The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

dokument.pub-buku-ketetapan-hem-smkbbsb-2021-flipbook-pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by are_peace_zack, 2022-04-20 19:55:33

dokument.pub-buku-ketetapan-hem-smkbbsb-2021-flipbook-pdf

dokument.pub-buku-ketetapan-hem-smkbbsb-2021-flipbook-pdf

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU
SUNGAI BULOH

JALAN BRP 1/10A, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL
EHSAN.

BUKU KETETAPAN
HAL EHWAL MURID

(HEM)
2021

1

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
3.0 DASAR KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

3.1 PENGENALAN

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan
sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh
membantu untuk menghasilkan sekolah berkualiti serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke
arah kecemerlangan dan kemenjadian murid.

Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa/penjaga
murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya
memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak
perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.

Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara
bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu
individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang
tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di
peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik
untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang
akademik dan bukan akademik.

3.2 OBJEKTIF DASAR

3.2.1 Menyeragamkan Dasar Pengurusan HEM
3.2.2 Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM di sekolah,
3.2.3 Sebagai dokumen panduan oleh guru-guru Unit HEM dalam menangani isu-isu disiplin yang
dirujuk
3.2.4 Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah

3.3 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.3.1 Pengurusan unit-unit Hal Ehwal Murid

1. Pengetua melantik Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kecil bagi semua unit HEM.
2. Jawatankuasa dan bidang tugas guru-guru di sediakan pada akhir tahun.
3. Takwim HEM disediakan pada bulan Disember pada setiap tahun.
4. KPI HEM disediakan pada bulan Disember setiap tahun berdasarkan Pelan Strategik Organisasi.
5. Perancangan dan laporan Unit –unit HEM disiapkan pada bulan November setiap tahun.
6. Pelan Strategik untuk tahun semasa disiapkan pada akhir November
7. Rancangan aktiviti untuk semua unit disediakan oleh Setiausaha Unit HEM pada bulan akhir

November.
8. Surat lantikan untuk AJK unit HEM di sediakan pada awal Januari.
9. Mesyuarat Induk Unit HEM dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
10. Semua fail unit HEM disemak dan dikemaskini dari masa ke semasa.
11. Setiausaha unit HEM mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa Kecil tiga (3) kali setahun.
12. Jawatankuasa Kecil unit HEM menjalankan aktiviti/program yang diputuskan dalam mesyuarat

dan menyediakan laporan pelaksanaan program.

3.3.2 Pengurusan Mesyuarat

1. Pengerusi atau PK HEM menentukan tarikh mesyuarat dan agenda mesyuarat.
2. Setiausaha mengeluarkan surat panggilan mesyuarat yang mengandungi maklumat berikut

seperti dalam SPSK:
2.1 Nama Mesyuarat

2

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

2.2 Tarikh dan Masa Mesyuarat
2.3 Tempat Mesyuarat
2.4 Nama Pengerusi Mesyuarat
2.5 Agenda Mesyuarat

3. Setiausaha mengedarkan borang kehadiran mesyuarat untuk diisi dan ditandatangani oleh
semua ahli mesyuarat yang hadir.

4. Pengerusi mempengerusikan mesyuarat berdasarkan agenda yang telah ditetapkan.
5. Setiausaha mencatat minit mesyuarat seperti maklumat berikut:

5.1 Perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat.
5.2 Keputusan yang telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.

6. Setiausaha menyediakan minit mesyuarat mengikut format minit mesyuarat yang betul.
7. Setiausaha menyerahkan minit mesyuarat yang telah siap dibuat kepada pengerusi untuk

semakan.
8. Setelah minit mesyuarat disemak oleh pengerusi, setiausaha membetulkan semula kandungan

minit mesyuarat yang tercicir
9. Setiausaha mengedarkan minit mesyuarat dan borang maklumbalas dalam tempoh tujuh (7)

hari selepas mesyuarat kepada semua ahli mesyuarat.
10. Ahli mesyuarat mengambil tindakan berdasarkan hasil keputusan mesyuarat yang telah

dipersetujui dan mengisi borang maklumbalas untuk memaklumkan tindakan yang telah
diambil.
11. Setiausaha mengumpulkan dan menyatukan semua dapatan maklumbalas daripada ahli-ahli
mesyuarat untuk edaran semasa mesyuarat yang akan datang.
12. Setiausaha memfailkan minit mesyuarat ke dalam Fail Induk Unit HEM.

3.3.3 Pengurusan Fail-fail

1. Semua fail induk unit HEM perlu senantiasa dikemaskini dan sentiasa berada di bilik operasi.
2. Fail induk HEM lengkap dan mengandungi semua perkara seperti dalam senarai semak yang

ditetapkan.
3. Pemantauan fail induk unit HEM akan dijalankan oleh PK HEM dengan bantuan setiausaha HEM

dua (2) kali setahun.

3.4 PENGURUSAN DATA MAKLUMAT MURID

3.4.1 Buku Pendaftaran Murid

1. Semua butir-butir peribadi pelajar baru perlu diisi oleh guru kelas dalam buku Pendaftaran Murid
2. Semua butir-butir peribadi pelajar baru perlu diisi mengikut susunan berterusan dan tidak boleh

Meninggalkan ruang kosong buku pendaftaran tersebut.
3. Guru kelas perlu mengisi nombor bilangan dalam sekolah untuk setiap pelajar

3.4.2 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Modul Pengurusan Murid

1. Semua murid hendaklah didaftarkan di dalam sistem maklumat murid iaitu melalui Aplikasi
Pangkalan Data Murid menggunakan Modul Pengurusan Murid oleh Guru Tingkatan masing-
masing secara atas talian (online) setelah mendapat arahan dari pentadbir APDM.

2. Modul Pengurusan Murid (PM) merupakan satu pangkalan data murid yang menyeluruh dan
bersepadu. Data PM ini digunakan dipelbagai peringkat pengurusan dalam perancangan dan
pengoperasian serta menghasilkan laporan dan statistik murid.

3. Semua murid dan ibu bapa/penjaga mestilah memberikan maklumat yang tepat dan betul
kepada Guru-guru Tingkatan apabila diminta bersama-sama bukti dokumen-dokumen yang

3

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
sah dan berautoriti. Kegagalan mereka mengemukakan maklumat dan dokumen yang tepat
akan menyebabkan bantuan tidak dapat diberikan.

4. Semua data dan maklumat murid terdapat dalam modul Pengurusan Murid (PM). Ianya bermula
seawal murid memasuki Prasekolah hingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi termasuk Murid
Berkeperluan Khas. Data asas kelahiran murid diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
dan disemak semula melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

5. Guru Kelas hendaklah mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam
kelasnya dari masa ke semasa jika ada berlaku sebarang perubahan atau pertambahan
maklumat kerana modul Pengurusan Murid akan dibuka sepanjang tahun

6. Guru kelas bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat
murid di dalam kelasnya. Sebarang manipulasi data dan maklumat murid di dalam kelasnya
adalah di bawah tanggungjawabnya.

7. Sebelum tamat sesuatu sesi persekolahan atau pada hujung tahun Guru Kelas hendaklah
mengemaskini data murid di dalam APDM seperti nama, status kewarganegaraan, kaum,
agama dan jantina adalah betul setelah mendapat pengesahan dokumen dari Jabatan
Pendaftaran Negara terutama murid Tingatan 2 dan 4 yang akan mengambil peperiksaan
awam pada tahun berikutnya.

8. Kemaskini juga harus dilakukan pada awal tahun sesi persekolahan

3.4.3 Pengurusan Rekod Kehadiran Murid

1. APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) merupakan satu sistem yang diguna oleh guru-guru
untuk merekodkan kehadiran murid setiap hari ke sekolah melalui atas talian berikut:
http://apdm.moe.gov.my/

2. Semua Guru Tingkatan dan Pembantu Guru Tingkatan atau Guru Ganti hendaklah
merekodkan kehadiran murid setiap hari sebelum tempoh masa yang dibenarkan iaitu
sebelum pukul 9.00 pagi untuk persekolahan sesi pagi dan pukul 2.30 petang bagi
persekolahan sesi petang.

3. Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, dan perlu disahkan dan
difailkan pada hari terakhir persekolahan pada setiap bulan. Penolong Kanan HEM/SU HEM
perlu menyemak pelaksanaan perekodan kehadiran.

4. Melalui SPI. KPM Bil. 1 Tahun 2019, pihak kementerian dan sekolah bersetuju supaya rekod
kehadiran murid hanya menggunakan Sistem Kehadiran Murid atau e-kehadiran sahaja tanpa
menggunakan Buku Jadual Kehadiran Murid (JKM).

5. Namun begitu dalam keadaan tertentu Borang Kehadiran Sementara akan digunakan
sekiranya Sistem e-kehadiran menghadapi masalah.

3.4.4 Pendaftaran Murid Baharu

1. Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM/Penyelaras Tingkatan.

2. Status kewarganegaraan murid perlu dikenal pasti oleh PK HEM/Penyelaras Tingkatan terlebih
dahulu sebelum murid diterima sebagai pelajar di sekolah ini.

3. Penyelaras tingkatan/PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang BMM)
dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga semasa pendaftaran dijalankan.

4

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
4. Laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu perlu dibawa bersama semasa murid
mendaftar.

5. Setiap murid akan ditempatkan di kelas berdasarkan prestasi akademik yang akan diuruskan
oleh penyelaras tingkatan.

6. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen
berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.

7. Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru ke dalam Buku Daftar Murid. Maklumat
murid baharu mestilah ditulis dengan lengkap pada buku tersebut.

8. Guru kelas perlu mendaftar murid baru dalam APDM.

9. Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa /
bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.

10. Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang
memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, OKU dll), serta melaporkan kepada PK
HEM untuk tindakan lanjut.

11. Semua murid baharu mestilah menjelaskan semua sumbangan dan bayaran yang dikenakan
kepada setiap murid seperti sumbangan PIBG, bayaran majalah sekolah dan sebagainya.

3.4.5 Penempatan dan orientasi murid Tingkatan Satu/Peralihan

1. AJK penempatan dan orientasi murid perlu menyusun satu program yang boleh membimbing
murid-murid baru agar berupaya menyesuaikan diri, meningkatkan kecemerlangan diri mengikut
hala tuju dan matlamat sekolah.

2. AJK penempatan dan orientasi murid perlu memberi pendedahan kepada murid-murid baru
tentang alam persekolahan sekolah menengah.

3. AJK penempatan dan orientasi murid perlu mempastikan para murid baru dapat menyesuaikan
diri dengan sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah.

4. AJK penempatan dan orientasi murid perlu mempastikan program yang dirancangkan dapat
dilaksanakan pada tarikh yang sesuai.

3.5 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH

3.5.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum
mengeluarkan Borang Jadual Ketiga (yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri /
wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga.

3.5.2 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima, pastikan perkara berikut dipatuhi :

● Semua fail yang berkaitan dengan murid (Kad Kemajuan / Rekod Profil, Laporan Disiplin,
Pelaporan PBD, Pelaporan PAJSK) perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak
sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.

● Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang berkaitan
diserahkan kepada murid.

● Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan.

● Menentukan urusan buku teks telah diselesaikan. Menentukan penerimaan biasiswa
dilaporkan.

5

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
● Mengeluarkan nama murid daripada APDM setelah Salinan surat kelulusan pertukaran

diterima dari sekolah baharu.

3.5.3 Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tingkatan 3 yang diterima masuk ke Kolej
Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau ke mana-mana institusi pendidikan bukan
dibawah KPM, Tingkatan 5, serta murid yang telah berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri
untuk tujuan mencari pekerjaan. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya
dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa/penjaga jika
berumur kurang daripada 17 tahun.

3.5.4 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti
sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 6.4.3 selagi murid itu berada dalam lingkungan
umur pendidikan wajib.Hanya surat pengesahan bersekolah sahaja yang boleh dikeluarkan
oleh pihak sekolah.

3.5.5 Murid yang berpindah masuk ke sekolah ini dikehendaki berjumpa dengan Tuan pengetua
bersama dengan ibu bapa / penjaga masing-masing. Mereka perlu menandangani Surat
Perjanjian Berkelakuan Baik dan ibu bapa mereka sebagai saksi perjanjian tersebut.

3.6 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)

3.6.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi
sekolah rendah dan RM240.00 bagi sekolah menengah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun
Jabatan Pelajaran Selangor terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah.

3.6.2 Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran
tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.

3.6.3 Fail peribadi untuk setiap murid Bukan Warga Negara perlu disediakan bagi menyimpan
dokumen muridtersebut

3.7 FAIL PERIBADI MURID

3.7.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.

3.7.2 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama
fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).

3.7.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PMR, SPM)
disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan
disimpan di Bilik Kesihatan

3.7.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau
bertukar sekolah.

3.7.5 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi
memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung /
buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini

3.8 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
3.8.1 Guru Kelas membentuk Organisasi Kelas yang terdiri daripada :-

6

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

● Ketua Kelas
● Penolong Ketua Kelas
● Bendahari
● AJK Kebersihan
● AJK Keceriaan
● AJK Keselamatan
● AJK SPBT

3.8.2 Guru Kelas menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas : -

1. Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
2. Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas
3. Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
4. Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
5. Inventori Kelas - ditampal pada pintu
6. Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
7. Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu

semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
8. Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk

sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat
yang sesuai.
9. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
10. Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.

3.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau ditempat yang
mudah dilihat.

3.8.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja
mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di
dalam stor peralatan sekolah.

3.8.5 Kutipan Bayaran dan Sumbangan

* Guru kelas mengutip bayaran-bayaran yang ditetapkan oleh sekolah pada awal tahun
persekolahan dan menggalakkan murid membayar kesemuanya sekaligus. Antara sumbangan
yang perlu dibuat kutipan ialah sumbangan PIBG dan Majalah sekolah.

* Guru kelas perlu mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi semua pembayaran yang dibuat
* Wang kutipan sumbangan PIBG perlu diserahkan kepada Bendahari PIBG dan kutipan majalah

diserahkan kepada kewangan sekolah
* Guru kelas perlu meeengutip bayaran tambahan persekolahan dan sumbangan PIBG daripada

murid bukan warganegara.
* Guru kelas boleh mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara

murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut :

i) Kebajikan murid
ii) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain.

3.8.6 Kebersihan kelas:

1. AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.

2. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan
teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas
berkenaan.
7

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
3. AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul

sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
4. Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam

keadaan kemas dan teratur.
5. Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan

kelas.
6. Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.

3.8.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua
kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.

3.8.8 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

1. Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.

2. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
3. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3.9 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

3.9.1 Pengurusan Unit Disiplin Sekolah:

1. Unit Disiplin mesti memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan selaras dengan SPI dari
kementerian Pendidikan(buku peraturan sekolah)
SPI Bil 9/1975 - Peraturan sekolah untuk murid

2. Surat Kuasa Merotan diserahkan pada guru-guru disiplin pada minggu pertama
persekolahan. Hanya guru yang ada kuasa merotan boleh merotan murid di bilik
disiplin.
SPI 7/2003 - Kuasa merotan murid

3. Hukuman dera ke atas murid perempuan dilarang. Hukuman rotan untuk murid lelaki
dipunggung dan perlu berlapik. Manakala kerja amal dikenakan terhadap pelajar
perempuan sebagai hukuman.
SPI Bil 1/72 - Peraturan di sekolah

4. Mesyuarat disiplin akan diadakan setiap dua bulan sehingga bulan November
5. Perancangan dan laporan Unit Disiplin perlu di siapkan pada akhir November setiap tahun.
6. Laporan / Analisis kes disiplin akan dibuat setiap bulan. Guru Penyelaras Disiplin setiap tingkatan

perlu
menyerahkan rekod disiplin kepada setiausaha unit displin pada atau sebelum 7hb
setiap bulan. Data yang dianalisis akan dibentangkan dalam Mesyuarat Disiplin.
7. Takwim Disiplin dan agihan tugas guru-guru Disiplin disediakan pada bulan Januari oleh
Ketua Disiplin selepas perlantikan guru-guru Disiplin.
SPI Bil 8/2001 - Pemantapan pengurusan disiplin
8. Unit disiplin perlu memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Peraturan Disiplin Sekolah. Buku
tersebut perlu dibawa ke sekolah pada setiap hari persekolahan
SPI Bil 8/68 - Tatatertib di sekolah
9. Taklimat Disiplin mengikut Buku Peraturan Disiplin Sekolah mesti dilaksanakan pada bulan
Januari dan setiap masa mengikut keadaan.
SPI Bil 8/2001 - Pemantapan pengurusan disiplin
10. Tindakan disiplin perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia
SPI Bil 7/1995 - Tatacara tindakan dan hukuman ke atas murid.

11. Mesyuarat tindakan tatatertib diadakan untuk membincangkan kes-kes disiplin yang turut
dihadiri oleh Pengetua dan Kaunselor.

8

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

12. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) digunakan untuk merekodkan salanhlaku dan amalan baik
murid :
i. Guru disiplin yang bertanggungjawab akan merekodkan salahlaku dan diambil
tindakan oleh ketua disiplin dengan mencadangkan hukuman sebelum disahkan
oleh pengetua.
ii. Guru kelas akan merekodkan ketidakhadiran (ponteng sekolah) dan menjana surat
amaran melalui sistem.
iii. Semua guru perlu merekodkan amalan baik murid di dalam sistem.
iv. Rekod salahlaku dan amalan baik boleh dicetak apabila diperlukan dengan kebenaran
Pengetua.
v. Rekod disiplin akan dikemaskini setiap minggu oleh guru ketua disiplin dan dilaporkan setiap
bulan.

13. Aduan/ kes disiplin mesti diselesaikan dalam masa 3 hari kecuali bagi kes-kes berat mesti
diselesaikan dalam hari sama kejadian.

14. Melaporkan kes-kes serius terus kepada PK HEM dengan kadar segera supaya masalah dapat
ditangani mengikut SOP. SPI Bil 7/2011 - Perlaksanaan SOP 1:3:7

15. Sekurang-kurangnya 3 Program untuk pembangunan sahsiah pelajar dilaksanakan. Analisis
keberkesanan program dilaksanakan selepas program selesai.

16. Memberi taklimat Disiplin terperinci tentang peraturan pakaian seragam ke sekolah.
SPI Bil 3/1983 / SPI Bil 8/1985 / SPI Bil 6/1993 - Pakaian seragam murid sekolah

3.9.2 Bidang tugas Jawatankuasa Lembaga Disiplin sekolah :

1. Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes.
Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini adalah terpulang kepada keperluan danbudi bicara Pengetua.

2. Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentang dan membincangkan
Peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan bantahan dan pindaan
kepada peraturan yang ada dan membincang perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan
pelajar-pelajar.

3. Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke masa mengikut keperluan tertentu
apabila Pengetua berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.

4. Dalam mesyuarat kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir termasuk Pengetua Penolong Kanan/
ketua Bidang/ Kaunselor Sekolah serta penyelaras disiplin tingkatan dan bilangan ahli mestilah ganjil.
Sementara PK HEM dan Setiausaha Disiplin adalah berkecual dalam membuat keputusan.

3.9.3 Bidang tugas Setiausaha Lembaga Disiplin Sekolah:

1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.
2. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua guru.
3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di perhimpunan

sekolah.
4. Bertanggungjawab:

● Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada penolong Kanan HEM.
● Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
● MembimBing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
● Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
● Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.

3.9.4 Bidang tugas Jawatankuasa Disiplin Sekolah:
1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukanpekeliling

9

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh Pengawas.
3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.
4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius
yang boleh membawa kepada hukuman pergantungan sementara atau hukuman buang sekolah
berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisan Bil. 9/ 1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat
Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk memBincangkan kes-kes berat mengenai
disiplin.
5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis
sekolah.
6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
8. Menerima laporan pengawas/ guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan (SEKOLAHKU RUMAHKU) supaya peraturan sekolah
menjadi satu budaya.
10. Menjalankan hukuman sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas harian) untuk mengesan pelajar yang ponteng
dan yang melanggar disiplin sekolah.
12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/ Jabatan
Pendidikan /PPD.
13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin
pelajar.
14. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibubapa / penjaga dalam menangani masalah displin.
15. Mendapat bantuan pihak polis sekiranya pelajar terlibat dalam kes jenayah.

3.9.5 Bidang Tugas Guru Disiplin

1. Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa/ penjaga dan menangani

masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di kalangan

pelajar dan guru.
8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku laporan

disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu

sekali.
10. Menghubungi pihak polis jika perlu.
11. Bekerjasama dengan semua guru bertugas dan guru pegawas untuk meronda kawasan sekolah (spot

check).
12. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti:

● Penyalahgunaan Dadah
● Gambar Lucah
● Video Lucah
● Majalah Lucah
● Peras ugut
● Kumpulan haram
● Bohsia
● Dan lain-lain

13. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti:

10

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

● Hari terakhir peperiksaaan awam
● Hari Sukan
● Hari Keluarga
● Majlis-majlis sekolah

3.9.6 Ponteng Sekolah

1) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa
surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

2) Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam e-kehadiran kelas.

3) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam Borong Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).

4) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
• Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM
• Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
• Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
• Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua.

5) Tindakan Ponteng Berterusan/ Ponteng Berkala/Tidak Berterusan
• Amaran I - 3 hari berturut-turut 10 hari
• Amaran II - 7 hari selepas surat Amaran I 10 hari selepas Surat Amaran I
• Amaran III - 7 hari selepas surat Amaran II 20 hari selepas Surat Amaran II
• Buang Sekolah - 14 hari selepas surat Amaran III 20 hari selepas Surat Amaran III

6) Jumlah Keseluruhan 31 hari dan 60 hari boleh dibuang sekolah

● Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah
Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.

● Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Pengetua.

● Catatan dibuat dalam e-kehadiran untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK:
Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah

● Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut
hendaklah dipatuhi:

● Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga
masing-masing.

● Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga
masing-masing dan berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.

● Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan
berjumpa dengan pengetua.

7) Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang
diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akujanji. Murid hanya boleh dibenarkan
bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN Selangor

3.9.7 Buku Kawalan Kelas (BKK)

11

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

1) Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.

2) BKK akan diedarkan kepada Ketua Kelas pada waktu pagi oleh Ketua Guru Disiplin. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke meja Ketua Guru
Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.

3) BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk
pada setiap waktu.

4) Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. Bagi
kelas yang bergabung seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina , Bahasa Tamil,
RBT dan Pendidikan Jasmani BKK akan diserahkan oleh ketua kelas.

5) Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/
ponteng kelas semasa guru mengajar.

6) Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum
menandatangani BKK.

7) Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru
berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk
tindakan Penyelaras BKK (Penyelaras Disiplin Tingkatan) dan Guru Disiplin pada keesokan
harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus
maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM.

8) Penyelaras BKK (Penyelaras Disiplin Tingkatan) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil
nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya.

9) Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan mencetak data analisis salah laku
murid yang dicatatkan oleh guru dalam BKK pada setiap bulan.

10) Sekiranya BKK hilang, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin sekolah
dengan segera.

11) Ketua Guru Disiplin hendaklah melaporkan kepada PK HEM dan Pengetua / Guru Besar nama
guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK.

3.9.8 Pas Keluar (ME12PAY)

1) Semua guru kelas hendaklah mmastikan setiap murid mendapat kad ME12PAY pada awal tahun.
Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti
diimbas kadnya oleh guru yang berada di dalam kelas pada waktu berkenaan.

2) Kad juga perlu diimbas oleh guru yang berada di dalam kelas apabila murid balik semula kekelas
ke kelas.

3) Guru disiplin perlu memantau imbasan kad yang dijalankan oleh guru bagi mengesan kes murid
ponteng kelas, keluar kelas tanpa kebenaran dan sebagainya.

4) Murid perlu melaporkan kehilangan kad ME12PAY kepada guru kelas. Murid perlu memohon
penggantian kad yang telah hilang.

3.9.9 Disiplin Murid

1) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN (SPI Bil 10 2001). Oleh itu, guru-guru mestilah
Memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

12

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
2) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu

melakukan kesalahan disiplin.

3) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua
Guru Disiplin atau PK HEM.

4) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta
setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati.

5) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.

6) Semua guru perlu menjadi contoh teladan atau role model yang baik kepada murid.

3.9.10 Kawalan disiplin murid oleh Guru

1) Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa
guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan
Budaya Penyayang)

2) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan
kerjasama.

3) Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid-murid tidak memberi
tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.

4) Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain
dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

5) Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan melaporkan
kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.

6) Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan
yang sewajarnya.

3.9.11 Pemeriksaan Mengejut

1) Pemeriksaan mengejut bagi memastikan penampilan diri dan kekemasan berpakaian mengikut
peraturan sekolah mesti dijalankan setiap minggu. Rekodnya dikemaskini pada setiap bulan.
SPI Bil 2/1996 - Penampilan dan kekemasan murid.

2) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di
kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.

3) Guru disiplin/ Guru Pengawas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan
pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan.

4) Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru
berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari
berkunci di bilik PK HEM atau di Bilik Disiplin.

5) Barang larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM atau di Bilik Disiplin.

13

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

6) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/
penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani surat perjanjian.

7) Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan
dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.

8) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid- murid.

3.9.12 Kaedah Mengatasi Disiplin

1) Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: semua guru kelas-kelas untuk
dipamerkan dipapan kenyataan) bilik-bilik khas.

2) Bagi Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan
kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.

3) Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas.
Guru Disiplin/Penyelaras Disiplin Tingkatan akan mengumpulkan rekod kesalahan dan
seterusnya membawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.

4) Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan:
• Kedatangan penuh - 2 kali setahun
• Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil
setiap bulan. Walaupun tidak hadir,ianya mesti bersebab.
• Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir
tahun.

3.9.13 Pengurusan Perhimpunan

1) Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Isnin). Masa perhimpunan 40
minit untuk sekolah menengah, kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.

2) Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas
sekolah. Guru bertugas berada di tapak perhimpunan pada atau sebelum loceng pertama
berbunyi pada pukul 7.20 pagi.

3) Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit. Guru kelas
mengambil kehadiran murid sebelum perhimpunan bermula.

4) PK HEM perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk memastikan semua
guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan bertindak sebagai role model.

5) Guru Siaraya/ PA bersama J/K sistem siar raya menyediakan mikrofon/speaker yang berfungsi.

6) Semua guru dan murid berada di tapak perhimpunan dari permulaan sehingga sesi
perhimpunan tamat melainkan guru disiplin yang mempunyai tugas tertentu.

7) Guru displin terutama guru disiplin yang bertugas membantu mengendalikan perhimpunan pagi
bersama dengan pengawas sekolah.

8) Pengendalian Perhimpunan:
• Murid beratur dalam dua barisan, murid lelaki satu barisan dan murid perempuan satu
barisan di belakang murid lelaki.
• Kerusi guru disusun rapi dan mencukupi oleh pengawas

14

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
• Guru sistem siar raya bersama AJK Siaraya memastikan alatan berfungsi dengan baik.

i) Aturcara perhimpunan

1.1 Kata aluan Pengerusi Majlis – Guru bertugas
1.2 Bacaan doa
1.3 Bacaan ikrar murid
1.4 Pelafazan Rukun Negara
1.5 Nyanyian lagu kebangsaan

i. Lagu Negaraku
ii. Lagu Negeri Selangor
iii. Lagu Sekolah
1.6 Pengumuman
1.7 Ucapan Pentadbir
1.8 Ucapan Pengetua
1.9 Perhimpunan bersurai

3.10 DASAR KEBAJIKAN MURID

3.10.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data APDM yang sentiasa
dikemaskini

3.10.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

1) Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat- lewatnya hari
pertama sesi baru persekolahan.

2) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang sama (Ruj:
K/P.BT.8945/Jld.28 (24) – 17Mac 2008).

3) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan
ditulis nama.

4) Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri
lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

5) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.

6) Murid”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

7) Pengurusan Bilik SPBT
● Memastikan bilik BOSS diselenggarakan mengikut amalan 5S.
● Memastikan peraturan penggunaan bilik SPBT, peraturan pengedarkan buku teks,
panduan pengurusan pemulangan SPBT dan lain dipaparkan di bilik SPBT.
● Menguruskan semua surat menyurat berkaitan dengan SPBT.
● Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks 3 kali setahun.
● Membuat Pembahagian tugas pagi/ petang mengikut tingkatan
● Memberi taklimat untuk guru tingkatan.
● Menubuhkan ‟Pasukan Petugas SPBT‟ (pelajar)

8) Buku stok SPBT perlu diserahkan kepada PK HEM pada bulan Disember untuk penyemakan.
Menyemak penerimaan bekalan buku untuk urusan stok.

9) Memastikan bekalan buku teks mencukupi untuk semua murid.

15

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

10) Guru SPBT perlu membuat pemantauan berkala 2 kali setahun tentang penjagaan buku
teks oleh murid-murid. Buku-buku yang rosak dibaikpulih melalui aktiviti Kelab SPBT.

11) Menguruskan pesanan buku untuk bekalan tahun berikutnya dengan anggaran yang betul.
● Membuat pesanan pada pertengahan tahun kepada Biro Buku Teks.
● Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
● Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual
● Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak, hilang, kekurangan/lebihan
● Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
● Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan
selamat.
● Mengemaskini inventori SPBT.
● Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.
● Menyelenggarakan fail yang dikemaskini mengikut jenis.

12) Membuat hapuskira setiap tahun bagi buku-buku yang rosak .

13) Perancangan dan laporan Unit SPBT di siapkan pada akhir November setiap tahun.

14) Pengedaran Buku teks

● Menentukan tarikh pengedaran buku teks mengikut tingkatan
● Memastikan agihan buku teks dijalankan sebelum sessi persekolahan bermula kecuali murid

tingkatan empat
● Mengedarkan borang permohonan SPBT kepada setiap pelajar.

- Borang yang lengkap dikumpul oleh Guru Tingkatan dan diberi kepad Guru SPBT.
- Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru tingkatan
- Mengesan kelancaran pengedaran buku teks
- Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk/ bertukar sekolah
- Mengedarkan buku kepada pelajar yang baru masuk
- Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar.
● Memastikan semua murid yang layak mendapat buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya
pada hari pertama sesi baru persekolahan.
● Memastikan guru tingkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar yang layak
● Memastikan semua guru Tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman/ Borang G mengikut
jadual
● memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama murid
Memastikan Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak menerima buku SPBT.

15) Pemulangan Buku teks

● Memastikan Buku teks dipulangkan selepas peperiksaan akhir tahun selesai dan untuk tingkatan
5 sebelum peperiksaan SPM bermula kecuali ada permintaan daripada murid.

● Melaporkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan HEM tentang proses pemulangan
- Menentukan tarikh pemulangan mengikut tingkatan.
- Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/ tingkatan
- Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang sama
(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).

● Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri
lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

● Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.

16

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

3.10.3 Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain

1) Guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka
akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.

2) Guru Kelas juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.

3) Buku Simpanan bank hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang
dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau penjaga
dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu
biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu
dihantar kepada pihak penaja.

4) Bagi penerima bantuan Pusat Zakat, Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada
murid-murid baru terutamanya murid Tingkatan Satu yang pernah menerima bantuan tersebut
semasa mereka di sekolah rendah.

5) Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharui
permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan
bantuan Pusat Zakat

6) Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.

7) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa dan bantuan-bantuan lain.

8) Semua pemegang biasiswa perlu mempunyai Akaun Simpanan GIRO (tanpa kad) di Bank
Simpanan Nasional dan buku bank disimpan di pejabat sekolah.

9) Borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa perlu diisi untuk setiap transaksi
yang dilakukan.

10) Memberi borang permohonan biasiswa dan kemaskini maklumat semua pelajar dalam senarai
layak Sistem APB yang memenuhi kriteria pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang
ditetapkan oleh KPM.

11) Memastikan pencapaian akademik pemegang biasiswa dipantau dua kali setahun.
12) Mengadakan perjumpaan berkala dan program motivasi dengan pemegang biasiswa sekurang-

kurangnya sekali setahun.

13) Menjalankan sesi dialog bersama dengan ibubapa penerima BKP / BKPU tawaran baru satu kali
setahun.

14) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan SMM:
• Bilangan anak yatim di dalam kelas
• Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah

15) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh diterima oleh murid-
murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam APDM
melalui aplikasi bantuan seperti:
• Biasiswa Kecil
• Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)

16) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam kalangan muridnya
yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.

17

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

17) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan
sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri
sendiri.

18) Rekod penerima biasiswa perlu di kemaskini setiap tahun. Perancangan dan laporan Unit
Biasiswa perlu disiapkan pada bulan November setiap tahun

19) Pengurusan KWAPM

● Mengedarkan borang kepada semua murid tingkatan satu dan peralihan yang layak untuk
permohonan KWAMP

● KPM akan mengeluarkan nama murid yang layak memohon berdasarkan data dalam APDM.
● Guru KWAMP akan menyerahkan borang permohonan kepada murid tersebut dan membuat

tapisan calon.
● Pengetua akan membuat pengesahan permohonan murid secara online.
● Majlis pengagihan bantuan KWAMP diadakan dan surat makluman dihantar kepada ibubapa.
● Permohonan yang berjaya akan diberi tunai melalui ibu bapa/ akaun BSN. Ibu bapa perlu hadir

ke sekolah untuk mendapatkan wang tunai KWAMP dari pejabat sekolah.
● Murid yang tercicir layak untuk dipertimbangkan untuk membuat rayuan.
● Bantuan yang diterima hendaklah dihantar ke sekolah baru jika murid telah berpindah tetapi jika

murid tidak dapat di kesan bantuan hendaklah dipulangkan semula kepada kementeriaan
Pendidikan Malaysia.
● KWAMP kecemasan perlu dipohon untuk murid yang kematian bapa dan hilang punca
pendapatan atau bagi murid yang ditimpa bencana seperti kebakaran mengikut syarat yang
telah ditetapkan.

20) Pengurusan Takaful

● Semua murid layak menerima perlindungan takaful dalam tempoh 24 jam sehari semalam
seluruh dunia.

● Tuntutan takaful akan dibuat oleh pihak sekolah dalam tempoh sebulan selepas kemalangan
atau kematian murid mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

21) Pengurusan Kebajikan

● Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti;
i. pelajar miskin
ii. kemalangan
iii. rawatan berterusan
iv. kematian
v. kecemasan/ bencana

● Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan
keperluan.

● Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan pelajar
terhadap kebajikan.

● Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerimaan yang dikemaskini dandisahkan oleh
Pengetua.

● Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar
● Menubuhkan Unit Hilang/ Jumpa.
● Menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan luar.

18

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

22) Bidang tugas Guru Kebajikan/Bantuan
● Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data APDM yang sentiasa
● dikemaskini
● Guru Unit Kebajikan mengumpul maklumat dan mengenal pasti murid-murid yang miskin dan
● yatim dengan bantuan guru kelas
Menguruskan bantuan kebajikan daripada dana PIBG dan sumbangan dari pihak luar
● Menguruskan tabung derma kilat jika ada kematian atau bencana yang akan disumbangkan
● kepada keluarga mangsa (Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada
dalam kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam
keluarganya).
Merancang aktiviti bagi menambah tabung kebajikan
Perancangan dan laporan Unit Kebajikan perlu disiapkan pada bulan November setiap tahun

3.11 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

1) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus
utama iaitu:
• Pembangunan sahsiah diri murid
• Peningkatan disiplin diri murid
• Pendidikan kerjaya murid
• Psikososial dan kesejahteraan mental murid


2) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak
murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak
yang berkenaan sahaja.

3) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara
individu atau kelompok.

4) GBK harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-
calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.

5) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah
diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung /
dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam
bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.

6) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan
bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

7) GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari
persekolahan setahun.

8) Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
● Jawatankuasa dan bidang tugas guru-guru kaunseling disediakan pada akhir tahun sebelum

15 Disember.
● Takwim UBK disediakan pada bulan Disember pada setiap tahun.
● Perancangan dan laporan aktiviti disiapkan pada bulan Mac, Jun, Ogos dan November setiap

tahun.
● Pelan Strategik untuk tahun semasa disiapkan pada akhir November.
● Semua fail disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
● Surat lantikan untuk Jawatankuasa Dan Kaunseling Sekolah disediakan pada awal Januari.
● Semua Guru Bimbingan Dan Kaunseling adalah tertakluk kepada norma perjawatan yang

telah ditetapkan . Sasaran Kerja GBKSM setiap minggu :

19

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

- Bil Perkhidmatan Sasaran Seminggu
i. Sesi Kaunseling individu 5 waktu
ii. Sesi Kaunseling Kelompok 1waktu
iii. Perlaksanaan Kelas Ganti ( Modul 8 waktu Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling)
iv. Pelaksanaan Program Fokus 4 Bidang
a) Pembangunan & pengembangan sahsiah murid
b) Peningkatan Disiplin Diri Murid
c) Pendidikan kerjaya murid
d) Psikososial dan kesejahteraan mental murid

v. Pengurusan dan Pentadbiran 10 waktu Perkhidmatan B&K
vi. Jumlah waktu seminggu 32 waktu

10) Melaksanakan Amalan Guru Penyayang

● Menyediakakan jadual bertugas mengalu-alukan kehadiran pelajar AGP pada setiap bulan
● Memberi penghargaan kepada murid( sambutan hari lahirr & perayaan)

KP (BPSH-SPKD) 201/005/02 Jld (43)
11) Melaksanakan program mentor mentee (10 kali perjumpaan) KP (BPSH-SPKD)

201/005/02Jld.3(43)

11) Melaksanakan Program Minda Sihat
● Ujian Minda Sihat (Fasa 1 – Jan – April)
● Intervensi Minda Sihat ( Mei – Julai) Surat siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012
● Ujian Minda Sihat (Fasa 2- Ogos hingga Oktober) KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld 4(5) bertarikh

16 April 2012 perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling)

12) Melaksanakan Program Dasar Warga Emas (DWEN) sekurang-kurangnya dua kali setahun
a) DWEN 1 (Jan – Jun)
b) DWEN 2 (Jul – Okt)
Surat siaran KPM KP (BPSH-SPKD) 601/62 Jld.8(14)bertarikh 6 Jun 2013

13) Melaksanakan Pentaksiran Psikometrik mengikut jadual yang disediakan.
Sasaran Perkara :

o Ting 1 - Inventori Minat Kerjaya (IMK)
o Ting 2 - Inventori Tret Personaliti (ITP)
o Ting 3 Inventori Minat Kerjaya (IMK), Kecerdasan Pelbagai (IKP)
o Ting 4 Inventori Tret Personaliti (ITP)
o Ting 5 Inventori Kematangan Kerjaya (IKK)

- Intervensi mengikut keperluan dan kesesuaian
Penyimpanan fail : Muat turun data dari SePKM untuk simpanan dan rujukan secara softcopy &
hardcopy. Print & dapatkan pengesahan pengetua.

13) Setiap guru bimbingan & kaunseling mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua program
kaunseling berbeza daripada empat jenis bidang fokus.
Surat siaran KPM Bil 12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)2011/005/02 Jld 4 (5)

14) Guru bimbingan & Kaunseling hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan
perkhidmatannya di sekolah. Penglibatan GBKSM dengan program dan aktiviti luar hendaklah di
kawal. Surat Siaran KPMBil12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld 4. bertarikh 16 April
2012 Perekayasaan Perkhdmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15) Menubuhkan Pembimbing Rakan Sebaya dan melatih PRS mengikut Modul PRS KPM 2009
Surat Siaran KPM Bil12 Tahun 2012, KP (BPSH_SPKD)201/005/02 Jld 4(5)

20

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

16) Guru bimbingan dan kaunseling perlu berada bersama-sama pelajar ketika peperiksaan &
penyerahan keputusan PT3 & SPM. Surat siaran KPM Bill 12 Tahun 2012, KP (BBPSH-
SPKD)201/005/02 Jld (5)

17) Membuat Jejak Kerjaya semua murid lepasan SPM Tahun 2017 dan mengisi data secara
online (Mei – Oktober).

18) Analisis keberkesanan program dilaksanakan selepas program selesa.

19) Menghantar Laporan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling (LPBK) secara online ke PPD
/JPS ebelum atau pada November

20) Bidang tugas UBK
● Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi semua aspek bimBingan dan

kaunseling iaitu:
i. BimBingan Pelajar
ii. BimBingan Kerjaya
iii. BimBingan Sosial
iv. BimBingan Sahsiah
v. BimBingan Psikologi
vi. BimBingan Pencegah Dadah/ AIDS
● Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
● Mengelolakan program orientasi.
i. Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan peralihan, satu, empat dan enam.
ii. Penerangan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat
sekolah (KBSM).
iii. Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
● Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan.
● Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
● Menubuhkan dan mengelola Kelab Kerjaya.
● Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan
dan Kaunseling (UBK).
● Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan/agensi luar untuk mendapatkan khidmat
nasihat.
● Menjalankan soal-selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah
(sampingan).
● Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.
● Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah (risiko tinggi).
● Mengadakan program khas pencegahan dadah/AIDS.
● Mengadakan kursus perkembangan staf untuk melatih guru-guru dalam bimbingan dan
kaunseling.
● Mewujudkan bilik dan program-program ePPDa
Peranan Unit PPDA :
- Memastikan sekolah bebas daripada penyalahgunaan dadah dan asap rokok.
- Pengurusan Fail sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
- Semua murid mendapat info 5 minit anti dadah tentang bahaya penyalahgunaan

dadah,rokok, inhalan, alcohol dan HIV
- Mengadakan minggu anti dadah dan membuat kerjasama dengan AADK untuk ujian

urin murid.
- Melaksanakan laluan atau sudut informasi mengenai PPDa.Mewakili daerah dalam

pertandingan Bilik PPDa.
- Menjalankan aktiviti –aktiviti pencegahan dadah.
- Mengadakan ujian urin setahun sekali secara rawak.
- Kaunseling terancang diberikan kepada yang terlibat dengan rokok dan dadah
- Membuat soal selidik ujian urin, peglibatan dengan dadah,inhalan dan rokok

21

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

- Menyediakan risalah, poster untuk disebarkan kepada murid mengenai dadah,rokok
dan inhalan.

- Menyediakan laporan murid –murid yang terlibat dengan dadah ke PPD

3.12 UNIT 3K –KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

Program 3K wajib dilaksanakan di sekolah. SPI Bil 17/2003 - Program 3K

3.12.1 UNIT 3K (1) KESIHATAN

3.12.1.1 Pengurusan Kesihatan Murid

1. Semua murid mendapat suntikan dan pemeriksaan gigi. SPI Bil 6/2010 - Suntikan HPV
2. Menyediakan bilik rawatan untuk perkhidmatan Klinik Bergerak Jabatan Kesihatan.
3. Menyediakan bilik kecemasan dan dilengkapkan dengan peralatan untuk merawat murid yang sakit.
4. Bilik kesihatan sentiasa dalam keadaan bersih dan ubat-ubatan sentiasa diperiksa tidak

melebihi tamat tempoh
5. Mengadakan kempen dan ceramah kesihatan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang

penjagaan kesihatan. SPI Bil 2/1989 - Rancangan kesihatan sekolah
6. Mengadakan tiga (3) program kesihatan setahun di peringkat sekolah.
7. Taklimat wabak penyakit diberikan kepada murid mengikut keadaan semasa.
8. Memastikan semua pelajar Tingkatan 3 mendapat suntikan ATT .
9. Memastikan semua pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima mendapat rawatan pergigian

sekolah.
10. Memantau perjalanan Unit Denggi Sekolah supaya kawasan sekolah bebas denggi. Menghantar

laporan pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk perlu dihantar ke ppd gombak PADA ATAU
sebelum 5 haribulan setiap bulan. ABET di bubuh pada kawasan yang berpotensi setiap minggu oleh
flying skuad dan memastikan sekolah tiada kawasan pembiakan nyamuk dan bebas denggi
11. Perancangan dan laporan Unit kesihatan di siapkan pada akhir November setiap tahun.

3.12.1.2 Rekod Kesihatan Murid

1. Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan dengan butiran
peribadi dan rekod rawatan kesihatan yang lengkap.

2. Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperoleh sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Buku
itu akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.

3. Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid boleh
mendapatkanya daripada PK HEM.

4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila
pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja)
diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.

5. Buku Rekod Kesihatan murid di simpan dan di kemas kini setiap tahun
6. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan

bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

3.12.1.3 Kad Pergigian Murid

1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
2. Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk

mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan

dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.

22

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

3.12.1.4 Surat Rawatan Murid

1. Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan
3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital

atau klinik kerajaan.

3.12.1.5 Murid Sakit

1. Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat
pada hari tersebut.

2. Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh
menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.

3. Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah
walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.

4. Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru
bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau
hospital terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi
ambulan.

5. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan
Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

6. Murid yang menghidapi penyakit berjangkit tidak di benarkan ke sekolah SPI 6/1998 – Menjaga
kesihatan pelajar ke sekolah.

3.12.2 UNIT 3K (2) Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

1. . Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah
dari semasa ke semasa.

2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.
3. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti:

i. Kempen Kebersihan
ii. Pertandingan Kebersihan Kelas
iii. Pertandinagn Mengarang Esei Kebersihan
iv. Ceramah-ceramah Kebersihan
v. Pertandinagn Poster Kebersihan
vi. Menanam bunga/pokok di kawasan sekolah
vii. Lawatan ke sekolah-sekolah lain
4. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan
Bekas pelajar dan sebagainya) bagi meningkatkan mutu kebersihan sekolah.
5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan
dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini.
6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari semasa ke semasa dan
membuat laporan kemajuan kerja.
7. Longkang-longkang sentiasa dipantau kebersihannya dan tiada yang tersumbat dan aliran air
lancar. SPI 1/1996 - Kebersihan dan keceriaan di sekolah
8. Kelas sentiasa ceria dan bersih mengikut amalan 5S
SPI 1/1996 - Kebersihan dan keceriaan di sekolah
9. Kawasan sekolah sentiasa dipantau kerja-kerja pembersihan supaya tiada longgokan
sampah .Tong kitar semula diperbanyakkan. SPI 1/1996 - Kebersihan dan keceriaan di sekolah
10. Program gotong royong diadakan setiap tahun.
SPI 1/1996 - Kebersihan dan keceriaan di sekolah
11. Lukisan Mural di tempat-tempat strategik bagi menambah keceriaan sekolah.
SPI 1/1996 - Kebersihan dan keceriaan di sekolah.
12. Perancangan dan laporan Unit kebersihan di siapkan pada akhir November setiap tahun.

23

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

13. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas,
tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.

14. Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan
dan keceriaan kelas masing-masing.

15. Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan
kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses
Pembelajaran dan Pengajaran.

16. Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan setiap
hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.

17 Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan
bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.

18. Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja masing-masing sebelum meninggalkan
kelas pada waktu akhir persekolahan.

3.12.3 Pengurusan Kantin Sekolah

1. Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
Melaksanakan keceriaan kantin untuk memastikan kantin dalam keadaan kondusif.

2. Guru kantin memastikan semua pekerja menjaga kebersihan diri. Memastikan semua penjual
dan kakitangan di kantin sentiasa mamakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas
mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. Memastikan pengusaha dan pekerja kantin
mempunyai sijil kursus asas pengendalian makanan dan suntikan typhoid.

3. Memastikan semua peralatan dalam keadaan bersih untuk mengelak keracunan makanan.
Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/ kain maslin/ disimpan dalam
bekas yang bertutup. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
Memastikan proses penyediaan makanan dan minuman oleh pihak kantin mematuhi
standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Guru kantin mesti memastikan
makanan yang di jual di kantin adalah yang berkhasiat.

4. Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak
Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. Menerima aduan daripada murid dan
memaklumkan kepada pihak kantin untuk penambahbaikan.

5. Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika
berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.

6. Guru di minta menghantar segera murid yang keracunan makanan ke klinik dan menghubungi
ibubapa murid.

7. Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN dengan kadar segera
sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.

8. Guru-guru juga bertanggungjawab menasihati para murid supaya mengamalkan pemakanan
seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan
sekolah. Meningkatkan pengetahuan murid tentang makan yang berkhasiat dan kalori makanan
disebarkan melalui carta, pamphlet, posterdan sebagainya

9. Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas
bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.

10. Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.

11. Perancangan dan laporan Unit kantin di siapkan pada akhir November setiap tahun.
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 6 kali setahun dan perBincangan dari semasa ke
semasa.

12. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
13. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi. Memastikan

perkhidmatan dan layanan cepat, mesra dan betul.
14. Memastikan pihak kantin mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Kantin.

Memastikan harga makanan dan minuman yang dijual mestilah sama seperti dalam perjanjian

24

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
Sebut harga kantin.
15. Guru kantin memaklumkan kepada pihak kantin hari-hari persekolahan, hari ganti dan
sebarang perubahan hari persekolahan.

3.12.4 Kebersihan Kelas

1. Murid mesti membersihkan kelas 10 minit sebelum waktu pertama bermula.
2. Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk

waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.

3. Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa
sepanjang minggu bertugas.

3.12.5 Pengurusan Tandas

1. Memastikan kebersihan bilik tandas sentiasa dijaga.
2 Memastikan pekerja swasta membersihkan bilik tandas dua kali sehari setiap sesi pada hari

persekolahan. SPI 1/1996 -
3. Memastikan tandas sentiasa dipantau terutama cuti persekolahan supaya tiada air yang

bertakung untuk pembiakan aedes.
4. Memastikan tandas menjadi tandas unggul dan mengambil tindakan keatas sebarang masalah.

SPI 1/1996 - Kebersihan dan keceriaan di sekolah
5. Memastikan bilik tandas berfungsi dengan baik.
6. Memastikan setiap kerosakan diambil tindakan segera.
7. Bilangan tandas mencukupi untuk kegunaan murid dan guru mengikut Indikator Butiran

Penyeliaan Skor Catatan.
8. Mendedahkan kepada murid-murid cara menggunakan tandas dengan betul.
9. Memastikan tandas bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
10. Membuat pemeriksaan kebersihan dan kerosakan tandas dan dilaporkan dalam Buku Laporan

Tugas.
11. Merancang dan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan tandas.
12. Menyediakan label-label atau mural yang sesuai di tandas

3.13 UNIT 3K ( 3 ) – KESELAMATAN

3.13.1 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH

1. Pemantauan alat pemadam api dilakukan 2 kali setahun dan sentiasa dalam keadaan
baik, di servis setiap tahun dan boleh digunakan bila berlaku kecemasan. SPI 7/2000 - Mencegah
kebakaran di sekolah.

2. Latihan kawad kebakaran diadakan 2 kali setahun untuk memastikan semua warga SEMETRI
bersedia bila berlaku kebakaran. SPI 7/2000 - Mencegah kebakaran di sekolah.

3. Kempen Keselamatan jalan raya diadakan 2 kali setahun. Ikrar pengguna jalanraya
dilafazkan dalam perhimpunan rasmi secara berkala. SPI 8/1999 - Keselamatan murid pergi dan
balik sekolah

4. Pemeriksaan pendawaian dan struktur bangunan untuk memastikan sekolah sentiasa
berada dalam keadaan selamat.
SPI 8/1999 - Keselamatan murid pergi dan balik sekolah.

5. Memastikan keselamatan murid setiap kali program/aktiviti yang dijalankan samaada di
dalam sekolah atau di luar sekolah.

6. Meletakkan arahan/papan tanda keselamatan di tempat yang sesuai. Mencadangkan lantikan
pengawal lalulintas sekolah kepada Pengetua.

7. Meletakkan tanda amaran ‟BAHAYA‟ ditempat-tempat yang berbahaya.
8. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalulintas (jika perlu).
9. Merancang dan melaksanakan program keselamatan.

25

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
10. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
11. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas, bilik darjah dan dalam buku

latihan pelajar.
12. Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak kenderaaan pada masa majlis rasmi sekolah.
13. Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.
14. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat
15. Perancangan dan laporan Unit Keselamatan di siapkan pada akhir November setiap tahun.

3.13.2 Pengurusan Keselamatan Sekolah

1. Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan
sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.

2. Semua murid dilindungi oleh skim perlindungan kemalangan iaitu Skim Takaful Murid secara
percuma kecuali murid warga asing. Menguruskan tuntutan takaful/perlindungan murid yang
ditimpa kemalangan dengan kadar segera.

3. Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-
mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru
pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang
murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.

4. Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak
terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.

5. Alat pemadam api yang berfungsi diletakkan di tempat strategik dalam kawasan sekolah.
6. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di dalam setiap kelas (termasuk makmal, bengkel dan

bilik-bilik khas) dan di luar bilik darjah di kawasan sekolah.
7. Menjalankan latihan kebakaran (fire drill) dan cara menggunakan alat pemadam api dua (2) kali

setahun.
8. Merancang dan melaksana dua (2) program sekolah selamat, satu ( 1 ) program dengan

kerjasama unit kaunseling dan 1 program dengan kerjasama unit disiplin.

3.13.3 Latihan Kecemasan Kebakaran

1. Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan. Sekurang-kurangnya
sekali setahun.

2. Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. Pelan laluan
kecemasan perlu dipamerkan di setiap kelas. Pelajar menggunakan laluan kecemasan yang
diarahkan dalam pelan tersebut

3. Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera,
tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU
hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.

4. Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan
gas ditutup sebelum keluar.

5. Guru Tingkatan mestilah mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada
hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta.

3.13.4 Polisi Keselamatan Sekolah

1. Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.

2. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap
masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah (sila rujuk
surat pekeliling iktisas yang berkaitan)

26

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

3.13.5 Parkir Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat

1. Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.

2. Guru-guru dan kakitangan sekolah diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka
dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

*Murid-murid tidak dibenarkan membawa dan meletak kenderaan dalam kawasan sekolah
Mereka perlu meletakkan kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan di luar kawasan sekolah

3. Murid-murid yang memandu/menunggang kenderaan ke sekolah mesti memiliki lesen
memandu dan insuran kenderaan bermotor. Murid-murid tidak dibenarkan meletakkan
kenderaan mereka di dalam kawasan sekolah.

4. Pelawat perlu meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan sekolah kecuali tetamu kehormat
yang diundang untuk majlis rasmi, pegawai dari ppd/JPS/KPM dan pegawai yang dijemput ke
sekolah untuk berurusan dengan Pengetua.

3.13.6 Pondok Kawalan Keselamatan

1. Memastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas mengikut arahan yang telah dikeluarkan
2. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati

tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
3. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Pintu pagar hanya dibuka sepenuhnya apabila

sesi sekolah bermula dan tamat
4. Murid perlu mengisi borang kebenaran keluar apabila keluar dari kawasan sekolah dengan

ditemani oleh ibu bapa/penjaga
5. Pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod

Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
6. Guru-guru mestilah meletak kenderaan di tempat yang dikhaskan.
7. Murid-murid hendaklah mendengar arahan Pengawal Keselamatan.

3.13.7 Pengurusan Bencana

1. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bencana bagi menghadapi situasi
banjir, tanah runtuh, jerebu atau perubahan cuaca, penyakit berjangkit dan lain-lain bagi
mengurus krisis dan risiko yang akan dihadapi terutama bagi keselamatan semua murid-
murid.

2. Sila rujuk SPI KPM Bil.1/2009 sebagai garis panduan menghadapi bencana.
3. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk membincangkan masalah

keperluan, program/aktiviti dan tanggungjawab.
4. Menyediakan segala kemudahan bagi penempatan mangsa banjir/bencana. Mengadakan

pemantauan persediaan secara berterusan.
5. Menyelaras dan membekalkan data murid dan data sekolah kepada pihak yang berkenaan.

Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
6. Mengenal pasti masalah, mencadang program/polisi sekolah dan membantu dalam pengurusan

sebelum dan selepas banjir/bencana berlaku. Bekerjasama dengan semua pihak seperti komuniti
tempatan dan agensi-agensi perkhidmatan.
7. Menyelaras sesi kaunseling yang sesuai kepada murid yang terlibat
8. Operasi Payung diaktifkan bagi membantu calon-calon PT3/SPM yang menghadapi banjir
atau sebarang bencana.

3.13.8 Pengurusan Perabot

1. Memastikan bilangankKerusi dan meja cukup untuk semua murid mengikut slogan ‘1Murid 1
Meja 1 Kerusi’.

2. Memastikan pergerakan kerusi dan meja pada hari persekolahan dikurangkan.
3. Setiap kelas mempamerkan pelan duduk di papan notis.

27

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

4. Pengurusan perabot berjalan secara berkala iaitu sekali seminggu bermula dari minggu pertama
sehingga akhir tahun.

5. Penyelaras merancang dan menjalankan kempen 5 minit di tapak perhimpunan sebanyak 4 kali
setahun untuk mengurangkan kerosakan meja dan kerusi.

3.13.9 Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah

1. Penyelaras merancang dan melaksana ceramah/pameran satu (1) kali setahun.

2. Ahli KPJ bertugas mengikut jadual bertugas yang sudah ditetapkan.
3. Penyelaras merancang dan menjalankan kempen 5 minit di tapak perhimpunan sebanyak 4 kali

setahun.

3.13.10 Pengurusan Peti Cadangan dan Peti Aduan

1. Menyediakan empat peti cadangan dan pengaduan di pejabat, bilik disiplin, bilik kaunseling dan
kantin sekolah.

2. Memastikan empat peti cadangan dan pengaduan berada dalam keadaan baik (tidak dirosakkan
dan pastikan tidak hilang).

3. AJK perlu memeriksa setiap peti cadangan pada setiap hari Jumaat.
4. Setiap cadangan dan aduan yang diterima diambil tindakan segera oleh pihak pentadbir.
5. Merekodkan setiap cadangan dan aduan yang diterima dalam buku khas aduan dan cadangan.
6. Memberi maklum balas kepada pencadang dan pengadu bagi setiap aduan dan cadangan yang

telah diambil tindakan. Setiap aduan dan maklum balas ditampal pada papan notis di bilik guru
dan kantin sekolah.

3.13.11 Pengurusan Majlis Graduasi Tingkatan 5

1. Mengadakan Majlis Gradusi Tingkatan 5.
2. Memotivasikan murid Tingkatan 5 agar berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai

keputusan yang lebih baik.
3. Menzahirkan pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya menamatkan

persekolahan dan akan menduduki peperiksaan SPM.
4. Mencetuskan semarak kejayaan para graduan.

3.13.12 Pengurusan Hari Anugerah Kecemerlangan HEM

1. Menyelaras perjumpaan & perBincangan dengan jawatankuasa bahagian.
2. Mengenalpasti penerima-penerima anugerah.
3. Membuat pemilihan bagi anugerah yang dicadangkan berdasarkan kriteria yang telah

ditentukan.
4. Menyediakan aturcara majlis.
5. Memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.
6. Menyediakan & membentangkan laporan perjalanan Hari Anugerah
7. Memastikan majlis berjalan dengan lancar.

3.13.13 Pengurusan Penghayatan Islam / Nilai-nilai Murni.

1. Merancang aktiviti penghayatan Islam / Nilai-nilai murni.
2. Menyediakan buku pengurusan penghayatan Islam / Nilai-nilai murni.
3. Menubuhkan ahli jawatankuasa kerja bagi aktiviti yang ingin dijalankan.
4. Menyediakan kertas cadangan.
5. Mendapatkan nasihat dan pengesahan daripada Pentadbir.
6. Menjalankan aktiviti penghayatan Islam / Nilai-nilai murni.

28

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB

3.13.14 Pengurusan Wabak

Tugas Jawatankuasa Penyediaan Bilik Pdp

1. Memastikan senarai nama murid disusun mengikut keperluan pdpc dan
Garis Panduan KPM

2. Memastikan pelan kedudukan kelas ditampal pada pintu masuk kelas
3. Memastikan pelan susur atur kedudukan meja murid dan guru disediakan
4. Memastikan nama murid dan nombor meja ditampal pada meja murid
5. Memastikan keperluan peralatan bilik darjah dan peralatan penjagaan kesihatan

dan keselamatan seperti botol spray nyahkuman disediakan oleh pihak sekolah
6. Memastikan pengudaraan dan pencahayaan mencukupi di bilik PdP

Tugas Jawatankuasa Penyelaras Blok

1. Melabelkan nama kelas dan ditampal pada daun pintu kelas
2 Menampal pelan/tunjuk arah kelas

Tugas Jawatankuasa Saringan Kehadiran Murid

1. Menyediakan laluan pergerakan masuk murid dari pintu utama dan pintu pagar
belakang ke kelas

2. Memastikan guru bertugas di pintu pagar membuat persediaan peralatan seperti
pengimbas suhu dan pencuci tangan

3. Memastikan guru bertugas di pintu pagar mengimbas suhu badan murid semasa
mereka masuk ke kawasan sekolah

4. Memastikan murid mematuhi penjarakan fizikal semasa masuk ke kawasan sekolah
5. Memastikan hanya murid yang sihat dan tidak mempunyai gejala tidak sihat seperti demam,

sakit tekak, sesak nafas dan batuk dibenarkan berada ke kelas masing-masing
6. Memastikan murid yang mempunyai gejala tidak sihat dan suhu badan melebihi 37.5

dihantar ke Bilik Isolasi
7. Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti yng rendah memakai

pelitup separuh muka pada setiap masa

Tugas Jawatankuasa Pengurusan Rehat Murid

1. Menyedia dan memberi taklimat pengurusan rehat murid kepada guru yang bertugas
semasa rehat dan guru bertugas membawa murid ke kantin

2. Menyediakan pelan laluan murid ke kantin
3. Mengawal dan mengatur pergerakan murid semasa mengambil dan membeli

makanan dan minuman di kantin
4. Memastikan guru pengiring mengambil murid dikelas dan mengiringi mereka pergi

dan balik semula ke kelas mengikut masa yang ditetapkan
5. Memastikan SOP pergerakan iaitu penjarakan fizikal dipatuhi pada setiap masa
6. Memantau pembelian makanan dan minuman di kantin
7. Berbincang dengan pengusaha kantin tentang cara penjualan makanan di kantin

ketika wabak dan menu makanan yang dijual di kantin
8. Memastikan keperluan peralatan kebersihan seperti sabun dan cecair pencuci tangan

Disediakan oleh pengusaha kantin
9. Memastikan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak digunakan untuk makan pada

waktu rehat

Tugas Guru bertugas menjaga murid semasa rehat

1. Memastikan murid membersihkan meja masing-masing selepas meja mereka
digunakan untuk makan.

29

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
2. Memastikan murid membuang sampah di dalam tong sampah selepas makan
3. Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih selepas murid selesai makan
4. Memastikan meja murid dinyahkuman selepas pelajar makan

Tugas Jawatankuasa Pengurusan Tandas dan tempat mencuci tangan

1. Memastikan tandas dan tempat mencuci tangan dalam keadaan bersih dan selamat
2. Memastikan pekerja kebersihan membersihkan tandas sekurang-kurangnya dua jam sekali
3. Memastikan tandas disembur dengan cecair nyahkuman
4. Menyediakan peralatah kebersihan seperti sabun disediakan di tandas dan ditempat mencuci

tangan
5. Menyediakan tatacara penggunaan tandas
6. Menyediakan buku rekod daftar penggunaan tandas

Tugas Jawatankuasa Pengurusan Bilik Isolasi

1. Menyediakan senarai guru bertugas di Bilik Isolasi
2. Memastikan Bilik Isolasi dalam keadaan bersih dan selamat.
3. Memastikan Bilik Isolasi disembur dengan cecair nyahkuman
4. Menyediakan buku rekod darter penggunaan Bilik Isolasi
5. Menyediakan peralatan yang diperlukan di Bilik Isolasi
6. Menyediakan tatacara penggunaan Bilik Isolasi
7. Memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik kesihatan/sakit dan dibekalkan pelitup

muka
8. Mengurus murid sakit dan menghubungi ibu bapa/penjaga murid sekiranya suhu badan

Murid melebihi 37.5
9. Memaklumkan kepada pentadbir jika terdapat murid yang disyaki mempunyai gejala

tidak sihat untuk tindakan selanjutnya
10. Memberi kerjasama kepada Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya ada murid didapati

mengidap wabak penyakit

Tugas Jawatankuasa Nyahkuman/Sanitasi

1. Menyediakan senarai guru bertugas untuk proses nyahkuman
2. Menentukan bilik-bilik yang perlu dinyahkuman
3. Menyediakan peralatan untuk proses nyahkuman
4. Memastikan proses nyahkuman dijalankan di bilik-bilik yang ditetapkan
5. Memastikan proses nyahkuman dijalankan dua kali sehari pada kerusi meja murid

Tugas Jawatankuasa Kawalan Blok

1. Memantau pergerakan murid waktu pergi dan balik sekolah
2. Memastikan murid mematuhi SOP pergerakan dipatuhi seperti tidak berjabat tangan/

bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain
3. Memastikan penjarakan fizikal dipatuhi pada setiap masa
4. Menentukan pergerakan kelas mengikut giliran
5. Memantau laluan murid ketika rehat

Tugas Jawatankuasa Informasi

1. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar raya
kepada murid pada awal pagi, waktu rehat dan sebelum murid pulang pada setiap hari

2. Memastikan peringatan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat secara
berterusan kepada murid semasa PdP dan semasa mereka berada di rumah

3. Memastikan hebahan mengenai penjarakan tempat duduk murid di dalam kenderaan sekolah
seperti selang satu tempat duduk dalam bas/van/coaster dihebahkan kepada murid

30

Buku Ketetapan Sekolah SMKBBSB
4. Mengingatkan murid yang mempunyai gejala tidak sihat untuk tinggal di rumah
5. Mengingatkan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah seperti

asma/alahan dipastikan sentiasa memakai pelitup muka
6. Mengingatkan murid untuk mematuhi SOP pergerakan dipatuhi seperti tidak berjabat tangan/

bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain
7. Mengingatkan murid untuk sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun

sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas
8. Mengingatkan murid untuk membersihkan meja dengan cecair nyahkuman selepas makan
9. Mengingarkan murid untuk tidak berkongsi buku, peralatan menulis, peralatan makanan dan

peralatan lain dengan rakan-rakan
10. Mengingarkan murid untuk tidak berkongsi makanan dengan rakan-rakan
11. Mengingatkan pelajar untuk mematuhi laluan pergerakan yang disediakan
12. Mengingatkan murid untuk sentiasa berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar rumah

31


Click to View FlipBook Version