INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Nama : NUR AIMI BINTI JAMALUDDIN
2021182400049
Angka Giliran : 910727085176
PDPP-KDC / PENDIDIKAN ISLAM (R3)
No. K/P : PIMK2082R – PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
DR FATAHIYAH BINTI ELIAS
Kump/Unit : 9/12/2021
Kod/Nama Kursus :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: nuraimijamal Tarikh: 9/12/2021
MODERATOR
PEMERIKSA
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Tandatangan Pelajar: nuraimijamal Tarikh: 9/12/2021
PENGENALAN
Jadual Spesifiikasi Ujian (JSU) adalah jadual yang dibina sebelum sesuatu ujian diadakan. Ianya
perlu mengambil kira kandungan tertentu iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan tiap-tiap
konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan ratio aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan
adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya
disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu.
Menurut Zimmaro (2004), JSU adalah satu matriks atau carta yang mewakili bilangan item
yang hendak diuji mengikut setiap topik dan aras objektif. Pembinaan JSU dapat membantu guru
mengenalpasti kemahiran atau objektif yang hendak diuji. Melalui JSU, guru atau pembina ujian
akan dapat merancang topik atau kemahiran yanghendak diuji dalam item berdasarkan tahap
kognitif yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
2001).
Set kertas ujian perlu digubal berdasarkan spesifikasi yang telahpun ditetapkan yang mana
merangkumi sukatan pelajaran, komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah
tersedia. Ianya bertujuan untuk memastikan murid-murid diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Kubiszyn dan Borich (2003), berpendapat JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan
objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Oleh itu, penggubalan set ujian perlulah
mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JSU, kemudian membuat ujian
rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum ujian sebenar ditadbir. JSU juga
berfungsi sebagai panduan untuk guru-guru melihat sukatan pelajaran yang perlu diajar dan
objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. JSU juga boleh menjadi panduan kepada guru
supaya item-item soalan yang dibina mencakupi semua kandungan pengajaran.
Apabila menyediakan JSU, guru perlu menyenaraikan objektif pengajaran, merangka
kandungan subjek dan menyediakan carta dua hala. Dalam menyenaraikan objektif pengajaran,
pastikan senarai ialah hasil pembelajaran yang boleh diukur oleh jenis pentaksiran bilik darjah
(Boon et.al, 2017).
LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Langkah yang pertama bagi pembinaan JSU adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk
memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tajuk kandungannya. Antara aspek yang
dikaji ialah skop kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh
guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk
yang lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk melihat sejauh mana
kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan. Berikut merupakan bidang
yang telah saya pilih untuk membina JSU iaitu bidang ibadah merujuk kepada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tahun 5.
Bil Topik/Tajuk Masa untuk Mengajar (Jam)
1 Solat Berjemaah 1
2 Solat Sunat Dua Hari Raya 1
3 Solat Jumaat 1
3
Jumlah
Langkah kedua, pembinaan peruntukan markah bagi soalan yang hendak diuji berdasarkan
masa pengajaran dan kepentingannya. Peratusan perlu diambil kira dalam peruntukan
markah ini.
Bil Bidang / Tajuk Masa (Jam) Peratus markah Peratus markah
untuk muktamad
mengajar
1 Solat Berjemaah 1 1 x 100 33.33
3 33.33
33.34
2 Solat Sunat Dua Hari 1 1 x 100 100
Raya 3
3 Solat Jumaat 1 1 x 100
Jumlah 3
Langkah seterusnya ialah penentuan aras kemahiran untuk tajuk mengikut aras Taksonomi Bloom
(Semakan semula). Guru yang menggubal item ujian haruslah mengikut aras kemahiran
Taksonomi Bloom yang mengandungi enam aras kemahiran kesemuanya iaitu mengingat,
memahami, mengaplikasi, menganalisis menilai dan mencipta. Menurut Kamus Dewan
Bahasa Edisi Keempat (2005) taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan
dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Oleh itu
bagi mengukur tahap penguasaan murid terhadap sesuatu pengajaran, guru telah menggubal satu
soalan formatif berbentuk objektif bagi melihat kefahaman murid terhadap bidang Ibadah bagi
subjek Pendidikan Islam Tahun 5.
Bil Bidang / Tajuk Masa (Jam) Peratus Kiraan Jumlah item
1 Solat Berjemaah 5
1 33.33 33.33 x 15
2 Solat Sunat Dua 5
Hari Raya 100
5
3 Solat Jumaat = 4.99
15 item
Jumlah 1 33.33 33.33 x 15
100
= 4.99
1 33.34 33.34 x 15
100
= 5.02
100
Setelah itu, pembinaan ujian ini perlu melengkapkan Jadual Spesifikasi Ujian.
Pembinaan item soalan objektif berpandukan aras Taksonomi Bloom dengan ratio 5:3:2 bagi
aras Rendah : Sederhana : Tinggi
Rendah Sederhana Tinggi
5 3 2
Jadual Spesifikasi Ujian Mata Pelajaran
Kandungan Tajuk Rendah Aras Taks
Solat Berjemaah Mengingat Memahami Mengaplika
Solat Sunat 2 2
Dua Hari Raya
211
Solat Jumaat
Jumlah 2 1
Peratus
6 1 4
Peratus 40% 10% 20%
Mengikut Aras
50%
n Pendidikan Islam Tahun 5 (Bidang Ibadah)
sonomi Bloom Tinggi Jumlah Wajaran
Sederhana Menilai Mencipta
5 33.33
asi Menganalisis 1
1
5 33.33
1 1 5 33.34
15 100
2 2
10% 20% 100%
30% 20%
PEMBINAAN SOALAN UJIAN
Dengan adanya JSU ini memudahkan guru untuk membina soalan dan membuat analisis tentang
topik yang ingin diuji. Selain itu, dapat membantu memberi penekanan kepada murid-murid
tentang topik-topik yang diuji di dalam ujian berpandukan jadual spesifikasi tersebut. Hal ini dapat
memudahkan guru-guru dan murid-murid memberi fokus dan penekanan semasa beajar.
Berdasarkan JSU di atas, saya telah membina soalan ujian formatif dalam bentuk objektif kepada
murid-murid selari dengan maklumat di dalam jadual tersebut. Di bawah merupakan hasil
pembinaan soalan-soalan ujian yang berpandukan JSU diatas yang saya bina di dalam google
form :
https://forms.gle/ars9XPgzgMR1Bnz69
PENUTUP
Kesimpulannya, proses dan pembentukan Jadual Spesifikasi (JSU) amat penting dalam
penyediaan item/soalan peperiksaan kepada para pelajar. Ini kerana, kewajaran dan kesahan
item/soalan yang dibina dapat mencapai matlamat objektif peperiksaan. Tambahan pula, ianya
dapat membantu pengagihan item/soalan mengikut enam kemahiran kognitif dalam Taksonomi
Bloom dapat diaplikasikan.
RUJUKAN
Amira, S. (2016, January 1). Kajian Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu) Di
Dalam Kurikulum Kolej Komuniti Malaysia. Shaliza Amira. Retrieved December 7, 2021, from
https://www.academia.edu/31998671/Kajian_Terhadap_Penggunaan_Jadual_Spesifikasi_Ujian_J
su_Di_Dalam_Kurikulum_Kolej_Komuniti_Malaysia
Azmi, K. (n.D.). Jadual Spesifikasi Ujian.Docx - Pdfcoffee.Com. Pdfcoffee.Com.
Https://Pdfcoffee.Com/7-Jadual-Spesifikasi-Ujiandocx-Pdf-Free.Html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi
ke-2. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1–113. Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Islam Tahun 5 Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran. (2011). Arsaythamby Veloo,
8–15
Said, K. (2016, April 28). JADUAL SPESIFIKASI UJIAN. Kry Said.
https://www.academia.edu/24700694/Jadual_Spesifikasi_UjianPersepsi Guru Terhadap
Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah. (2017). Persepsi
Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah.
Published.