The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kebudayaan dan perpaduan dalam masyarakat yang pelbagai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dom 048, 2023-04-08 01:46:58

kebudayaan dan perpaduan dalam masyarakat yang pelbagai

kebudayaan dan perpaduan dalam masyarakat yang pelbagai

KEBUDAYAANDAN PERPADUANDALAM MASYARAKAT YANG PELBAGAI MPU21032 {Penghayatan Etika & Peradaban} Nama Pensyarah : Mdm Farah Hanan Binti Abu Bakar 1


Disediakan Oleh: Nama No Matriks Award Lazarius Ngabong Anak Sampar 20DEE22F1016 Alexious Anak Senawie 20DEE22F1010 2


PRAKATA ◦ Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpahan dan kurnianya, kami dapat menyiapkan tugasasan e folio atau e book dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan . Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar selaku pensyarah kursus Etika dan Peradaban, yang telah banyak beri maklumat dalam membantu kami menyiapkan e folio ini. ◦ Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Insititut Kolej Komuniti yang telah memberikan kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan tugasan dan Wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami atas kerjasama dan komitmen yang telah telah diberikan serta sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat sepanjang menyiapkan tugasan ini. 3


OBJEKTIF Tugasan E-Folio ini bertujuan untuk menilai pelajar dalam mencari dan mengumpul maklumat mengenai kebudayaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menilai keupayaan pelajar dalam mengelas, menganalisis dan merumuskan maklumat secara rasional mengenai budaya dan perpaduan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan supaya para pelajar lebih mengenali tentang maksud budaya dan perpaduan, masalah awal perpaduan kaum-kaum di Malaysia dan faktor-factor yang telah dibuat. Melalui kajian ini juga, membolehkan pelajar lebih mengenali mengenai adat budaya yang ada serta dapat mengetahui cara-cara untuk menerapkan semangat perpaduan antara kaum yang berada di Malaysia ini. Semangat bekerjasama antara ahli pasukan juga dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar dan dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik dan dapat dihantar pada masa yang telah ditetapkan. 4


PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu,Cina,India,Iban dan sebagainya dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera. Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang etnik yang mempunyai pelbagai budaya,bahasa ,agama dan sebagainya. Kebanyakan kumpulan etnik di Malaysia mengekalkan identity kebudayaan mereka sendiri yang berbeza dengan kaum yang lain tetapi masih dapat mengekalkan perpaduan di Malaysia. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani dan kaum bumiputera yang lain. Bahasa Melayu ialah Bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan. 5


KANDUNGAN ➢Etika Pemakaian ➢Alat Muzik ➢Kepentingan Kebudayaan ➢Kepentingan Perpaduan Dalam Masyarakat Yang Pelbagai ➢Makanan Tradisi 6


Etika Pemakaian Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri yang menjadi identiti kepada kaum masing-masing. Pakaian tradisional ini dipakai setiap hari pada zaman dahulu tetapi setelah berlakunya perubahan zaman, pakaian ini hanya dipakai pada majlis-majlis yang tertentu sahaja. 7


Pakaian tradisional bagi kaum Melayu ialah baju kurung bagi perempuan dan baju Melayu bagi lelaki. Baju Kurung Perempuan Baju Melayu Bagi Kaum Lelaki 8


Pakaian kaum Cina pula ialah Cheongsam bagi kaum perempuan dan Changshan bagi kaum lelaki. Cheongsam Bagi Kaum Perempuan Changshan Bagi Kaum Lelaki 9


Pakaian bagi kaum India pula ialah Sari iaitu dipakai oleh kaum perempuan manakala Kurta untuk kaum lelaki Sari Untuk kaum Perempuan Kurta Untuk Kaum Lelaki 10


Contoh pakaian kaum-kaum yang lain Baju Tradisional Bagi Kaum Iban Baju Tradisional Bagi Kaum Kadazandusun Baju Tradisional Bagi Kaum Kenyah 11


Alat Muzik Alat muzik di Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina,Melayu,India,Iban dan sebagainya. 12


Alat muzik Melayu terdiri daripada Gendang, Seruling, Gong Gendang Seruling Gong 13


Alat muzik Cina ialah Pipa, Guzheng dan Yangqin Guzheng Pipa Yangqin 14


Alat muzik India ialah Tabla, Nadaswaram, Pullangulal dan Veenai Veenai Tabla 15


Alat muzik bagi kaum Iban ialah Engkerumung, Tawak, Gendang Pampat/Ketebung Engkerumung Tawak Gendang Pampat/Ketebung 16


Kepentingan Kebudayaan Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Selain itu, budaya juga sangat penting dalam masyarakat kerana budaya berperanan dalam membangunkan dan meningkatkan imej dan warisan negara dari segi sosioekonomi dan politik. Justeru itu budaya yang baik yang dikekalkan akan memberi impak yang positif kepada generasi muda yang akan datang. 17


Kepentingan Perpaduan Dalam Masyarakat Yang Pelbagai Perpaduan amatlah penting dalam membentuk sesebuah negara yang maju. Tanpa perpaduan, amat mustahil kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat boleh dicapai. Antara kepentingan perpaduan dalam membentuk sesebuah negara yang maju termasuklah mampu meningkatkan ekonomi di sesebuah negara. Di samping itu, perpaduan juga penting dalam masyarakat kerana dapat memupuk semagat kejiranan. Semangat kejiranan merupakan amalan mengunjung ke rumah jiran-jiran yang terdekat, amalan ini dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Sebagai contoh, semagat kejiranan dapat dipupuk dengan amalan kunjung-mengunjung ke rumah jiran pada hari perayaan atau memberi buah tangan. 18


Makanan Tradisi Kepelbagaian kaum Malaysia memberi impak yang besar kepada kemajuan negara dan membentuk perpaduan yang teguh. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat dikukuhkan melalui kebudayaan. Kebudayaan mampu menarik minat orang lain dari segi keunikan makanan tradisi yang tersendiri Sebagai contoh, kaunikan kebudayaan di Sarawak dan Sabah dapat menarik minat masyarakat Semenanjung dari segi makanan seperti kek lapis dan ayam pansuh. 19


Contoh Makanan Tradisi Dari Setiap Kaum 20 Lemang Kueh Bulan Putu Mayam Manuk Pansuh


Isu Suratan Akbar KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER 2019. Yang Mulia Raja Datuk Azureen Sultan Azlan Shah (tengah) merasmikan Splash Budaya Lottie di Lot 10, Turut hadir Pengarah Program Yayasan YTL, Datin Kathleen Chew (kiri) dan Anggota YTL Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Yeoh Soo Min. - Foto Supian AhmadKUALA LUMPUR: Pameran keunikan negara yang didiami masyarakat berbilang kaum dan cara hidup menjadi tatapan generasi muda sebagai sebahagian daripada usaha usaha memperkukuhkan keharmonian. Ini dipertontonkan kepada semua pada Lottie’S Cultural Splash dibawakan oleh YTL Foundation, pastinya membawa kegembiraan kepada kanak-kanak untuk mengenali nostalgia masyarakat terdahulu. Pengarah Projek YTL Foundation, Datin Kathleen Chew, berkata kepelbagaian yang dimiliki itu perlu dihayati semua pihak supaya mereka memahami cara hidup setiap kaum ini selain mengukuhkan keakraban semua kaum.Beliau berkata, keunikan warisan kebudayaan bukan hanya dipertontonkan kepada pelancong, malah membawakan generasi muda mencuba permainan tradisional.Katanya, program tiga hari bermula hari ini adalah antara projek menjelang hujung tahun, bertepatan kalendar cuti persekolahan. “Program dijayakan bersama Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun diharap memenuhi pengisian cuti hujung minggu seisi keluarga.“Kepelbagaian budaya yang dipaparkan diharap kekal menjadi warisan dan pencetus kemakmuran kepada generasi muda yang tidak berpeluang merasai pengalaman nostalgia lalu seperti dikecapi generasi sebelum ini.“Paling penting pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan, tarian tradisional, seni dan permainan yang sarat dengan elemen keharmonian,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pameran kebudayaan berlangsung di pusat beli belah Lot 10, di sini, hari ini. Acara pembukaan disempurnakan Pengerusi Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Raja Datuk Azureen Sultan Azlan Shah.Keunikan dan kepelbagaian menjadi simbol kemakmuran masyarakat berbilang kaum dipertontonkan kepada pengunjung menerusi pertunjukan drum, tarian Melayu, Cina dan seni tarian India Bharatanatyam.Kathleen berkata, warisan kebanggaan itu wajar disemai kepada anak kecil. Mereka perlu didedahkan permainan angklung yang kini sudah asing kerana ditelan arus pembangunan. 21


Penutup Perpaduan kaum memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk Menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambal meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara. 22


Aktiviti Pengukuhan • Nyatakan 2 alat muzik kaum Iban. • Mengapa pentingnya menjaga kebudayaan. • Senaraikan baju tradisional kaum Melayu yang terdapat dalam E-Book • Jika anda sebagai pemimpin, bagaimanakan cara anda untuk mengeratkan hubungan yang terdapat di dalam Malaysia. 23


Rujukan ◦ Internet https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia https://www.studocu.com/my/document/sekolah-menengah-kebangsaan-datuk-haji-ahmad-said/karanganbahasa-melayu/kepentingan-seni-dan-kebudayaan-kepada-masyarakat/20970678 https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-kita/ 24


Lampiran BAHAGIAN KETERANGAN MUKA SURAT Muka Depan Maklumat Tajuk, Nama Ahli Kumpulan, No Pendaftaran, Program, Nama Pensyarah, Nama Kursus dan Politeknik Mukah 1,2 Prakata/Penghargaan Penghargaan kepada pensyarah kursus, ahli kumpulan, rakan-rakan secara langsung dan tidak langsung. 3 Objektif Objektif berkaitan dengan soalan 4 Pengenalan Pendahuluan/pengenalan yang jelas dan menarik 5 Kandungan Bab 1 – Etika Pemakaian Bab 2 – Alat Muzik Tradisional Bab 3 – Kepentingan Kebudayaan Bab 4 – Kepentingan Perpaduan Dalam Masyarakat Yang Pelbagai Bab 5- Makanan Tradisi 6-19 Penutup Kesimpulan yang menyeluruh 20 Aktiviti Pengukuhan/Uji Minda Latihan Pengukuhan 21 Rujukan Rujukan dari internet yang sah 22 Lampiran Jadual 23 Kulit Belakang Sinopsis 24 25


26


Click to View FlipBook Version