Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
KM 25.6 Jln Ipoh 48000 Rawang Selangor
1
Profil murid
Nama: _____________________________________________________
Tingkatan: __________________________ Tahun: _________________
No Kad Pengenalan: _______________________________________
Alamat: ____________________________________________________
____________________________________________________
No Tel: ____________________ (R) ___________________(H/P)
Tandatangan pelajar, Disahkan oleh ibu bapa,
……………………………. ………………………………
() (
2
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
KM 25.6 Jln Ipoh 48000 Rawang Selangor
Nama Murid :…………………………………… Tingkatan………………………
Untuk perhatian : 1. Semua Murid
2. Ibu bapa / Penjaga
Tuan / Puan ,
TATATERTIB DAN TINDAKAN DISPLIN
1. Pihak sekolah dengan suka citanya memanjangkan senarai peraturan
sekolah untuk makluman dan tindakan tuan/puan.
2. Dengan makluman ini, pihak kami berharap akan mendapat kerjasama
yang sepenuhnya daripada tuan/puan untuk mengatasi dan
mengurangkan kes-kes disiplin murid-murid serta meningkatkan imej SMK
Rawang.
3. Sehubungan dengan itu juga kami berharap segala tindakan yang diambil
oleh pihak sekolah berkaitan perkara ini akan difahami oleh ibu bapa /
penjaga.
4. Berikut merupakan tindakan disiplin yang diambil atas kesalahan mengikut
keberatannya.
(A) Amaran
(B) Denda
(C) Rotan
(D) Penggantungan Sekolah
(E) Hukuman Buang dari Sekolah
(F) Laporkan Kepada Polis
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
…………………….. ………………….
Pengetua PK Hal Ehwal Murid
SMK Rawang SMK Rawang
3
MAKSUD LAMBANG
WARNA BIRU : LAMBANG KESUCIAN
LAMBANG KESETIAAN
WARNA MERAH : SINAR ILMU
KEPINTARAN
BINTANG : KEMAJUAN
LAPISAN BUKU :
BULATAN :
4
IKRAR PELAJAR MURID SMK RAWANG
BAHAWASANYA KAMI MURID-MURID
SMK RAWANG DENGAN INI BERIKRAR
AKAN MENGHORMATI GURU DAN IBU BAPA,
BERUSAHA BERSUNGUH-SUNGGUH UNTUK
MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PELAJARAN DAN
SEMUA BIDANG YANG KAMI CEBURI.
KAMI BERIKRAR AKAN MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK,
MENGGUNAKAN TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN,
MENJAGA TINGKAH LAKU KAMI DAN AKAN SENTIASA
BERPAKAIAN KEMAS.
KAMI BERIKRAR AKAN MEWUJUDKAN MINAT BELAJAR
DALAM DIRI KAMI, MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA GURU
MENGAJAR, MENYIAPKAN KERJA YANG DIBERI DAN
BERSEDIA UNTUK SEMUA UJIAN DAN PEPERIKSAAN.
KAMI JUGA BERIKRAR AKAN SENTIASA MEMATUHI
PERATURAN SEKOLAH, MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB
KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DAN SENTIASA
MENJUNJUNG PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA.
5
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA
LAGU SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang
Pusat gedung ilmu berwibawa
Berdedikasi berakhlak mulia
Menjunjung tinggi Rukun Negara
Hormati guru dan ibu bapa
Berbakti dan mengenang jasa
Hidup harmoni sesama kita
Tanpa mengira kaum atau bangsa
SEMEKAR lambang kebanggaan kami
Ilmu dicari melengkapkan diri
Hidup sejahtera di kemudian hari
Kecemerlangan wawasan kami
6
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga SMK Rawang berikrar akan memastikan :
1. Memberikan perkhidmatan pendidikan yang adil,
bermutu dan penuh kasih sayang,disiplin dan dedikasi.
2. Berusaha meningkatkan sahsiah dan kualiti kepimpinan
guru, kakitangan dan murid di semua peringkat.
3. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi
bagi mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sebagai
tempat berlangsungnya proses pendidikan.
4. Bersikap terbuka, mesra dan sedia bekerjasama
dengan semua pihak dalam membina permuafakatan.
5. Menunaikan amanah secara berkhimah dan
berorientasikan matlamat kecermerlangan.
MOTO SEKOLAH
CERGAS BERILMU BERDISIPLIN
7
KATA ALUAN PENGETUA
Buku Peraturan Sekolah ini disediakan bagi memenuhi
hasrat sekolah melahirkan murid-murid yang sentiasa
mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Buku ini juga
diharap dapat menjadi panduan kepada pelajar dan guru-
guru dalam usaha mencapai visi dan misi sekolah.
Senarai peraturan tidak terbatas kepada undang-undang
dan peraturan yang tercatat di dalam buku ini sahaja. Ia
juga merangkumi arahan dan peraturan yang dikeluarkan
oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Undang-
undang Kerajaan Malaysia.
Sebarang peraturan baru atau pindaan boleh
dilaksanakan dari semasa ke semasa. Pihak sekolah
berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap sesiapa
sahaja yang melanggar peraturan mengikut tatacara yang
telah ditetapkan.
‘ILMU MUTIARA HIDUP’
Pengetua
SMK Rawang
48300 Rawang,
Selangor.
8
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Maksud Lambang 1
2 Ikrar Pelajar Dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya 2
3 Visi, Misi & Lagu Sekolah 3
4 Piagam Sekolah & Moto Sekolah 4
5 Kata Aluan Pengetua 5
6 Visi & Misi 6
7 Isi Kandungan 7
8 Undang-undang dan Peraturan Sekolah 9
1.0 TUJUAN 11
2.0 MASA PERSEKOLAHAN
2.1 HARIAN
2.2 PERHIMPUNAN
2.3 WAKTU REHAT 12
2.4 PERTUKARAN KELAS 13
2.5 WAKTU AKHIR SEKOLAH
3.0 PAKAIAN RASMI SEKOLAH 14
3.1 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
3.2 PAKAIAN PENGAWAS
3.3 PAKAIAN WAKTU PENDIDIKAN JASMANI / 15
AKTIVITI KOKURIKULUM
4.11 BILIK SUKAN
4.12 BILIK RAWATAN 16
4.13 SURAU
5.0 ADAB DAN PERATURAN SEMASA BERADA
5.1 BILIK AIR / TANDAS
5.2 PADANG / GELANGGANG PERMAINAN
5.3 KEDAI BUKU / KEDAI KOPERASI 17
5.4 KAWASAN LARANGAN
6.0 PERATURAN-PERATURAN LAIN
6.1 PEPERIKSAAN
6.2 HARTA BENDA SEKOLAH 18
9
6.3 PENGGUNAAN SISTEM SIARAYA (P.A SYSTEM) 19
6.4 PAPAN KENYATAAN 21
7.0 JENIS-JENIS SALAH LAKU DAN MATA MENGIKUT 22
SALAH LAKU 23
7.1 SALAH LAKU JENAYAH 26
7.2 SALAH LAKU LUCAH 27
7.3 SALAH LAKU KEKEMASAN DIRI
7.4 SALAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA
7.5 SALAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAB
7.6 SALAH LAKU MUSNAH
7.7 SALAH LAKU TIDAK JUJUR
7.8 SALAH LAKU PONTENG
8.0 PANDUAN TINDAKAN TERHADAP PELAJAR
BERMASALAH
8.1 KESALAHAN UMUM
8.2 KESALAHAN PONTENG SEKOLAH
8.3 KESALAHAN LEWAT
KUASA GURU MEROTAN MURID
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH
DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN
9 Contoh Pakaian Pelajar Lelaki 30
10 Pakaian Semua Pelajar Lelaki / Baju Kemeja
31
Lengan Pendek 32
11 Contoh Pakaian Pelajar Perempuan
12 Pakaian untuk Semua Pelajar Perempuan 33
34
Baju Kurung Berkekek 35
13 Contoh Pakaian Seragam Pelajar Perempuan 35
14 Contoh Fesyen Rambut Pelajar Yang Dibenarkan 36
15 Contoh Pemakaian Subang Yang Dilarang 37
16 Contoh Rambut Untuk Murid Lelaki
17 Tempat Menjahit Lencana
18 Undang-undang Dan Peraturan Sekolah
10
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH
1.0 TUJUAN
1.1 Untuk melatih dan membiasakan murid mematuhi undang-undang dan
peraturan dan membimbing hidup berdisiplin.
1.2 Untuk melicinkan pentadbiran sekolah dan mewujudkan suasana
persekolahan yang aman tenteram dan selesa supaya murid menerima
didikan yang sepenuhnya dan mewujudkan situasi yang menggembirakan.
1.3 Melahirkan murid berperibadi mulia dan berakhlak tinggi.
1.4 Memupuk semangat berbakti kepada sekolah, negeri, negara dan
menyediakan murid untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan
berguna untuk masa akan datang.
2.0 MASA PERSEKOLAHAN
2.1 HARIAN
Murid-murid mestilah berada di sekolah mengikut masa yang ditetapkan
seperti di bawah.
Sesi pagi : Isnin - Khamis : 7.20 pagi - 1.00 petang
Jumaat : 7.20 pagi - 12.30 tengahari
Sesi petang : Isnin - Khamis : 12.50 tengahari - 6.40 petang
Jumaat : 2.25 petang - 6.40 petang
a) Murid hendaklah berada di kawasan sekolah sepanjang masa
persekolahan.
b) Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas sebelum loceng pertama
dibunyikan.
c) Loceng pertama akan dibunyikan 5 minit sebelum sesi pagi dan sesi
petang bermula.
d) Kehadiran murid akan diambil pada waktu perhimpunan setiap hari.
2.2 PERHIMPUNAN
a) Perhimpunan mingguan akan diadakan setiap hari Isnin.
b) Bagi sesi pagi, loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi.
Apabila loceng kedua dibunyikan pada pukul 7.30 pagi, murid mestilah
sudah bersedia di tempat perhimpunan.
c) Untuk sesi petang, loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 6.05
petang dan loceng kedua pada pukul 6.10 petang.
d) Murid dikehendaki segera berbaris dengan lurus dan senyap. Murid
yang rendah di bahagian hadapan manakala murid yang tinggi di
bahagian belakang.
e) Murid dikehendaki menyanyi Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri
Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Patriotik yang ditetapkan dari masa
ke semasa dengan penuh semangat dan hormat. Bendera Malaysia,
Negeri dan Sekolah akan dinaikkan semasa nyanyian ini.
11
f ) Setelah perhimpunan selesai, murid hendaklah berjalan masuk ke
kelas masing-masing secara teratur dan senyap. Di samping itu,
pemeriksaan akan dijalankan oleh Badan Pengawas.
g) Setiap murid WAJIB menghadiri setiap perhimpunan yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.
h) Aturcara Perhimpunan
I. Semua guru mengambil tempat
II. Ucapan Pengerusi Majlis
III. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor,
Lagu Sekolah (Lampiran)
IV. Bacaan Ikrar Pelajar (Lampiran)
V. Bacaan Doa
VI. Laporan Guru Bertugas
VII. Pengumuman
VIII. Ucapan Guru Disiplin
IX. Ucapan Pengetua / Pentadbir
X. Penutup
2.3 WAKTU REHAT
a) Semua murid dikehendaki meninggalkan Bilik Darjah semasa rehat.
b) Murid tidak dibenarkan masuk atau berada di tempat-tempat berikut
semasa rehat.
I.Semua kelas
II.Tangga setiap Blok
III.Tempat Letak Kereta / Basikal
IV. Kaki lima di setiap bangunan sekolah
c) Murid wajib beratur dan tidak berebut-rebut atau bertolak-tolak ketika
membeli makanan / minuman di Kantin.
d) Makanan hendaklah sentiasa dihabiskan di Kantin dan bukannya di
luar bangunan Kantin. Makanan dalam plastik tidak dibenarkan dibawa
keluar dari kawasan Kantin.
e) Selepas makan / minum, murid dikehendaki meletakkan pinggan/
mangkuk / cawan / sudu dan lain-lain di tempat yang disediakan.
f ) Semua sisa makanan dan pembungkus makanan mesti dibuang ke
dalam tong sampah dan tidak dibuang ke dalam sinki atau longkang.
g) Bekalan makanan yang dibawa ke sekolah mestilah tidak
mengandungi benda-benda yang haram bagi pelajar Islam.
h) Murid tidak dibenarkan bermain sebarang permainan sewaktu rehat.
i) Murid tidak dibenarkan menjual apa jua makanan dan barang-barang
di sekolah
j) Murid tidak dibenarkan bising semasa waktu rehat.
k) Semua arahan Pengawas dan Peraturan Kantin mesti dipatuhi
l) Murid tidak dibenarkan berada di kantin selepas loceng tamat kecuali
dengan kebenaran.
m) Patuhi arahan tatatertib ketika di Kantin.
12
2.4 PERTUKARAN KELAS
a) Bila bertukar kelas, ke perpustakaan, makmal, bengkel, tempat
Pendidikan Jasmani atau ke bilik tertentu dan balik ke kelas
semula,murid mestilah beratur dan berjalan dengan pantas tanpa
membuat bising.
b) Pastikan semua suis lampu, kipas dan pintu ditutup.
c) Jangan tinggalkan barang-barang berharga dan wang di dalam kelas.
d) Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang
tersebut.
2.5 WAKTU AKHIR SEKOLAH
a) Murid dikehendaki berhenti belajar lima minit sebelum waktu akhir.
Murid yang bertugas dikehendaki menjalankan tugas seperti: Padam
papan putih, tutup tingkap, tutup suis lampu dan kipas, sapu dan
buang sampah serta susun meja.
b) Murid yang tidak bertugas dikehendaki beratur di luar kelas dengan
tersusun dan teratur serta senyap.
c) Murid akan hanya dibenarkan meninggalkan kelas setelah guru atau
guru bertugas berpuas hati apabila murid telah menjalankan tugas
dengan sempurna (kemas dan tersusun).
3.0 PAKAIAN RASMI SEKOLAH
3.1 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (Lampiran)
A) PAKAIAN PELAJAR LELAKI
i. Murid-murid dikehendaki memakai baju kemeja putih yang
berlengan pendek tanpa fesyen dan tidak bercorak dan berjalur.
ii. Baju Sekolah harus dibutang dari butang kedua.
iii. Baju Sekolah hendaklah dimasukkan ke dalam seluar setiap masa
dan berkeadaan kemas.
iv. Bagi murid lelaki Islam bolehlah memakai Baju Melayu lengkap pada
hari Jumaat iaitu
• Baju Melayu Teluk Belanga atau Cekak Musang warna putih.
• Seluar Melayu warna putih.
• Mesti bersampin warna biru laut (turquoise) yang dipakai dengan
cara yang betul dan kemas.
• Bersongkok hitam.
v. Pelajar lelaki dikehendaki memakai seluar panjang potongan biasa dan
berwarna hijau mengikut arahan Kementerian Pendidikan.
vi. Seluar yang bergaya (fancy), labuh, senteng, terlalu besar di bahagian
bawah atau terlalu kecil tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
vii. Syarat bagi seluar panjang :
a) Seluar tidak terlalu labuh di bahagian bawah, kaki seluar sekurang-
kurangnya ke paras buku lali.
b) Tidak berkelepet (dilipat) di bahagian bawah.
13
c) Tali pinggang dibenarkan pakai dengan syarat kepala tali pinggang
tidak melebihi lebar tali pinggang tersebut berukuran lebar 2.5cm
dan berwarna hitam.
d) Seluar tidak berfesyen.
B) PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
i. Murid perempuan (bukan Islam) dikehendaki memakai skirt berwarna
biru laut (turquoise).
ii. Skirt yang bergaya (fancy) dan ketat tidak dibenarkan. Labuh skirt
hendaklah di bawah paras lutut.
iii. Baju sekolah hendaklah di butang bermula dari butang kedua.
iv. Murid perempuan Islam diwajibkan dan murid bukan Islam digalakkan
memakai baju kurung tradisional putih dan kain biru (turquoise) yang
tidak bercorak atau berjalur.
• Lengan baju kurung tidak boleh dilipat melebihi 7.5cm dari siku ke
bawah.
• Murid Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih berukuran
sehingga paras dada, berbentuk 3 segi sama tidak dibenarkan dan
tepinya tidak berkerawang atau berbunga-bunga.
C) KASUT
i. Kasut kanvas atau nylon yang berwarna hitam dan putih sahaja
dibenarkan dipakai di sekolah.
ii. Selipar tidak dibenarkan dipakai di sekolah kecuali dengan sebab atau
alasan yang munasabah.
iii. Hanya stoking berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan. Stoking
berwarna dan berbelang-belang tidak dibenarkan dipakai di sekolah.
iv. Panjang stoking mestilah tidak kurang 7.5cm daripada buku lali.
v. Kasut yang dipakai mestilah sentiasa dalam keadaan bersih.
D) LENCANA DAN TANDA NAMA
i. Lencana dan tanda nama mesti sentiasa dipakai (dijahit) di bahagian
atas di sebelah kiri baju pada waktu persekolahan. Letak lencana di
sebelah atas dan tanda nama di sebelah bawah.
ii. Pelajar-pelajar yang datang ke sekolah untuk kelas-kelas bimbingan
atau kegiatan yang lain wajib memakai pakaian seragam sekolah yang
lengkap seperti yang tersebut di atas.
E) RAMBUT
Murid Lelaki (Lampiran)
i. Pelajar tidak dibenarkan kerinting rambut dan menggunakan gel.
ii. Rambut tidak boleh daripada paras berikut:
a) Belakang : Rambut tidak melebihi paras bawah cuping telinga.
b) Depan : Rambut tidak menutup paras pertengahan dahi.
c) Tepi : Rambut tidak menutup kedua belah telinga atau
Sebahagian daripadanya.12
14
iii. Selain fesyen, rambut bewarna juga adalah dilarang.
iv. Murid tidak dibenarkan sama sekali menyimpan misai, janggut atau
jambang.
Murid Perempuan
i. Murid yang berambut panjang melebihi paras bahu mesti mendandan
rambut mereka sama ada di tocang atau diikat dengan getah kecil
berwarna hitam. Jika rambut pendek, bahagian hadapan rambut tidak
boleh menutup kening.
ii. Pelajar tidak dibenarkan menggayakan rambut yang berfesyen.
iii. Rambut tidak boleh diwarnakan.
iv. Jika rambut perlu diikat hanya “klip” kecil boleh digunakan. Warna klip
dibenarkan ialah hitam.
F) PERHIASAN DIRI
i. Pelajar-pelajar dikehendaki berkuku pendek dan dilarang
mewarnakannya serta memakai inai.
ii. Penggunaan ‘Make up’ (termasuk celak) dan pengilat bibir ke sekolah
adalah dilarang.
iii. Perhiasan yang melambangkan “psychedelic” atau “hippies” seperti
rantai, anting-anting, gelang tangan, cincin atau sebagainya adalah
dilarang.
iv. Murid tidak dibenarkan memakai sebarang bentuk perhiasan sama ada
diperbuat daripada emas atau bahan-bahan lain. Walau
bagaimanapun, pelajar perempuan dibenarkan memakai subang yang
kecil (bukan emas).
3.2 PAKAIAN PENGAWAS (Lampiran)
A) PENGAWAS LELAKI
i. Kemeja biru
ii. Seluar hitam
iii. Kasut kulit berwarna hitam
iv. Tali leher pengawas berwarna hitam
v. Blazer hitam
B) PENGAWAS PEREMPUAN BUKAN ISLAM
i Kemeja berwarna biru
ii. Skirt biru tua
iii. Tali leher pengawas berwarna biru
iv. Kasut hitam
v. Blazer hitam
C) PENGAWAS PEREMPUAN
i. Baju kurung biru
ii. Berkain biru
iii. Bertudung biru
iv. Kasut hitam
v. Blazer hitam
15
3.3 PAKAIAN WAKTU PENDIDIKAN JASMANI / AKTIVITI KOKURIKULUM
A) MURID LELAKI
i. Pakaian yang dibenarkan - (Islam) atau “track bottom” yang
berwarna biru tua atau hitam.
ii. T-shirt rasmi sekolah yang berlengan panjang atau pendek
yang telah ditetapkan.
iii. Seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
iv. T-shirt persatuan/Rumah sukan hanya untuk aktiviti
kokurikulum sahaja.
C) KESELAMATAN ALATAN MESIN
i. Murid tidak dibenarkan menggunakan mesin gergaji.
ii. Mesin gerudi, mesin pemotong segilipat, mesin lipat dan mesin
canai boleh digunakan dengan kebenaran guru.
iii. Garis merah di dalam bengkel menandakan kawasan bahaya.
iv. Semasa mengendalikan mesin hanya seorang murid sahaja
yang berada di dalam kawasan garis merah.
v. Gogal diwajibkan semasa menggunakan mesin gerudi dan
mesin canai.
4.11 BILIK SUKAN
A) KESELAMATAN DIRI
i. Murid adalah dilarang masuk ke stor sukan tanpa kebenaran
atau kehadiran Setiausaha Sukan atau guru yang berkenaan.
ii. Murid yang mendapat kebenaran memasuki stor sukan adalah
dilarang berlari atau menggunakan alatan sebelum atau
semasa berada di dalam stor sukan.
iii. Murid yang masuk ke dalam stor sukan dimestikan memakai
kasut untuk mengelakkan daripada kecederaan.
iv. Murid yang telah dibenarkan masuk ke stor sukan tidak
digalakkan masuk beramai-ramai pada satu-satu masa untuk
mengelakkan kesesakan yang boleh mengakibatkan
kecederaan.
v. Murid mestilah mengutamakan keselamatan diri dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya
kejadian yang tidak diingini.
B) KESELAMATAN PERALATAN
i. Murid yang ingin mengambil atau mengeluarkan sesuatu
peralatan, diwajibkan mendapat kebenaran dari Setiausaha
Sukan melalui guru yang berkenaan sahaja.
ii. Peralatan hanya dibenarkan keluar dari stor sukan dengan
kehadiran guru yang berkenaan sahaja.
iii. Segala peralatan yang ingin dipinjam atau dikeluarkan perlu
dipastikan ianya dalam keadaan baik serta selamat untuk
digunakan.
iv. Bagi menjamin keselamatan peralatan daripada kehilangan
atau kerosakan, guru yang berkenaan mestilah membuat
catatan dan menandatangani buku khas yang disediakan dalam
stor sukan.
16
v. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan yang dipinjam,
perlulah dilaporkan segera kepada Setiausaha Sukan supaya
tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
C) KEBERSIHAN DALAM STOR SUKAN
i. Bagi menjamin kebersihan di dalam stor sukan elakkan
daripada membawa masuk kasut atau peralatan kotor ke dalam
stor sukan.
ii. Kebersihan stor sukan adalah tanggungjawab semua guru dan
murid yang ada di sekolah ini. Oleh itu sama-sama kita jadikan
ia satu tempat yang bersih, ceria serta selamat dikunjungi.
4.12 BILIK RAWATAN
a) Murid dibenarkan masuk ke bilik rawatan hanya dengan
kebenaran guru.
b) Murid tidak dibenarkan berteman kecuali dengan kebenaran.
c) Murid diminta menulis nama pada buku pendaftaran masuk bilik
rawatan.
4.13 SURAU
A) KEBERSIHAN
i. Surau hendaklah dibersihkan selepas setiap kelas amali
dijalankan.
ii. Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam surau.
iii. Murid dilarang sama sekali membuang air di dalam bilik
wuduk.
iv. Sebelum masuk ke dalam surau pastikan pakaian bersih
daripada najis dan kotoran.
v. Segala sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.
B) PERALATAN
i. Quran dan kitab hendaklah sentiasa tersusun dengan rapi
dalam almari.
ii. Selipar yang telah digunakan hendaklah disusun semula di
tempat asalnya.
iii. Murid yang membawa beg dan peralatan sendiri hendaklah
menyusunnya dengan rapi di tempat yang sesuai.
iv. Pastikan telekung dan sejadah disusun dan dilipat dengan
baik di tempat asalnya.
v. Meja-meja yang telah digunakan hendaklah disusun
dengan baik di sudut belakang surau.
vi. Kasut murid hendaklah disusun di luar surau.
C) TATATERTIB
i. Murid dilarang membuat bising dan bermain di dalam
surau.
ii. Elakkan daripada berbual atau bercakap mengenai perkara
yang sia-sia.
17
iii. Dilarang tidur di dalam surau.
iv. Murid mestilah duduk dengan sopan dan beradab ketika di
surau.
D) KESELAMATAN
i. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup sebelum
meninggalkan surau.
ii. Elakkan daripada bermain dengan suis atau ‘plug’ di surau.
5.0 ADAB DAN PERATURAN SEMASA BERADA DI KAWASAN SEKOLAH
5.1 KANTIN
a. Murid wajib beratur dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan.
b. Murid tidak dibenarkan bermain sebarang permainan sewaktu rehat.
c. Murid tidak dibenarkan menjual apa jua makanan dan barang-barang
di sekolah.
d. Murid tidak dibenarkan bising sewaktu rehat.
e. Bekalan makanan yang dibawa ke sekolah mestilah tidak
mengandungi benda-benda yang haram bagi murid Islam.
f. Murid dikehendaki makan dan minum di kantin sahaja. Pelajar dilarang
membawa keluar makanan atau minuman dari kantin pada bila-bila
masa.
g. Selepas makan dan minum murid mesti meletakkan pinggan /
mangkuk / gelas / sudu di tempat yang disediakan.
h. Semua sisa makanan dan bungkusan makanan hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah.
i. Murid dilarang keras daripada meludah atau sebagainya di sekitar
kantin.
j. Murid dilarang keras merosakkan peralatan kantin seperti pinggan,
mangkuk, gelas, sudu dan lain-lain. Murid wajib membayar denda yang
ditetapkan.
k. Murid dilarang membantu penjual di kantin.
l. Semua murid wajib mematuhi “Peraturan Tatasusila Kantin”
5.2 BILIK AIR / TANDAS
a. Murid dilarang sama sekali menggunakan tandas guru.
b. Murid hanya dibenarkan menggunakan tandas pada waktu sebelum
sekolah bermula, waktu rehat dan waktu persekolahan berakhir. Pada
waktu pembelajaran tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran dan
bawa pas keluar.
c. Murid dilarang keras daripada membuang sampah ke dalam lubang
tandas kerana ini boleh menyebabkan lubang tandas tersumbat.
d. Semua jenis sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang
telah disediakan. Bagi murid-murid perempuan, tuala wanita yang telah
dipakai wajib dibungkus dan dibuang ke dalam tong ‘sanitex’ yang
telah disediakan.
e. Murid dilarang keras daripada membasuh kaki di dalam sinki atau
membuang sebarang jenis sampah ke dalamnya yang boleh
menyebabkan salurannya tersumbat.
18
f. Laporkan segera kerosakan yang terdapat di dalam tandas kepada
pengawas atau guru bertugas.
g. Murid-murid diminta segera beredar setelah menggunakan bilik air /
tandas.
h. Murid dilarang sama sekali melakukan sebarang kegiatan yang
bertentangan dengan peraturan sekolah / disiplin dari masa ke semasa
seperti merokok dan sebagainya.
i. Murid dilarang menconteng dan merosakkan mana-mana bahagian
dalam tandas.
j. Murid hendaklah mematikan suis lampu. Tutup pili air selepas
digunakan.
5.3 PADANG / GELANGGANG PERMAINAN
a. Murid dilarang membuang sampah di padang / gelanggang permainan.
b. Murid juga dilarang menunggang basikal dan motosikal di dalam
kawasan padang / gelanggang permainan.
5.4 KEDAI BUKU / KEDAI KOPERASI
a. Murid dibenarkan pergi pada waktu rehat, sebelum persekolahan
bermula dan selepas persekolahan tamat.
b. Jadual penggunaan kedai sekolah mengikut masa yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
c. Murid boleh ke kedai buku / koperasi pada waktu persekolahan hanya
dengan kebenaran guru.
d. Pembayaran di kedai sekolah hanya adalah secara tunai.
e. Murid dilarang membuat bising di kedai sekolah.
f. Kebersihan di kedai sekolah / koperasi adalah tanggungjawab
bersama.
5.5 KAWASAN LARANGAN
Semua murid adalah dilarang memasuki ke kawasan berikut KECUALI
dengan kebenaran.
a. Bilik Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Bilik Guru dan Pejabat.
b. Bilik-bilik khas seperti makmal-makmal, bengkel-bengkel , surau, bilik
seni, stor sukan, dewan dan lain-lain.
c. Tandas guru lelaki dan perempuan.
d. Kantin pada waktu pembelajaran.
e. Bilik-bilik darjah pada waktu rehat.
f. Bilik-bilik darjah yang kosong.
g. Tempat-tempat yang ditentukan oleh pihak sekolah dari masa ke
semasa.
6.0 PERATURAN-PERATURAN LAIN
6.1 PEPERIKSAAN
a) Murid diwajibkan hadir dan mengambil tiap-tiap ujian dan peperiksaan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid yang tidak dapat hadir
kerana sebab-sebab tertentu mestilah membawa surat daripada ibu
bapa atau doktor atau mana-mana pihak tertentu.
19
b) Murid hendaklah menyediakan alat tulis sendiri.
c) Semua murid hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan
sepanjang peperiksaan berlangsung.
d) Murid tidak dibenarkan meminjam alat tulis semasa peperiksaan
sedang dijalankan kecuali melalui guru yang bertugas.
e) Pen dakwat merah, pen dakwat basah berwarna hitam dan biru serta
‘liquid paper’ tidak boleh digunakan sama sekali.
f ) Murid tidak dibenarkan membawa sebarang bahan bacaan ke dalam
dewan peperiksaan.
g) Calon dilarang keras daripada meniru atau memberi peluang meniru
kepada calon lain.
h) Calon tidak boleh berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar
bilik peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
i) Calon dilarang mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan
di bilik peperiksaan.
j) Sekiranya calon didapati melanggar mana-mana peraturan
peperiksaan tindakan yang setimpal seperti berikut akan dikenakan :
i) Disingkirkan daripada mengambil peperiksaan.
ii) Dilarang meneruskan peperiksaan bagi kertas-kertas selanjutnya.
iii) Dilarang memasuki dewan peperiksaan bagi satu jangka masa
tertentu.
iv) Dibatalkan keputusan mata pelajaran atau keseluruhan keputusan
peperiksaan.
6.2 HARTA BENDA SEKOLAH
a) Murid-murid hendaklah pada setiap masa memelihara segala
kemudahan yang disediakan di sekolah dengan baik dan cermat.
b) Murid yang hendak meminjam sebarang peralatan atau perkakas
mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah dan mestilah
mengembalikannya semula dengan segera dalam keadaan yang
sempurna.
c) Murid hendaklah menjimatkan penggunaan elektrik dan air.
d) Sebarang kerosakan harta benda yang dilakukan oleh pelajar dengan
sengaja dikenakan bayaran ganti rugi.
e) Alat-alat pencegah kebakaran hendaklah digunakan apabila perlu
sahaja.
6.3 PENGGUNAAN SISTEM SIARAYA (P.A. SYSTEM)
a. Penggunaan P.A system dalam semua aktiviti sekolah atau persatuan
mestilah mendapat kelulusan daripada pihak sekolah.
b. Pengendalian / pemasangan P.A system dikendalikan oleh pihak
sekolah dengan kerjasama guru.
6.4 PAPAN KENYATAAN
a. Murid dilarang menconteng dan merosakkan papan kenyataan
sekolah.
b. Murid dari masa ke semasa dikehendaki merujuk papan kenyataan.
20
6.5 TULAR DALAM MEDIA SOSIAL
a. Pelajar dilarang mengambil sebarang video atau gambar dan memuat
naik video atau gambar tersebut ke dalam Media sosial.
7.0 PANDUAN TINDAKAN TERHADAP PELAJAR BERMASALAH
MENGIKUT SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)
7.1 KATEGORI SALAH LAKU
a) Tingkah laku jenayah
b) Buli
c) Ponteng
d)Tingkah laku lucah
e)Tingkah laku krang sopan
f) Kesalahan vandalism
g) Tingkah laku tidak amanah
h) Rokok
i) Kenakalan
j) Tidak pentingkan masa
k) Kekemasan diri
l) penglibatan politik
m) Kes-kes khas
7.2 KATEGORI AMALAN BAIK
a) Sukarela membantu guru
b) Sukarela melaporkan kes salah laku
c) Membantumelaksanakan kerja-kerja lanskap
d) Membantu mengemas / menyusun atur bilik-bilik khas.
e) Membersih Kawasan-Bilik=-bilik khas.
f) Kerja-kerja mengecat
g) Menyertai aktiviti luar dibawah Bimbingan dan kaunseling
21
LAMPIRAN
1.PONTENG SEKOLAH
(A) PONTENG SEKOLAH BERTURUT-TURUT CATATAN
LANGKAH / HUKUMAN
BIL HARI Guru
YANG Tingkatan
TIDAK
HADIR Guru
Tingkatan
1 hari tidak Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon /
hadir E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon)
3 hari Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Pertama
terkumpul kepada ibu bapa / penjaga
Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon /
E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon)
7 hari selepas Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Kedua Guru
Surat Amaran kepada ibu bapa / penjaga Tingkatan
Pertama Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon /
E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon)
7 hari selepas Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Terakhir Guru
Surat Amaran kepada ibu bapa / penjaga Tingkatan
Kedua Lawatan pihak sekolah dan mengumpul maklumat GPK Hem,
Kaunselor,
Guru Disiplin
14 hari Surat
Amaran
Terakhir
22
(B) PONTENG SEKOLAH TIDAK BERTURUT-TURUT
BIL HARI YANG LANGKAH / HUKUMAN CATATAN
TIDAK HADIR
Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon / Guru
1 hari tidak E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon) Tingkatan
hadir
3 hari Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon / Guru
terkumpul E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon) Tingkatan
Khidmat sosial (Bilik darjah) Guru
Nasihat Tingkatan
Guru
Tingkatan
6 hari Rotan sekali Pengetua,
terkumpul Sesi Kaunseling Guru Disiplin,
Kaunselor
10 hari Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Guru
terkumpul Pertama kepada ibu bapa / penjaga Tingkatan
Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon / Guru
E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon) Tingkatan
Rotan dua kali (Maksimum) Pengetua,
Sesi Kaunseling Guru Disiplin,
Kaunselor
15 hari Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon /
Guru
terkumpul E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon) Tingkatan
Rotan tiga kali (Maksimum) Pengetua,
Menandatangani Surat Perjanjian Guru Disiplin,
GPK HEM,
Sesi Kaunseling
Kaunselor
23
20 hari Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Kedua Guru
terkumpul kepada ibu bapa / penjaga Tingkatan
Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon /
E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon)
Rotan tiga kali (Maksimum) Pengetua,
Menandatangani Surat Perjanjian Guru Disiplin,
GPK HEM,
31 hari Sesi Kaunseling Kaunselor
terkumpul
Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon / Guru
E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon) Tingkatan
Rotan tiga kali (Maksimum) Pengetua
Menandatangani Surat Perjanjian Guru Disiplin,
Sesi Kaunseling GPK HEM,
Kaunselor
40 hari Guru Tingkatan hantar Surat Amaran Guru
terkumpul Terakhir kepada ibu bapa / penjaga Tingkatan
50 hari Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon / Guru
terkumpul E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon) Tingkatan
60 hari
terkumpul Rotan tiga kali (Maksimum) Pengetua,
Menandatangani Surat Perjanjian Guru Disiplin,
GPK HEM,
Sesi Kaunseling Kaunselor
Hubungi ibu bapa / penjaga melalui telefon / Guru
E-mail (Catatkan dalam Buku Rekod Telefon) Tingkatan
Rotan tiga kali (Maksimum)
Menandatangani Surat Perjanjian Pengetua,
Guru Disiplin,
Sesi Kaunseling GPK HEM,
Kaunselor
Surat Buang Sekolah
24
8.3 KESALAHAN LEWAT
KES MATA HUKUMAN CATATAN
Hubungi ibu bapa / penjaga
Lewat kali pertama 2 Denda Khidmat
Sesi Kaunseling
Sosial Sesi Kaunseling
Sesi Kaunseling
Lewat kali ke 5 10 Rotan Satu Kali
Lewat kali ke 10 20 Rotan Dua Kali
Lewat Kali ke 20 30 Rotan Tiga Kali
Lewat kali ke 25 40 Gantung sekolah
Lewat kali ke 30 50 Buang sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil : 7/2003
Kuasa Guru Merotan Murid
Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak
sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan
berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN
1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa :
Peraturan 6
1. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakili kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi
maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau
murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu :
2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang
diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN
5 di bawah ordinan yang sama :
Peraturan 5
1. Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar
hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman
sekolah yang biasa sebagainya perlu atau bermanfaat.
Dengan syarat bahawa :-
(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru
atau lain- lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada
merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun di
punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah
dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata
yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
25
2. Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang
diluluskan oleh pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah
direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan,
bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan
saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.
3. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-
guru yang diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa
merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang
dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan
sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru
yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi
untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya.
Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada
proses mendidik terutamanya kepada mereka yang tidak berdisiplin.
4. Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang
sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.
Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan
negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seorang murid.
Bersama-sama surat ini disertakan contoh Surat Penurunan Kuasa
Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan.
5. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian / Daerah
dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN
MENGIKUT JENIS KESALAHAN.
BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. *Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian
dengan menggunakan rotan ringan
(Maksimum tiga sebatan)
2. **Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan
rotan ringan (Maksimum tiga sebatan)
3. ***Kesalahan Ringan Diberi amaran dan sesi kaunseling
KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah.
3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
26
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras
atau sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan.
5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan
guru / pengawas / murid.
7. Biadab terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat merbahaya.
10. Melakukan buli (pelacoan), pengedaran atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan
rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis / mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan
perbuatan lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu pengajaran dan pembelajaran / peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30
hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1
tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru
yang menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah atau kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
27
KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan
elektrik sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, skin head atau berwarna.
8. Menconteng harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan
memakai subang berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah
dan sekolah tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat)
tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah
tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan atau minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air / elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
28
29
30
31
32
33
34
35
36