The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyabatrisyia969, 2021-07-13 12:57:50

BUKU LOG UB

BUKU LOG UB

BIODATA DIRI

NAMA PELAJAR : ALYA BATRISYIA BINTI MAT YUSOF
NO. KAD PENGENALAN : 010619-11-0190
ANGKA GILIRAN : 2020202340074
ALAMAT : LOT 14398, KG RAWAI, 21400,
MARANG, TERENGGANU
NO TELEFON : 016-9390615
EMEL : [email protected]
AMBILAN : JUN 2020
PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN ISLAM (SK)
TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 3
NAMA PENSYARAH : USTAZAH RABAISHAH BINTI AZIRUN

1

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka
saya telah dapat menyiapkan tugasan 1 MPU3062 iaitu penulisan buku log dengan jayanya.
Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya, Alya
Batrisyia Bt Mat Yusof ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ustazah Rabaishah binti Azirun kerana tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang
ditetapkan. beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar
memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Encik Mat Yusof Bin Mat Ali dan bonda
Roshaliza Bt Wahab yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan
mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya iaitu dari
kelas PISMP 3.01 yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai
semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta
cadangan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah
sahaja dapat membalas budi kalian.

2

KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIODATA
1
PENGHARGAAN
2
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PUTERI ISLAM 4-8
MALAYSIA (PPIM)
9-29
PERLEMBAGAAN PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
(PPIM) 30-33

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERSATUAN PUTERI ISLAM 34-44
MALAYSIA (PPIM) 45-52

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERSATUAN PUTERI
ISLAM MALAYSIA (PPIM)

LAMPIRAN

3

SEJARAH
PENUBUHAN
PERSATUAN PUTERI
ISLAM MALAYSIA

(PPIM)

4

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga

Kebajikan Perempuan Islam Malaysia
(LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku
Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong

yang pertama

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya
oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke

Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima
Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia

5

SEJARAH PPIM

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM
Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati
kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20

Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf

‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan
Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di

seluruh Malaysia

6

SEJARAH PPIM

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23
November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-

kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di Institusi Pengajian Tinggi pada 2 April
2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa

7

SEJARAH PPIM

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg.
Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin

(Allahyarhamah), Ibu pejabat PPIM telah berpindah
ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah

disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum

Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang
Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah

Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding
pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011

8

PERLEMBAGAAN
PERSATUAN PUTERI

ISLAM MALAYSIA
(PPIM)

9

NAMA DAN
ALAMAT

PENDAFTARAN

a) Nama Persatuan
Pergerakan Puteri Islam Malaysia

b) Alamat
IPG Kampus Pendidikan Islam, Beg Berkunci No. 214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi, 43657 Bandar Baru
Bangi, Selangor.

10

FALSAFAH
PPIM

PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang
bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di
Institut Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan sekolah-
sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan
sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah
bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH
S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke
dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri

serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan

Negara selaras dengan ajaran Islam.

11

OBJEKTIF
PPIM

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang:
i. Taat kepada Allah
ii. Berilmu
iii. Berakhlak mulia

iv. Berbakti kepada masyarakat
2. Membimbing gadis-gadis bakal pemimpin puteri dalam segi

akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah,
berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak
hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah s.w.t dan
dapat berbakti untuk agama, nusa dan bangsa.
3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri,
progresif dan diterima masyarakat
4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan
menghormati generasi tua serta menjadi penghubung
kesinambungan antara generasi lama dan generasi baru

12

MATLAMAT
PPIM

• Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual,
sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui
penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai
pendidikan

• Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim
dalam kalangan puteri-puteri

• Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam
pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah,
institusi, maktab, kolej dan university

• Meningkatkan disiplin puteri-puteri
• Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan

menyeronokkan
• Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala

antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat,
khasnya masyarakat setempat.

13

LOGO
PPIM

14

BENDERA
PPIM

Berbentuk segi empat tepat
Berwarna merah jambu
Terdapat lencana pergerakan ditengah-tengah
Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera
Penggunaan untuk setiap upacara rasmi dan tatacara
perjumpaan

15

BENDERA
PPIM

Keharmonian Agama
dan berteraskan
kelembutan taqwa

Ketaatan Kesucian
dan
Kesetiaan

16

VISI PPIM

Melahirkan generasi bermasyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip
Islam
Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri
secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi,
sosial dan fizikal
Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim semasa
puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara

MISI PPIM

1. Mengimbangkan antara perkembangan intelektual
2. Mmemperlihatkan kepada puteri kebenaran al-Quran dan

Hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata
melalui program-program yang dijalankan
3. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada
masyarakat khususnya melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar
dan menarik
4. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan
dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif
kepada diri, keluarga dan masyarakat

17

COGAN KATA
PPIM

BERILMU
BERIMAN
BERAMAL

18

SULUH KATA
PPIM

P- PATUH KEPADA IBU BAPA
U- UGAMA BERTERASKAN AL-

QURAN DAN AL-HADIS
T- TAAT KEPADA ALLAH DAN

RASUL
E- ERAT UKHUWAH ISLAMIYAH
R- RELA BERBAKTI KERANA ALLAH
I- IMAN DIPUPUK ILMU

DITUNTUT

19

SULUH KATA
PPIM

I- INSAF DIRI, IA KEPUNYAAN
ALLAH DAN KEPADA ALLAH IA
KEMBALI

S- SOLAT DITUNAI SETIAP WAKTU
L- LARANGAN ALLAH DIJAUHI
A- AKHLAK MULIA PENGUKUH

IMAN
M- MUSLIMAH MUKMINAH

RAKYAT SEPERJUANGAN

20

IKRAR PPIM

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN
PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR
AKAN:

Taat kepada Allah, rasul, pemerintah, guru
dan ibu bapa.
Memperkukuhkan iman dan memperbaiki
akhlak.
Membangunkan diri dengan sempurna.
Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri.
Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat
dan Negara.

21

LAGU PPIM

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja

Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

22

KEAHLIAN

a) Dibuka kepada semua murid
perempuan sekolah ini.

b) Permohonan menjadi ahli adalah
dengan cara mengisi borang yang
disediakan.

c) Ahli-ahli mestilah menerima serta
bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

23

PAKAIAN
SERAGAM AHLI
DAN PEMIMPIN

PEMIMPIN

BAJU UNIFORM BAJU RIADAH

24

PAKAIAN
SERAGAM AHLI
DAN PEMIMPIN

PUTERI / AHLI

BAJU UNIFORM BAJU RIADAH

25

PAKAIAN
SERAGAM AHLI
DAN PEMIMPIN

BAJU KAWAD / RASMI

26

JAWATAN
KUASA

1. PENGERUSI : Norfatihah Shazreena binti Zaidi

2. NAIB PENGERUSI : Fatin Nuraini Binti Zahari

3. SETIAUSAHA : Nur Suhailah binti Yaacob @ Azri

4. NAIB SETIAUSAHA : Umie Nabihah bt Baharudin

5. BENDAHARI : Wan Nur Syafiqa bt Wan Mat

6. NAIB BENDAHARI : Ummi Kalsum binti Hussin

7. AHLI JAWATANKUASA :

• TEKNIKAL

Nur Izzah Zahirah binti Jamil
Hajar binti Mustafa Kamal
Afifah Hanan bt Mohd Zulkifli

• KEROHANIAN

Nurul Izzah binti Daud
Siti Maryam binti Rahmat
Alya Batrisyia bt Mat Yusof

• PEMERIKSA
Liyana binti Alias
Ainul Basyirah binti Mohd Naim @ Mohd Zuki
Nur Jazmina Kiasatina bt Zulkifly

27

KEWANGAN

Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma
yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah
diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun.
Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui
aktiviti.
Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma
khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke
dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat
kebenaran Pengetua/Guru Besar.

28

PINDAAN
PERLEMBAGAAN

a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah
sehingga ia dipinda.

b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,
ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah
secara bertulis.

c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat
dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.

d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah
dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

29

STRUKTUR DAN
ORGANISASI

PERSATUAN PUTERI
ISLAM MALAYSIA
(PPIM)

30

PERINGKAT KEBANGSAAN

YANG DIPERTUA

NAIB YANG DIPERTUA I NAIB YANG DIPERTUA II

SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT

SETIAUSAHA EKSEKUTIF AHLI PENTADBIR

WAKIL KEMENTERIAN BELIA WAKIL KEMENTERIAN
DAN SUKAN PELAJARAN

31

PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PENDIDIKAN ISLAM

PENSYARAH PENYELARAS PEMIMPIN IPGKPI

PENSYARAH PENASIHAT PEMIMPIN IPGKPI

PENGERUSI PEMIMPIN NAIB PENGERUSI PEMIMPIN
PUTERI ISLAM IPG KPI PUTERI ISLAM IPG KPI

SETIAUSAHA PEMIMPIN BENDAHARI PEMIMPIN
PUTERI ISLAM IPG KPI PUTERI ISLAM IPG KPI

NAIB SETIAUSAHA PEMIMPIN NAIB BENDAHARI PEMIMPIN
PUTERI ISLAM IPG KPI PUTERI ISLAM IPG KPI

32

PERINGKAT SEKOLAH

PENAUNG

PENASIHAT

KETUA GURU PEMIMPIN

GURU PEMIMPIN GURU PEMIMPIN GURU PEMIMPIN

PENGHULUWATI
NAIB PENGHULU WATI
AHLI JAWATANKUASA

33

PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN

PERSATUAN PUTERI
ISLAM MALAYSIA
(PPIM)

34

Bil. Bidang Tajuk
1. Pengenalan PPIM
Tatacara perjumpaan
2. Kerohanian 1.2 Sejarah
1.3 Falsafah
Kesihatan dan 1.4 Objektif

3. Tugas Pemahaman dan Pengukuhan Al-Quran dan Hadis melalui
Pembangunan aktiviti kritis
2.1 Kenabian
Diri 2.2 Malaikat
2.3 Sifat 20
2.4 Asma Al-Husna
2.5 Al-Quran
2.6 Hadis (mengenai beberapa topik)
2.7 Ayat Al-Quran

- An-Nisa
- Luqman
- Maryam
2.8 Manusia sebagai khalifah di bumi
2.9 Adab dan Panduan Membaca Al-Quran

3.1 Maksud Kesihatan

3.2 Citra (Imej) Diri
3.2.1 Kebersihan Diri (Fizikal)
• Penjagaan kulit muka.
• Penjagaan kaki, tangan, telinga, mulut dan rambut.
3.2.2 Pakaian / Alas Kaki / Stokin
• memilih / mendobi / menjaga
• merawat, menghilang tanda.
3.2.3 Penampilan Diri
• cara duduk, berjalan, bercakap

3.3 Pembangunan Diri
3.3.1 Perubahan diri (remaja)
3.3.2 haid
3.3.3 cara mandi wajib, hormon percintaan

3.4 Makanan Dan Pemakanan
3.4.1 Asas Pemakanan
3.4.2 Kandungan dan nilai.
• pilihan makanan:

i. makanan untuk mandiri
ii. makanan segera
iii.makanan untuk orang sakit.
iv.makanan untuk kanak-kanak.
v. sarapan.

• cara memasak
• cara menghidang
• cara mengemas dan membersih

35

4. Keluarga dan 4.1 Kitaran Hidup
Masyarakat 4.1.1 Peringkat-peringkat umur dan ciri-ciri
setiap peringkat.
5. Kemahiran 4.1.2 Tugas dan tanggungjawab jenis setiap
peringkat.

4.2 Pengenalan diri
4.2.1 Siapa saya
4.2.2 Perbezaan lelaki dan wanita
4.2.3 Tugas-tugas pembangunan diri

4.3 Khidmat Masyarakat
4.3.1 Gotong-royong
4.3.2 Derma pakaian / duit / buku terpakai
4.3.3 Lawatan ke rumah orang tua, anak-anak
yatim.
4.3.4 hospital, kanak-kanak cacat / istimewa.

5.1 Seni dan Budaya
5.1.1 Seni pertahankan diri
· sifat · tekwando · tai chi
5.1.2 Apresiasi Seni (Semua jenis)
· Drama · Pantomin · c. Seni Suara:- - nyanyi - koir -
nasyid - lagu patriotik · Sketsa · e. Puisi:- - sajak -
syair - gurindam - pantun · Gimrama, Gimnastik,
Artistik, Senamrobik.
5.1.3 Seni Halus
· tekat · sulaman · jahitan (asas):
sembat - jelujur - merangka pola - tampal jerumat –
jahitan manik · tenunan
· Anyaman: - bakul – ketupat - tikar - saji
· Membatik:- cap canting – ikat - celup
· Ukiran: - Buah – Kayu - sabun
· Seramik termasuk hiasan
· Cengkerang
· Lipatan: - origami – kain - surviette
· Gubahan: - bunga – buah - riben
5.1.4 Seni Cetak
· T-Shirt
· Kad
· Proses percetakan, penjilidan, Resos top
publishing.
5.1.5 Seni Lukis
· Kolej
· Catan
· Lukisan
5.1.6 Seni Khat
· Copper tooling
5.2 Celik Komputer
5.2.1 Asas
5.2.2 Grafik
5.2.3 Typesetting

36

6. Rekreasi Dan 5.3 Pengurusan Rumah Tangga
Aktiviti Luar 5.3.1 Menjaga / Mengemas / membersih (dalam
rumah)
· bilik tidur
· dapur
· tandas
· stor
5.3.2 Menjaga & Membersih (luar rumah)
· Taman (lanskap)
· Kolam Ikan
· Kolam Renang
· Air pancut mini
5.3.3 Hiasan Dalaman
· Skima warna
· Pilihan Fabrik
· Mengatur Perabot
· Menjaga perhiasan (tembaga, perak)
· Menjaga kaca & cermin
· Menjaga tikar getar, jerami, plastik,
permaidani, pandan, mengkuang.
5.4 Ekonomi
5.4.1 Merancang ekonomi
5.4.2 Asas Perniagaan

6.1 Perkhemahan
· mendirikan Khemah
· ikatan
· gajet
· masakan
· kawad.

6.2 Aktiviti Luar
6.2.1 Sukan dan Permainan

· Dalam (cator, saidina, shahiba, dart)
· Luaran:-

i. Gelanggang (Bola jaring, Bola Tampar, dll.)
ii. Padang (Lawn Bowl, Lompat Jauh, Lompat
Tinggi dll.)
· Tradisional
- congkak, seremban, gelang panjang.

6.2.2 Kembara / Orienteering
· mendaki gunung
· membaca kompas
· membaca peta

6.2.3 Aktiviti Lasak
· Berkeno (Canoeing)
· Berakit
· Flying fox
· Rope Crossing

37

7. Pertolongan . River Crossing
Cemas · Absailing
· Memanah
8. Alam Sekitar · Berkuda
dan Agama · Berbasikal Lasak
· Mendaki
· Menembak

6.2.4 Sukan/Air
· Berenang
· Snorkeling
· Permainan Pantai (Bola Tampar, Istana Pasir)
· Berkelah

7.1 Memahami tentang Kecederaan dan
Rawatan
7.2 Alat dan Bahan Berbahaya: Tahu cara
penggunaan dan penjagaan yang betul.
7.3 Anduh dan balutan
7.4 Kotak Pertolongan Cemas
7.5 Mengetahui tentang kemalangan di rumah

yang berpunca daripada kelalaian.
7.6 Cara rawatan kemalangan di dalam dan di

luar rumah.
7.7 Cara memberi rawatan kecemasan.
7.8 Mendapat Pendedahan dan tahu

melaksanakan.
7.9 Tahu membantu Teknik-teknik kelahiran

kecemasan.
7.10 Bersalin

8.1 Alam Sekitar Sebagai Kitabullah Yang
Kedua.
8.2 Alam Sekitar Sebagai Amanah
8.3 Pencemaran dan Degradasi Alam Sekitar
dari sudut Al-Quran.
8.4 Pemeliharaan Alam Sekitar

8.4.1 Kitar Semula
· Kertas
· Aluminium
· Komposting
8.4.2 Memelihara sungai/air
8.4.3 Memelihara hutan / tumbuhan
· menanam pokok
· membersih pantai, tepi sungai
8.4.4 Menjimat tenaga

38

B. Sistem Pangkat Persatuan Puteri Islam Malaysia

Puteri Bongsu dan Puteri Bongsu Cemerlang

Lencana ini diperolehi setelah ahli puteri lulus ujian tahap sekolah rendah berdasarkan soalan-
soalan yang telah ditetapkan di dalam kurikulumnya. Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki
lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlu menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak
beserta soalan-soalan ujian dan markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat
PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan diberi kepada PPIM PN sebagai
rekod.

Anugerah peringkat tertinggi ini diberi kepada ahli-ahli yang telah mendapat sijil tahap
Puteri Bongsu. Bakal penerimanya boleh dikenalpasti semasa ahli berada di tahun ke 6
persekolahan ataupun di tahun ke 3 dalam Pergerakan, berdasarkan kriteria seperti berikut:

a) telah lulus ujian tahap (Puteri Bongsu)
b) cemerlang dalam bidang akademik
c) mempunyai ciri-ciri kepimpinan
d) berakhlak mulia
e) berwibawa dan bertanggungjawab
f) berwawasan
g) penampilan syakhsiyyah yang terpuji
h) bertoleransi dan bekerjasama
i) kreatif dan inovatif

Penyampaian Lencana dan Sijil pencapaian tahap tertinggi di sekolah rendah yang
dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPIM kepada ahlinya ini hendaklah dibuat pada hari-hari
kebesaran sekolah, seperti Hari Ibu Bapa, Hari Penyampaian Hadiah sekolah, Hari Puteri
peringkat Daerah atau Negeri.

39

ANUGERAH/PENGHARGAAN KHAS UNTUK
SEKOLAH RENDAH

40

Puteri Kecil

Lencana ini diperolehi oleh ahli setelah lulus ujian tahap pertama di sekolah menengah
berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan seperti yang ada di dalam kurikulum
tahapnya.

Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlulah
menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak menerimanya berserta soalan-soalan ujian dan
markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk
tindakan dengan satu salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod.

41

Puteri Tengah

Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telahpun mempunyai Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan
telah lulus ujian tahap kedua di sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah
ditetapkan seperti yang ada di dalam kurikulum tahapnya.

Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini guru pemimpin perlulah
menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan ujian dan markah-markah yang
diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu
salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

42

Puteri Sulong dan Puteri Sulong Cemerlang

Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telah pun mendapat Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan Puteri
Tengah, dan telah lulus ujian tahap ketiga, iaitu tahap terakhir, di dalam kurikulum sekolah menengah
berdasarkan soalan-soalan yang telah ada di dalam kurikulum tahapnya. Untuk membolehkan ahli-ahli
memiliki lencana pencapaian tahap ini, guru pemimpin perlulah menghantar senarai nama ahli-ahli
yang layak berserta soalan-soalan ujian dan markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu
Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

Penganugerahan Lencana dan Sijil Tahap ini merupakan penganugerahan tahap tertinggi diberi
kepada Ahli PUTERI oleh Ibu Pejabat PPIM dengan cadangan dari pimpinan sekolah semasa ahli
berada di sekolah menengah. Bakal penerimanya hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:

a) telah lulus ujian kesemua tahap yang ada di dalam kurikulum sekolah menengah
b) cemerlang di dalam bidang akademik
c) mempunyai ciri-ciri kepimpinan
d) berakhlak mulia
e) berwibawa dan bertanggungjawab
f) berwawasan
g) penampilan syakhsiyyah yang terpuji
h) bertoleransi dan bekerjasama
i) Kreatif dan inovatif
Penganugerahan Lencana dan Sijil Puteri Sulung Cemerlang ini hendaklah disampaikan kepada Ahli
PUTERI yang layak tersebut pada Hari-hari Penyampaian Hadiah Sekolah, atau pada Hari Ibu Bapa,
atau Hari Puteri Daerah dan Negeri.

43

ANUGERAH/PENGHARGAAN KHAS UNTUK
SEKOLAH MENENGAH

44

LAMPIRAN

45

PROSEDUR PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Unit Pendaftaran
1. Senarai Nama Sekolah dan Ahli
• Sekolah / Institusi (Senarai sekolah-sekolah berdaftar ikut Perhubungan Negeri)
• Ahli Skuad Puteri
• Ahli Seumur Hidup

2. Cara Menganggotai PPIM
2.1 Prosedur Penubuhan PPIM di Sekolah
i) Guru-guru pemimpin memaklumkan kepada Pengetua atau penolong Kanan Ko-Kurikulum
tentang penubuhan PPIM dan menerangkan tentang organisasi di peringkat sekolah.
ii) Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi Borang
Pendaftaran Penubuhan PPIM secara online (Format A). Sila cetak sebanyak 4 salinan.
• Salinan 1 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri
• Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Daerah
• Salinan 3 kepada Jabatan Pendidikan Negeri
• Salinan 4 untuk simpanan sekolah
*Tidak perlu menghantar salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM
Kebangsaan kerana pendaftaran penubuhan telah dilakukan secara online.
iii) Ibu Pejabat PPIM akan menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran, kepada Sekolah /
Kolej / maktab / Universiti dan Salinan kepada:
• Pengerusi Perhubungan Negeri
• Setiausaha Perhubungan Negeri
• Jabatan Pendidikan Negeri
iv) Sekolah juga akan menerima 'Kad perakuan Pendaftaran berserta Nombor Pendaftaran'.

46

CONTOH PERAKUAN PENDAFTARAN

2.2 Pendaftaran ahli
i) Borang kebenaran Ibubapa
Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibubapa perlu diperolehi.
ii) Borang Ahli (Lampiran F)
Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian
disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor
Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah. Setiap pelajar
dikehendaki memiliki kad ahli. (sila lihat contoh)
CONTOH KAD AHLI

47

iii) Pendaftaran Pensyarah / Guru pemimpin dan ahli Luar Sekolah (Lampiran G)

Guru-guru Pemimpin dan Ahli-ahli luar sekolah perlu mendaftar menggunakan Borang
Permohonan Menjadi Ahli seperti Lampiran G. Borang hendaklah disahkan oleh
Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM. Bayaran
sebanyak RM3.00 dikenakan bagi mendapatkan Kad Ahli.

iv) Senarai Nama-nama ahli

Senarai nama-nama ahli hendaklah disediakan dalam 3 salinan untuk dihantar seperti
berikut:-

• 1 salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM Kebangsaan.

• 1 salinan kepada Setiausaha Perhubungan Negeri

• 1 salinan kepada Daerah

• 1 salinan untuk simpanan sekolah

# Tidak perlu menghantar salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM
Kebangsaan kerana pendaftaran ahli telah dilakukan secara online.

3. Yuran

3.1 Yuran Ahli

i) Murid

Yuran keahlian sebanyak RM2.00.

Agihan adalah seperti berikut :-

• Sekolah RM1.40

• Daerah RM0.20

• Negeri RM0.20

• Kebangsaan RM0.20

ii) Pemimpin

Yuran dikenakan adalah sebanyak RM5 setahun.

Agihan adalah seperti berikut:-

• Ibu Pejabat RM2.00

• Perhubungan Negeri RM1.50

• Daerah RM1.50

48

Bagi Negeri Sabah RM1.20
• Sekolah RM0.20
• Daerah RM0.20
• Bahagian RM0.20
• Negeri RM0.20
• Kebangsaan

Yuran hendaklah dijelaskan melalui money order / postal order / cek di atas nama
Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan dijelaskan sebelum bulan Mac setiap tahun. Setiap
sekolah / Maktab / Kolej / Universiti perlu menuliskan nama Sekolah / Maktab pada Money
order / Postal order atau cek masing-masing.

3.2 Yuran Tahunan

Setiap ahli (Murid) perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM2.00 menggunakan
Borang Yuran Tahunan (Lampiran I)

Agihan Yuran sama seperti (i) diatas

Yuran Ahli Luar Sekolah dan Pensyarah serta Guru Pemimpin adalah sebanyak RM5
dan agihan sama seperti (ii).

3.3 Yuran Untuk Ahli Seumur Hidup

Kepada ahli yang berminat, yuran dikenakan sebanyak RM100 seumur hidup.

Yuran Seumur Hidup ini adalah khusus untuk pemimpin, guru pemimpin dan ahli-ahli di
luar sekolah termasuk sukarelawan (Skuad Puteri) .

49

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 8/2007
GARIS PANDUAN PEMAKAIAN KOKURIKULUM DI HARI PERSEKOLAHAN DAN

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

50


Click to View FlipBook Version