KAIN PELIKAT KAIN PELIKAT WARISAN BUSANA MELAYU SEJAK BERZAMAN
Kain Pelikat 01 02 Kain pelikat atau kata nama lain Kain Sarung (nama yang agak jarang digunakan di Malaysia) merupakan antara pakaian tertua di nusantara. Dikatakan sejarah kain pelikat ini sudah direkodkan sebelum dan pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan sejarah pada waktu itu, nama pelikat diambil dari sebuah tempat di benua India dimana pedagang yang mula menjual kain sarung berwarna putih. Populariti dan sambutan yang sangat mengalakan membuatkan orang tempatan memanggil jenis kain ini, Kain Pelikat sempena tempat asalnya.
Kain Pelikat 03 04 Namun melalui pencarian sejarah kain pelikat di Internet menjumpai sejarah yang lebih menarik dimana tempat dan susur galur kain pelikat ini bukan lah dari benua India hatta jauh sekali negara Indonesia. Mengikut sejarah kain pelikat adalah berasal dari benua Arab iaitu Yaman – dimana industri tekstil disitu lebih maju dan juga merupakan industri awal untuk tamadan Islam pada waktu tersebut sebelum merebak ke benua India (pada waktu itu dikuasi oleh kerajaan Islam).
Kain Pelikat 05 06 Ya memakai kain pelikat sebenarnya bermula dari budaya Arab. Oleh kerana demikian di benua Arab fesyen atau budaya berkain pelikat / sarung ini) merupakan lebih awal daripada budaya berjubah dan bersongkok yang dipopularkan semasa Empayar Turki Uthmaniah. Selanjutnya, boleh dikatakan kain pelikat sememangnya diterima dengan baik oleh orang tempatan disebabkan ianya mudah untuk dipakai dan digayakan. Cuaca Khalistiwa kita juga menyebabkan pengunaan kain kapas (cotton) lebih tahan lasak , selesa dan mudah untuk dipakai sebagai pakaian seharian. Seiring dengan kedatangan agama Islam di tanah Melayu , pemakaian kain pelikat juga memenuhi tuntutan menutup aurat.
Kain Pelikat 07 08 Melalui pengamatan kami juga , perkembangan fesyen kain pelikat dan kain batik dilihat seiring sebagai satu pakaian umum untuk penduduk tanah Melayu pada waktu itu. Tidak cukup dengan itu , kain pelikat juga turut digunakan sebagai samping dan penutup kepala – semutar (bukan serban atau tengkolok) – satu aksesori yang wajib untuk setiap orang lelaki pada waktu itu tetapi seperti sangat janggal jika mengenakan semutar pada waktu sekarang. Tetapi ramai yang tidak tahu, pada peringkat awal pengunaan kain sarung/pelikat di tanah Melayu mengunakan kain pelikat yang tidak di jahit (tidak bersambung) dimana ianya lebih mudah dan flexible untuk digunakan. Pengunakan corak pula pada waktu dahulu lebih kepada putih dan lama kelamaan menjadi mengambil corak kotak-kotak (chequered).
Kain Pelikat 09 10 Berkata untuk zaman semasa , kain pelikat menjadi aksesori pakaian yang kurang popular, ianya sering dikaitkan dengan pakaian pakcik – pakcik untuk ke surau / masjid dan untuk pakaian dirumah. Sangat jarang-jarang sekali pakaian kain pelikat dikenakan untuk keluar rumah sebagai pakaian ke kedai makan , pusat membeli belah , dan kenduri kendara. Berkain pelikat untuk golongan lelaki telah dikategorikan sebagai pakaian secondary (kelas kedua) yang tidak wajar digayakan apabila majlis rasmi. Perkara ini boleh disebabkan oleh dengan pengaruh fesyen berseluar dianggap lebih moden manakala bersifat kolot dan kampungan. Perkara ini kita boleh nak salahkan disebabkan pengaruh berseluar berbanding berkain pelikat berlaku diseluruh dunia.
Kain Pelikat 11 12 Di India misalnya – berkain pelikat melambangkan kekampungan dan konservatif malah sering juga dikaitkan dengan taraf ekonomi. Ditambah lagi dengan pengaruh British yang menjajah benua India pada masa itu menyebabkan masyarakat bandar khasnya menerima pakai berseluar sebagai keperluan pakaian harian. Namun berbeza dengan di India , masyarakat disana masih mengangap berkain pelikat sebagai pakaian tradisional dan sering dikenakan semasa majlis keramaian seperti upacara perkhawinan dan hari -hari tentu perayaan.
TERIMA KASIH