1
2 BADAN PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN & JENAZAH MASJID BANDAR BUKIT RAJA (BKJ), KLANG, SELANGOR BUKU PANDUAN PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT BAGI AHLI TABUNG KHAIRAT KEMATIAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA 1.0 NAMA 1.1 Program ini dinamakan TABUNG KHAIRAT MASJID BANDAR BUKIT RAJA (selepas ini akan disebut TKMBBR), yang dikelolakan oleh BADAN PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN & JENAZAH MASJID BANDAR BUKIT RAJA (BKJ), Mukim Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan. 2.0 PEJABAT DAN ALAMAT SURAT MENYURAT 2.1 Pejabat dan alamat surat menyurat BKJ ini adalah seperti berikut: BADAN PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN & JENAZAH MASJID BANDAR BUKIT RAJA (BKJ), MASJID BANDAR BUKIT RAJA, 41050, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN. 3.0 TUJUAN PENUBUHAN 3.1 Untuk menyempurnakan keperluan tuntutan Fardu Kifayah setempat meliputi semua anak kariah Masjid Bandar Bukit Raja. 3.2 Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan anak kariah yang berdaftar serta merupakan jemaah Masjid Bandar Bukit Raja. 3.3 Menyediakan persekitaran yang lebih mesra kejiranan dengan semangat musyawarah dan kerjasama. 3.4 Menjaga kebajikan ahli TKMBBR yang berdaftar apabila berlaku kematian. 4.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN 4.1 Jawatankuasa BKJ ini terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Bandar Bukit Raja, Bandar Bukit Raja yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sukarelawan dan individu-individu yang dilantik oleh mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Bandar Bukit Raja.
3 4.2 Pengurusan TKMBBR adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya di bawah Badan Pengurusan Khairat & Khidmat Jenazah (BKJ) Masjid Bandar Bukit Raja berdasarkan peruntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. 4.3 Penaung BKJ ini adalah Tuan Nazir, Masjid Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor. 5.0 SYARAT KEAHLIAN Keahlian adalah terbuka kepada semua individu tertakluk kepada syarat-syarat berikut:- 5.1 Bermastautin di dalam kariah Masjid Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor. 5.2 Beragama Islam. 5.3 Telah Berumur 18 tahun ke atas. 5.4 Seseorang yang ingin menjadi ahli TKMBBR hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama orang yang di bawah tanggungannya seperti suami / isteri, anak-anak yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan yang belum berumah tangga. Ibubapa atau mertua yang tinggal bersama juga ditakrifkan sebagai tanggungan. Semua nama-nama tanggungan yang didaftarkan adalah diterima atas dasar kepercayaan. 5.5 Tanggungan yang berdaftar tetapi kemudiannya berkahwin akan terkeluar dari takrif tanggungan ahli TKMBBR dan tidak akan menerima apa-apa faedah dari TKMBBR. Ianya mesti mendaftar berasingan sebagai ahli keluarga yang baharu. Syarat-syarat ini tidak melibatkan ibubapa atau mertua ahli yang tinggal bersama. OKU adalah terkecuali daripada syarat had umur ini. 5.6 Ahli TKMBBR yang telah berpindah, dengan itu tidak layak menerima manfaat TKMBBR dan yuran tahunan TKMBBR yang telah dibayar tidak dipulangkan. 5.7 Sekiranya ahli TKMBBR berhasrat untuk menarik diri daripada menjadi ahli, maka ia tidak boleh menuntut semula segala yuran yang telah dibayar. 5.8 Seseorang ahli TKMBBR yang tidak melunaskan yuran tahunan, tidak boleh menerima apa-apa faedah TKMBBR yang ditentukan dalam peraturan-peraturan ini. 5.9 Jika berlaku kematian keatas ketua keluarga yang juga ahli TKMBBR yang berdaftar, tanggungan ahli TKMBBR mesti mendaftarkan nama ketua keluarga yang baharu untuk dikemaskini di dalam pengkalan data TKMBBR. 6.0 KELAYAKAN DAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN MASJID BBR (TKMBBR) 6.1 Bantuan dan manfaat tabung khairat kematian (TKMBBR) adalah terbatas kepada pengurusan jenazah sahaja iaitu kos pengangkutan dari hospital/rumah ke Masjid BBR, mandi, kafan, solat sehingga pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang, Selangor.
4 6.2 Kos perbelanjaan semasa bagi pengurusan jenazah, pengkebumian serta pengangkutan adalah seperti berikut:- No. URUSAN PENGKEBUMIAN AHLI BUKAN AHLI KANAK-KANAK (BUKAN AHLI) 1 Pengurusan Jenazah (Mandi/Kapan dsb.) RM650 Separuh kos BU2 Tanah/Plot Kubur RM550 KAN AHLI 3 Khidmat petugas RM50 JUMLAH (a) RM1050 (a) RM1250 (a) RM625 (a) 4 Kos kebumi tambahan (Lepas Maghrib - 12 Tengah malam) RM150 (b) RM150 (b) RM150 (b) JUMLAH (a + b) RM1200 RM1400 RM775 5 Kos kebumi tambahan (Lepas 12 Tengah malam) RM200 (c) RM200 (c) RM200 (c) JUMLAH (a + c) RM1250 RM1450 RM825 NOTA: KOS PENGURUSAN PENGKEBUMIAN AKAN DILAKUKAN SEMAKAN SETIAP 3 TAHUN BERGANTUNG KEPADA KOS SEMASA. 6.3 Ahli TKMBBR atau waris boleh membuat pengurusan serta pengkebumian jenazah secara persendirian tetapi tuntutan bayaran adalah terhad kepada RM1000.00 sahaja (Urusan Mandi, kafan dan perkuburan). Bayaran yang sama juga akan dijelaskan jika di atas sebab-sebab tertentu jenazah terpaksa disempurnakan di luar kawasan Bandar Bukit Raja, seperti di hospital atau di kampung. Ahli TKMBBR atau waris boleh juga membuat tuntutan keatas bayaran sewa van jenazah tetapi tertakluk kepada had yang tidak melebihi RM100.00 mengikut resit yang dikeluarkan. 6.4 Jika jenazah dikebumikan di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, kos pengangkutan van jenazah yang ditanggung ahli/waris yang berkenaan adalah mengikut kaedah berikut: Jumlah Kos Pengangkutan = RM100 + Jarak (RM1.50/km) + Tol 6.5 Jenazah disolatkan di Masjid Bandar Bukit Raja. 6.6 Ibubapa atau mertua yang tidak tinggal bersama ahli TKMBBR ataupun yang selalu datang berziarah, adalah dianggap sebagai tanggungan. Adik beradik dan saudara mara kepada ahli juga boleh dikategorikan sebagai tanggungan. 6.7 Bagi kematian di luar kawasan Bandar Bukit Raja, ahli TKMBBR atau waris adalah bertanggungjawab keatas semua urusan dan kos pengangkutan untuk membawa jenazah ke Masjid Bandar Bukit Raja. 6.8 Pengurusan jenazah bagi yang bukan ahli TKMBBR atau yang menjadi ahli khairat di tempat lain, waris mestilah membuat bayaran penuh tunai tanpa tangguh terus kepada petugas BKJ. Keahlian di tempat lain tidak akan diambil kira dan ianya adalah urusan waris atau ahli yang berkenaan. Tiada wang pendahuluan dari tabung Khairat akan dikeluarkan.
5 7.0 PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT TUNTUTAN 7.1 Apabila berlaku kematian, ahli atau waris hendaklah memaklumkan kepada AJK BKJ iaitu Pengurus Operasi (En. Zainizam – 0133642256), Timb. Pengurus Operasi (Mat Rashid Ismail – 0192669482) atau Setiausaha (Ahmad Shahriman - 0193149916) dengan segera. 7.2 Waris dikehendaki menghubungi talian kecemasan 999 untuk pengesahan kematian jika kematian berlaku di rumah. Selepas pengesahan, waris hendaklah segera membuat laporan Polis dan membuat salinan laporan kematian serta permit pengkebumian untuk memudahkan urusan seterusnya. 7.3 AJK BKJ akan menguruskan tanah perkuburan jika jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah. Kesemua jumlah nilaian manfaat khairat akan digunakan untuk menyempurnakan pengkebumian jenazah. 7.4 Jika pengurusan jenazah adalah di luar kawasan, ahli TKMBBR atau waris bertanggungjawab bagi membuat segala urusan yang perlu untuk pengkebumian jenazah. Manfaat khairat bernilai RM1,000.00 akan diserahkan kepada waris. 7.5 Urusan memandi serta mengkafan dan solat akan dijalankan di Masjid Bandar Bukit Raja. Segala peralatan dan keperluan disediakan oleh BKJ. 7.6 Apabila berlaku kematian, iaitu selepas laporan Polis dibuat, jenazah akan dibawa ke Masjid Bandar Bukit Raja dengan van jenazah Masjid Bandar Bukit Raja untuk diuruskan. 7.7 Keperluan van jenazah akan diuruskan oleh BKJ. Perbincangan akan diadakan dengan ahli atau waris untuk perjalanan pengurusan jenazah. 7.8 Bagi kematian ahli TKMBBR atau tanggungan di luar kawasan kariah, tuntutan boleh dibuat dengan memaklumkan kepada AJK BKJ. Tuntutan mestilah dibuat dalam masa 7 hari dengan disertakan salinan Surat Perakuan Kematian. 8.0 YURAN Bayaran yuran sebagai ahli adalah seperti berikut:- 1. Pendaftaran RM10.00 2. Yuran Keahlian Tahunan RM50.00 8.1 Tempoh sah rasmi menjadi ahli TKMBBR adalah selepas dari tarikh pengesahan penerimaan permohonan. 9.0 NOTA 9.1 TARIKH KEMASKINI BUKU PANDUAN PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHAIRAT KEMATIAN INI ADALAH PADA 31 OKTOBER 2023 OLEH PEGAWAI DAN AJK BKJ MASJID BANDAR BUKIT RAJA.
6