Fakta Mengenai Rupa ikan keli menyerupai ikan sembilang. Biasanya mempunyai warna hitam dan keperang-perangan mempunyai sesungut di mulutnya.Sesungut mempunyai bisa boleh menyebabkan kematian. IKAN KELI
Fakta Mengenai Biasanya berat ikan keli adalah dalam 200 gram. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah. IKAN KELI
Fakta Mengenai Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet. IKAN KELI
Fakta Mengenai Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan. Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. IKAN KELI
Fakta Mengenai Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat. Menurut fakta penternakpenternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama. IKAN KELI
Fakta Mengenai Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus.Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli Afrika. IKAN KELI