KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Antara kepentingan ialah menghindari penyakit berjangkit dan masalah kesihatan juga merupakan kepentingan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tamsilnya, apabila seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem kardiovaskular individu tersebut akan bertambah kuat dan dapat menghindar daripada serangan jantung. Selain itu, amalan membasuh tangan menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar kita tidak membawa bakteria atau virus yang mungkin dibawa oleh kita tanpa disedari. Amalan gotongroyong membersihkan kawasan sekitar juga dapat membantu mencegah pembiakan nyamuk aedis dan sisa lain yang mampu menjadi punca kepada penyakit-penyakit berjangkit. Kesannya, masyarakat dapat hidup dengan sejahtera tanpa merisaukan maslah kesihatan atau penyakit berjangkittan. 1
Seterusnya, amalan jaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting bagi memupuk sikap disiplin dalam setiap individu. Hal ini demikian kerana, apabila individu tersebut ingin melaksanakan aktiviti seperti bersukan, mereka perlu mematuhi peraturan dan etika dalam aktiviti tersebut. Sebagai contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu mengikuti jadual latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal dan mental sebelum menyertai kejohanan tertentu. Selain itu, dari sudut kebersihan, amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin harian semua manusia. Secara tidak langsung, perkara di atas telah membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding dahulu hasil daripada usaha untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. 2
Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana ia dapat menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik seorang individu. Jika anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah kriteria yang anda utamakan terlebih dahulu ! Sudah semestinya calon yang mempunyai perwatakan menarik beserta pakaian yang rapi dan imej yang kemas. Mutakhir ini, pelbagai produk kesihatan yang boleh membantu kita untuk mendapatkan imej yang menarik di samping baik untuk kesihatan. Contohnya, penggunaan gel rambut dapat membantu golongan lelaki merapikan rambut mereka dengan kemas agar ia kelihatan elok di mata setiap orang yang memerhati. Natijahnya, apabila imej dan perwatakan yang menarik hasill daripada penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, ia akan memudahkan kita untuk pergaulan dengan orang ramai serta diterima oleh kemasyarakatan. 3
4 Akhir sekali, kepentingan berjaga memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada pada tahap yang tinggi kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik ? kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah dapat memberikan fokus pada pelajaran mereka dan pekerja professional boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanakan tugas masing-masing. Setiap pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku dengan semula jadi. Justeru, kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam setiap perkara untuk dikecapi.
TERIMA KASIH JANGAN LUPA JAGA KEBERSIHAN DIRI ANDA