The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by f2032ezane, 2022-05-10 07:09:52

E-Book Kumpulan 6

Kumpulan 6

E–BOOK PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SUKAN DAN PERPADUAN

2 : 2021 / 2022
KUMPULAN 6
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ASRI BIN ABD GHANI

AHLI KUMPULAN :
THANISH SARAVANAN (23DBS21F2008)
SITI SARAH SAFIAH BT MOD SAM (23DBS21F2014)
NUR EMILY EZLYN BINTI SUPIAN (23DBS21F2018)
MUHAMMAD EZANE MAHADZIR BIN SARWANI (23DBS21F2032)

ISI KANDUNGAN M/S
1
BIL PERKARA 2
1 PENGHARGAAN 3
2 PENGENALAN
3 DEFINISI 4-5
4 SUKAN MALAYSIA 6-8
5 SEJARAH SUKAN MALAYSIA
6 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 9
7 PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN 10-11
8 HALANGAN DAN KESUKARAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN 12-13
9 CONTOH-CONTOH SUKAN YANG MEMUPUK PERPADUAN
10 PENUTUP 14
11 RUJUKAN 15
16

PENGHARGAAN

Selamat Sejahtera,Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah kurniaNya yang diberikan kepada saya dan
rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan sepenunya.

Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah
kami,Encik Mohd Asri kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang
diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah memberi
penjelasan tentang tugasan ini dengan jelas.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak
pernah leju memberi Kerjasama yang baik sepanjang proses penghasilan e-folio ini. Walaupun kami
terdiri daripada pelbagai bangsa,Namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak
lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami
ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan
kepada kami.

Akhir sekali,saya ingin mengucapakan penghargaan dan Terima Kasih sekali lagi kepada sesiapa
yangayang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.

1

PENGENALAN

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang
membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton
akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia
sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah.

Secara amnya, rakyat Malaysia mengamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing terutamanya
pada waktu petang. Tujuan mereka melakukan aktiviti tersebut adalah bukan sahaja untuk menjaga
kesihatan malah adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturrahaim antara keluarga dan kawan-kawan.
Tetapi persoalanya adalah adakah sukan ini dapat mengeratkan perpaduan kaum di antara satu sama lain.
Contohnya orang Cina bermain bola sepak bersama orang Melayu ataupun orang Melayu sendiri bermain
bola keranjang dengan orang Cina pada waktu petang. Bagi generasi muda sekarang, ramai yang masih
bersukan atau beriadah mengikut kaum masing-masing, tanpa menghiraukan kaum lain. Ini dapat
dibuktikan sendiri di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya.

2

DEFINISI

DEFINISI SUKAN
Sukan adalah amalan latihan fizikal yang teratur dan kompetitif. Sukan boleh menjadi rekreasi,
professional, atau sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan.

DEFINISI PERPADUAN
Menurut kamus dewan, perpaduan merupakan penyatuan dan darjah, serta jenis penyatuan yang
dipamerkan oleh sesebuah masyarkat, kumpulan atau jiran.

3

SUKAN MALAYSIA

Sukan ialah suatu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara
kita ini. Di negara Malaysia ini terdapat pelbagai jenis sukan dari pelbagai jenis kaum seperti kaum Melayu,
Cina dan India. Antara permainan kaum melayu ialah Congkak yang merupakan sejenis permainan tradisi
yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau dalam pertandingan.Seterusnya,antara permainan
kaum cina pula ialah Yo-Yo Cina atau dikenali sebagai Diabolo. Permainan ini mempunyai dua cakera yang
sama saiz dihubungkan oleh gandar yang panjang dan akan berpusing pada tali yang diikat pada dua
batang kayu yang kecil.Selain itu, permainan Xiang Oi iatu permainan papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain.Permainan yang terakhir dari kaum cina ini adalah Go.Go adalah sebuah permainan berpapan
berstrategi untuk dua orang pemain. Akhir sekali,antara permainan yang sering dimainkan oleh kaum india
ialah Karom di mana permainan karom ini menjadikan aktiviti harian bila-bila masa sahaja bagi mengisi
masa lapang yang terluang.Seterusnya permainan Kho-kho’ iaitu permainan tradisional yang popular
dalam kalangan kaum India.Permainan terakhir ialah Kabaddi yang berasal dari India dan satu satunya
permainan sangat terkenal di Asia. Impak positif penglibatan sukan kepada individu ialah mereka dapat
mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah serta mereka akan berasa puas dapat
melakukan sesuatu aktiviti tersebut.

4

SUKAN MALAYSIA

Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi diri seseorang atau masyarakat. Hal ini demikian kerana
‘masa itu emas’ walaupun hanya ada beberapa mini, masa itu sangat berharga. Masa lapang ini sangat
bermanfaat jika digunakan bagi mengurangkan stres serta melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja
pula, mereka dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral,gejala
vandalisma dan membuang masa dengan sia-sia seperti melepak dan merokok. Ada sesetengah kajian
membuktikan bahawa perpaduan masyarakat kita boleh dipupuk menerusi acara sukan atau permainan
yang diadakan tersebut. Situasi ini mendidik masyarakat tentang sesuatu kebaikan dalam bentuk positif
atau negative secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut iaitu kaum
melayu, cina dan india. Hal ini demikian juga kegiatan sukan atau permainan dapat melahirkan semangat
kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui
penglibatan dalam kegiatan sukan atau permainan kerana bulat air kerana pembentung, bulat
masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, hubungan yang erat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Justeru, kegiatan sukan atau permainan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu
serta mengeratkan hubungan antara mereka.

5

SEJARAH SUKAN MALAYSIA

Sukan Malaysia dikonsepkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan pada tahun 1983. Rasional yang dicadangkan adalah sebuah temasya sukan peringkat
kebangsaan akan bantu mempertingkatkan mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di
peringkat negeri dalam sukan , mempertingkatkan prestasi pegawai , menggalakkan pembinaan
kemudahan sukan yang baru serta menaikkan taraf kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan
memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia . Pada mulanya , temasya
pertama dicadangkan untuk diadakan dari 15 Ogos hingga 2 September 1985 dan hanya terdiri daripada 6
sukan seperti tennis, ping pong , lumba basikal , olahraga dan bola tampar . Namun , sebuah cadangan baru
untuk melibatkan lebih banyak bilangan sukan telah dihantar oleh orang awam kepada dan diterima oleh
Majlis Sukan Negara Malaysia yang membuat keputusan untuk menganjurkan temasya sukan setiap dua
tahun mulai tahun 1986 dan berselang seli dengan sukan Asia Tenggara .

6

SEJARAH SUKAN MALAYSIA

Malaysia telah menganjurkan beberapa acara sukan utama termasuk Sukan Komanwel pada tahun
1998 . Sukan komanwel adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-
negara Komanwel . Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930 , dan telah
dilangsungkan setiap empat tahun ( kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang
Dunia Kedua ) . Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun
1930 hingga tahun 1950. Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga tahun 1966
dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga tahun 1974 .Contohnya adalah lawn bowl,
ragbi dan bola jaring .
Sukan Malaysia pertama telah diadakan di Kuala Lumpur dari 19–26 April 1986, disertai oleh 3849
atlet dari 13 negeri Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Sukan Universiti
Malaysia (MASUM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sukan
Malaysia yang ketiga diadakan di Sarawak pada tahun 1990, menjadikannya kali pertama
temasya diadakan di negeri tersebut dan kali pertama di Malaysia Timur. Di Sukan Malaysia ke-6
di Pahang pada tahun 1996, Brunei, Labuan dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia membuat
penampilan mereka buat kali pertama, manakala Angkatan Tentera Malaysia berhenti menyertai
kejohanan tersebut dan Northern Territory Australia hanya menyertai Sukan Malaysia ke-9 di
Sabah pada tahun 2002.

7

SEJARAH SUKAN MALAYSIA

Di Sukan Malaysia ke-10 pada tahun 2004 di Negeri Sembilan, kedua-dua Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah dan Majlis Sukan Universiti berhenti menyertai kejohanan tersebut. Di Sukan Malaysia ke-
11 pada tahun 2006 di Kedah, kedua-dua pasukan Kuala Lumpur dan Labuan bergabung menjadi
pasukan Wilayah Persekutuan berikutan penggabungan pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan sementara Polis menyertai kejohanan tersebut buat kali yang
terakhir.

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan
makhluk aktif . Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke
atas alam semulajadi dan persekitaran . Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara
mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan
kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu
sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana
kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya.
Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan
teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu , kepentingannya dalam
sejarah manusia tidak dapat dinafikan.

8

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA

Perpaduan antara rakyat Malaysia memainkan peranan yang besar untuk mencapai kemajuan dalam
negara. Terdapat banyak negara di dunia yang menontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa,
agama dan budaya sifat menghormati antara kaum menjadi contoh kepada mereka.
Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga diutamakan demi mengekalkan pengukuhan perpaduan
antara kaum dengan menerapkan sifat saling toleransi antara mereka. Dengan itu, masyarakat akn hidup
dalam keadaan damai tanpa berlaku keganasan atau perbalahan antara kaum.

9

PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

• Salah satu inisiatif kerajaan untuk menyemarakkan perpaduan 10
• Menyemarakkan perpaduan rakyat Malaysia
• Mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa,agama.
• Boleh menjadi salah satu jalan untuk mengenal bangsa – bangsa lain

PERANAN SUKAN DALAM MENYATU
PADUKAN MASYARAKAT

Pada pendapat saya, sukan dapat menyatupadukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Ini
kerana, dalam penglibatan sukan terdapat ramai kaum di Malaysia yang terlibat. Antaranya, Melayu, Cina,
India, Iban, Kadazan-dusun dan pelbagai lagi. Contohnya, aktiviti bersukan dapat menerapkan silaturahim
dan pada masa yang sama, sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti. Di samping itu, dapat mengajar
kita tentang perpaduan, menghormati kaum dan dengan itu, kita dapat mempertahankan kemakmuran
negara. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan
hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika
setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa . Sukan juga dapat memupuk persahabatan
dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara. Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh
pesertadaripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan salingmembantu untuk
mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan
atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat ini amat penting bagi mewujudkan semangat
perpaduan .

11

HALANGAN DAN KESUKARAN DALAM
MEMUPUK PERPADUAN

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya
ialah:

Dari Segi Agama dan kebudayaan:
Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai
adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan
memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk
sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

Amalan ekonomi yang berlainan:
Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini
mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam

12

HALANGAN DAN KESUKARAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik:
Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah
memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana seap
kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang
berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan
hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan:
Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap
etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak
terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan
pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping
mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara
yang beridentitikan satu negara

Amalan ekonomi yang berlainan:

Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan

ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. 13

CONTOH-CONTOH SUKAN YANG
MEMUPUK PERPADUAN

BOLA SEPAK

BOLA JARING

SUKAN HOKI

14

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,sukan dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di
kalangan masyarakat Malaysia.Selain itu,aktiviti sukan juga dapat meningkatkan tahap kesihatan
diri dan mengurangkan gejala penyakit.Disamping itu,sukan juga dapat membentuk masyarakat
yang sopan ,berintigriti dan bertanggungjawab.Seterusnya,melalui sukan juga dapat melahirkan
individu yang aktif dalam sukan dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.

Aktiviti sukan dapat dilakukan tidak pernah mengira latar belakang agama,keturunan mahupun
kaum. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran
diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi
penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang
kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan
imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

15

RUJUKAN

INTERNET

https://perpaduannegara.blogspot.com/2020/09/halangan-dan-kesukaran-untuk-
perpaduan.html

https://sejkssrt6t3u7.wordpress.com/2017/08/21/12-1-4a-usaha-usaha-kerajaan-untuk-
memupuk-semangat-perpaduan-dalam-kalangan-murid/

https://pmmsukandanperpaduan.blogspot.com/2020/09/contoh-sukan-dan-permainan-di-
malaysia.html

https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-
malaysia/

16

Sekian
Terima Kasih!

.CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,

including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version