The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BNK (SJKC) 0617 Lim Huey Jiun, 2020-11-03 04:42:16

panduan pengguna

panduan pengguna

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS PAHANG

PANDUAN PENGGUNAAN
PROJEK INOVASI DIGITAL 2020

E-PENGURUSAN MASA MINIONS

LIM HUEY JIUN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SJKC
AMBILAN JUN 2018

KANDUNGAN

1 Tajuk Projek
2 Jenis / Format Projek
3 OBJEKTIF Projek
4 Keperluan Sistem / Peralatan / Kemudahan Sokongan
5 Ciri-Ciri Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi
6 Panduan Penggunaan HASIL PROJEK
7 Cadangan Aktiviti Pembelajaran
8 Platform SECARA ATAS TALIAN MEMPROMOSIKAN PROJEK
9 Kesimpulan

TAJUK PROJEK • E-Pengurusan Masa Minions
JENIS / FORMAT
• Aplikasi Atas Talian
PROJEK • https://sites.google.com/d/1N6moG1bv3nOt8ReF49J0xQuBmZmbc

OBJEKTIF PROJEK Oh7/p/187PuJkv_TyMZhgEhDmxFlaCYKskRycsb/edit

• E-Pengurusan Masa Minions merupakan suatu inovasi yang
dihasilkan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid di sekolah
rendah tentang kepentingan pengurusan masa yang berkesan.

• Hal ini demikian kerana masalah pengurusan masa merupakan
antara faktor utama yang menyebabkan murid-murid pada hari ini
tidak dapat fokus dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
dalam kelas, ponteng sekolah dan sebagainya dan akhirnya
menyebabkan prestasi akademik merosot.

• Melalui penggunaan projek inovasi ini, secara tidak langsung
pengetahuan tentang pengurusan masa dapat diterapkan dalam diri
murid-murid.

Keperluan Sistem / Peralatan / Kemudahan Sokongan

Story Jumper Google Forms

E-Buku Cerita Pengurusan Masa Minions E-Kuiz Pengurusan Masa Minions

E-PENGURUSAN MASA MINIONS Wordwall

Google Sites E-Permainan Pengurusan Masa
Minions
E-Pengurusan Masa Minions
Google Docs

E-Jadual Waktu Pembelajaran
Minions

StoryJumper
• menghasilkan buku cerita elektronik minions yang berkaitan

cara-cara menguruskan masa dengan berkesan

Google Forms
• membina satu kuiz tentang menyusun semula cerita berdasarkan

buku cerita elektronik minions

Wordwall
• membina tiga jenis permainan yang menekankan murid-murid

memahami tingkah laku pengurusan masa yang betul dan salah
• Whack A Mole, Group Sort, True Or False

Google Docs
• membina satu templat jadual waktu pembelajaran yang bertema

minions

Google Sites
• Menggabungkan aktiviti yang dihasilkan dalam setiap perisian

ke dalam satu halaman

Ciri-Ciri Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi

Ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi dalam projek inovasi “E-Pengurusan Masa Minions” ialah :

Pertama :
Aplikasi yang digunakan sangat mudah untuk dikendalikan dan terhindar
daripada unsur-unsur negatif

Kedua :

Penggunaan aplikasi ini sangat relevan dan bersesuian dengan tahap
murid-murid sekolah rendah

Ketiga :
Penglibatan ibu bapa dan sokongan serta para profesional adalah sangat
digalakkan sekaligus memberi bimbingan semasa kanak-kanak menggunakan
aplikasi ini.

PANDUAN PENGGUNAAN
HASIL PROJEK

1. Menyediakan komputer dengan kemudahan
internet kepada murid.

2. Klik Google Chrome dan taip URL
E-Pengurusan Masa Minions di bawah:
https://sites.google.com/u/0/d/1N6moG1bv
3nOt8ReF49J0xQuBmZmbcOh7/preview
atau
imbas QR Code yang diberikan

3. Akses kepada halaman E-Pengurusan Masa
Minions.

4. Ikuti arahan dalam setiap bahagian E-Pengurusan Masa Minions sebelum memulakan bimbingan.

03 04 E-PENGURUSAN MASA MINIONS

02 E-Jadual Waktu
Pembelajaran Minions
E-Kuiz Pengurusan
01 Masa Minions E-Permainan
Pengurusan Masa
E-Buku Cerita Minions
Pengurusan Masa
Minions

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Mengadakan ceramah atau program aktiviti bimbingan tentang
pengurusan masa secara berkesan dengan mengaplikasikan hasil projek

“E-Pengurusan Masa Minions”

Jika berbanding dengan menggunakan kaedah lapuk seperti ceramah
secara lisan, aplikasi “E-Pengurusan Masa Minions” dalam aktivti
bimbingan akan menjadi lebih efektif dalam mendedahkan cara,

kepentingan dan kesan pengurusan masa yang baik kerana hasil projek
ini mengandungi kandungan yang lebih menarik dan dapat menarik
minat murid.

Platform SECARA ATAS TALIAN MEMPROMOSIKAN PROJEK

Platform secara atas talian untuk mempromosikan “E-Pengurusan Masa Minions” adalah dengan
menggunakan kaedah menyebarkan poster di laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram.

Poster “E-Pengurusan Masa Minions”

KESIMPULAN

Projek yang dicipta ini berkemampuan untuk mempertingkatkan lagi
kecekapan dalam aspek penguruan masa bagi semua murid di sekolah
rendah. Projek ini akan dapat memberi input kepada murid-murid di sekolah
tentang cara pengurusan masa yang baik, kesan sekiranya tidak
mengamalkan pengurusan masa yang baik dan kepentingan mengurus masa
dengan baik sebagai seorang murid di sekolah.

Oleh itu, untuk memastikan projek inovasi ini dapat memainkan peranan
dalam Pendidikan Abad Ke-21, semua guru khususnya guru bimbingan dan
kaunseling (GBK) perlu bertindak secara proaktif untuk mendedahkan projek
inovasi ini kepada semua warga sekolah supaya dapat membantu murid-
murid di sekolah untuk melakukan perubahan pada diri khususnya dalam
aspek pengurusan masa.


Click to View FlipBook Version