The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-8080-cm1, 2024-05-20 07:43:36

KATAK PURU DENGAN LEMBU

KATAK PURU DENGAN LEMBU

KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected] ms 1


KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected] ms 2 Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah. Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa sangat takut. "Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya. Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.


KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected] ms 3 Anak katak puru memberitahu ibunya, "Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!" Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar." "Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu. Ibunya segera menggembungkan badannya.


KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected] ms 4 "Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya. "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru. Ibunya mengembungkan lagi badannya. "Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi. "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru. Ibunya terus menggembungkan lagi badannya.


KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected] ms 5 "Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi. Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi." "Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.


KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected] ms 6 Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi. Pop! Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu. Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah. Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.


KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK [email protected] ms 7 NILAI MURNI Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.


Click to View FlipBook Version