FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
MSP 3203 : PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENAKSIRAN AKHIR
TUGASAN INDIVIDU 1
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
NUR SHAHIRAH HAFNI BINTI MAT D20191087587 AT01 ISMP
RIFFIN KESUSASTERAAN
MELAYU DENGAN
KEPUJIAN
PENSYARAH: DR. NORZURAINA BINTI MOHD NOR
PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PELAJAR
BERKENAAN DENGAN PENTAKSIRAN AKHIR
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa skrip
jawapan/tugasan/projek yang dihantar adalah daripada hasil kerja
saya sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur plagiarisme
daripada pelajar lain. Universiti boleh mengambil tindakan keatas
saya sekiranya saya berbuat demikian.
TANDATANGAN : HAFNI
TARIKH : 11.02.2022
NAMA : NUR SHAHIRAH HAFNI BINTI MAT RIFFIN
NO. KAD PENGENALAN : 990321035374
NO. PENDAFTARAN : D20191087587
FAKULTI : FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
PROGRAM : ISMP KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN SENI VISUAL
Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni
ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,
terutamanya dalam bentuk visual (Homby, 1974). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan
atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea
dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986). Seni adalah komunikasi (Hauser, 1959). Seni adalah
penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan dan penjelmaan rasa estetika (Herbert Read,
1959).
Seni Visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni
halus, dan perekaan yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan
reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual
ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi
penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-tenik yang tertentu.
Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang
ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan
pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami
ataupun digunakan mereka (Muliyadi).
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain
seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual
sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan
perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Mazlan
(1996) menyatakan bahawa Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang
bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan
individu dapat dicapai melalui aktiviti bidang seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran
mengenai proses, teknik, media dan pembentukan nilai.
CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kualiti pengajaran merupakan elemen penting kepada seseorang guru Pendidikan Seni
untuk menentukan keberkesanan pengajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru yang
cemerlang berupaya menentukan corak pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan pengajaran
dengan situasi semasa. Antara ciri-ciri guru yang berkesan adalah guru tersebut bersifat dedikasi
pada tugas , hal ini kerana guru menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran supaya
murid dapat menerima pengajaran dengan berkesan. Hal ini kerana sudah menjadi
tanggungjawab ke atas seorang pendidik mereka perlu melakukan sesuatu kerja dengan sepenuh
hati dan bersungguh-sungguh dan jangan dilakukan sesuatu kerja sambil lewa. Sebagai contoh,
dapat dilihat ciri seorang guru pendidikan seni visual pada tahap profesional yang tinggi mereka
tidak boleh dilakukan seperti kerja sambilan atau sebagai guru sampingan disamping melakukan
kerja-kerja lain. Hal ini akan menjejaskan kredibiliti kepada guru tersebut.
Selain itu, guru yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti. Maksudnya di sini
adalah guru yang berkesan mempunyai kekemasan diri yang mampu menjadi contoh kepada
guru-guru yang lain. Hal ini kerana penekanan kualiti peribadi amat penting kepada guru-guru
pendidikan seni. Guru pendidikan seni juga sentiasa senang untuk membuat rujukan berkenaan
dengan kreativiti. Oleh itu, guru pendidikan seni haruslah kreatif dan inovatif agar murid tidak
mengalami segala kegagalan dalam meneroka dunia seni. Guru PSV perlu sentiasa memikirkan
cara-cara yang terbaik bagi memajukan pekerjaan mereka sebagai guru seni dan juga
memberikan tumpuan sepenuh masa kepada pekerjaan mereka melalui jiwa dan raga agar dapat
melahirkan ramai murid-murid yang minat akan seni.
Di samping itu, guru yang berkesan juga haruslah mempunyai unsur jenaka dalam
pengajarannya. Hal ini demikian kerana unsur jenaka dapat melepaskan tekanan pelajar. Dengan
ini pelajar tidak akan tertekan untuk belajar malah boleh belajar dalam keadaan yang tenang.
Seseorang guru seni visual tidak boleh mempunyai sikap berputus asa kerana mereka perlu
menunjukkan kepada murid bahawa seorang guru seni visual mampu menghadapi segala cabaran
dan juga kegagalan yang mereka tempuhi.
Seterusnya, disiplin adalah latihan permikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri
sendiri dan patuh pada tatatertib. Ia juga merupakan peraturan yang ditetapkan untuk melatih
seseorang supaya berkelakuan baik. Tugas seseorang itu adalah untuk faham kehendak dan
objektif mata pelajaran tersebut dan memikirkan strategi dan pendekatan pelajaran dengan rapi
sebelum melaksanakan aktiviti seni di kelas. Guru seni juga harus menjadi perancang utama iaitu
sebagai seorang perancang yang cekap untuk menyediakan segala aktiviti pembelajaran dan
pengajaran pendidikan seni visual yang merangkumi penyediaan bahan dan alatan seni untuk
murid-murid. Guru seni amat penting untuk memperkembangkan bakat murid- murid secara
mental dan jasmani. Ini adalah bertujuan menyahut tujuan Falsafah Pendidikan Negara bagi
melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, sosial dan emosi. Guru seni
sebagai pembimbing juga haruslah menunjukkan sifat sahsiah yang digemari oeh murid-murid
supaya dapat memberi ransangan dan memudahkan guru itu memberikan kesan positif kepada
murid-murid.
Akhir sekali dedikasi pada tugas membawa maksud dapat menjalankan tugas dengan
dedikasi dan bertanggungjawab menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas-tugas yang
diberi, sentiasa berusaha meningkatkan kemajuan dan mempunyai motivasi diri dan dorongan
yang tinggi untuk membawa kejayaan. Sehubungan dengan itu, dedikasi pada tugas bagi seorang
guru ialah dengan bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat iaitu dengan
menjadi contoh teladan kepada murid-murid dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa, dan
bersopan santun semasa bertugas. Selain itu, sebagai seorang guru yang berdedikasi terhadap
tugas juga perlu mematuhi masa dalam jadual waktu yang telah ditetapkan, merancang aktiviti
seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid, mengutamakan kemajuan,
keselamatan, kebajikan murid dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan
murid menjalani aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, dedikasi sebagai seorang
pendidik bangsa menjadi asas penting memartabatkan profesion keguruan. Guru yang
berdedikasi dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan intelek.
Oleh itu, guru perlulah komited dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah yang telah
diberikan.
PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI
VISUAL
Peranan guru Pendidikan Seni Visual ini dapat dilihat sebagai motivator, pengurus,
pemudahcara dan sebagainya. Peranan guru PSV sebagai motivator dapat dilihat dengan
menjelaskan sasaran yang harus dicapai oleh pelajar- penjelasan dapat membantu pelajar
memahami tujuan pembelajaran, kemudiannya memperlihatkan perlajar jalan yang perlu ditujui
lalu memotivasikan pelajar kerana mereka tidak terasa tersesat dalam menuju sasaran. Selain itu,
guru sebagai motivator juga mampu memupuk semangat bersaing dan kerjasama dalam diri
pelajar- Persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar dapat memupuk motivasi pelajar untuk
terus bekerja keras dan melakukan perkara yang lebih baik dari sebelumnya. Tambahan lagi,
sikap ingin bersaing serta berkerjasama dapat menimbulkan keseronokan pelajar sewaktu sesi
pdp dijalankan.
Selain itu, guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam
memainkan peranan ini, guru bukan sahaja setakat mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan
tetapi juga memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana, dalam mata pelajaran apa pun, seorang guru harus memainkan
peranan sebagai pengajar dalam mata pelajaran yang di ajar. Antara tugas utama seorang guru
pendidikan seni visual sebagai pengajar adalah guru seni perlu mengajar subjek minor yang
dikhususkan kepadanya. Sebagai contoh seorang guru harus mengetahui tentang silibus dan
sukatan pelajaran sebelum mengajar. Sebagai pendidik , guru perlu mendidik anak muridnya
secara berterusan dan menunjukan contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan masyarakat
pelajar.
Di samping itu, seorang guru pendidikan seni visual juga perlu memikirkan strategi dan
pendekatan pelajaran dengan rapi sebelum melaksanakan aktiviti seni di dalam kelas. Hal ini
kerana guru boleh memberi imput dengan lebih berkesan kepada murid-murid melalui
pandangan baru, suntikan dan motivasi ke arah kecemerlangan kepada murid. Kurikulum sesuatu
pelajaran merupakan himpunan konsep-konsep yang perlu dikuasai oleh murid-murid dengan
bimbingan guru. Murid-murid juga perlu menguasai peringkat yang lebih rendah dahulu sebelum
mengikuti susunan ke satu peringkat kepada satu peringkat yang lebih tinggi.
Seterusnya , peranan guru pendidikan seni visual ialah guru yang berkesan perlu bersikap
terbuka, dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu yang
hendak diajarnya. Sebagai contoh, seorang guru tidak terhad kepada pengurusan kelas dan murid
sahaja namun seseorang guru itu haruslah tahu dan mempunyai pengetahuan dalam mengurus
bilik pendidikan seni serta bengkel seni. Selain itu, guru pendidikan seni visual juga perlu
menguruskan kelab seni dan acara-acara yang berkaitan dengan seni iaitu seperti menganjurkan
pertandingan melukis poster, membuat lawatan seni dan macam-macam lagi. Selain itu, seorang
guru seni juga harus merasai pengalaman lain seperti menjadi panatia seni. Hal ini sangat penting
bagi memastikan perjalanan projek seni di sekolah berjalan dengan lancar.
Seterusnya, seorang guru pendidikan seni visual juga haruslah memainkan peranan
sebagai pengelola. Pengelola bermaksud seorang guru seni itu harus tahu mengelola acara yang
berkaitan dengan seni. Seperti yang dinyatakan di atas , guru seni bukan sahaja mengurus kelas
tetapi guru seni harus tahu bagaimana untuk membuat kertas kerja, mengurus pertandingan,
membuat pameran dan juga seorang guru seni visual perlu mempunyai pengetahuan tentang
murid yang hendak dibimbingnya. Selain itu, perkara paling penting dalam perana guru ialah
dan asas dalam penyediaan bakal guru PSV ialah pembinaan sikap, minat yang mendalam dan
bersesuaian dengan zamannya.
Akhir sekali, peranan guru PSV juga dilihat mampu menjadi pemudah cara untuk
muridmurid. Sebagai seorang guru seni yang cemerlang, kita perlu mengambil kira kaedah
penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Hal yang
demikian, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dam mudah
difahami oleh murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni visual, guru berperanan
sebagai pemudah cara iaitu guru perlu tahu untuk menggolah sesuatu aktiviti mengikut
kebolehan murid- murid. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain
rentang bagi menyambut Hari Kemerdekaan. Bagi menyempurnakan tugasan itu, guru perlulah
menjadi pemudah cara kepada murid-murid di mana bertindak untuk membimbing dan
membantu mereka. Sepertimana , guru PSV menyediakan “wording” yang sesuai untuk
membuat kain rentang. Hal yang demikian, akan memudahkan murid-murid untuk menekap
huruf-huruf di kain rentang itu sahaja. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk
menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.
ISU DAN CABARAN GURU
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Menurut Abdul Said Ambotong dan Shanti Gobalakrishnan (2017), guru harus jelas objektif
pembelajaran yang ditaksir yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan pencapaian untuk
mencapai sasaran pembelajaran. Namun begitu, masih terdapat guru yang kurang jelas tentang
kaedah penetapan objektif pembelajaran. Justeru itu, guru sukar mengesan keupayaan murid dan
tidak mengubah strategi atau pendekatan pengajaran yang lebih efektif dan bersesuaian.
Antara isu dan cabaran guru pendidikan seni visual adalah sikap guru yang tidak
mementingkan mata pelajaran PSV. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru tidak berkomitmen
tinggi dalam usaha menggerakkan perubahan kurikulum PSV dalam aspek pentaksiran
khususnya guru bukan opsyen PSV. Mereka tidak merujuk instrumen yang disediakan kerana
tidak faham dan juga lebih fokus pada mata pelajaran teras sahaja. Banyak istilah dalam PSV
tidak difahami oleh guru-guru dan mereka hanya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
yang difahami oleh mereka sahaja semasa melaksanakan PBD. Sehubungan itu, guru bukan
opsyen PSV lebih mementingkan mata pelajaran teras yang diajar dan mengabaikan mata
pelajaran PSV atas faktor bebanan tugas yang berlebihan terhadap mata pelajaran teras yang lain.
Hal ini telah menyebabkan murid-murid kurang kreatif dalam proses menghasilkan karya seni
atas faktor kekurangan kemahiran dan pengetahuan terhadap asas seni dalam kalangan murid.
Bagi memenuhi kehendak mata pelajaran PSV, interaksi idea oleh guru mempengaruhi
pengalaman artistik murid-murid (Muhamad Firdaus Ramli & Rofidah Musa, 2020).
Sehubungan itu, sikap guru adalah penting untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
yang dapat menyediakan murid-murid pengalaman artistik yang berkesan agar mereka dapat
berkembang sejajar objektif PdP PSV.
Selain itu, guru yang profesional merupakan guru yang berilmu dalam bidang
pengkhususan (content knowledge), berketerampilan dan mempunyai kemahiran dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan yang boleh dijadikan sebagai teladan dalam kalangan
pelajarnya (Koh, Chai, & Lim, 2017). Justeru itu, personaliti guru merupakan salah satu faktor
kejayaan dalam menjayakan pelaksanaan pengajaran kerana seseorang guru bertanggungjawab
untuk melaksanakan dan merealisasikan misi dan objektif pelajaran yang berfokus kepada
pembelajaran murid (Sukawati, Savitri, Taftania & Ratnasari, 2019).
Di samping itu, terdapat dua jenis pengukuran bagi menilai tahap kefahaman murid, iaitu
melalui ujian formatif dan ujian sumatif. Sekolah yang menilai murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual biasanya menggunakan ujian formatif (Lee & Mohd Zahuri Khairani,
2018). Ujian ini dilaksanakan sepanjang pengajaran berlaku melalui pemerhatian terhadap
maklum balas murid kepada guru bagi mengesan kemajuan dan kelemahan. Selain guru ingin
menyelesaikan sukatan pelajaran yang diberi, guru juga perlu menjalankan pentaksiran secara
formatif di bilik darjah melalui pemerhatian, kuiz, lisan dan sebagainya untuk mengesan tahap
penguasaan murid sebenar. Selepas pentaksiran, guru perlu mengambil masa panjang untuk
menyemak kerja murid dan kebanyakan guru bukan hanya mengajar satu mata pelajaran, oleh itu
mereka kurang mementingkan PSV terutamanya dalam aspek pelaksanaan pentaksiran PSV atas
faktor mereka beranggapan PSV merupakan mata pelajaran elektif.
Seterusnya, portfolio merupakan satu fail yang menyimpan semua maklumat pentaksiran
murid dan kebanyakan sekolah menyimpan dokumen dalam bentuk fail kertas. Justeru itu, guru-
guru perlu memasukkan data dan maklumat peribadi setiap murid yang lengkap termasuk sampel
hasil kerjanya. Portfolio lengkap wajib disediakan untuk setiap murid berserta hasil karya dan
perkembangan mereka agar boleh dirujuk dari semasa ke semasa. Selain daripada sesi
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru-guru perlu merancang dan membuat
persediaan sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Perubahan sistem
pentaksiran konvensional kepada pentaksiran yang berasaskan eviden dan autentik yang
memerlukan guru bersedia lebih berganda untuk menyempurnakan pelaksanaan pentaksiran
secara berkesan.
Akhir sekali, hal ini juga menyebabkan penambahan beban terhadap tugas-tugas guru
lebih berganda disebabkan oleh persediaan instrumen yang bersesuaian semasa proses
pentaksiran. Mereka juga menghadapi cabaran kekangan masa terutamanya guru bukan
pengkhususan dan perlu merancang dan bersedia untuk lebih daripada satu mata pelajaran. Atas
faktor ini, guru-guru perlu membuat pilihan khususnya keberatan di antara mata pelajaran teras
dan elektif. Dalam sistem pendidikan yang masih berorientasikan peperiksaan, mata pelajaran
teras amat dititikberatkan. Sehubungan itu, peluang dalam proses menyediakan bahan instrumen
yang bersesuaian dengan tahap penguasaan setiap murid secara teliti adalah hampir tidak
mungkin.
TERANGKAN BAGAIMANA FIGURA GURU
PENDIDIKAN SENI VISUAL YANG ANDA IMPIKAN
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bergantung kepada
penguasaan pengetahuan pedagogi ilmu kandungan guru terhadap sesuatu mata pelajaran. Guru
perlu mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan berkualiti (Ong, 2017). Oleh itu inisiatif
pembangunan profesion keguruan dalam bentuk pembinaan ilmu dan kemahiran pengajaran dan
pemudah cara (PdPc), pengurusan, penyampaian, pengawasan, penyeliaan, penilaian,
kerohaniaan dan keinsanan dan kebajikan dalam kalangan warga pendidik perlu dimantapkan
(Ong, Zambri & Mohd Izham 2017). Hal ini dapat membantu proses PdPc dilaksanakan secara
berterusan, rasional dan ilmiah, berpandukan informasi dan ilmu pengetahuan.
Bagi guru yang mengajar mata pelajaran PSV, mereka haruslah kreatif dan diberi
kebebasan untuk memilih bahan dan alatan yang bersesuaian serta mudah diakses oleh pelajar
dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Sebagai contoh, bagi topik kraf batik, sekiranya pihak
sekolah atau ibu bapa tidak mempunyai akses kepada alatan dan bahan bagi menghasilkan batik
canting atau batik blok, maka guru boleh memilih untuk menjalankan aktiviti penghasilan batik
celup kerana ia tidak memerlukan kepada alatan dan bahan yang kompleks serta lebih mudah
dihasilkan.
Dalam pengajaran PSV, guru perlu peka dalam merancang pengajaran dan mengatur
perancangan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru mengamalkan
rangsangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan
objektif pengajaran akan tercapai. Perancangan pengajaran yang berkesan dipengaruhi dengan
cara penyusunan PdPc yang baik dan teratur. Dengan itu, guru-guru PSV perlu menyusun dan
merancang pengajaran dengan membuat persediaan dari segi penyediaan nota, alat bantu
mengajar sama ada berbentuk bahan cetakan seperti carta, buku rujukan dan latihan, peralatan
lukisan dan sebagainya sebelum menjalankan Pdpc dalam sesuatu tajuk. Bagi guru PSV, bahan
bantu mengajar seperti peralatan melukis amat penting untuk menjamin PdPc amali berjalan
lancar
Selain daripada itu, guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-
tempat yang boleh memberi input dan idea kepada pelajar seperti di balai seni negara.
Penambahbaikan secara berterusan perlu dalam menjalankan aktiviti dan kaedah pengajaran
dalam mata pelajaran PSV. Amalan penambahbaikan terhadap pelajar yang sering dilakukan
adalah dengan menjadikan mata pelajaran PSV mudah bagi pelajar untuk dipelajari, guru sebagai
pembimbing haruslah mempunyai kemahiran menarik perhatian pelajar dengan menunjukkan
keindahan dalam seni itu sendiri. Dengan cara sebegini guru-guru akan dapat membaiki dan
menambah baik corak pengajaran dan kemahiran sedia ada guru PSV.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Roslina Binti Mohd Nor1, Nik Mohd RahimiBin Nik Yusoff1, Hamdzun
Bin Haron1. (2020) Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Seni
Visual Selangor (GCPSV): Satu Kajian Kes. Volume 5, Issue 5, (page 125 - 140),
https://media.neliti.com/media/publications/322740-meneroka-kaedah-pengajaran-guru-
cemerlan-5e9cf68d.pdf
Lee Hoi Yeh. (2021). Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri
Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan Pentaksiran Bilik Darjah di
sekolah rendah daerah Hilir Perak. (Vol. 9 No. 1 2021 (46-57).
file:///C:/Users/HP14/Downloads/4321-Article%20Text-20704-1-10-20210504.pdf
Abdul Said Ambotang., & Shanti Gobalakrishnan. (2017). Tahap Integriti dan Kesediaan Guru
dengan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. International Journal of
Education, Psychology Counseling, 2 (4), 1-22
Merriam, S.B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation: JOSSEY-
BASS A Wiley Imprint