anak ayam menetas3 minggu embrio Kitar Hidup Ayam Kampung dari telur hingga dewasa dalam 2 bulan 20 hari ayam dewasa 3-8 tahun telur dieram 36 jam cacing snek kegemaran Benih dan Jagungmakanan kegemaran salin ‘kulit’ setahun sekali anak ayam 4-6 minggu
Fakta Mengenai Ayam Kampung Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang tidak diketahui asal usul daripada kaum atau strain tertentu yang biasanya dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
Telur ayam kampung ini diperolehi dari ayam kampung yang menetas di dalam reban ayam atau di merata tempat yang dikira selamat dari sebarang gangguan haiwan lain. Musuh utama ketika ayam kampung ini bertelur ialah biawak, ular, dan sebagainya yang cuba memakan telur-telur ayam kampung ini. Telur ini memakan masa sehingga 21 hari untuk menetas. Musuh utama bagi anak-anak ayam kampung yang baru menetas ini ialah pada waktu siang ianya sering diganggu oleh burung helang, kucing dan burung berilau, manakala sebelah malamnya ia sering diganggu oleh musang dan burung hantu. Kejayaan ternakan ayam kampung ini bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Ayam kampung ini melibatkan perkahwinan secara tabie atau semulajadi iaitu 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina dan kebiasaan ibu ayam kampung ini boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari. Pembiakan Ayam Kampung
Ayam kampung asli - Ayam yang tidak di kahwin campur dengan mana-mana ayam komersial samaada ayam berwarna, ayam penelur atau ayam pedaging. Ini merupakan baka kahwin silang ayam turun temurun sejak berpuluhan tahun dahulu seperti ayam hutan, ayam sabung dan ayam-ayam pendatang. Ayam kampung kacuk - Hasil perkahwinan silang antara ayam kampung, samaada dari baka ayam hutan atau sabung dengan ayam penelur atau berwarna untuk tujuan penternakan secara komersial. Ayam kampung kacuk lebih cepat membesar berbanding ayam kampung asli tetapi lebih lambat berbanding ayam berwarna. Jenis-jenis Ayam Kampung Ayam berwarna - Ayam yang dibawa masuk dari luar negara yang mempunyai warna tertentu seperti merah, hitam atau oren. Contoh ayam berwarna seperti ayam sasso dan ayam kabir. Ayam kategori ini membesar paling cepat berbanding ayam kampung asli atau ayam kampung kacuk. Ada pendapat mengatakan Ayam berwarna tidak boleh dikategorikan sebagai ayam kampung kerana tidak mempunyai ciri-ciri seperti ayam kampung yang kebiasaannya ditemui di kampung-kampung di Malaysia.
Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran. Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun. Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi. Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal. Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam. Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya. Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anakanaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh. Najis ayam sangat bermanfaat untuk dijadikan baja kerana dapat meningkatkan kesuburan dan pertumbuhan tanaman. Keistimewaan Ayam Kampung