The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Akademik kepada pelajar Program Pastri yang mengandungi tentang kursus di dalam program, pengambilan, penilaian dan peperiksaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adawiyah Razali, 2023-04-11 00:16:13

PANDUAN AKADEMIK 2023 PROGRAM SIJIL SPT

Panduan Akademik kepada pelajar Program Pastri yang mengandungi tentang kursus di dalam program, pengambilan, penilaian dan peperiksaan

Keywords: PANDUAN AKADEMIK

2023


© Kolej Komuniti Selayang Edisi 2022/2023 Hakcipta Edisi 2022/2023, Kolej Komuniti Selayang, Kementerian Pendidikan Tinggi e-ISBN xxxx Semua hak cipta terpelihara, kecuali untuk tujuan pendidikan tanpa apa-apa kepentingan perdagangan. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada: Pengarah, Kolej Komuniti Selayang Persiaran Pegawai KM 16 Jalan Ipoh 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan Tel: 03-61368200 I Faks: 03-61207200 Laman sesawang: www.kkselayang.mypolycc.edu.my PANDUAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI SELAYANG EDISI 2022/2023


KANDUNGAN KATA-KATA ALUAN PENGARAH KKSY...........................................................................................................1 KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KKSY......................................................................2 1. VISI DAN MISI.......................................................................................................................................3 2. OBJEKTIF ..............................................................................................................................................4 3. LATARBELAKANG KKSY ........................................................................................................................4 4. TAKRIFAN.............................................................................................................................................6 5. PELAKSANAAN PROGRAM PENGAJIAN................................................................................................8 5.1 DIPLOMA..............................................................................................................................................8 5.2 SIJIL ......................................................................................................................................................9 5.2.1 SIJIL KOLEJ KOMUNITI ......................................................................................................... 9 5.2.2 SIJIL ASAS KOLEJ KOMUNITI................................................................................................ 9 6. SISTEM AKADEMIK.............................................................................................................................10 6.1 JENIS-JENIS PROGRAM.............................................................................................................. 10 6.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DN PEMBELAJARAN .................................................................... 10 6.3 REKOD KEHADIRAN................................................................................................................... 11 6.4 PENDAFTARAN KURSUS ............................................................................................................ 12 6.5 PENANGGUHAN PENGAJIAN..................................................................................................... 13 6.6 BERHENTI PENGAJIAN............................................................................................................... 13 6.7 PENGURUSAN DISIPLIN............................................................................................................. 14 7. SISTEM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN.............................................................................................14 7.1 STRUKTUR PENILAIAN............................................................................................................... 14 7.2 SYARAT LULUS KURSUS............................................................................................................. 15 7.3 PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK ............................................................................................. 18 7.4 PENGANUGERAHAN.................................................................................................................. 21 8. SISTEM LATIHAN INDUSTRI................................................................................................................22 8.1 PENGANUGERAHAN.................................................................................................................. 22 8.2 SYARAT LAYAK........................................................................................................................... 22 8.3 SYARAT LULUS........................................................................................................................... 22 8.4 KREDIT DAN PENILAIAN ............................................................................................................ 22 9. OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN.......................................................................................................25


1 10. PROGRAM..........................................................................................................................................25 10.1.PROGRAM PASTRI..............................................................................................................................25 10.1.1. MAKLUMAT PROGRAM..............................................................................................................25 10.1.2. SINOPSIS PROGRAM...................................................................................................................26 10.1.3. PROSPEK KERJA..........................................................................................................................27 10.1.4. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM.............................................................................................27 10.1.5. STRUKTUR PROGRAM................................................................................................................28 10.1.6. RINGKASAN KURSUS ..................................................................................................................29


KATA-KATA ALUAN PENGARAH KKSY Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana Buku Panduan Akademik Edisi 2022/2023 Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah dapat diterbitkan. Buku ini akan dapat memberi panduan dan rujukan kepada bakal pelajar, pelajar dan komuniti mengenai program yang ditawarkan serta perlaksanaan pengajian dan pembelajaran. KKSY adalah salah sebuah daripada 104 buah kolej komuniti dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menawarkan program di peringkat Diploma dan Sijil. Semua program yang ditawarkan telah digubal dan direkabentuk bersama industri dan mendapat akreditasi daripada MQA. Semua kurikulumnya sentiasa dikemaskini supaya kekal relevan seiring dengan industri IR 4.0 yang menjadi daya penggerak untuk pembelajaran secara inovatif dan kreatif. KKSY sentiasa berusaha sedaya upaya untuk sentiasa meningkatkan kualiti dari segenap aspek sama ada dari segi kualiti pengurusan dan perkhidmatan mahupun dari aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya, dengan ilmu dan kepakaran kemahiran pensyarah, program pengajian yang ditawarkan akan dapat memenuhi keperluan industri. Saya dan warga KKSY sentiasa beriltizam dalam merealisasikan visi dan misi JPPKK dan KPT. Akhir kalam, semoga maklumat di dalam panduan akademik ini dapat memberi panduan kepada semua dan memudahkan pengurusan dari segenap segi. Tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada semua penulis dan ahli jawatankuasa yang terlibat. Moga usaha tuan/puan akan mendapat keberkatan…Insya Allah. Sekian, terima kasih. “TIDAK PENTING DIMANA KITA BERMULA, YANG PENTING DIMANA KITA BERAKHIR.” DR RASMUNA BINTI HUSSAIN Pengarah Kolej Komuniti Selayang


KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KKSY Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya Kolej Komuniti Selayang (KKSY) berjaya menerbitkan Buku Panduan Akademik Edisi 2022/2023 untuk panduan umum. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan semua yang terlibat di atas penerbitan buku panduan ini. Buku Panduan Akademik ini merangkumi polisi, prosedur dan peraturan akademik untuk membantu para pelajar mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan staf-staf akademik merangka sistem pengajaran dalam mengekalkan kecemerlangan KKSY. Selain itu, buku panduan ini diterbitkan bagi membantu melaksanakan perancangan yang lebih tersusun dan sistematik serta menyokong aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bagi melahirkan graduan yang holistik dan seimbang. Dengan adanya buku panduan ini, segala maklumat berkaitan program yang ditawarkan dapat difahami dengan sebaiknya oleh semua pihak dan memberi gambaran yang jelas untuk merangka perancangan pengajian dan pembelajaran. Akhir kalam, semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya dalam memahami proses dan prosedur yang berkaitan di sepanjang pengajian oleh semua pihak. Sekian, terima kasih. RAHAYU BINTI MOKHTAR Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Selayang


1. VISI DAN MISI


2. OBJEKTIF Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan: 2.1 Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain; 2.2 Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat; 2.3 Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka; 2.4 Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat; 2.5 Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat; 2.6 Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan kolej komuniti; dan 2.7 Memberi khidmat nasihat / kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka. 3. LATARBELAKANG KKSY Sejajar dengan lonjakan industri, ilmu serta keperluan melahirkan lebih banyak modal insan dalam bidang teknikal dan vokasional di Malaysia, maka Kolej Komuniti Malaysia telah ditubuhkan. Kolej komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Pada tahun 2001, 12 buah kolej komuniti rintis telah mula beroperasi. Kolej Komuniti Selayang (KKSY) ditubuhkan pada 16 Mac 2003 dengan menumpang di premis Sekolah Menengah Teknik Gombak sehingga 15 Ogos 2006. KKSY telah berpindah ke kampus induk beralamat di Persiaran Pegawai, KM16, Jalan Ipoh, 68100 Batu Caves, Selangor bersebelahan dengan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang pada 16


5 Ogos 2006. Berkeluasan 10,567.910mp/18,615.556mp, KKSY mampu menempatkan 600 orang pelajar dalam satu sesi ambilan. Dalam usaha untuk menjadikan KKSY sebagai sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berdaya saing, konsep penting telah diterapkan dalam Visi dan Misi KKSY selaras dengan moto KKSY iaitu “Kreatif, Dinamik dan Berinspirasi”. Ini sejajar dengan visi Kolej Komuniti iaitu untuk menjadi “Institusi TVET yang unggul”. KKSY menawarkan ambilan pertama bagi Program Sijil Rekabentuk Dalaman pada tahun 2003. Penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran dilaksanakan dengan program-program baharu ditawarkan dari semasa ke semasa. Peningkatan sebanyak lima (5) program tambahan bermula pada ambilan Julai 2007 dengan penawaran kursus Sijil Multimedia Kreatif Animasi, Fesyen dan Pakaian, Bakeri dan Konfeksionari, Hotel dan Katering, dan Sijil Pendidikan Khas (masalah pendengaran). Bermula pada November 2013, KKSY menawarkan Program Diploma in Games Art. Selain daripada menyediakan laluan alternatif melalui penawaran Diploma dan Sijil kepada pelajar lepasan menengah, KKSY juga menawarkan kursus jangka pendek di bawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kursus-kursus pendek juga terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira batasan umur sebagai hab Pengajian Sepanjang Hayat dalam memberi latihan kemahiran berdasarkan permintaan industri dan keperluan semasa. Kursus yang ditawarkan direkabentuk untuk mengemaskini pengetahuan dan membina kemahiran dalam penggunaan teknologi media baru dan kekal relevan seiring dengan industri yang bergerak ke hadapan. Hari ini, KKSY terus menjadi daya penggerak untuk pembelajaran inovatif - menumpu pendidikan dan teknologi - sambil mengekalkan permintaan pasaran dan kemajuan. Di KKSY, pendekatan memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan dan membawa semua pengalaman ini kepada pelajar untuk memastikan pendidikan yang benar-benar global. Para pelajar didedahkan kepada trend dan amalan terkini syarikat-syarikat bagi menghasilkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Pelajar juga dapat mempelajari pendekatan praktikal untuk menangani masalah dan situasi yang berlainan melalui penyelidikan berasaskan projek. Kursus yang ditawarkan direkabentuk untuk mengemaskini pengetahuan dan membina kemahiran dalam penggunaan teknologi media baru dan kekal relevan seiring dengan industri yang bergerak ke hadapan.


6 4. TAKRIFAN Dalam peraturan ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud lain: TPA Timbalan Pengarah Akademik (TPA) TPP Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP) TP Timbalan Pengarah (TP) PdP Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Komponen kurikulum program yang mempunyai kod dan kredit tertentu Mata Kredit Hasil darab nilai mata dengan jam kredit bagi sesuatu kursus Program Pengajian Program pengajian mengikut kurikulum yang diluluskan oleh Jabatan Pengajian kolej Komuniti Pelajar Sesiapa yang telah menyempurnakan pendaftaran program dan mengikuti pengajian di Kolej Pelajar Semasa Pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian di kolej


7 Penilaian Sebarang bentuk pengukuran pencapaian pelajar bagi kursus dan Latihan Industri Jam Kredit Satu pertimbangan yang diberi kepada suatu kursus bergantung kepada satu atau lebih faktor-faktor yang berikut: i. Kepentingan kursus tersebut; ii. Tahap kesusahan atau kesulitan untuk memahami kursus tersebut; iii. Bilangan jam kuliah, tutorial, makmal dan bengkel / studio dalam seminggu; iv. Masa seminggu seseorang pelajar itu membuat kerja-kerja di luar kuliah. Gred Satu tahap pencapaian penilaian dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajar bagi sesuatu kursus. PNM (Purata Nilai Mata) Purata Nilai Mata yang diperolehi pelajar bagi sesuatu semester HPNM (Himpunan Purata Nilai Mata) Himpunan Purata Nilai yang diperolehi pelajar bagi semua semester Tebus Gred (TG) Pelajar mendaftar semula mana-mana kursus yang telah digredkan sebagai Lulus bagi tujuan mendapat HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00. Tidak Lengkap (T) Bermakna satu tahap pencapaian penilaian yang menunjukkan pelajar tidak mengikuti keseluruhan keperluan penilaian dan peperiksaan disebabkan oleh sakit atau hal-hal yang telah dibenarkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti atau Jawatankuasa Peperiksaan Pusat.


8 5. PELAKSANAAN PROGRAM PENGAJIAN 5.1 DIPLOMA Dalam konteks kolej komuniti, Work-Based Learning (WBL) atau Pembelajaran Berasaskan Kerja didefinisikan sebagai satu pendekatan pembelajaran berstruktur yang menyediakan pelajar dengan pengalaman kerja sebenar melalui program imersif yang dibimbing oleh pengamal industri yang berupaya menyumbang kepada kebolehpasaran graduan. Program Diploma WBL di Kolej Komuniti Selayang telah ditawarkan pada tahun 2013 mengikut keperluan semasa dan industri dengan kerjasama Syarikat Codemasters Studios (M) Sdn. Bhd. Tempoh program ini adalah 24 bulan bersamaan dengan dua (2) tahun mengikut garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bermula tahun 2018, program Diploma Kolej Komuniti telah diberi pembaharuan di mana tempoh program ini telah ditetapkan kepada 24 bulan bersamaan 3 tahun pengajian (6 semester) dengan kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pelajar akan mengikuti pengajian di kolej komuniti selama 4 semester dan kemudian menjalani WBL di industri terpilih selama 2 semester. Pelajar juga perlu melengkapkan pengajian dengan jumlah 90 jam kredit. Diploma ini dilaksanakan dengan menggunakan model pelaksanaan seperti rajah berikut;


9 5.2 SIJIL 5.2.1 SIJIL KOLEJ KOMUNITI SKK dilaksanakan selama 4 semester bersamaan 16 bulan. Pelajar perlu mengikuti pengajian semester 1 hingga semester 3 di kolej komuniti dan semester 4 di industri. Jumlah kredit SKK yang ditawarkan ialah 60 kredit. 5.2.2 SIJIL ASAS KOLEJ KOMUNITI Sijil Asas Kolej Komuniti dilaksanakan selama 4 semester bersamaan 16 bulan. Pelajar perlu mengikuti pengajian semester 1 hingga semester 3 di kolej komuniti dan semester 4 latihan di industri atau melaksanakan projek di kolej komuniti.


10 6. SISTEM AKADEMIK 6.1 JENIS-JENIS PROGRAM 6.1.1 KKSY menawarkan tiga (3) program pengajian iaitu: a. Diploma Kolej Komuniti b. Sijil Kolej Komuniti c. Sijil Asas Kolej Komuniti 6.1.2 Tempoh program adalah antara 16 bulan hingga 24 bulan bergantung kepada keperluan sesuatu program. 6.1.3 Tempoh setiap semester adalah empat (4) bulan. 6.1.4 Minggu pengajian adalah berdasarkan kepada program pengajian yang ditawarkan. 6.1.5 Kalendar Akademik akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) setiap tahun dan Takwim Akademik di keluarkan oleh KKSY. 6.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6.2.1 KKSY menitikberatkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan industri, sama ada dalam bentuk komponen teori mahupun komponen amali. 6.2.2 Kefahaman pelajar terhadap komponen teori dipertingkatkan melalui pembelajaran amali yang disediakan disamping komponen kemahiran, penyelesaian masalah, kerja berkumpulan, penyediaan dan perbentangan laporan. 6.2.3 Kurikulum dibangunkan berdasarkan Standard Program yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency – MQA) oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). 6.2.4 Kategori modul terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu teras umum (Mata Pelajaran Umum), teras program (Mata Pelajaran Teknikal) dan Latihan Industri.


11 6.2.5 Pembangunan kurikulum juga adalah merujuk kepada Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum, Penilaian Pelajar dan Work Based Learning (WBL) yang dikeluarkan oleh MQA. 6.3 REKOD KEHADIRAN 6.3.1 Kehadiran pelajar untuk setiap kursus akan direkodkan dalam Rekod Kehadiran Kursus. 6.3.2 Pelajar wajib menghadiri setiap sesi PdP tidak kurang 80% daripada jumlah jam pertemuan bagi setiap kursus. 6.3.3 Bagi ketidakhadiran yang dirancang (contohnya, menghadiri aktiviti Kolej Komuniti), pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mendapatkan perakuan daripada Pensyarah Kursus dan mengemukakan dokumen sokongan (surat arahan, atau mana-mana yang berkaitan). 6.3.4 Permohonan hendaklah diajukan kepada Pensyarah Kursus berkenaan untuk kelulusan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh ketidakhadiran tersebut. 6.3.5 Bagi ketidakhadiran yang tidak dirancang (contohnya, kematian ahli keluarga terdekat), pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mengemukakan dokumen sokongan (sijil kematian atau mana-mana yang berkaitan). 6.3.6 Permohonan hendaklah diajukan kepada Pensyarah Kursus berkenaan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas tarikh ketidakhadiran tersebut untuk kelulusan. 6.3.7 Tempoh maksimum bagi ketidakhadiran bersebab adalah lima (5) hari sepanjang semester / modul. 6.3.8 Sekiranya pelajar mendapat sijil cuti sakit / surat kebenaran cuti, jumlah jam patut hadir tidak dikira dalam sesuatu kursus. 6.3.9 Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jumlah jam pertemuan untuk setiap kursus tidak dibenarkan menduduki penilaian akhir (PA). 6.3.10 Pelajar akan diberikan:


12 6.3.10.1 Surat Amaran (SA) sekiranya tidak hadir tanpa sebab-sebab tertentu yang dapat diterima oleh kolej komuniti melebihi 10% daripada jam pertemuan bagi kursus tersebut. 6.3.10.2 Surat Tunjuk Sebab (STS) sekiranya tidak hadir tanpa sebabsebab tertentu yang dapat diterima oleh kolej komuniti melebihi 20% daripada jam pertemuan bagi kursus tersebut. Pelajar yang menerima STS dikehendaki memberi Surat / Jawapan Tunjuk Sebab dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi mengelakkan tindakan seperti para 7.1.3 diambil. 6.3.10.3 Salinan kedua-dua SA dan STS akan diserahkan kepada ibu / bapa / penjaga. Salinan juga akan diserahkan kepada Pegawai Pembangunan Pelajar. 6.3.10.4 Penasihat Akademik perlu menghantar senarai nama pelajar yang telah diputuskan tidak mencapai kehadiran 80% oleh TPA / TP kepada Unit Peperiksaan. 6.4 PENDAFTARAN KURSUS 6.4.1 Pelajar perlu mendaftar setiap kursus yang diambil melalui Penasihat Akademik dalam tempoh satu (1) minggu selepas pendaftaran semester / kursus. 6.4.2 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus yang mempunyai pra syarat, sekiranya pelajar tidak lulus pra syarat bagi kursus tersebut. 6.4.3 Pendaftaran kursus perlu mendapat pengesahan TPA / TP / KP. 6.4.4 Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus yang telah didaftarkan dengan teliti dan mengikuti sepenuhnya aktiviti PdP bagi kursus tersebut. 6.4.5 Pindaan pendaftaran kursus hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu kedua (2) selepas pendaftaran dengan mendapat kebenaran TPA / TP. 6.4.6 Borang Pendaftaran Kursus akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu ketiga semester / modul kepada pelajar melalui Penasihat Akademik.


13 6.4.7 Gugur kursus hendaklah dibuat dalam tempoh yang dibenarkan iaitu minggu keempat (4) PdP. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada TPA / TP. 6.5 PENANGGUHAN PENGAJIAN 6.5.1 Pelajar boleh memohon untuk menangguh pengajian disebabkan masalah kesihatan dan sebab-sebab lain yang diluluskan oleh Kolej Komuniti. 6.5.2 Permohonan penangguhan bagi pelajar yang mengalami masalah kesihatan boleh dikemukakan dengan menyertakan pengesahan / sokongan daripada Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan sahaja. 6.5.3 Tempoh penangguhan tersebut tidak akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian. 6.5.4 Tempoh penangguhan selain daripada para 6.5.2 di atas akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian. 6.5.5 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penangguhan Pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. 6.5.6 Sekiranya pelajar mempunyai penaja, salinan surat kelulusan penangguhan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Pelajar untuk dikemukakan kepada penaja. 6.5.7 Pelajar yang telah diluluskan penangguhan pengajian tidak layak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan untuk pelajar KKSY. 6.5.8 Penyataan di atas perlu dirujuk bersama Garis Panduan Pegawai Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti edisi terkini. 6.6 BERHENTI PENGAJIAN 6.6.1 Pelajar boleh memohon untuk berhenti pengajian dengan mengemukakan permohonan menggunakan Borang Berhenti Pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.


14 6.6.2 Sekiranya pelajar mempunyai penaja, salinan surat kelulusan berhenti perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Pelajar untuk dikemukakan kepada penaja. 6.6.3 Pelajar yang telah berhenti pengajian tidak layak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan untuk pelajar KKSY. 6.6.4 Penyataan di atas perlu dirujuk bersama Garis Panduan Pegawai Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti edisi terkini. 6.7 PENGURUSAN DISIPLIN 6.7.1 Pelajar perlu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti bagi menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel dan sebarang aktiviti di dalam atau di luar Kolej Komuniti. 6.7.2 Pelajar adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan (Akta 174) dan pindaan-pindaannya serta dibaca bersama dengan Garis Panduan Pengurusan Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti edisi terkini. 7. SISTEM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 7.1 STRUKTUR PENILAIAN 7.1.1 Pelajar hendaklah menduduki dan melaksanakan semua aktiviti Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) bagi setiap kursus berdasarkan keperluan kurikulum program yang digunakan. 7.1.2 Kategori penilaian: 7.1.2.1 PB 100% 7.1.2.2 Penilaian Akhir 7.1.2.3 Penilaian LI hendaklah mengikut kaedah yang ditetapkan dalam para 8.4.2 7.1.3 Pelajar yang telah menerima Surat Tunjuk Sebab (STS) boleh mengemukakan Surat Jawapan Tunjuk Sebab kepada TPA/ TP dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum Surat di tahan Menduduki Penilaian Akhir (PA) dikeluarkan.


15 7.1.4 Pelajar yang tidak dapat menduduki PA kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan atau kematian ibu / bapa / penjaga / suami / isteri / anak boleh diberikan penilaian khas dengan kelulusan Pengarah Kolej Komuniti. 7.2 SYARAT LULUS KURSUS 7.2.1 Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus jika memenuhi syarat-syarat berikut; 7.2.1.1 Pelajar wajib menghadiri 80% daripada jumlah jam pertemuan bagi setiap kursus; dan 7.2.1.2 Memperolehi markah PB dengan minimum 40 markah (Lulus) atau gred D iaitu nilai mata 1.00; 7.2.1.3 Wajib HADIR Penilaian Akhir; dan 7.2.1.4 Kursus-kursus yang tidak melibatkan Penilaian Akhir akan dinilai secara 100% Pentaksiran Berterusan. 7.2.2 Penilaian Khas (PK) 7.2.2.1 Penilaian Khas (PK) boleh diadakan untuk kes-kes berikut: 7.2.2.1.1 Pelajar yang tidak dapat menduduki PA kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan Hospital / Klinik Kerajaan. 7.2.2.1.2 Pelajar yang kematian ibu / bapa / penjaga / suami / isteri / anak. 7.2.2.1.3 Sebab-sebab lain yang dapat diterima oleh pihak Kolej Komuniti berdasarkan rayuan. 7.2.2.1.4 Markah PK akan menggantikan markah PA sahaja manakala markah PB adalah kekal. 7.2.2.1.5 Markah PK akan menentukan keputusan kursus berkenaan sama ada lulus atau gagal dan diambil kira dalam pengiraan PNM dan HPNM.


16 7.2.2.1.6 Sekiranya gagal dalam PK, pelajar dikehendaki mengulang kursus tersebut pada semester/ modul kursus tersebut ditawarkan. 7.2.2.1.7 Pelajar perlu mendapat kebenaran Pengarah Kolej Komuniti bagi menduduki PK. 7.2.3 Mengulang Kursus (UK) 7.2.3.1 Pelajar perlu mendaftar untuk mengulang kursus bersama - sama dengan kursus yang ditetapkan bagi semester / kursus semasa setelah mendapat nasihat dan kelulusan TPA / TP. 7.2.3.2 Pindaan pendaftaran kursus hendaklah diselesaikan selewatlewatnya pada minggu kedua selepas pendaftaran dengan mendapat kebenaran TPA / TP. 7.2.3.3 Mengulang kursus adalah apabila keadaan seseorang pelajar tidak mencapai kriteria penilaian sesuatu kursus atau gagal kursus pada semester sebelumnya. 7.2.3.4 Kaedah mengulang kursus ini juga adalah tertakluk kepada samada kursus itu ditawarkan atau tidak pada semester / berkenaan (lihat syarat pendaftaran). Bagaimanapun, pelajar perlu memohon kebenaran daripada TPA / TP. Pelajar dinasihatkan berbincang dengan Penasihat Akademik terlebih dahulu bagi mengulang kursus untuk mengelakkan pertembungan jadual. 7.2.3.5 Pelajar dikehendaki mengulang kursus bagi mana-mana kursus yang disyaratkan ke atasnya pada semester berikut jika kursus itu ditawarkan. 7.2.3.6 Pelajar dibenarkan mengulang kursus sebanyak DUA (2) kali. Kedudukan Gagal dan Diberhentikan akan diberikan kepada pelajar sekiranya gagal sesuatu kursus sebanyak TIGA (3) kali termasuk peperiksaan akhir khas atau penilaian khas.


17 7.2.4 Beban Kredit Minimum Maksimum 7.2.4.1 Pelajar dikehendaki mengambil minima sembilan (9) kredit bagi setiap semester kecuali bagi semester akhir / kursus terakhir. 7.2.4.2 Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih daripada 13 kedit termasuk kursus wajib semester berikutnya. 7.2.4.3 Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran TPA / TP. Pelajar dinasihatkan berbincang dengan Penasihat Akademik terlebih dahulu. 7.2.5 Kredit mengulang kursus (UK) 7.2.5.1 Bagi pelajar yang mengulang kursus (UK), gred terbaik akan menggantikan gred terdahulu. 7.2.5.2 Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terbaik kursus yang diperbaiki akan diambilkira. 7.2.5.3 Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus (UK) minima 9 kredit, pelajar TIDAK DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester yang berikutnya. 7.2.6 Kredit penebusan gred (TG) 7.2.6.1 Bagi pelajar yang mendapat status ‘Lulus’ DIBENARKAN mengulang kursus bagi menebus gred (TG), gred terbaik akan menggantikan gred terdahulu. 7.2.6.2 Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terbaik kursus yang diperbaiki akan diambilkira.


18 7.3 PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK 7.3.1 Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus akan dinyatakan dalam bentuk gred seperti Jadual 1. Markah Gred Nilai Mata Status 90 – 100 A+ 4.00 Sangat Cemerlang 80 – 89 A 4.00 Cemerlang 75 – 79 A- 3.67 70 – 74 B+ 3.33 Kepujian 65 – 69 B 3.00 60 – 64 B- 2.67 55 – 59 C+ 2.33 Baik 50 – 54 C 2.00 47 – 49 C- 1.67 44 – 46 D+ 1.33 Lulus 40 – 43 D 1.00 0 – 39 F 0.00 Gagal Jadual 1 7.3.2 Pelajar yang mendapat Lulus perlu menebus kursus untuk mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil. 7.3.3 Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan kebenaran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred tidak lengkap (T). 7.3.4 Pelajar yang mendapat gred T akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan. 7.3.5 Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus yang mendapat gred Lulus untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih 2.00.


19 7.3.6 Pencapaian keseluruhan pelajar dinilai dengan menggunakan dua (2) ukuran iaitu Purata Nilai Mata (PNM) untuk sesuatu semester / kursus dan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) untuk kesemua semester / kursus yang telah diikuti. 7.3.7 Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester dengan menggunakan PNM seperti berikut: 7.3.8 TPA / TP boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti bagi: 7.3.8.1 Pelajar yang mendapat PNM 1.00 - < 2.00 boleh: 7.3.8.1.1 meneruskan pengajian dengan mengambil tidak lebih daripada 13 kredit termasuk Mata Pelajaran Umum pada semester berikutnya. 7.3.8.1.2 meneruskan pengajian dengan Tebus Gred (TG). 7.1.1.1 Pelajar yang memperolehi status akademik (PNM) Lulus sebanyak tiga (3) kali berturut-turut akan diberikan status Gagal Berhenti dan; 7.1.1.2 Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10 semester) termasuk Latihan Industri. 7.3.9 Memperbaiki pencapaian dan status akademik. 7.3.9.1 Pelajar diberi peluang memperbaiki gred kursus dengan syarat-syarat berikut: 7.3.9.1.1 Pembaikan gred hanya untuk kursus bergred “C” dan ke bawah dengan kebenaran TPA / TP jika PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK 3.67 – 4.00 Cemerlang 3.00 - < 3.67 Kepujian 2.00 - < 3.00 Baik 1.00 - < 2.00 Lulus < 1.00 Gagal


20 kursus berkenaan ditawarkan pada semester berikutnya. 7.3.9.1.2 Pembaikan gred bagi sesuatu kursus hanya dibenarkan sekali sahaja kecuali kursus yang diperbaiki itu gagal. 7.3.9.1.3 Gred yang terbaik akan menggantikan gred terdahulu dan diambil kira dalam pengiraan PNM dan HPNM. 7.3.9.1.4 Tempoh pengajian belum tamat. 7.3.10 Pengumuman Keputusan Peperiksaan 7.3.10.1 Pegawai Peperiksaan akan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti melalui hebahan kepada pelajar. 7.3.10.2 Slip keputusan peperiksaan boleh dicetak oleh pelajar melalui sistem iStudent dan CCMS atau boleh didapati di unit peperiksaan 7.3.11 Rayuan Mengulang PB 7.3.11.1 Rayuan mengulang PB boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas selesai aktiviti PB yang berkenaan. 7.3.12 Rayuan Keputusan Peperiksaan 7.3.12.1 Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan semula skrip jawapan PA melalui TPA / TP dengan mengisi Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan bagi mana-mana kursus dalam tempoh tujuh (7) hari selepas keputusan diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kolej komuniti. 7.3.12.2 Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan. 7.3.12.3 Kadar bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus. Semua pembayaran hendaklah


21 dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti. 7.4 PENGANUGERAHAN 7.4.1 Anugerah Pengarah 7.4.1.1 Pelajar yang mendaftar semua kursus berdasarkan struktur program atau sekurang-sekurangnya 12 kredit dalam satusatu semester dan mendapat PNM ≥ 3.67 akan memperolehi Anugerah Pengarah. 7.4.1.2 Catatan “Anugerah Pengarah” akan dipaparkan dalam slip keputusan pelajar. 7.4.2 Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan Diploma Kolej Komuniti (DKK) Pelajar layak dianugerahkan Sijil atau Diploma Kolej Komuniti setelah syarat-syarat berikut dipenuhi: 7.4.2.1 Telah lulus semua kursus yang ditetapkan bagi setiap program; 7.4.2.2 Lulus LI; 7.4.2.3 HPNM ≥ 2.00; 7.4.2.4 Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan; 7.4.2.5 Memenuhi syarat kemasukan program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan; dan 7.4.2.6 Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. 7.4.3 Pengeluaran transkrip 7.4.3.1 Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.


22 8. SISTEM LATIHAN INDUSTRI 8.1 PENGANUGERAHAN 8.1.1 Tempoh latihan industri (LI) Tempoh LI memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian untuk tempoh satu (1) semester (16 minggu / 24 minggu). 8.1.2 Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh MQA. 8.2 SYARAT LAYAK 8.2.1 Pelajar perlu lulus semua kursus / modul. 8.2.2 Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat Kolej Komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program. 8.3 SYARAT LULUS 8.3.1 Menghadiri LI mengikut tempoh yang ditetapkan; 8.3.2 Lulus penilaian LI daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan; 8.3.3 Melengkapkan dan menghantar Buku Laporan Harian Latihan Industri. 8.3.4 Sekiranya pelajar diberhentikan oleh majikan, pelajar tersebut akan dikira sebagai gagal dalam LI dan keputusan tidak boleh dipinda oleh Jawatankuasa Perhubungan dan Latihan Industri Kolej Komuniti (JPLIKK). 8.4 KREDIT DAN PENILAIAN 8.4.1 Kredit 8.4.1.1 LI membawa lapan (8) hingga dua belas (12) kredit mengikut keperluan program. Satu (1) bulan LI adalah bersamaan dua (2) kredit. Kursus LI diambil kira dalam pengiraan jumlah kredit bergraduat tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM.


23 8.4.2 Kriteria Penilaian LI 8.4.2.1 Penilaian LI dibuat berdasarkan kriteria seperti dalam rajah berikut: 8.4.2.1.1 Kriteria Penilaian Latihan Industri 8.4.2.1.2 Kriteria Penilaian Latihan Industri (Sijil Asas Kulinari) 8.4.2.2 Syarat minimum bagi kelulusan LI adalah pada Gred D dengan nilai mata 1.00. Pelajar yang tidak mencapai kelulusan minimum akan dikira gagal dan dikehendaki mengulang kursus LI pada semester berikutnya. 8.4.3 Cuti 8.4.3.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani LI kecuali dengan kelulusan majikan berkenaan. 8.4.3.2 Pelajar yang tidak dapat menghadiri LI bagi tempoh yang lebih daripada enam (6) hari kerana kecemasan atau cuti sakit


24 disifatkan sebagai tidak memenuhi syarat dan perlu mengulang kursus LI sepenuhnya. 8.4.4 Tindakan Tatatertib 8.4.4.1 Pelajar yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti berikut: 8.4.4.1.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh pihak kolej komuniti, KPT; atau 8.4.4.1.2 Kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan. [Kaedah 48, Akta 174] 8.4.5 Penyingkiran dari industri 8.4.5.1 Pelajar adalah di bawah pengawasan pihak industri dan segala peraturan di industri adalah berkuat kuasa ke atas pelajar. 8.4.5.2 Pelajar yang telah disingkirkan oleh sesebuah industri adalah dikira gagal dalam LI dan perlu mengulang LI. 8.4.6 Rayuan ke atas tindakan tatatertib 8.4.6.1 Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib berhak mengemukakan rayuan terhadap apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka kepada pihak kolej komuniti dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat hukuman dikeluarkan. 8.4.6.2 Keputusan pihak kolej komuniti berhubung dengan rayuan tersebut adalah muktamad.


25 9. OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN Objektif Program Pengajian (Programme Educational Objectives - PEO) untuk keseluruhan program Diploma dan Sijil di Kolej Komuniti Selayang (KKSY) adalah seperti berikut: 1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara. 2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif and kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. 3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial. 10. PROGRAM 10.1. PROGRAM SIJIL PASTRI 10.1.1. MAKLUMAT PROGRAM 1. Nama Program Sijil Pastri 2. Nama Institusi Kolej Komuniti Selayang 3. Bahasa Pengantar Bahasa Melayu 4. Mod Pengajian Sepenuh Masa 5. Syarat Kemasukan Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Lulus Sejarah (bagi SPM 2013 ke atas) Syarat khas program: 1 kredit mana-mana matapelajaran 6. Tempoh Pengajian Minimum (4 semester) Maksimum (10 semester)


26 10.1.2. SINOPSIS PROGRAM Program ini direkabentuk dengan menyasarkan pelajar yang mempunyai minat untuk bekerja di dalam industri makanan amnya dan bidang pastri khususnya. Program yang memfokuskan pada kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar yang kompeten dalam pembuatan produk pastri. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam penghasilan produk, seterusnya menjadikan pelajar lebih bersedia untuk menjadi tenaga kerja yang berkemahiran berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar berkemampuan untuk menguasai konsep dan teori asas berkaitan pembuatan pastri, menghasilkan semula produk, membincangkan idea keusahawanan dan menggunakan aplikasi digital dalam pengurusan projek pelajar. Program ini menawarkan modul teras disiplin seperti Fundamental of Baking, Theory of Pastry Kitchen Operation, Food Safety and Sanitation, Cake Making, Basic Pastry, Cake Decorations, Dessert dan kursus kemahiran lain yang bersesuaian dengan peringkat Sijil. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan 7. Kalendar Semester Aktiviti Minggu Pembelajaran dan Pengajaran 14 Cuti 2 8. Latihan Industri 16 Minggu – 8 Kredit (Semester Akhir) 9. Jumlah Kredit Graduat 60 Kredit


27 daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran industri sebenar dalam bidang Pastri. 10.1.3. PROSPEK KERJA Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pastri yang dapat diterapkan untuk pelbagai kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari program ini memberikan peluang kepada graduan untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai: a. Assistant Pastry Chef b. Commis 3 c. Baker d. Cake Decorator e. Chocolatier f. Pastry Entrepreneur g. Pengendali makanan bidang Pastri 10.1.4. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat: At the end of this course, students will be able to: HHP1 : menjelaskan pengetahuan asas, teori, prinsip dan konsep dalam bidang pastri. HHP2 : mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran numerasi berkaitan tugas dalam bidang pastri HHP3 : mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja yang diperlukan dalam bidang pastri. HHP4 : mengamalkan kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi secara berkesan terhadap individu atau secara berkumpulan dalam menyampaikan perkhidmatan. HHP5 : mempamerkan keupayaan menggunakan teknologi digital dalam menyampaikan perkhidmatan


28 HHP6 : Menunjukkan kemahiran berfikir secara analitis dan kritis dan menggunakan teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah. HHP7 : menunjukkan keupayaan menjalankan tugas dengan ciriciri kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan HHP8 : menunjukkan kebolehan untuk patuh kepada etika kerja dan profesionalisme dalam menyampaikan perkhidmatan 10.1.5. STRUKTUR PROGRAM KOD KURSUS KREDIT SEMESTER 1 SUE 10011 COMMUNICATIVE ENGLISH 1 SBC 10012 APLIKASI KOMPUTER 2 MPU 11012 PENGAJIAN MALAYSIA 2 SKU 10142 FOOD SAFETY AND SANITATION 2 SPT 10132 FUNDAMENTAL OF BAKING 2 SPT 10153 BASIC PASTRY 3 SPT 10163 QUICK BREAD 3 SPT 10143 CAKE MAKING 3 JUMLAH KREDIT 18 SEMESTER 2 MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM 2 MPU 13022 PENDIDIKAN MORAL SKU 10133 THEORY OF FOOD 2 SPT 20173 THEORY OF PASTRY KITCHEN OPERATION 3 SPT 20183 BREAD MAKING 3 SPT 20103 LAMINATED DOUGH 3 SPT 20203 CAKE DECORATION 3 JUMLAH KREDIT 17


29 10.1.6. RINGKASAN KURSUS COURSE FOOD SAFETY AND SANITATION COURSE CODE SKU 10142 COURSE SYNOPSIS Food Safety and Sanitation memperkenalkan prinsip kebersihan, sanitasi, kualiti, dan amalan keselamatan di dalam industri perkhidmatan makanan. Kursus ini juga membincangkan puncapunca dan langkah-langkah pencegahan keracunan makanan, dan juga kepentingan Hazardous Analysis Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Good Hygiene Practice (BeSS) di dalam industri perkhidmatan makanan. COURSE FUNDAMENTAL OF BAKING COURSE CODE SPT 10132 COURSE SYNOPSIS Fundamental of Baking menerangkan pengetahuan tentang asas kepada proses baking yang merangkumi pengetahuan bahan dan peralatan berserta fungsi kaedah-kaedah masakan yang digunakan di dalam industri makanan. Selain itu, pengetahuan teori dan prinsip yang diperoleh akan diaplikasikan semasa mengikuti kursus amali yang lain. COURSE BASIC PASTRY COURSE CODE SPT 10153 SEMESTER 3 MPU 12012 KEUSAHAWANAN 2 SKU 30193 FOOD COSTING FOR RECIPE DEVELOPMENT 3 SPT 30123 CHOCOLATE AND CONFECTIONERY 3 SPT 30223 DESSERT 3 SPT 30193 LOCAL DELICACY 3 SPT 30233 CAKE ARTISTRY 3 JUMLAH KREDIT 17 SEMESTER 4 SUT 40038 LATIHAN INDUSTRI 8 JUMLAH KREDIT 8 JUMLAH KESELURUHAN KREDIT 60


30 COURSE SYNOPSIS Basic Pastry merupakan kursus yang menerangkan teori dan konsep berkaitan penghasilan produk. Selain itu, kursus ini mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui latihan amali dalam menghasilkan produk Basic Pastry seperti Pie, Tart, Cookies dan Choux Paste. COURSE CAKE MAKING COURSE CODE SPT 10143 COURSE SYNOPSIS Cake Making memberikan pendedahan secara teori dan amali dalam penghasilan kek. Pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui latihan amali dalam menghasilkan variasi kek seperti Baked Cakes dan Chilled Cakes berpandukan resipi standard. COURSE THEORY OF FOOD COURSE CODE SKU 10133 COURSE SYNOPSIS Theory of Food menumpukan pada pemahaman teori memasak dan penerapan kemahiran untuk pelbagai teknik dan kaedah memasak. Setiap aspek dalam masakan dijelaskan bermula dari peralatan dan perkakas hingga teknik memasak, peranan bahan yang digunakan, hiasan dan persembahan makanan. Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar kepada hidangan salad serta sos yang digunakan sebagai pelengkap, jenis stok, sup dan sos. COURSE THEORY OF PASTRY KITCHEN OPERATION COURSE CODE SPT 20173 COURSE SYNOPSIS Theory of Pastry Kitchen Operation menerangkan teori dan konsep jenis-jenis perkhidmatan makanan dan operasi dapur dalam industri hospitaliti. Selain itu kursus ini memberi pendedahan tentang keselamatan ruang kerja dan pengurusan amalan dapur hijau di dapur pastri. Pelajar akan mengaplikasikan etika kerja berpasukan dalam pembinaan resepi standard yang digunapakai oleh industri makanan. COURSE LAMINATED DOUGH COURSE CODE SPT 20203 COURSE SYNOPSIS Laminated Dough merupakan kursus yang memberikan pengetahuan berkenaan bahan, peralatan serta fungsi dan kepelbagaian pengunaan teknik lipatan dalam penghasilan produk. Selain itu, kursus ini mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui latihan amali dalam menghasilkan variasi produk Laminated Dough seperti Puff Pastry, Danish Pastry dan Croissant. COURSE BREAD MAKING COURSE CODE 20183 COURSE SYNOPSIS Bread Making menerangkan tentang teori dan konsep berkenaan bahan dan peralatan berserta fungsi serta teknik penghasilan dalam penghasilan roti. Selain itu kursus ini juga mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui latihan amali menghasilkan produk roti seperti Lean Dough, Crusty Bread dan Specialty Bread


31 COURSE FOOD COSTING FOR RECIPE DEVELOPMENT COURSE CODE SKU 30193 COURSE SYNOPSIS Food Costing for Recipe Development direkabentuk bagi membantu pelajar memahami dan mengaplikasi matematik dalam bidang kulinari dan pengurusan perkhidmatan makanan dengan betul dan tepat, sekaligus memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. COURSE CHOCOLATE AND CONFECTIONERY COURSE CODE SPT 30123 COURSE SYNOPSIS Chocolate and Confectionery direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada kemahiran menghasilkan produk coklat dan konfeksioneri bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kaedah menghasilkan produk coklat dan konfeksioneri seperti praline, chocolate truffle, bon bon , marshmallow, nougat dan lain-lain COURSE DESSERT COURSE CODE SPT 30223 COURSE SYNOPSIS Kursus ini memberikan pengetahuan berkenaan bahan dan peralatan berserta fungsi dalam penghasilan dessert. Selain itu, kursus ini mengaplikasikan pengetahuan secara amali untuk menghasilkan produk dessert seperti bavarians, mousse , puddings, custards dan frozen desserts. COURSE LOCAL DELICACY COURSE CODE SPT 30193 COURSE SYNOPSIS Local Delicacy merupakan kursus yang memberikan pengetahuan berkenaan bahan, peralatan serta fungsi dan kepelbagaian pengunaan teknik masakan dalam penghasilan produk. Selain itu, kursus ini mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui latihan amali dalam menghasilkan variasi produk Local Delicacy melalui kaedah goreng , rebus, kukus dan bakar COURSE CAKE ARTISTRY COURSE CODE SPT 30233 COURSE SYNOPSIS Cake Artistry ini direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada kemahiran seni hiasan tangan atau hand modelling bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kaedah hiasan kek dengan menggunakan marzipan, gumpaste, pastillage dan fondant.


32 EDITORIAL PANDUAN AKADEMIK 2022/2023 PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SIJIL PASTRI KOLEJ KOMUNTI SELAYANG PENGERUSI Dr. Rasmuna Binti Hussain Pengarah Kolej Komuniti Selayang PENGERUSI BERSAMA Rahayu Binti Mokhtar Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Selayang KETUA EDITORIAL Wan Syukriah Binti Wan Mohamad EDITORIAL/REKABENTUK Ts. Ummu Hani Binti Yusof PENYUMBANG DATA Ketua Program Adawiyah Binti Razali Pegawai Peperiksaan Zamri Azzuddin Bin Mohamad Anuar Pegawai Pengambilan Anis Asyikin Binti Md Kamal Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni Sharifah Nor Azimah Binti Wan Mohamad Pegawai Perhubungan Awam Nur Izzati Binti Ismail


Click to View FlipBook Version