagi melaksanakan PdP adalah
kawasan yang selamat, bersih dan bebas dari sebarang wabak penyakit.
8. Pelajar tidak digalakkan makan dan minum di dalam kelas.
9. Pelajar digalakan membawa minuman sendiri semasa menghadiri kelas.
10. Tidak digalakkan berkongsi makanan, minuman atau bekas makanan.
11. Menyediakan hand sanitizer di dalam bilik kuliah.
12. Membersihkan diri serta pakaian selepas menjalankan aktiviti amali di dalam
atau di luar kelas.
C) SOP PELAJAR DI ASRAMA/ RUMAH SEWA/ RUMAH KELUARGA
Keselamatan dan Kesihatan
1. Senaraikan semua pelawat yang datang menziarahi pelajar.
2. Jika bersama rakan bilik/ rakan penyewa/ keluarga, perlu pastikan kesihatan
mereka dalam keadaan baik dan tidak mengalami simptom batuk, selsema,
demam serta simptom yang berkaitan dengan wabak.
3. Letakkan hand sanitizer di tempat yang mudah dicapai di asrama/ rumah
sewa/ rumah keluarga.
48
4. Pelajar perlu membersihkan diri serta mencuci pakaian yang telah digunakan
setelah kembali ke bilik asrama/ rumah sewa / rumah keluarga dengan sabun
pencegah bakteria (Cth: Dettol dll).
5. Sentiasa pastikan pengudaraan di bilik asrama/ rumah sewa/ rumah dalam
keadaan baik. Bagi yang tinggal di asrama /rumah sewa/ rumah keluarga yang
mempunyai bilik yang kecil perlu dihadkan agar bilangan pelajar dalam satu
bilik mengikut jarak yang sesuai (minimum jarak 1 meter) atau 2 orang sebilik.
6. Memastikan tandas ,bilik asrama dan kawasan sekitarnya berada dalam
keadaan bersih.
7. Pihak IPG perlu menyediakan satu bilik khas di asrama kepada pesakit yang
demam biasa bagi tujuan kuarantin dan pesakit perlu sentiasa berada di bilik
pengasingan yang telah ditetapkan. Bagi pelajar di rumah sewa rujuk kepada
pihak IPG kampus untuk tindakan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15 APRIL 2020
49