PENJAGAAN KAKI
PESAKIT DIABETES
UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
KLINIK KESIHATAN BANDAR ALOR SETAR
MTiEpN1J;AGA
KEBERSIHAN KAKI
Basuh kaki menggunakan air dan sabun
Air tidak terlalu panas (suam)
Menggunakan sabun yang lembut / anti
bakteria
Keringkan kaki selepas membasuh kaki /
mandi terutama dicelah-celah jari kaki
Tip 2;
Penjagaan kulit
yang sihat
JIKA KULIT TERLALU KERING : menyapu
losyen pada bahagian atas dan bawah
kaki kecuali di celah-celah jari
JIKA KULIT TERLALU LEMBAP : menyapu
bedak pada keseluruhan kaki terutama di
celahan jari kaki
Tip 3;
pastikan kuku
dijaga dengan
rapi
Jika kuku terlalu keras atau tebal,
rendam kuku dalam air / potong kuku
selepas mandi
Kuku dipotong secara lurus .
Potong kuku dalam pencahayaan yang
terang
Menggunakan pengetip kuku yang
sesuai
Tip 4;
memantau kaki setiap hari
Mengenalpasti tanda-tanda komplikasi diabetis yang mungkin
terdapat pada kaki
sebagai pengesanan awal dan langkah pencegahan
Jika ada:
pemantauan
setiap hari:
Luka kecil di kaki
Kaki bengkak
Perubahan pada kulit kaki
Rasa sakit / menyucuk / kebas
Tip 5;
Memakai alas kaki
yang sesuai
Alas kaki (Kasut, sandal, selipar) sebagai
perlindungan kaki
Pemilihan alas kaki yang sesuai penting
untuk keselamatan kaki
Tip 5;
Memakai alas kaki
yang sesuai
Membeli kasut pada sebelah petang.
Mencuba kasut bersama stokin.
Memakai selipar di dalam rumah.
Mengutamakan sokongan dan
keselesaan.
Tip 6;
MEMERIKSA ALAS
KAKI
Memeriksa alas kaki setiap hari / sebelum pakai
untuk mengesan:
1.Batu, kayu, bahan asing di dalam alas kaki.
2.Kulit alas kaki yang terkoyak atau rosak.
3.Tapak alas kaki yang haus.
4.Struktur alas kaki yang berubah.
Komplikasi kaki diabetes
boleh dicegah.
Pencegahan lebih berkesan
melalui pendidikan.
Penjagaan kaki diabetes untuk
kesihatan sepanjang masa.